Thursday 31 May 2012

Tahniah..

Tahniah di atas kelahiran baby girl adik angkat saya (mak jaga dia dr kecil lg). Semlm petang wife dia selamat bersalin secara normal. Ni mmg bunting pelamin. Bulan 9 kahwin, bulan 10 dah pregnant. Mmg rezeki diaorg..

So, mlm td call la ayah & mak...nak chit chat. Ckp la ngan ayah..

Akak "A***l dah dapat baby." dengan nada suara yang biasa2 jer

Ayah "Eemmm. Akak berdoa la byk2."

Saya cam blank. Tak faham maksud ayah. Tp rasanya, ayah bermaksud 'Akak jgn sedih la..berdoa la..nnt Allah akan beri'.

Pastu..saya tanya "Mak mana?"

Ayah jawab "Mak mandi." Terus je sy kata..nnt saya call balik la.

Lepas beberapa minit, mak call. Mak tak sabar gak nk gi tgk cucu. Masalah, wife dia berpantang jauh. So bila free nnt mak nak gi tgk.

Lepas pada tu, bersembang pulak ngan cik chef. Dia bagitau 'masa A***l bagitau wife dia dah pecah air ketuban, mak dah risau. Kalau Akak yang nak bersalin, agak2 seminggu sebelum tu mak dah tunggu..'hehe. Of course la mak risau..saya kan anak sayang dia.

Semua orang seperti mengharap baby daripada saya. A***l mmg sudah dianggap sebahagian drpd family kitaorg. Kitaorg mmg happy dgn kelahiran baby tersebut. Bertambah meriah la nnt. Tapi kalau yang dpt baby tu saya, lagi2 diaorg semua happy.

Insya Allah, rezeki anak itu akan ada. Bila masa itu..hanya Allah yang tahu.

Saya tak sedih..tapi bila ayah ckp cam tu..terus saya rasa sangat touching. Ayah sangat memahami. Tapi apakan daya..itu semua ketentuan Allah.


p/s :: kami berdua tidak bersungguh2 TTC utk 2 bulan ni..huhu. Macam mana nak ada??

Wednesday 30 May 2012

Peminjam gagal dalam saman terhadap PTPTN

Peminjam gagal dalam saman terhadap PTPTN


KUALA LUMPUR 30 Mei - Seorang peminjam yang disenarai hitam atas dakwaan gagal melunaskan pinjaman pengajiannya, gagal dalam samannya terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Hakim Mahkamah Sesyen, Unaizah Mohd. hari ini menolak saman pegawai bank Mandeep Singh terhadap PTPTN dengan kos.

Dalam keputusannya Unaizah berkata, selepas mendengar keterangan daripada saksi-saksi dan hujah dari kedua-dua pihak, mahkamah mendapati plaintif (Mandeep) gagal membuktikan dakwaannya terhadap PTPTN.

Pada 20 September tahun lepas, pegawai bank, Mandeep Singh memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Sivil terhadap PTPTN bagi memfitnah dan ditahan secara salah selepas beliau disenarai hitam atas dakwaan gagal melunaskan pinjaman pelajarannya.

Mandeep berkata, di bawah perjanjian pinjaman pelajaran bertarikh 9 November 2006, PTPTN telah bersetuju meminjamkan RM48,000 kepadanya.

Mandeep, 27, menuntut RM19,000 sebagai ganti rugi khas bagi tiket penerbangan dan tempahan hotel, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Beliau mendakwa telah ditahan pegawai imigresen di Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang pada 6 Julai tahun lepas semasa beliau mahu berlepas untuk bercuti di Guangzhao, China.

Katanya, beliau dimaklumkan oleh pegawai imigresen berkenaan yang namanya telah disenarai hitam dalam pangkalan data imigresen.

Bagaimanapun, beliau berkata, PTPTN gagal memadamkan namanya daripada pangkalan data itu walaupun beliau telah memaklumkan kepada PTPTN untuk berbuat demikian.

Susulan kejadian itu, beliau mendakwa dirinya telah diaibkan di depan orang ramai dan mencemarkan imejnya.

Mandeep memberitahu pemberita, beliau akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini di Mahkamah Tinggi. - BERNAMA

sumber  :: utusan

******************************************************************************

moral of the story : sebelum ke luar negara, check dulu dengan imigresen sama ada kita ni black list dan yang kedua, bayar la hutang. Sikit2 pun PTPTN terima dan tak la kena black list.

WW :: Kuah Fav Roti Canai

Ikan patin masak tempoyak makan bersama roti canai..mmg gempak

Saya suka juga makan roti canai cicah air teh..sedap


p/s :: kuah ape yang biasa korang makan dgn roti canai selain drpd dhal, kari & sambal??
 Kalo ada yang pelik2, boleh la try..hehe

Tuesday 29 May 2012

Jentikan Kasih

Buat sahabat TTC & mereka2 yang sedang diuji....

Dikongsi dari blog Ustaz Pahrol Mohd Juoi

*********************************************************************************

JENTIKAN KASIH…

Masih teringat ketika masih kanak-kanak di kampung dahulu. Apabila hujan lebat, kita begitu seronok bermain air. Tidak kira di tepi sungai atau berhampiran tali air. Kita ketawa, gembira dan terjerit-jerit dengan kawan-kawan.
 
Tetapi tidak lama… ibu akan datang dengan ranting kayu menyuruh kita pulang. Kalau tetap berdegil, kita akan menerima habuan. Apalagi, kita pun menangis. Sewaktu itu kita tertanya-tanya, mengapa ibu menghalang kita berseronok-seronok?

Kini kita telah dewasa, kenangan itu masih basah dalam ingatan. Kita tersenyum. Kenangan itu adalah bukti kasih sayang ibu. Sekarang kita faham, ibu melarang kerana kasih. Ibu merotan kerana sayang. Bukan kerana ibu cemburu, jauh sekali benci apatah lagi untuk mendera. Ibu nampak apa yang kita tidak Nampak. Kita hanya memikirkan suka, ibu memikirkan bahaya. Ya, kerana keprihatinan ibu menjaga kita sewaktu kecil itulah menyebabkan kita masih di sini.

Begitulah dengan ujian-ujian Allah. Ia begitu perit, pahit dan menyakitkan. Kita inginkan kejayaan, Allah berikan kegagalan. Kita inginkan pertemuan, Allah takdirkan perpisahan. Manis yang kita impikan, pahit yang menjadi kenyataan. Mengapa? Jawabnya, itu adalah yang terbaik untuk kita. Ujian Allah umpama ‘rotan ibu’ kepada anaknya yang degil. Ibu merotan kesah kasih sayang, Allah lebih-lebih lagi…kerana kasih sayang Allah jauh lebih tinggi, lebih murni daripada kasih seorang ibu terhadap anaknya.

Sayangnya, kita hamba yang ‘buta’. Kita tidak nampak di sebalik segala keperitan dan kesakitan ujian Allah itu adalah kasih sayang jua. Dahulu kita adalah anak kecil yang tidak memahami di sebalik larangan dan kemarahan ibu. Kini kita adalah hamba yang jahil kerana gagal memahami dan merasai kasih-sayang Allah di sebalik segala ujianNya. Dahulu kita menangis, apabila dipukul ibu. Kini kita ‘memberontak’ dan bertanya, mengapa Tuhan takdirkan kesusahan dan kepedihan ini ke atas diriku?

Mengapa kita belum dewasa menghadapi ujian Allah? Kenapa kita belum mampu tersenyum seperti seorang anak yang telah dewasa sewaktu mengenang kembali memori silam sewaktu dia dipukul ibunya? Kita seharusnya mampu ‘tersenyum’ ketika dipukul oleh takdirNya. Atau sekurang-kurangnya tunduk akur, menyerah dan pasrah pada ketentuan-Nya. Katakan pada hati, “Ya Allah, aku layak diuji. Aku hanya hambaMu. Di sebalik ujian ini aku yakin ada kebaikannya. Cuma kerana kelemahan dan kejahilanku… aku belum nampak wahai Tuhan. Namun aku tetap yakin di sebalik semua ini tetap ada kasih sayangMu.”

Marilah kita teladani Nabi Muhammad saw apabila ditimpa ujian, baginda sering berkata, “aku hamba Allah, Allah tidak akan mengecewakanku.” Ini kerana baginda yakin bahawa pada setiap ujian Allah terselit hikmah yang pasti memberi kebaikan, lambat atau cepat, tersurat atau tersirat. Justeru, orang yang ‘arifbilllah’ (mengenal Allah) seperti Ibnu Ataillah pernah berkata, “Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen­deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”  Maksudnya, seberat mana pun ujian yang Allah timpakan, pasti ada kasih sayang yang mendasari dan mengiringi  ujian tersebut. Namun, akal yang matang berfikir dan hati yang tenang berzikir sahaja dapat merasai hikmah di sebalik setiap mehnah.

Telitilah firman Allah ini, Al-Baqarah Ayat 216 : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Ilmu kita yang terbatas, tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha luas. Kita hanya nampak yang dekat, Allah nampak yang dekat dan yang jauh. Kita hanya nampak guruh dan hujan, rupanya Allah hendak menghadiahkan pelangi!

Alangkah indahnya kehidupan ini apabila kita sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan menerima segala ujiannya dengan sabar. Pahit, tidak cepat diluah. Pedih, tidak segera disanggah. Anak yang dewasa akan tersenyum dan berterima kasih dengan ketegasan ibu terhadapnya sewaktu dia masih kecil. Mujur ibuku memarahi ku dahulu, jika tidak… kini aku tidak berjaya. Syukur, ibuku telah merotanku sewaktu aku kecil dahulu, itulah yang menyebabkan aku menjadi ‘manusia.’

Syukur kepada Allah yang mengurniakan ibu untuk kita. Semakin tinggi rasa terima kasih kita kepada ibu, sewajarnya semakin tinggi pula syukur kita kepada Allah. Tanpa ibu, siapalah kita… namun tanpa kasih sayang Allah, tiada ibu, tiada kita. Antara nikmat Allah yang tidak boleh kita dustakan ialah nikmat ibu. Namun, lebih tinggi sepatutnya kesyukuran kita kepada Allah… yang telah mendidik kita dengan ujian-ujianNya.  Yang sering menjentik kita dengan kasihNya.

Dengan jentikan (ujian) itulah iman dan Islam kita dewasa. Dengan mehnah itulah kita mendapat hikmah. Dan dengan hikmah itulah kita menagih syurga!

*********************************************************************************

p/s :: Allah aturkan yang terbaik untuk kita..

Monday 28 May 2012

Praktis sebagai Mama & Papa

Minggu ini, saya dan Encik B akan praktis sebagai mama & papa utk 2 orang budak. Bukan sape pun anak kakak. Sorang tahun 5 & sorang tahun 3. Ini kira praktis anak dah besar yek!!

Diaorang sibuk nak bercuti kat rumah baru pak teh aka Encik B. Ibu dia beri keizinan 1 minggu utk duduk kat umah kitaorang. Sabtu minggu ni..hantar balik diorang.

Masalah kitaorg..dua2 orang tak boleh nak cuti. Cam mana nak jaga 2 orang budak ni sementara kitaorg gi keje. Mak aii pening kepala. So kitaorg dah aturkan program seperti berikut :-

Isnin - gi kem solat. Dari pagi smpi petang. OK
Selasa - Ayah chik akan dtg jaga. Cuma kena tinggalkan kereta. OK
Rabu - Tak tahu lagi...
Khamis - pun sama cam hari Rabu
Jumaat - Kitaorg cuti..mgkn gi jalan2 KL.
Sabtu - Hantar balik

So, start semalam, kerja rumah bertambah. Kena settlekan basuh baju hari2. Biasa la budak2 pakai baju byk. Pastu kena sediakan makan minum..huhu.

Kalo hari Rabu & Khamis duduk kat rumah..so kena la bangun awal pagi sediakan makanan utk diaorg. Fuhhh... maknanya masa tidur berkurangan..hehe.

Apa pun kitaorg happy sebab ada ramai kat rumah. Kalo tak berdua + sorang yang jarang bertemu tu. Pak Teh skrg dah jadi sgt tegas..huhu. Sy lak yang takut.

Friday 25 May 2012

Selamat Hari Lahir Ayah


25 Mei 2012 adalah hari lahir ayah ke-57. Dah setahun ayah memegang status cikgu pencen.

Pagi tadi OTW gi keje call ayah. Wish birthday ayah. Ayah tanya mana kek & hadiah. Ohh..kek kita suh cik chef la buat..hadiah? Tak cari pun lagi..hehe. Teruk punya anak!

Rasa sgt terkilan tak dpt balik kg this week. Terlalu byk program minggu ni..ada yang bertindih2. Kalo tak, akak boleh la buat kek pelangi utk ayah. Kalo malas nak buat..kita beli kek dan masak best2 kat umah..mesti seronok kan!

Akak sayang sangat kat ayah. Akak tak boleh nak bayangkan jika ayah tiada. Semua orang bergantung kat ayah.

Mak - Semua urusan rumah ayah yang settlekan. Beli brg rumah, lauk pauk, bayar bil2. Kalo ayah takde, mak la kena uruskan sorang2 yek..hehe.

Akak aka Cik tipah - Ayah tiap2 bulan pergi bank byrkan duit kereta akak. Dr mula beli smpi skrg. Dah 7 tahun. Roadtax pun ayah uruskan. Ckp jer "Ayah roadtax kereta dah nak mati." nnt ayah settlekan. Walaupun ada Encik B..ayah masih buat kerja tu semua. Kadang2 bila kering2 poket ni..mintak kat ayah. Kalo nak makan lauk best2..request kat ayah. Kalo ayah takde, gigit jari buat sendiri la.

Cik Misi - Sama macam akak. Semua ayah settlekan untuk dia. Termasuklah gaji dia ayah tolong uruskan. Tolong simpankan, tolong laburkan bg byk. Segala macam ayah buat utk dia. Kalo ayah takde, kena buat sendiri la yek..pandai2 la.

Cik Chef - Ini lagi sorang anak dara ayah yang suka merengek kat ayah. Minta semua kat ayah, sure ayah bagi. Ayah adalah penyokong setia cik chef bila cik chef kena marah ngan mak. Ayah akan support cik chef.  Ada masa mak kena marah ngan ayah..sbb selalu sgt marah cik chef..hehe. Ayah mmg tak nak lepas cik chef keje jauh2 ngan ayah. Biarlah ada dpn mata dia. Cukup la Akak dan Cik Misi keje jauh. Kalo ayah takde, sape nak sokong ko adik manis??

Tauke Sayur - Ni anak syg ayah. Anak lelaki sorang. Semua benda ayah buat utk dia sbb ayah mmg tak nak bagi dia kerja jauh. Semua benda ayah tolong planning kan utk adik. Segala idea ayah bagi utk bisnes dia. Kalo ayah takde, sape nak buat utk ko adik??

Saya dan cik misi pernah fikir soalan ini...apa akan jadi kalau ayah takde. Semua orang bergantung sepenuhnya pada ayah. Masa borak2..menangis kitaorang berdua. Tidak boleh dibayangkan.

Sementara ayah ada...kami nak buat ayah gembira, nak bagi ayah happy, nak beri yang terbaik utk ayah, tak nak bagi ayah marah dan semuanya utk ayah.

"Ayah, Selamat Hari Lahir. Akak sayang ayah kerana Allah"  

Thursday 24 May 2012

Makan Mee Bandung di bawah Pokok Rambutan

Sabtu lepas gi kenduri sepupu Encik B di Muar. Sepupu dia kahwinkan anak perempuan. Kira2 anak saudara sepupu yang kahwin.

Kira ni kali kedua sampai ke Muar. 1st hari tu masa hari raya tahun 2010, temankan cik misi gi raya rumah kawan dia di sini.

Bila kita berjalan tempat orang, mesti cari apa yang best utk dimakan. Walaupun dah kenyang makan kenduri..nak jugak makan makanan yang lain.

Awal2 lagi Encik B ckp dia nak makan mee bandung Muar. So ms nak gi umah kenduri lalu kedai mee bandung yang pernah sy makan masa gi dulu. Depan sekolah sains muar. Encik B ckp nnt time nak balik kl kita singgah makan. Ok.

Biasalah gi kenduri dah jumpa sedara mara, dlm kul 3 baru nak gerak balik kl. Masa nak dtg umah pengantin ni kitaorg ikut jln jauh sikit..siap masuk bandar. Tapi bila time balik, ikut ppn tanda jalan ke lebuhraya PLUS. Bila kuar2 je..dah terlepas kedai mee bandung yang dicadangkan.

So, Encik B mmg hampa. Nak patah balik cam malas jer.. Tiba2 Encik B jumpa satu gerai tepi jalan..cam ramai orang makan kat situ. Dia berhenti dan suruh saya turun gi survey. Saya yg menurut perintah pun keluar kereta pergi la kat kedai tu. Tanya kakak kat kedai tu..ada mee bandung tak? Kakak tu jawab ada.

So dari kedai tu, sy tunjuk isyarat ok kat Encik B dlm kereta. Kedai ini di kawasan rumah2 kampung. So kitaorang pilih port di bawah pokok rambutan. Walaupun time tu panas terik..tapi syok sgt dok makan bawah pokok rambutan. Encik B ckp kalau ada buaian lagi best. Lepas makan terus tido...hehe


pokok rambutan yang rendang..mmg cool dok kat sini.

Ramai yang datang kedai ni dan makan rojak. Kitaorang tak order..so tak tau pe rasa rojak tu.

Walaupun mee bandung dia takde daging yg byk cam kat Sek 8 PJ..tapi rasa dia sgt mengancam..sedap sgt!!

Warung ni, kalo dari Muar ke KL sebelah kiri. Kalau dr KL ke Muar sebelah kanan. Nak bagitau landmark lain pun tak reti. Cari kat iphone pun tak jumpa nama tempat sebenar. Apa2..kalau gi Muar jgn lupa makan mee bandung...yek!


Thursday 10 May 2012

Air Tangan Part 2

Sekarang saya dilanda mood utk memasak jer. Tak kisah dok kat dapur lama. Saya masak yg simple2 jer.  Ini akibat tekak saya seperti tidak boleh menerima sangat makanan luar. Entah mengapa. Apa2 yg dimakan diluar semua rasa tak sedap. Tapi bila kat rumah, masak nasi goreng sardin pun rasa sgt sedap.

Mood memasak lebih kepada baking. Kalah la cik chef lepas ni...haha. Yang bestnya..setiap kali masak, ambik gambar, pastu mms kat dia. Cik Chef spt juri dlm Masterchef jer..ada jer komen. Kek ko warna tak cantik la, roti ko kedut la..hehe. Apa pun saya sgt suka aktiviti ini.

Ini adalah sebahagian output drpd aktiviti saya..

Menu :: Kek Batik Arora
Sumber :: klik disini
Kek ini dibuat petang Ahad. Encik B sibuk cuci motor..sy sibuk memutar butter. Kek ini paling best time membakar. Wanginya sampai bau 1 rumah. Harap2 tak berbau ke rumah sebelah. Sy suka kek ini tapi Encik B kurang suka sbb tak berapa gebu. Dia nak kek yang moist cam kek coklat. Nnt isterimu ini buat yek!!

 


Menu :: Bun
Sumber :: klik disini
Bun ini dibuat pada hari Jumaat sempena cuti saje2. Resepi asal menggunakan wholemeal flour. Tapi bila gi kedai Bagus takde lak wholemeal flour. So beli tepung roti jer. Ini first time buat roti. Rupa mmg tak menarik dan tekstur pun agak keras (uli guna tangan loo). Cik Chef kata bun kedut2..haha. Resepi ni dpt la 5 biji bun. Bun ini jadi menu sarapan pagi Sabtu. Just letak inti sardin, timun dan tomata. Kira2 cam sandwish la tapi versi bun.


Menu :: Roti/Bun Manis
Sumber :: Klik sini
Oleh kerana tak puas hati dgn bun di atas, sekali lagi menguli roti. Kali ni cari resepi lain. Yang pasti menggunakan apa2 bahan yg ada di rumah.  Hasil kali ini lebih baik. Tekstur lebih lembut. Menjadi bekalan sy dan Encik B untuk 2 hari. Rasa tak berapa manis kerana sy tak mixed dgn benda lain. Kalau cicah ngan air milo ok jer. Ni pun uli pakai tangan. Berpeluh2..hehe. Tapi tak la sampai menitik kat roti..haha. Rupa masih kedut2 sbb tak berapa pandai utk membentuk. Ini pun kira ok la utk makan sendiri.

Menu :: Ayam masak kicap
Sumber :: Ibunda
Ayam digoreng terlebih dahulu. Sy goreng tidak terlalu garing yang pasti masak. Bawang besar, halia dan bawang putih dimayang. Bila dah disiap goreng ayam, tinggalkan sedikit minyak utk menumis kuah kicap. Tumis bahan2 yg dimayang td. Bila dah naik bau masukkan sedikit air asam jawa (jgn terlalu byk..takut masam sgt) dan tambah sikit air (sukatan air ikut citarasa sendiri. Sy letak byk sbb suami sy suka kuah). Letak sedikit garam, gula, sos tiram dan kicap kemudian masak hingga kuah pekat. Nak pekat boleh letak bancuhan tepung jagung (sy tak letak pun). Boleh letak tomato, daun bawang, lada bangla, lada merah (ikut suka). Kemudian masuk ayam yang telah digoreng ke dalam kuah kicap..gaul rata. Bila dah rata boleh angkat..dan hidangkan. Mudah dan ringkas. Ini adalah sebahagian idea memasak utk mereka2 yg bz spt saya..tak sempat nak buat lauk kari kepala ikan.

Sekian.

p/s :: mood nak memasak masih tinggi tapi lately ni..bila balik rumah, aura katil lebih hebat daripada aura dapur. bagaimana tu??


Tuesday 8 May 2012

Sensitif Pasal Anak

Lately ini entry saya berkisar pasal ofis dan masakan. Sememangnya sekarang saya tidak memikirkan pasal anak disebabkan keputusan saya untuk menangguhkan treatment dgn Doc Zamri. Oleh itu, tiada entry berkenaan TTC ni. Walau bagaimana pun, kami suami isteri tetap berusaha tetapi sekadar melepaskan batuk ditangga. Tidak bersungguh-sungguh. So malas la nak buat entry pasal TTC.

Kali ini saya ingin story berkaitan dengan emosi yang dialami oleh kami suami isteri.  Saya memang sensitif pasal anak. Pada usia yang sudah 30-an lebih ini dan usia perkahwinan yang akan menginjak ke tahun ketiga, saya mmg sangat sensitif bila bicara pasal anak dan zuriat.  Saya memang ingin memiliki zuriat sendiri.

Pada cycle ini, saya banyak menangis. Tidak semena-mena saya mengalirkan air mata. Tgh drive saya menangis, dalam solat saya menangis, selepas solat sy menangis, bila duduk sorang2 saya menangis. Boleh dikatakan setiap masa sy menangis. Encik B dah tak kuasa nak memujuk saya. Saya sgt sedih bukan kerana tidak boleh menerima ketentuan Allah tetapi...(susah saya nak terangkan dgn kata2).

Oleh kerana saya terlalu sensitif, saya tidak akan komen/beri ucapan tahniah kepada kawan-kawan saya yg baru menerima cahaya mata ataupun annouce dia preggy di FB. Terukkan saya?? Tetapi saya pun tidak menulis apa2 status di FB dan komen apa2 di status orang lain. Ia umpama saya tidak menjenguk FB sedangkan saya senantiasa membaca apa yang dipost di FB. Saya mmg psycho. Itu saya..sbg seorang perempuan yang memang diketahui tahap sensitif sangat tinggi.

Tetapi dalam saya tidak sedar, suami saya Encik B juga terlalu sensitif pasal zuriat.  Pada mulanya saya rasa dia kuat tetapi tidak. Tahap sensitifnya juga tinggi seperti saya. Berikut beberapa kisah sensitif Encik B yang mempunyai rasa sensitif spt saya.

Kes 1

Ex-coursemate cum Ex-ofismate dia baru dpt baby boy. Kawan Encik B lelaki. Kawan dia juga ada dlm freindlist FB saya. Encik B mmg jarang tgk FB.  Mereka mmg kawan tapi ofis masing2 jauh. So jrg jugak berjumpa. Sy tlh tahu yang kawannya akan mendpt baby tetapi saya diamkan sajer.  Sehinggalah 1 hari kawan dia tu postkan gambar baby dia yg baru lahir. Dan kebetulan hari yang sama Encik B tertgk FB.

Balik jer rumah Encik B beri tahu saya..yg kawan dia tu dah dpt baby. Encik B mmg terkejut..entah bila isteri member dia tu preggy. Saya pun jawab dah lama sy tahu. Pas tu sy bg tau Encik B, yang saya tidak wish congrats pun kat member dia tu. Encik B pun ckp dia pun tak wish jugak.

Sy mmg terkejut dgn tindakan Encik B...dia sama seperti saya..sensitif!!

Kes 2

Encik B kena pergi 1 course di Ipoh. Semasa course tu, semua orang kena buat presentation. Oleh kerana course itu bercampur pelbagai bidang, maka presentation pelbagai tajuk.

Peserta dlm presentation tersebut ramai terdiri daripada kalangan doktor dan jururawat. So bila part presentation jururawat itu, byk berkaitan dengan baby dan ibu mengandung.

Balik jer dari course tu, Encik B excited bercerita pasal presentation dia dan kawan2 dia.  Bila dah habis cerita tiba-tiba Encik B kuar ayat "Abang rasa touching la."

Saya pun tanya kenapa. Encik B jawab "Ye la kita belum ada baby. Kalau tak kita boleh la praktis apa ilmu yg abang dapat."

Saya terus terkelu. Saya pun jawab "Takpe la..papa dah ada ilmu..nnt bila dah ada baby kita boleh la praktis." Encik B diam sajer.

Ohh...sensitifnya suami saya..

Kes 3

Kes ni mmg sgt sensitif dan sedih.

Satu petang cuti hujung minggu, saya dah bosan dok rumah..saya ajak Encik B pergi keluar jalan2 di taman kawasan perumahan kami. Encik B kata malas sambil duduk menghadap komputer. Dia kata nak tunggu kawan dia si Jul (kontraktor) janji nak dtg rumah bagi katalog pagar. Sbb Si Jul tu sdg nego dgn sorang lagi kwn Encik B, Si Rol yang sama2 tinggal di dalam kawasan perumahan dengan kami.

So sy pun ckp, saya nak main basikal (ohhh..cam budak). Nnt saya intai sekali kalo si Jul tu ada kat rumah si Rol. Saya pun keluar, ambil basikal pusing2. Sampai la kat rumah si Rol tu, sy tgk takde orang pun. Mesti si Jul ni dah balik. Saya pun balik rumah bagi tau Encik B yang si Jul tu takde. Saya push jugak dia utk berjalan ditaman.

Dgn keterpaksaan, Encik B ikut jugak cdgn sy dgn muka yang tak berapa nak senyum. Bila smpi kat taman, Encik B terus lepak kat pangkin dan baring. Bila dlm keadaan itu, saya jd kecik hati dan ajak dia balik rumah. Saya dah mula merajuk. Encik B panggil2 saya buat bodoh jer.

Tetapi bila dia dah paling banyak kali..sy pun turutkan jer. Sambil berbaring depan tv, Encik B suh saya baring disebelah dia, atas lengan dia. Dia pun ckp "Abang tak nak gi taman tu, sbb abang takde anak nak bawa main."

Dalam hati saya, Ya Allah sampai begitu sekali dia fikir dan rasa. Mmg sgt sedih. Saya tidak berkata apa2. Tapi sy tetap jugak merajuk smpi hari Isnin pagi.

Sepanjang drive nak gi kerja tu saya menangis. Menyesal pun ada sbb merajuk. Kalau la apa2 jadi kat suami saya sepanjang hari ini, mesti saya menyesal tak sudah. Smpi jer ofis, sy terus sms Encik B, minta maaf. Dan saya ckp sementara kita berdua ni kita enjoy la sepuasnya..tak nak sedih2.

Suami saya sangat sensitif pasal zuriat..yang kadang2 sensitifnya tidak dijangka2.

Selepas pada kejadian itu, saya agak berhati2 untuk membicarakan soal zuriat dgn Encik B. Dan saya dah tak paksa dia nak gi taman. Biar la dia pergi dengan rela hatinya.

Mgkn kita sudah lali bila dgr isteri yang sensitif pasal zuriat. Tapi hati yang Allah cipta mempunyai sama jer. Saya rasa suami2 TTC juga sensitif bila berbicara pasal zuriat. Mgkn luaran kita nampak cool jer..tetapi di dalam hati siapa yang tahu.

Saya pernah bertanya pada Encik B satu soalan.  Soalannya sebegini rupa, bagi pasangan yang telah berkahwin belum ada zuriat, adakah ia dugaan untuk pasangan itu atau Allah belum beri rezeki anak utk pasangan tersebut??  Encik B jawab, Allah belum beri rezeki anak kpd pasangan itu. So pada saya rasa, anak itu rezeki, kita kena usaha untuk mendapatkannya. Tetapi ketentuan rezeki itu hanya ada pada Allah.

Sekian.

p/s :: Fikir dari sudut positif ~ Allah memberi nikmat masa yg terluang kepada kita warga TTC.  Gunakanlah sebaik mungkin.



Thursday 3 May 2012

Telekung Hilang

Tajuk cerita cam budak2...tapi nak cerita jugak.

Ini kes kat surau di ofis saya.  Saya rasa biasa la, kita tinggalkan telekung di surau. Mmg tak kuasa la nak mengendong setiap hari. Oleh itu, jabatan berkaitan telah menyediakan satu loker untuk menyimpan telekung2 ni.

Setiap orang diberikan beg telekung yang seragam (kan 5S). Beg itu akan dilebalkan dan diluar loker tu akan dinyatakan pemunya telekung. Oleh kerana surau ini tempat umum, penggunanya bukan sahaja kakitangan ofis ni tetapi orang awam yg berurusan di ofis, pekerja pejabat lain dan sesiapa saje. Maka ada satu ruang untuk telekung wakaf. Pada sesiapa tak bawa telekung, boleh guna telekung wakaf.

Tetapi sejak kebelakangan ini, kebanyakan tuan punya telekung mengalami kehilangan telekung. Dia ambil telekung jer, beg ada jer kat loker tu.  Bila dicari tak jumpa pulak tu. Jika ada orang pinjam (kalau dia tak tahu telekung itu berpunya) diletakkan di tempat telekung wakaf, mgkn la boleh jumpa. Tapi ini mmg terus tak jumpa jejak.

Sblm ni bos dah hilang 2 kali, kak W dan Si A. Minggu ni lagi teruk Kak A, Kak M dan Si F. Itu yg saya tahu. Bila dirisik2 ramai rupanya hilang telekung. Ada sorang kak yang jaga surau pun hilang juga telekung.  So sejak berleluasa kehilangan telekung ni, kitaorg bawa balik telekung ke bilik masing2.

Semalam si F tu bagitau saya "Saya pinjam telekung puan. Mmg la telekung puan tak hilang, sbb telekung simple giler. Orang tu tak berminat nak ambil."

Saya pun jawab "Yang cantik2 pakai kat rumah. Yang dah lama buat belesah kat ofis je la."

Dia pun balas "Yang saya punya tu berkerawang tapi murah jer."

Bila diteliti yang hilang2, mgkn juga dia ambil yang cantik2 jer. Sbb kak A tu telekung dia mmg lawa2 jer.  Macam ada sindiket pulak.

Tapi apa boleh buat dengan telekung..kalau orang ambil untuk solat..biarkan je. Tapi kalau ada tujuan lain, mmg nanyer la.. kos nak beli baru telekung pun mahal.

So jgn tinggal telekung dimerata2. Bawa balik. Simpan elok2.

Encik B, saya nak telekung ni utk ramadhan kali ini boleh tak??
jom tgk kat sini 

p/s :: mak suh beli telekung blm beli lagi..kena diusahakan sbb dia dah cakap byk kali..hehe

Wednesday 2 May 2012

Movie :: Berani Punya Budak

1 Mei 2012 - cuti hari pekerja. Encik B sibuk ajak tgk wayang. Cadangnya nak tgk Battleship. Nak tgk kat OU. Check GSC OU ada dlm kul 11 pg. Cepat2 bersiap..dalam kul 9 lebih tu dah kuar rumah.

Sampai jer, kat GSC..mak ai punya la ramai yang beratur nak beli tiket. Ada la dalam 1/2 jam jugak beratur nak beli tiket. Masa tu dah kul 10.45 pg. Sampai kat kaunter tu, tanya tiket Battleship tu ada kul 11 tapi seat yang kosong hanya 2 row dr bawah. Giler.. Next show pukul 1.40 petang pun sama jugak. So terus jer decide nak tgk Berani Punya Budak pukul 1 ptg. Time beli tu byk lagi kosong. Ohh..orang semua nak tgk citer orang putih. Citer melayu ni tak berapa laku..hehe.



Kasi baca sinopsis dulu..

Sinopsis movie

Shuhami Abdullah/Tong (Afdlin Shauki) baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun dia telah ditangkap oleh pihak Interpol & disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi berceritakan mengenai kehidupan abang iparnya. Pairot, kembali semula menjalani kehidupan normal selepas keluar daripada penjara dan dia menguruskan restoran bersama iparnya, Tong. Kemudian, satu hari Pairot mendapat satu panggilan untuk melaksanakan tugas terakhir, iaitu mencuri data peribadi pelanggan daripada sebuah syarikat kad kredit.

Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu tidak dapat diselesaikan. Pairot terpaksa melakukan kerja itu dan berjaya melepaskan Tong. Namun, perkara tersebut menjadi kucar kacir apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah & diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia.

Mereka berdua berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk menjumpai timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, semakin lama mereka semakin terperangkap dengan situasi ini, dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal. Adakah mereka berjaya menyelesaikan masalah tersebut?

Komen Saya

Cerita ni 1 jam 40 minit...terasa sangat la lama. Dari awal sampai habis berlawan jer. Nak kata action takde la best cam KL Gangster. Nak kata lawak takde la lawak mana. Yang menjadi bosan sbb watak orang Thailand tu semuanya miming suara Afdlin.

Cerita yang takde jalan cerita..tak berapa nak ada motif. Rasanya dalam byk2 cerita Afdlin ni Baik Punyer Cilok dan Papadom yang sgt best (tgk banyak kali pun best..especially Papadom). Yang lain ok la. Tapi yang ni mmg tak boleh terima.

Saya bosan jugak tgk..tapi takde la tido..Tapi awek kat kerusi sebelah boleh tido lena. Siap bila wayang dah habis dah bukak lampu..dia tak bangun lagi..siap BF dia kejut baru dia sedar. Kalau tak kejut mesti tak bangun lagi..hehe

So, Encik B punya komen...baik tunggu kat Astro First jer..hehe

Tgk trailer gempak giler..

Saya bagi 2.5 bintang jer.. (lain orang lain pandangan)

Sekian.