Pagi tadi gi scan untuk kali pertama selepas mengambil injection selama 11 hari. Result agak mengecewakan. Hanya ada 2 telur yang berukuran melebihi 20mm dan 2 telur lagi dalam ukuran 15mm-16mm.
Berdasarkan appointment yg lepas doc nak lebih kurang 10 - 12 telur. Ini adalah untuk memberikan peluang berjaya tu tinggi. Tapi dah cam ni, doc minta sambung lagi injection utk 3 hari lagi dan hari isnin datang semula untuk scan. Doc berharap 2 telur lg itu membesar dan tidak berlaku ovulation.
Respond ubat kali ini sama jer seperti buat IUI. Doc dah pening. Sbb dos dah sekali ganda tinggi daripada last IUI tetapi result tak ok.
Masa kat klinik saya ok jer. Tapi bila dah sampai ofis, saya gi solat dhuha..dalam solat saya dah berjurai. Tak tahu cam ne nak describe perasaan pada masa tu dan pada saat sekarang. Bertawakal sahaja.
Lepas solat saya whatsapp jer kat Encik B. Mujur dia ok dan sangat memberi sokongan padu. |
Berdoa, berdoa dan terus berdoa semoga perjalanan ini dipermudahkan. Sentiasa ingat Allah akan memberikan yang paling baik untuk hamba-Nya.
Sekian.
Wassalam
CPT, we just need one good eggs... I dulu pun ada 4 je, and end up hanya 1 yg senyawa... But its better than nothing right? Smg Allah permudahkan, dan semoga telur yg dapat diambil akan membuahkan result yg positive...amin... Keep on ur hope, don't give up yet.... Take care
ReplyDeleteAdik sy pun kata gitu. Yg penting berkualiti. Terus ok dan redha..hihi
DeleteTakpe CPT,saya dulu pun slow progress..dah day 10 ada 3 je yg besar2,lepas tambah dos baru dapat banyak sket..inshaAllah,yg penting quality dan terpaling utama rezeki..inshaAllah..
ReplyDeleteKak nuriz, sy tak tmbh dos cuma tmbh hr kena cucuk. Alhamdulillah ok. Walaupun tak banyak tak ada..
DeleteJgn sedey sgt syg. Kwn sy iui 1telur je ade. Membesar. Dia da sedey sbb tak byk telur. Tp sy bg dia kekuatan kate. Baby kalo nak jadi dgn 1 telur je. Alhamdulillah. Iui dia berjaya dgn izin Allah. Tawakal tu alallah tu penting. Yakin se yakin yakin nye yg Allah tu Maha Menghidupkan dan Maha Berkuasa...ok. be strong my dear
ReplyDeleteLily,
DeleteMula2 mmg agak sedih..tp bila kita redha, Insya Allah akan dpt blsn yg baik. Semuanya dgn izin Allah..
Dear..jgn susah hati tau..sy ms previous ivf...ketiga-tiga kali ivf ....telur berbelas2...embies dpt 7....tpi..masih bukan rezeki..yakinlah ..klu Allah dh letak rezeki u....maka..ttp akn jdi
ReplyDeleteBetul tu..yg banyak belum tentu berjaya jika belum diizinkan Allah. Terima kasih bg sokong!!
DeleteWhat is meant for you, will reach you. Just be patient - Umme Zaib
ReplyDeleteTq B&C
Delete