Friday 30 March 2012

CD 12 :: Ovulated dan Malas Nak Fikir

Sebenarnya CD 12 jatuh pada 28 Mac 2012. Tapi selepas 2 hari baru nak buat entry.

Alasan yang paling best adalah BUSY. Memanjang pun bz..reconcile tak siap lagi. Dah juling mata ni!!! Akaun dah nak table 18 April ni..sempat siap ke tak ni??
Alasan yang kedua best adalah TAKDE MOOD nak menaip.  Mood telah dibawa semua ke laut china selatan. Buka jer blog..baca entry sahabat2..komen sikit2.  Nak klik new post mmg tak tertekan..hehe. Baru hari ni nak nak buat entry...

Entry ni harus dibuat untuk rekod peribadi saya..hehe.

Ok..appointment hari tu petang. Spt biasa pukul 3 kuar dr ofis. Dan spt biasa nak tunggu masuk bilik doc punya lama. Pukul 4.30 baru jumpa doc.

Bila jumpa doc..mmg dah tahu nak buat tvs. Hasil drpd tvs..sy dah ovulated. Tp ada 1 biji telur yang belum matang dlm ukuran 16.8mm..Ovari sebelah kiri masih ada telur yang kecil2. Daripada tvs tu nampak seperti ada takungan air.  Doc kata bila dah ada takungan air ni..ia telah matang. Ok la doc.

Oleh kerana dah matang..so IUI tak buat yek!!.Ok. Next jumpa doc adalah pada hari period ke 2 atau ke 3.

Keluar dr bilik doc, sementara nak tunggu nurse nak bagi bil..air mata saya dah bergenang. Sedih sgt. Sedih kerana saya rasa sangat letih.  Letih menunggu..letih makan ubat..letih berfikir..dan akhirnya hasil tidak memberansangkan. Time tu saya masih boleh tahan.

Bila dah ambil bil, turun bawah nak buat pembayaran. Masa tunggu turn tu..saya dah mula menangis. Sy cuba tahan..tapi air mata laju jer jatuh. Mujur la orang yang menguruskan pembayaran tu lambat panggil nombor. Sempatlah saya tahan dan lap air mata ni. Dah selesai bayar..saya ambil ubat dan nak balik.

Disebabkan dah pukul 5, saya terus jer balik rumah. Masuk dalam kereta, saya menangis bersungguh2. Sedih yang teramat sangat. Saya tak boleh gambarkan perasaan sy saat itu. Hampir putus asa.

Daripada hospital sampai ke rumah saya menangis. Spt budak2..tapi lantakkan..orang tak tahu apa yang saya rasa. Bila sampai rumah, saya solat asar. Saya masih lagi menangis.

Saya seperti orang yang dah berputus asa. Saya istigfar banyak2. Dan saya berdoa supaya saya tidak tergolong di dalam golongan yang berputus asa.

Hari tu, Encik B balik lambat sbb dia ada aktiviti main badminton. Lepas maghrib baru dia balik. Solat isyak kami berjemaah. Lepas baca doa, saya salam Encik B..saya menangis lagi. Encik B pun dah tak terkata apa.  Dia pun sedih gak..tapi jika dia bersedih spt saya..harus sy tidak kuat untuk tempoh saat ini.

Saya ckp dgn Encik B utk rest daripada jumpa doc utk beberapa cycle. Saya nak hilangkan penat lelah saya ni dulu. Nak kumpulkan balik tenaga yang telah hilang. Nak kumpulkan balik semangat saya untuk TTC ni. Dan saya telah memikirkan sesuatu yang saya cuba akan laksanakan sebelum puasa. Insya Allah.

Untuk cycle ini, saya tidak mengharap..saya percaya Allah aturkan yang terbaik utk saya.

Saya perlu lebih tabah dan redha. Saya akan jadikan airmata ini menguat semangat saya.

Sekian..

p/s :: kalau la airmata boleh dijual kepada Sultan Mahmud (syarat nak pinang puteri gunung ledang nak 7 tempayan air mata), mgkn side income saya banyak bulan ini..hehe. aarrrrggghhh MEREPEK!!








Tuesday 27 March 2012

Dividen Bank Rakyat 2011 : 20%

kredit : Utusan Online

Seperti biasa pagi2 mesti dengar berita ulasan berita kat radio bernama.
Terdengar penyampai tu bagitau Bank Rakyat bayar dividen 20% utk tahun kewangan 2011. 15% dividen tunai dan 5% dividen saham. Mak ai banyaknya..
Sampai jer ofis..dlm kereta lagi terus google pakai phone. Sah.
Terus gi thumb print..terus gi bank nak check. (sbb bank rakyat sebelah ofis jer..)
Excited punya pasal..haha.
Check2 mmg dah masuk..
Alhamdullilah..
Dividen dibayar secara purata. Sbb saham tu pun beli masa bulan September 2011.
Ini adalah sebahagian duit EPF yang telah dikeluarkan sbb dpt taraf berpencen.
Cita2..duit dividen ini nak langsaikan PTPTN..hahaha

cerita lanjut di sini.

Mode pagi ini :: Orang lain dah lama tahu..saya baru pagi ni tahu sbb mlm tak pernah tgk berita. Apa pun skrg senyum smpi telinga..hehe.

Tuesday 20 March 2012

New Cycle :: Antara TTC vs Final Account

Kitaran baru dah start 17 Mac 2012 bersamaan hari Sabtu
Time tu takde la sedih sangat pun
Sbbnya dah spotting hari Jumaat lagi..

Ada entry yang lepas saya ckp dah tak nak jumpa doc
Tapi..
Bila bincang dengan Encik B
Keputusannya, ini cycle last kita jumpa doc
Lepas tu kita rest jap

Kenapa kitaorang buat keputusan sebegini.
Kerana last cycle doc ada berikan Encik B, sejenis supplement Tribestan
So, kitaorg pun nak gak tahu apa kesan supplement ni
Dalam kepala bercadang untuk buat IUI sekali lagi

Tadi gi jumpa doc
Doc bagi Clomid 50mg untuk 5 hari
Doc kata saya tak perlu ubat kesuburan dalam dos yang tinggi
Next appointment pada day 12 utk TVS

Saya cakap dengan doc saya nak buat IUI
Doc bagitau kita tgk telur yang ada
So masa tu kita baru decide, apa prosedur yang kita perlu buat
Seperti biasa doc tidak akan memberikan harapan yang tinggi

Saya mmg excited nak buat IUI pada bulan ini
Usaha selagi daya
Tapi memikirkan bulan April ni adalah due date utk Final Account
Hidup mesti stress nak siapkan keje
Seperti sia-sia jer nnt usaha TTC

Tapi ketentuan Allah tiada siapa yang tahu
Sekarang saya nekad akan mengharungi semuanya
Final Account akan siap on time
TTC akan berjalan seperti biasa
Jika ada rezeki, buat IUI seperti yang dirancang
Jika tak berjaya
Saya REDHA
Allah Lebih Mengetahui

Motto Hidup :: Hidup Mesti Gembira..hehe

Monday 19 March 2012

Cerita Pasal Hujung Minggu

Hari jumaat saya bercuti. Sbbnya mak, ayah & cik chef datang rumah. Meriah sangat.

Jumaat tu aktiviti pertama gi hospital. Buat check up utk cik chef. Tangan sebelah kanan sakit sangat. Sejarahnya..tangan dah masuk besi sbb accident. So resultnya, tak boleh angkat benda berat. Nak buang besi tu boleh..tak nak buang pun boleh. Tp kalo buang..MC 2 minggu. Big boss lak susah hati nak bagi cuti..haha.

Lepas tu gi sogo. Setelah sekian lama tak jejak kaki kat sogo akhirnya pergi juga. Sales. Masalahnya member ni duitnya tinggal cukup2 nak tunggu sampai gaji (teruk benor!!). Mak ngan cik chef jer shopping sakan. Dalam takde duit tu sempat gak beli sandal dan baju keje Encik B. Beli pun sbb murah giler..separuh harga daripada Parkson dan Jusco. Tu yang beli jugak..hehe.

Hari Sabtu tu..shopping kat Jakel lak..Salesman kat Jakel tu sibuk suh beli kain. Mmg tak akan dibeli. Biarlah mak yang shopping (sbb mak susah nak dtg KL ni).  Tunggu la bila perlu nnt kita beli kain. Tapi nak atur strategi baik punya nak shopping kat Jakel ini. Bukan diaorg jer ada taktik nak tarik pelanggan..saya pun ada taktik juga nak dpt harga murah giler..(nnt dah buat baru tau berjaya ke tak!)

Petang Sabtu mak dah balik. Sbbnya esok byk keje. Rasa kejap sgt. Yang syok asyik makan nasi beriyani jer. Ini ayah punya penangan la..entah pe nak makan beriyani jer..tapi beriyani paling best mestilah kat Insaf Jalan TAR.

Lepas mak dan ayah balik. Kitaorg gi rumah qiqi. Dah lama tak melawat budak jepun sorang ni. Rindu sangat. Lepak sampai kul 9 malam jugak. Kesian mak qiqi kena masak utk kitaorg. Yang best gi rumah qiqi naik motor baru Encik B. Dah la lesen L, belasah naik 2 orang. Kalo ada polis harus kena saman.

Hari Ahad, hari menguruskan kain baju. Dari pagi sampai petang berkaitan hal baju. Bila petang dah tension sgt..gi jalan Shah Alam. Lepak kat tasik. Balik rumah dah malam..mandi2, gosok baju & tido..huhu. Happy weekend.

p/s :: excited nak beli basikal ni..Nak yang gempak2 jer..tapi duit ada sejemput jer..cam mana tu??

Monday 12 March 2012

Mengantuknya

Mengantuk tahap gaban
Dah nak jadi cam ni
.
.
.
.
.
.
.
.
.

sumber : google

 
Ingatkan minum nescafe mata boleh jadi segar bugar
Takde maknanya...

Ubat dia adalah pejam mata..dan rehatkan otak.


Wednesday 7 March 2012

WW :: Hati Berbunga Gembira



Skrg tersenyum hingga telinga
Gembira sbb gi keje ngan Encik B
Ada la org nk berborak
Kalo tak sorang2 dgr radio
Peluang hingga jumaat ni
Minggu depan kembali drive sorang2

Tuesday 6 March 2012

Masalah Kita Hanya Segenggam Serbuk Kopi

Nak juga buat entry, walaupun bz..hehe.

Sebenarnya dah lama saya nak share benda cerita ini di dalam blog. Tapi tak berkesempatan nak taip. Takzirah ini saya dengar daripada radio IKIM. Disampaikan oleh Ustaz Badli Shah Alaudin.  Kebetulan kita berada di dalam situasi sebegini. Boleh la menjadi iktibar.

(apa yang disampaikan disini adalah daripada pemahaman saya sendiri..)

Begini kisah..


Ada seorang pemuda, datang berjumpa seorang ulama. Pemuda itu memberi tahu kepada ulama ini yang dia mempunyai masalah. Masalah dia sangat berat. Dia meminta ulama ini untuk membantunya.  Kerana masalah itu dia berasa sangat tertekan.

Ulama itu pun bawa kepada pemuda itu serbuk kopi dan segelas air kosong. Dia meminta pemuda tersebut untuk mengambil segenggam kopi dan dimasukkan di dalam segelas air kosong. Dia kacau serbuk kopi tu di dalam segelas air. Dan ulama itu meminta pemuda tersebut meminum air tersebut. Pemuda tersebut pun minum air bancuhan kopi tu. Rasanya sungguh pahit. Ulama itu bertanya kepada pemuda tersebut "Apakah rasa air ni?". Jawab pemuda tersebut "terlalu pahit".

Selepas itu, ulama itu membawa pemuda ini keluar dari rumah menuju ke telaga. Ulama membawa serbuk kopi. Ulama tersebut meminta pemuda tersebut, mengambil segenggam serbuk kopi dan dicampakkan ke dalam telaga. Pemuda itu menurut perintah ulama. Setelah selesai, Ulama itu mengambil air daripada telaga dan diberikan kepada pemuda itu. Ulama meminta pemuda itu meminum air telaga tersebut. Selapas itu ulama bertanya "Apakah rasa air ini?". Jawab pemuda tersebut "tiada rasa. Tawar".

Ulama itu pun memberitahu, apakah signifikan di antara segenggam kopi dengan sebuah masalah yang dihadapi oleh pemuda tersebut.

Masalah yang kita hadapi hanya sebesar genggaman kopi. Ia tidak akan lebih dan ia tidak akan kurang. Sukatan itu tetap sama.  Tetapi yang membeza kita adalah, penerimaan kita ke atas masalah tersebut.  Jika kita terima masalah dengan hati yang tertutup, meratapi masalah tersebut, tidak berfikiran terbuka, kita akan merasakan masalah itu sangat pahit dan membebankan.

Tapi jika letakkan masalah itu di dalam hati yang terbuka, menerima dengan fikiran terbuka, kita akan merasakan masalah itu tidak ada kesan kepada kita.  Kita akan lebih berusaha untuk mengatasi masalah tersebut.

Saya saya terkesan dengan kisah ini. Mengapa?

Sbb selalu terjadi dalam hidup saya. Masalah yang remeh pun saya rasakan susah. Padahal tidak ada pun yang susah. Kadang2 masalah kecil pun boleh jadi isu. Bila dgr motivasi ini, saya rasa masalah itu tetap sama tetapi yang membezakan bagaimana kita menerima masalah dan cuba menyelesaikannya adalah lebih penting.  Selepas dgr motivasi ini, saya mula anggap semua masalah boleh diselesaikan dan ia mudah utk diselesaikan. Di dalam keadaan begitu, fikiran kita akan jadi lebih rasional dan akan timbul idea2 yg bernas untuk mengatasi masalah.

Ada pepatah yang saya jumpa di dalam FB sahabat saya..

Kadang-kadang kita berdoa untuk jadi kuat
Tapi banyak pula dugaan yang datang

Kadang-kadang kita berdoa minta cerdik
Tapi banyak pula masalah yang bertandang

Kadang-kadang kita berdoa minta kebahagian
Tapi huru hara pula yang menjelang

Setiap dugaan itu menjadikan mental kita kuat
Setiap masalah itu menjadikan kita berfikir
Setiap hura hara itu menjadikan kita tabah

Subhanallah betapa hebatnya Allah
Semua aturannya ada hikmah tersembunyi

Kesimpulannya, badan kita ada 3 part yang penting. Yang pertama fikiran, yang kedua emosi dan yang ketiga tindakan.  Orang yang normal akan berfikir dulu, baru timbul emosi dan akan bertindak.  Tapi kebanyakan orang sekarang lebih emosi, terus bertindak melulu dan selepas itu baru berfikir.  Oleh itu, gunakan fikiran yang kita ada untuk membentuk emosi yang baik dan akhirnya menghasilkan tindakan yang berkesan.


Monday 5 March 2012

CD 13 :: TVS..Dah Ovulasi

Sabtu lepas 3 Mac 2012 ada appointmen dgn doc. Buat TVS..nak check sama ada telur ok ke tak?

Hasil TVS..saya dah ovulasi. So, doc suh try naturally. Dah berapa lama dia ovulation pun tak tahu.  Doc bagi ubat Duphaston dan Tribestan utk Encik B. Doc ckp jumpa next period. 

Rasanya bulan ni tak berjaya lagi. Menyerah sebelum kalah..haha. Ye la sbb kami pun kurang ber'BD'.

Tapi saya rasa sgt syukur, walaupun saya seorang PCOS..period saya on time. Walaupun saya tak ambil clomid, ovari saya mampu untuk menghasilkan telur dan matang. Walaupun ambil clomid dlm tempoh yang lain, ketebalan rahim saya normal (sbb ambil clomid untuk tempoh lama, boleh menyebabkan lining rahim menipis).  Bila memirikan semua ini..saya rasa saya boleh mengandung. Benarlah Allah yang menentukan segalanya. Mgkn belum masanya lagi..

Oleh itu, utk next cycle saya akan berehat sebentar untuk jumpa doc. Mgkn untuk 2 cycle @ 3 cycle. Ni berikutan nasihat cik misi untuk saya stop seketika daripada mengambil sebarang drug. Dia minta kitaorg untuk beralih kepada semulajadi. Bukan bermakna saya tak jumpa doc, saya akan melupakan usaha TTC ni.

Sekarang ni pun saya dan Encik B mengamalkan 1 petua yang diberi oleh anne. Bangun pagi, minum air masak 600 ml (tapi saya minum sekadar yang boleh sahaja). Ambil 1 sudu minyak zaitun, 1 sudu madu habatussauda dan 1 sudu pati delima gulsan. 2 jam selepas tu baru breakfast. Anne minta tambah makan pil habatussauda. Tapinya belum jumpa lagi.  Alhamdulillah..sejak amalkan makanan sunnah ini badan jadi bertenaga. Takde la pagi2 dah mengantuk. Selain dari tu, saya masih ambil asid folik, EPO/Flexseed oil, minyak ikan dan multivitamin.

Yang penting usaha harus berterusan.

Untuk akhirnya, baca artikel ini. Ia akan memotivasikan diri sendiri yang sedang dilanda ujian. Klik disini.

p/s :: masa raya puasa dulu, ada seorang abang bawa saya berurut dgn seorg nenek dikampung. Habis urut nenek bagi 3 helai daun sireh siap dgn gambir dan pinang utk dimakan. Nenek tu kata, datang urut lagi bila period. Tapi lepas tu tidak berkesempatan. Baru2 ni, nenek tu bagitau kat abang tu suh saya datang urut. Hebat tul nenek tu boleh ingat lagi saya. Harus diusahakan ini..hehe

Sunday 4 March 2012

Shopping @ Mydin USJ

Post entry sementara beratur nak membayar. Punya ramai manusia. Cuti sekolah ni ramai nak dtg rumah. So ini beli barang bersiap sedia..hoho

Thursday 1 March 2012

Dah Bulan Mac :: Harus Lebih Fokus

Dah masuk bulan Mac
Dah kira saat genting ni
Keje ofis ada byk lagi tak siap
Deadline bulan April
Nampak cam 2 bulan lagi..tapi rasa cam 2 hari jer
So untuk bulan Mac ini harus lebih fokus
Perlu rancang kerja, dan siap on time
Jangan bertangguh lagi.

fokus..fokus..fokus

p/s :: fokus untuk baby kita bincang lepas deadline keje ok tak??