Friday 30 December 2011

Kenangan 2011..Harapan 2012

Hari ini mgkn post terakhir utk tahun 2011. Slps ini dah byk hal. Yang paling penting, nak clearkan semua fund transfer sblm masuk detik 2012.  Biasa lah...ini la tugas hakiki orang akuan.. (sape suruh jd org akaun)



 
Nak review kenangan utk tahun 2011 ni ::

 
1.   Dapat menunaikan ibadat umrah dgn Encik B dan my MIL.  Walaupun ada byk rintangan tapi akhirnya berjaya jugak menjejak kaki di rumah Allah.  Ada kenangan yg sgt best yg tak boleh lupa pada malam slps umrah pertama. Biarlah ia menjadi kenangan di dalam kepala otak saya & Encik B sahaja...hahaha. Tapi ada jugak kenangan tak best, time hilang dgn Encik B sewaktu umrah kedua.  Ohhh..time tu rasa bersalahnya pada Encik B.

2.   Dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk pertama kalinya. Tak sangka bos begitu baik hati beri saya APC.  Sy baru 4 tahun berkhidmat dlm sektor kerajaan ini.  Saya bukanlah kakitangan yg cemerlang mana pun..tp rasanya saya mmg tiada masalah kot...(sy menurut perintah)..hahaha

3.  Setelah 4 tahun menjaga akaun ini, untuk penyata kewangan 2010 dapat sijil audit dgn teguran. Hanya kerana kes hartanah yang over stated ni lebur jugak sijil audit bersih utk 6 tahun berturut2.

4.  Yang paling ditunggu utk tahun 2011 adalah 'Baiti Jannati'.  Ikut S&P sepatutnya siap bulan Mei. Pastu pemaju diam jer. Akhirnya pada bulan November, kitaorg dpt kunci dan pemaju kena byr LAD utk tmph yang delay tu.. So new year rumah baru. Bayar htg bank lak...takde sewa2 lagi.

5.   Encik B tukar kerja lain. Mula2 saya rasa berat hati bila Encik B pergi interview kerja ini. Dalam hati berdoa biarlah dia keje kat ofis lama. Blh la nak gi Turki ke New Zealand ker..(banyak sangat ke duitnya nak gi jalan2) tapi akhirnya saya redha jika kerjaya baru ini terbaik utk dia. Ini adalah salah satu doa Encik B di hadapan kaabah. Allah dah makbulkan. Semoga Encik B lebih berjaya..

5.  Isu keluarga mmg tak hbs. yang paling kenangan adalah kisah kereta bluebird idaman tauke sayur..penuh dgn drama. Pening kepala ini memikirkannya. Akhirnya, burung biru idaman hati itu tiba jua di rumah temin.

6.  Gi jalan2 USS ditaja separuh oleh Cik Misi dan Encik B. Seronok sangat. Rasa nak pergi lagi. Tapi kali ini planning nak tido kat S'pore. Baru puas jalan.

7.  Berjaya mengharungi laps ovarian drilling...Insya Allah adalah kesudahan yg baik.

Ini adalah impian tahun 2012 ::

1.  Dikurniakan zuriat yang baik, soleh, sempurna..pelengkap hidup ini.

2.  Kereta baru. Nak pakai kereta auto. Memandangkan mulai 2012 dah duduk rumah jauh dari ofis, perlu pakai kereta auto. Tak la sakit sgt kaki time jammed2.

3.  Nak kurangkan hutang PTPTN...huhu..bila la nak dpt duit bergolek ini. Boleh kasi settle terus.

Ni apa yang diimpikan dlm bentuk fizikal. Dalam bentuk yang lain pun nak jugak spt kesihatan yang baik, hati yang bahagia, rumahtangga yang aman damai dan kemesraan ikatan kekeluargaan.

Goodbye 2011....Welcome 2012

Soalan Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya ... Apakah benda yang paling jauh? Jawapannya adalah masa lampau.  Kerana masa yang telah berlalu tidak akan kembali lagi.

Tentang Dhia :: Dah Habis pun...

Dari maghrib semalam smpi pagi ini semua cerita pasal Dhia, Zikir dan Ku Salmi (watak yang penting jer). Semua orang agak tertekan dengan ending dia termasuk la saya.

Dari episod hari Rabu sampai semalam...air mata saya mmg murah jer. Terkenang kalau la diri ini berada di dalam situasi seperti itu.  Mak ayah dah takde, adik beradik pun takde, hubby pun buat tak kisah, tanggung sakit lagi, tanggung rindu lagi, tanggung tomahan mak mertua lagi dan macam2. Rasanya diri ini tak mampu nak tempuh. Betapa Dhia kuat untuk semua tu...

Saat masa Dhia disuruh pilih antara bermadu dan bercerai mmg meruntun jiwa. Boleh suami dia membiarkan nenek dan mak mertua menentukan pilihan utk rumahtangga diaorang. Banyak sangat campur tangan orang lain dalam menentukan kehidupan rumahtangga ini akan menyebabkan situasi bertambah teruk.  Ini pengajaran utk yg dah berumah tangga.  Biarlah suami dan isteri menentukan apa yang sepatutnya dalam kehidupan mereka. Org lain boleh beri nasihat bukan utk menentukan hidup suami isteri itu.

Cerita ini walaupun ending tak berapa best..tapi keseluruhannya mmg best. Nora Danish mmg hebat. Watak Melly masa jahat pun ok (mmg benci giler time tu) dan watak Ku Salmi mmg menjadi.

Oleh kerana semalam last episod Dhia, boleh solat maghrib kul 8 lebih. Kalau la Allah tarik nyawa masa tu...saya masih belum solat...huhu. Utk itu, saya dah berjanji pada diri saya sendiri dan Encik B utk tidak terpengaruh lagi cerita2 time maghrib ini. Cukuplah Tentang Dhia sahaja.

p/s :: suka sgt lagu yang ada sebut Asmaul Husna... nak cari lagu tu la...kalo sapa2 jumpa bagitau yek!!

Lagi satu nak download cerita ini sampai episod last..so boleh tgk dgn lagi feeling..takde iklan2..hehe

Wednesday 28 December 2011

Penutup Tahun 2011 :: Clomid & Pengharapan

Semalam day 3..so dah routine utk jumpa doc. Hari smlm planning mmg baik. Kuar dr ofis kul 4 ptg. Sbb dah tahu, kalo gi awal pun..mesti last jugak..sbb tak buat appointment.

Smpi DEMC kul 4.20 petang (lebih kurang)..lmbt jugak sbb kena beratur panjang bayar toll.

Ambil no..tunggu giliran. Mmg dah tahu jd patient paling akhir..so relax jer. Masuk bilik doc dlm kul 5.30 ptg.  So doc pun dah tau..kalo datang ini mesti period..haha. Untuk cycle kali ini, doc bagi clomid 100mg utk 5 hari. Ubat tambahan spt biasa metformin. Dalam kul 6 balik terus rumah.

Jumpa balik doc pada day 14 jatuh pada 7 Jan 2012 hari Sabtu. Alamak....rasa sgt serik utk dtg pd hari Sabtu. Sudah tahu betapa ramainya orang nak jumpa doc. Appointment dah penuh..so kena tunggu giliran. Biarkanlah...malas nak fikir skrg. Biarlah Allah yang tentukan. Semoga dipermudahkan jer.

So ini adalah clomid terakhir utk tahun 2011.  Sungguh tak sangka, sy boleh mengharungi setengah tahun ini dgn pelbagai ubat dan treatment dr doc. Bila ingat balik, masa tahun 2010..mampu berusaha 3 bulan jer..lepas tu fed up dan rasa mual dengan ubat2 doc. Badan pun time tu spt sukar utk terima. Tapi utk tahun 2011, berlainan betul.   Bermula semula treatment slps balik umrah. Mgkn itu petunjuk Allah beri pada saya utk teruskan treatment ini. Mgkn kerana doa jugak, saya boleh bertahan dgn pelbagai ubat yg doc bagi. Dan yang paling penting, sy boleh bertahan sakit kerana laps ovarian drilling. Sakit mmg sakit..tapi Allah beri saya kekuatan utk tempoh semua ini.

Setiap org yang beriman akan diuji. Tapi ujian Allah berdasarkan kepada kemampuan hamba-Nya.  Berubat dgn doc bukanlah jaminan/pasti kita akan ada baby. Sebagai hamba, saya harus berusaha. Yang selebihnya biarlah Allah yang tentukan.  Kata-kata semangat saya adalah "Allah tahu apa yang terbaik utk saya". Dan kata2 ini jugak la saya selalu ckp dengan Encik B.

Harapan utk tahun 2012, semoga kami beroleh zuriat yang sempurna dan yang soleh.

Tuesday 27 December 2011

Migrain & New Cycle

Wahhh...dah bersawang blog ini. Dalam lama tak update.  Tuan rumah busy + tak berapa sihat + takde mood..hehe.

Sebenarnya banyak jer story nak update tapi banyak betul kekangan. Hari ini ada banyak kerja..tapi mood cuti masih ada, bertambah lak ramai kat ofis ini bercuti.

Ini cerita last week. Sy diserang migrain utk tempoh yang lama.  Dari hari Selasa sampai Sabtu.  Tapi dalam byk2 hari tu..yang paling teruk hari Rabu dan Sabtu malam. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya & berdenyut2nya kepala ini. Rasa nak tanggal kepala letak kat sebelah..hehe.

Hari Selasa pagi, bangun jer tidur terus gi toilet..cirit birit. Lps tu masih cirit birit. So ingat ok la ini. Pergi ofis ok jer..tapi dalam kul 10 pg, kepala dah start berpusing, bersin2 (cam nak demam), badan panas sejuk. Tak tahu la kenapa. Apa lagi gi surau rehat. Lps lunch baru masuk ofis..sbb rasa dah ok.

Esoknya, Rabu nak kena pergi PD ada bengkel SRS sistem kat ofis. Pagi tu ok..tapi bila masuk dlm bas terus migrain. Smpi PD mmg tak boleh tahan. Dah la smpi awal dlm kul 11 lbh..pastu check in kul 3. So lepak kat dlm bilik mesyuarat jer..tidur jer smpi la bengkel start. Tak rasa enjoy pun nak gi PD (sememangnya tak nak pergi).. Habis bengkel pukul 5, terus masuk bilik terus tidur dan makan panadol. Kepala berdenyut2 sgt kuat. Rasa macam ada orang yg ramas2 kepala ini..mmg sgt tak tahan.

Hari Khamis dan Jumaat, masih di PD dengan bengkel lagi padat dan memeningkan. Kepala masih lagi sakit, tapi boleh bertahan. Boleh la gelak2.. Check out dari PD, hari Jumaat tengahari. So terus balik rumah. Petang tu rehat la sikit. Malam tu, terus ajak Encik B pergi klinik nak check sama ada BP ok ke tak. Risau gak BP high. Jumpa doc, so far ok jer. Balik dari jumpa doc, rasa sgt sejuk. Smpi rumah, terus balut badan dgn 2 helai selimut dan sehelai toto. Pastu Encik B peluk lagi. Kipas bukak no 1 jer (sbb kesian Encik B..kepanasan). Tak rasa panas pun..

Hari Sabtu, dari pagi dah kuar beli barang rumah kat puchong. Pastu gi kenduri kat Nilai. Lebuhraya PLUS sgt sesak..Balik kenduri terus balik rumah. Ptg tu ayah dtg ambil, kitaorg balik kg nak tgk nenek. Gerak dari Kelana Jaya pukul 6 ptg. Smpi kat kg kul 8 lebih. Tapi time tu dah rasa sikit2 kepala berdenyut. Lepas jer dinner bertambah teruk migrainnya. Malam tu tido makan panadol.

Esok paginya, nak solat subuh...taraaa...Sy period. Ngam2 26 hari utk cycle lepas. Pagi ahad tu ok jer smpi hari semalam..kepala ok jer.

Mmg sejarah betul migrain kali ini...sekian lama tak kena migrain...bila kena berhari2.  Bila kena migrain terus tak minum kopi, nescafe, milo, teh dan sebagainya. Minum air masak jer..

Sebenarnya..masa tempoh migrain tu..dalam hati terdetik jugak..ini tanda2 orang mengandung ker?? hehe..perasannya saya. Ye la, kepala tu berdenyut2, rasa loya jer, makan pun tak lalu, kalo makan jer rasa nak muntah, badan sejuk2 jer (asyik berkelubung jer ngan pasmina). Berdoa kpd Allah bagi badan ini boleh bertahan. Akhirny bila period..hilang semua rasa loya..tapi kepala still ada rasa berdenyut2 lagi.


Wednesday 14 December 2011

CD 15 :: TVS

Semalam appointment dgn doc utk check telur. Seperti biasa, lama jugak tunggu doc..sbb patient ramai.

Masuk bilik doc, pastu scan. So resultnya, dah ovulasi. Telur semua dah matang. Tak tahu la berapa besar telur tu. Tak kisah la..Doc suh try sendiri. Sy pun mmg nak try sendiri bulan ini..sbb kitaorg bz sgt dengan urusan nak masuk rumah baru. Mgkn cycle depan, kalo belum ada rezeki nak try IUI (itu semua masih dlm perancangan).

Tidak menaruh harapan yang tinggi utk bulan ini. Biarlah Allah yg tentukan. Kami terima sahaja. Kalo belum rezeki, kita try lagi.

p/s :: Skrg sy tiada perasaan bila tahu orang mengandung...adakah perasaan ini ada disebabkan sy sudah pasrah dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah kepada saya??

Tuesday 13 December 2011

Movie :: Ombak Rindu


Dari hari 1st keluar cerita ini kat panggung..mmg nak sgt tengok. Bagitau Encik B nak tgk. Dia buat dunno jer sbb dia kata rugi cerita begini kat panggung. Tggu je nnt dia download. Pernah baca novel dia..zaman dolu2..cerita kat novel best sgt. So nak la tgk cerita filem lak.

Baca komen2 org mengenai filem ini best sgt. Semua pasti menangis bila keluar panggung. So nak gak nanges..hehe..gatal. Daripada minggu sebelumnya, bercadang nak pergi tgk..cerita ini asyik sold out jer. So cuba lagi minggu ini. Hari sabtu sold out (masa nak beli tu pun dah petang). Hari Ahad, tengahari try sekali lagi nak beli. Alhamdullilah ada. Show pukul 9.30 mlm. Since ada application GSC di iphone ini sgt mudah proses beli tiket. Boleh dtg ngam2 nak tgk wayang jer. Rasanya application ini dah ada kat smartphone lain.

So, 9.30 pm smpi GSC One Utama. Org mmg ramai. Sbb Isnin selangor cuti lagi. Apa yg boleh sy komen pasal cerita ini (dr sudut pandangan mata & perasaan saya la) :-

  1. Cerita dlm novel lagi best...
  2. Cerita ini tak boleh di klasifikasi sebagai U. Ada part2 yang tak sesuai utk tontonan kanak2.
  3. Ada jugak part tak logik. Rumah kat Langkawi. Ofis kat Cameron. Jauh benor pergi balik kerja...
  4. Masa baca novel, sy imagine yg izzah ini baru hbs SPM. Muda. So, sy rasa Maya Karin tu tak berapa sesuai utk watak izzah tu..
  5. Saya sgt lokasi rumah kurungan izzah & rumah harris. Kayu kayan...kalo dapat rumah sebegitu bestnya..
  6. Sy tak suka mak harris lakonan azizah mahzan...tak sesuai langsung...kalo ye pun mak moden...jgn la seksi sgt.
Overall cerita ini ok.

Dipetik dari status FB Ustaz Hasrizal ::

"Adik2, tontotlah Kungfu Panda. Ia jauh lebih membangkitkan iman.
Di dalamnya tiada 'Muslim' tetapi ada banyak islam.
Jangan layan Ombak Rindu.
Di dalam filem itu ada Muslim, namun tiada Islamnya"

p/s :: saya setuju dengan status di atas. Tp sy belum tgk kungfu panda lagi.

Friday 9 December 2011

Spaghetti Olio

Ini adalah salah satu menu sihat untuk mereka yang ingin diet.  Resepi ini saya dapat daripada Kak Aisah, ex officemate kat setapak dulu. Dia pun dapat drpd hubby dia..sbb hubby dia chef kat hotel. Ingat lagi kak aisah bagi resipi ini masa bulan puasa, sbb katanya anak2 dia nak makan makanan yg panas semasa bersahur. So dia masak spaghetti olio ini utk menu bersahur. Tempoh penyediaan yg sangat sekejap.

Ini juga menjadi fav menu cik misi. Tp part dia kena letak lala banyak2..best katanya. Yg saya sediakan ini hanya guna crab stick shj...sebenarnya boleh letak seafood yang lain spt udang, sotong, lala, kepah, ikan salmon..semuanya best.

SPAGHETTI OLIO

Bahan-bahan

  • Spaghetti
  • Seafood (Udang, sotong, lala, crab stick)
  • bawang putih di cincang halus
  • bawang besar di belah 6
  • cili kecil di potong halus
  • serbuk pati ayam
  • garam
  • serbuk lada (yg kasar2..ada dlm botol)
  • daun parsley di cincang halus.
  • sedikit italian herb
  • minyak zaitun
Cara-cara penyediaan :-
  1.  Jerang air dlm periuk hingga mendidih. Masukkan sikit minyak dan masukkan spaghetti. Dlm 10 minit spaghetti tu lembut..toskan. (bergantung juga pada jenis spaghetti)
  2. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kecil.
  4. Masukkan serbuk pati ayam dan masukkan seafood. Masak hingga seafood masak.
  5. Masukkan garam dan italian herb.
  6. Masukkan spaghetti. Kemudian masukkan daun parsley dan serbuk lada.
  7. Bila dah nak tutup api tu..tuangkan dlm dua sudu minyak zaitun. Bagi spaghetti tu berminyak2 sikit. Dah siap.
So inilah hasilnya....



p/s :: saya masak mmg takde sukatan. so pandai2 la anggarkan.
yang penting bawang putih kena lebih sikit. baru wangi dan sedap.

Thursday 8 December 2011

Baiti Jannati :: Impian VS Budget

Bila masuk rumah baru, mmg nak paling perfect dan cantik. Besar pulak kosnya.

Minggu ini baru jer decide utk plaster ceiling, grill, kitchen cabinet & wardrobe. Plaster ceiling & grill within budget. Tp wardrobe & kitchen cabinet dah over budget. Ni ada lagi problem dengan cermin tingkap bilik air..berapa pulak la kos nak gantinya..lampu belum beli lagi dan beberapa barang yg penting. Budgetnya ada..tapi takut sgt terover budget lagi. Dimana nak di cari duit ini. Kalo boleh malas nak pinjam2. Skrg kena manage betul2...nnt takut tak cukup lak..

Disebabkan impian2 yg tinggi vs budget yg terhad ini, ada juga bermasam muka dengan Encik B. Bila dok sorang2 mula la fikir, sebijik peragai mak. Kalo dah kata A..nak A juga. Kalo org bagi idea B..tak nak!! huhu.. Hidup kena realistik...kalo nak berhabisan duit utk 1 perkara sahaja..nnt yg susah saya dan Encik B jugak. So, dalam pasrah terima jugak walaupun tak berapa suka...

Insya Allah, ada rezeki lebih..baru boleh buat yg best sikit... Pekeliling SBPA dah kuar..tapi belum baca lagi...berapa la gaji naik ni??

Wednesday 7 December 2011

Wordless Wednesday :: Si Kancil Kena Sondol..huhu


Orang lain bawa kereta tak berhati-hati..kita yang berhati-hati menerima padah
Redha jer la..Ujian dari Allah


Friday 2 December 2011

Tentang Dhia :: Saya Dah Jadi Follower..

Saya bukan seorang yg suka tgk tv. Tgk bila rasa bosan jer. Ada masa tv kat rumah ini mmg tak on pun. Encik B pun jarang tgk tv. Masa dia di depan pc lagi lama dr dpn tv. So, sy mmg tak kisah sgt pasal cerita di tv ni pun. Kalau tgk tv, sy akan tgk cerita yang takde sambungan episod akan dtg.

Beberapa minggu lepas, sy tertengok la drama ini :-






Saya tersuka drama ini sbb Nora Danish. Saya suka dia sbb dia comel.

Sebenarnya saya juga dah serik nak follow drama bersiri ini. Mesti nak tgk jer. Kalau ada hal hari tu mesti tak boleh tgk. Sy ingat time gila tgk cerita Kejora dan Bintang, hari2 kena balik awal. Tak nak miss. Sekali jumpa cerita di dlm youtube...dari pagi sampai malam dok mengadap cerita tu jer. Mmg mengharukan. Lepas pada tu, dah tak nak tgk drama bersiri lagi.  Org kata best pun, buat tak tau saje.

Beberapa hari lepas, Encik B jumpa link yg boleh download drama ini. So, untuk hari MC yang berbalance 7 hari lagi ini, sy akan pulun utk tgk drama ini dari episod 1 sampai episod 13. Kerja download tugas hakiki Encik B...hehehaha. So saya tak yah tgk kat tv lagi...

Thursday 1 December 2011

Laps OD :: Ada lagi cerita...

Masa lepas wat OD, saya ada bagitau doc ada darah kuar. Doc ckp, mmg akan kuar darah sikit. Sbb doc inject dye untuk check tube. Saya ok la.. dan selepas tu mmg takde pun darah kuar. 

Hari ke-3 slps OD - Pg tu encik B balik dungun hntr mak. Saya duduk umah sorang2. Saya pun buat la keje rumah sikit. Time tu rasa dah sihat.  Boleh la cuci baju, kemas rumah sikit2 dan masak nasi goreng. Ptg tu mak datang dr kg nak ambil sy balik kg. Malam tu kuar makan dgn mak. balik dari itu, sy tgk panties ada darah sikit. Bagitau encik B, kena marah sbb tak reti dok diam. Itu la pasal darah kuar. Malam tu tido pakai la pantyliner. Tp sok bagi ada la, titik darah yg sikit. Saya masih anggap normal.

Hari ke-4 slps OD - Pg tu saya dan mak blk kg. saya kat pahang. Encik B dr dungun, so jumpa kat umah mak saya. Perjalanan 2 jam lebih takde pe. Takde sakit. Smpi kat umah mak, jadi tuan puteri tak buat pe. Kat umah mmg sy tak pakai panties...sbb tak selesa kena pada luka. Smpi la malam, saya rasa spt ada benda mengalir dr va**na. Sy pun lap dgn tisu, tgk2 darah. Kauntiti agak byk. Masa tu dah risau tp buat2 cool. Pakai pantyliner. Sok pagi tgk ada tompok besar darah. Mmg gelabah la masa tu.

Hari ke-5 slps OD - Sy masih solat spt biasa. Sbb fikir darah drpd operation. Mmg tak rasa sakit sikit pun. Hati mmg tak tenang. Kenapa la cam ni. Pg ini, nak balik KL semula sbb ada byk benda nak settle. Dlm kul 9, call hosp nak ckp dgn nurse doc zamri. Pastu line phone tu, transfer kepada doc.
"Doc, saya F*****n. Dr smlm smpi pg ni, keluar fresh blood. Cam mana doc?"

"Awak kat Lipis. Pergi jumpa doc sana."

"Doc, sy kat bandar J'tut." saya dah confuse.

"Awak ini keguguran." doc bagitau. Lagi la confuse.

"Doc, sy ini otw nak balik KJ. Boleh tak sy jumpa doc hari ini."

"Ok. Datang la."

Bila letak telefon tu, sy ckp kat encik B doc kata keguguran. Pe hal doc ckp cam tu. Mmg confuse gile. Sepanjang perjalanan dok memikir. Cam mana la doc boleh ckp sy preggy sedangkan saya tak pernah buat pregnancy test. Dan hari ini, baru hari ke 21 period. Tapi dlm hati tergerak mgkn doc ni salah sorang. Tp takkan la doc dah lupa, baru jer berapa hari buat laps.

Smpi R&R Lanchang tukar pad. Darah makin banyak..lg risau.  Saya pun sms cik misi, tanya pasal masalah saya. Dia tak reply2. Mgkn tido. Smpi KJ dlm kul 11 lebih, terus pegi hosp. Kat hosp. ramai sgt patient. Ye la, cuti 3 hari dan hari ini baru start keje. Dalam tunggu kerani tu buat pendaftaran, cik misi call. Dia kata tu normal la..takde pe nya. Sy ckp, sy dah kat hosp ini. Jumpa doc. Kerani kat kaunter tak nak terima saya, sbb ramai lagi yg menunggu. Sy ok jer..sy suh kerani tu tanya nurse doc, sama ada sy kena jumpa doc atau tak. Kalo nak jumpa doc, minta call saya. Tak smpi 15 minit, hosp call dan suh saya datang kul 4 ptg.

Sy masih solat zuhur spt biasa. Sbb ingat ini normal la. Dlm kul 4 smpi hosp. Sy jd patient plg last jumpa doc. 

"F*****n, sy minta maaf pasal pagi tadi. Saya dah salah dengar. Sy ingat patient IVF. Nama dia dkt nama awak. Dia mengandung. Bila awak ckp kuar darah. Sy ingat keguguran."

"Tu la doc, saya pun confuse knp la doc ckp sy keguguran."

"Bila dah letak telefon, syud bagitahu bukannya patient IVF tapi F*****n yg buat Ovarian Drilling hari Jumaat lepas." Slps pada tu kitaorg semua gelak. 

Sy pun bgtau pe masalah sy. Doc ckp "awak ini PERIOD." 

"Betul ke doc?" Dlm hati dah tergelak2.

"Ok. Skrg ini, sy bagi ubat clomid utk 5 hari. Day 15 jumpa sy utk scan."

Sgt cepat period kali ini. Baru 20 hari dah period semula. Bulan 11 ni, period dtg 2 kali..haha. Pastu kitaorg balik dgn senyum dan tak risau2 lagi.

Bila diingat, mmg nak gelak jer...dengan sy yg sgt risau, dengan Encik B yang membebel sbb sy ni tak dok diam, dengan mak yg risau, semua org tak bagi sy buat kerja..dok bagai tuan puteri...rupa2nya saya PERIOD.

P/S :: Tahniah untuk patient IVF yg doc maksudkan tu. Akhirnya dia berjaya mengandung. Pernah berborak dgn dia masa tunggu nak masuk bilik doc. Dia buat IUI 3 kali dan mohon IVF melalui TAFF. Dia menunggu 15 tahun utk mengandung. Moga dia selamat hingga bersalin dan dapat baby yg soleh.