Wednesday 31 October 2012

WW :: Masak2 & Makan2

nasi ayam + ayam bakar black pepper + tauge sos tiram


Tuna Melt guna french toast


Tuna Melt roti sandwish biasa. Sedap dimakan waktu panas2.


1st mini pavlova

p/s :: banyak lagi masak..tapi tak sempat nak capture..dah masuk mulut dulu..hehe

Wednesday 24 October 2012

Pernyataan Yang Menyakit Jiwa [enty yg emo]

Assalam..

Hari ni hari kurang tanpa kata..tapi saya tetap nak berkata2 jugak. Dah lama pendam dijiwa ni..haha

Saya rasa ramai jer TTC yg kena kata-kata yg tak best sbb belum punyai anak. So far spjg 3 tahun ni sy dah kahwin ni blm ada kata-kata/cemuhan yg sy terima scr direct. Maknanya secara depan. Yang belakang2 saya tak tahu.

Tapi sepanjang 3 tahun ni..adalah beberapa pernyataan yang membuatkan saya sakit jiwa..lebih2 lagi sekarang. Bila dgr jer sakitnya hati.

Pernyataan 1 Yg Menyakit Jiwa

Isteri kwn Encik B..diaorg pun kahwin seminggu selepas kitaorg. Sy panggil isteri dia J. Diaorg ok jer. Selepas kahwin tu kitaorg adalah buat makan2 kat rumah. Ajak la kawan2 Encik B datang. Diaorg ni dtg. Salah seorang kawan Encik B (kawan lain) isteri dia mengandung. Pastu geng perempuan ni dok la sekali time makan tu. Si J tu bagitau kalau boleh dia taknak preggy lagi..nak tunggu setahun dulu. Sy ckp..sy mmg takde planning2..kalau dpt cepat lg bagus.

Beberapa bulan kemudian, kitaorg jumpa lagi dia tmpt futsal temankan suami masing2. Masa tu sy dah tau dia preggy. Perut dia time tu dah besar jugak la. Masa tu dia ckp lagi..sbnrnya dia tak nak lagi ada baby..tapi dah dpt. Time tu sy rasa kenapalah dia boleh ckp camtu. Sy yg nak sgt ni tak dpt2. Dia yg dah dpt tu tak bersyukur. Masa tu sakit betul hati. Skrg ni si J tu jiran sy. Kitaorg beli rumah dekat. Mmg jodoh jer..kahwin dekat2 rumah dekat2..So far J tu baik..cuma pernyataan dia jer yg menyakit jiwa ini...hehe

Pernyataan 2 Yg Menyakit Jiwa

Kat ofis..Ada sorang mamat ni baru kahwin. Dia kahwin ngan budak ofis jugak. Satu jabatan. Pastu dikhabarkan isteri dia mengandung. Kira cepat la. Ok! Sy takde masalah. 

Time tu sy sdg makan di pantry. Diaorg tak perasan pun saya. Slh seorang staf (perempuan) yg dok berborak ngan dia ckp la "Hebat ko yek..terserlah kejantanan ko."

Ya Allah ms dengar tu..geramnya la. Ingat org takde anak ni suami dia tak jantan ke? Suami sy mmg tak jantan tapi suami saya lelaki yang sempurna ok!! Kenapa..kalau ada anak ni baru jantan? Jantan ker kalau anak pun tak reti nak jaga..hoho..marah sgt time tu. Dah siap makan blah jer. Dok dlm bilik sorang2..tanya kat diri sendiri..aku emo sgt ker?? hehe..pastu blah gi solat.

Pernyataan 3 Yg Menyakit Jiwa

Kat ofis lagi..pas sorang mengandung..sorang mengandung. Ada sorang staf tu anak dia terurut2. Ok Alhamdullilah rezeki Allah. Dah habis pantang masuk kerja sure citer pasal bersalin. Sy dengar jer. Kat pantry mmg ramai yg melepak. Dah tu citer pasal perancang la..implan la..iud la..whatever yg sy tak nak ambil tahu. Part yg sakit jiwa tu 

"Kita kena berhati2. Kita ni jenis mudah sgt nak lekat. Pantang sentuh sikit mesti lekatnya." Ok!! Ayat cam takburnya. Layan jer la. 

Sy tau sy mmg jenis susah lekat..main la time apa pun blm tentu dpt. So sy terus makan dan buat muka seposen..borak2..pastu blah. Dlm hati sakitnya jiwa ni.

Pernyataan 4 Yg Menyakit Jiwa

Ni kes terkini..budak ofis baru kahwin bulan Sept hari tu. Kahwin ngan staf satu ofis jugak. Skrg tengah mabuk. Saya tahu..tapi saya buat2 tak tahu. Malas nak ambil tahu.  Skrg ni sy suka dok dlm bilik sorang2. Lepak kat luar dgn diaorg jarang2. Lepak pantry pun jarang sbb dah jarang makan. 

Last week lepak ngan sorang kakak ni. Kakak ni sumber inspirasi sy la. Dia tabah TTC. Suka citer ngan dia pasal TTC. Anak dia dah 2 org skrg. Dia bgtau sy yg budak tu dah mengandung. Ok!! Part yg menyakit jiwa tu..

"Tu la budak2 usik D (nama suami dia)..terror ko yek..shoot tepat pada sasaran." Sy terus je ckp.. "Akak mengandung ni rezeki Allah..takde kaitan pun shoot tepat ke tak. Bila Allah kata jadi maka jadi." Akak tu pun agree ngan sy. Yang penting sy ckp penuh berhemah tau! 

Dalam hati..ayat begini menyakitkan jiwa btul. 

************************************
Saya yg emo kan!! Dalam hati jer. Kat luar nampak cool ok!

Selalunya bila dgr benda yg menyakit jiwa ni..sy dok diam2 beristigfar dan tgk balik apa yg saya ada. Biarlah apa yang diaorg nak kata..tp pada saya semua yg kita ada ni Allah jua pemberi-Nya. Ia tidak akan terjadi dgn sendiri tanpa izin Allah.

Saje je citer ni..nak melepas perasaan..apa pun saya REDHA dgn ketentuan-Nya.

sumber :: fb


Sekian.


Monday 22 October 2012

Mood Sama Dengan Cuaca

Assalam..

Mood saya sekarang sama jer dengan cuaca kat luar
Mendung, hujan renyai2, dan kadang2 hujan lebat, ditambah dengan guruh2
Malas..dan pergerakan semua jadi slow
Nampak tilam, bantal dan selimut best sangat
Kalau kena kacau mmg nak marah sangat
Macam2 planning ada..tapi satu pun tak buat
Nak menaip ni lagi la malas
Baca pun nampak huruf banyak sangat..terus jadi malas
TTC pun sesejuk cuaca jugak..hehe
Bergerak mengikut arah angin
Pada saat ini..biarlah ia berlalu
Bukan tak berusaha..tapi..(biarlah sy je yg tahu)
Yang saya tahu..sekarang saya enjoy dengan pelbagai aktiviti
Berbasikal, jogging, kelas mengaji, memasak, meeting community, bersosial (lepak2), tgk tv, main game
Buat masa ini saya nak menikmati masa enjoy ni sepuasnya..
Ok la..cukup la..kerana idea sudah beku!!

Wassalam

p/s :: ada anak itu nikmat dari Allah...tapi belum ada anak bukannya dugaan tapi nikmat juga dari Allah. Allah beri masa lapang yang banyak. Nikmatilah selagi ada..

Wednesday 10 October 2012

WW :: Adam & Hawa ~ Gila Dibuatnya



Cerita kegilaan sekarang
Saya terjebak lagi
Bukan saya seorang..semua orang dirumah saya
Suami saya, adik saya & adik sepupu saya
Dengar lagu jer dah boleh gila
Parah!!

Encik B ada student nama Ain. Dia panggil nama student tu..alih2 dia ckp 'Sy ingat nama awak AIN HAWANI'. Student dia gelak sbb cikgu dia layan Adam & Hawa ~ Parah!!

p/s :: mmg parah..sbb citer ni 80 episod.


Monday 8 October 2012

Hanya Untuk 2 Kali Percubaan IUI

Salam Isnin semua,

Hari ni mood ke laut sikit. Sbbnya..hari ni sakit perut..huhu gara-gara nak habiskan kari kepala ikan.

Saje jer nak buat tajuk post gempak2 kan!! tapi ceritanya biasa jer..hehe.

Ok..last friday bersamaan 5 Oktober 2012, kami (saya + Encik B) ke LPPKN. Appoinment kul 11 pg. Ini adalah pertemuan pertama dengan Doc Ghafar. Pertemuan ini adalah untuk penerangan lanjut ujian semen, ujian darah CD2-CD5 dan ujian darah CD21 dan apa yang doc akan buat..

Keputusan ujian,

Saya (Isteri) - Hormon FSH, LH dan progestron berada di dalam lingkungan (makna ada ovulasi scr natural). Mmg ada PCOS, sbb hormon FSH tak sama dgn LH. So doc kata..ada 2 kemungkinan akan terjadi apabila sy ambil ubat hormon.. 1) ovari sy tak akan respond dan 2) ovari sy terlebih respond.

Encik B (Suami) - Bilangan sperma melebihi sepatutnya/banyak. Pergerakan sperma agak rendah. Rupa bentuk sperma yang normal ok..berada di dalam lingkungan. So doc akan monitor dari semasa ke semasa.

Kesimpulan,

Doc suggest supaya kami cuba IUI untuk 2 kali shj. Sbb sblm ni saya dah buat IUI 2 kali jugak. So total sepanjang TTC...4 kali IUI. Sekiranya tak berjaya, Doc akan move to the next step IVF.

Pada saat ini, saya dan Encik B redha. Ini adalah takdir yg Allah dah tentukan. Untuk IVF kami dah sepakat untuk mula menyimpan duit. So duit bonus 1 bulan yg akan terima..simpan utk IVF yek!! No enjoy2.. Tapi sebelum IVF, kami akan cuba sedaya upaya semasa IUI nnt. Moga saya dan suami tabah dalam mengharungi rawatan ini. Dan jika blm rezeki untuk saya..saya terima dgn hati terbuka.  Apa pun terjadi..ia sudah ditentukan. Saya mohon supaya Allah lapangkan dada saya seluasnya..besarkan hati saya sebesarnya..supaya saya tidak berkecil hati dgn ujian ini.

sumber :: fb


Sekian.






Monday 1 October 2012

Bonus 1 1/2 gaji @ 1 bulan Gaji



Tahniah untuk penjawat awam yg dpt bonus 1 1/2 bulan gaji yg telah diumumkan oleh PM pada hari jumaat yang lalu.

Syukur Alhamdullilah atas rezeki yg Allah beri. 

Cuma pagi ni saya nak luahkan pada yg saya rasa (semata2 datang dari pemikiran saya!!). Mmg la bonus ni dibayar 1 1/2 bulan gaji untuk 3 tempoh. 1 masa hari raya hari tu, yang ke-2 hujung tahun ni iaitu bulan 12 dan yang ke-3 masa bulan Jan 2013.

Bonus yg bayar Jan 2013 boleh consider tahun 2012 ker?? Setahu saya perakaunan kerajaan pada masa kini adalah asas tunai. So 1/2 bulan yg dibayar pada Jan 2013 menggunakan peruntukan 2013. Maka pada saya itu bonus 2013. Untuk 2012 consider BONUS 1 BULAN GAJI jugak!!

Berlainan kalau perakauanan kerajaan asas akruan..maka kita dah siap2 kira dlm bajet 2012 cuma pembayarannya sahaja 2013. So bila cam tu mmg sah dapat 1 1/2 bulan bonus.

Dalam EC 2012 (Penyata gaji tahunan) pendapatan bonus yg dilaporkan hanya 1 bulan jugak. Yang separuh lagi tu masuk EC thn 2013. So bonus untuk thn 2013 dah byr separuh..nnt separuh kerajaan akan bayar pada raya atau hujung tahun 2013. So bonus untuk 2013 akan sama jer..1 bulan gaji. Pembayaran bonus sama sahaja dengan tahun2 yg lepas..hohoho.

Saya meluahkan ni bukan sbb tak sokong kerajaan yg ada atau tak bersyukur. Tetapi tanggapan orang awam ke atas Penjawat Awam. Di FB orang dok kutuk Penjawat Awam dah dapat 1 1/2 bulan gaji pun sama jer malah lagi teruk. Tapi dia orang tak nampak hakikat sebenarnya, penjawat awam dapat bonus sama seperti tahun2 terdahulu. Panas telinga ni dengar tau..

Dah dapat duit nnt, rancanglah perbelanjaan. Jan 2013 tu permulaan tahun..kita tak tahu apa kan terjadi sepanjang tahu 2013..maka simpanlah sedikit utk bekalan waktu2 terdesak nnt.

Ini semua hanya pendapat peribadi saya semata-mata..

Sekian.