Friday, 30 December 2011

Kenangan 2011..Harapan 2012

Hari ini mgkn post terakhir utk tahun 2011. Slps ini dah byk hal. Yang paling penting, nak clearkan semua fund transfer sblm masuk detik 2012.  Biasa lah...ini la tugas hakiki orang akuan.. (sape suruh jd org akaun)



 
Nak review kenangan utk tahun 2011 ni ::

 
1.   Dapat menunaikan ibadat umrah dgn Encik B dan my MIL.  Walaupun ada byk rintangan tapi akhirnya berjaya jugak menjejak kaki di rumah Allah.  Ada kenangan yg sgt best yg tak boleh lupa pada malam slps umrah pertama. Biarlah ia menjadi kenangan di dalam kepala otak saya & Encik B sahaja...hahaha. Tapi ada jugak kenangan tak best, time hilang dgn Encik B sewaktu umrah kedua.  Ohhh..time tu rasa bersalahnya pada Encik B.

2.   Dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk pertama kalinya. Tak sangka bos begitu baik hati beri saya APC.  Sy baru 4 tahun berkhidmat dlm sektor kerajaan ini.  Saya bukanlah kakitangan yg cemerlang mana pun..tp rasanya saya mmg tiada masalah kot...(sy menurut perintah)..hahaha

3.  Setelah 4 tahun menjaga akaun ini, untuk penyata kewangan 2010 dapat sijil audit dgn teguran. Hanya kerana kes hartanah yang over stated ni lebur jugak sijil audit bersih utk 6 tahun berturut2.

4.  Yang paling ditunggu utk tahun 2011 adalah 'Baiti Jannati'.  Ikut S&P sepatutnya siap bulan Mei. Pastu pemaju diam jer. Akhirnya pada bulan November, kitaorg dpt kunci dan pemaju kena byr LAD utk tmph yang delay tu.. So new year rumah baru. Bayar htg bank lak...takde sewa2 lagi.

5.   Encik B tukar kerja lain. Mula2 saya rasa berat hati bila Encik B pergi interview kerja ini. Dalam hati berdoa biarlah dia keje kat ofis lama. Blh la nak gi Turki ke New Zealand ker..(banyak sangat ke duitnya nak gi jalan2) tapi akhirnya saya redha jika kerjaya baru ini terbaik utk dia. Ini adalah salah satu doa Encik B di hadapan kaabah. Allah dah makbulkan. Semoga Encik B lebih berjaya..

5.  Isu keluarga mmg tak hbs. yang paling kenangan adalah kisah kereta bluebird idaman tauke sayur..penuh dgn drama. Pening kepala ini memikirkannya. Akhirnya, burung biru idaman hati itu tiba jua di rumah temin.

6.  Gi jalan2 USS ditaja separuh oleh Cik Misi dan Encik B. Seronok sangat. Rasa nak pergi lagi. Tapi kali ini planning nak tido kat S'pore. Baru puas jalan.

7.  Berjaya mengharungi laps ovarian drilling...Insya Allah adalah kesudahan yg baik.

Ini adalah impian tahun 2012 ::

1.  Dikurniakan zuriat yang baik, soleh, sempurna..pelengkap hidup ini.

2.  Kereta baru. Nak pakai kereta auto. Memandangkan mulai 2012 dah duduk rumah jauh dari ofis, perlu pakai kereta auto. Tak la sakit sgt kaki time jammed2.

3.  Nak kurangkan hutang PTPTN...huhu..bila la nak dpt duit bergolek ini. Boleh kasi settle terus.

Ni apa yang diimpikan dlm bentuk fizikal. Dalam bentuk yang lain pun nak jugak spt kesihatan yang baik, hati yang bahagia, rumahtangga yang aman damai dan kemesraan ikatan kekeluargaan.

Goodbye 2011....Welcome 2012

Soalan Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya ... Apakah benda yang paling jauh? Jawapannya adalah masa lampau.  Kerana masa yang telah berlalu tidak akan kembali lagi.

Tentang Dhia :: Dah Habis pun...

Dari maghrib semalam smpi pagi ini semua cerita pasal Dhia, Zikir dan Ku Salmi (watak yang penting jer). Semua orang agak tertekan dengan ending dia termasuk la saya.

Dari episod hari Rabu sampai semalam...air mata saya mmg murah jer. Terkenang kalau la diri ini berada di dalam situasi seperti itu.  Mak ayah dah takde, adik beradik pun takde, hubby pun buat tak kisah, tanggung sakit lagi, tanggung rindu lagi, tanggung tomahan mak mertua lagi dan macam2. Rasanya diri ini tak mampu nak tempuh. Betapa Dhia kuat untuk semua tu...

Saat masa Dhia disuruh pilih antara bermadu dan bercerai mmg meruntun jiwa. Boleh suami dia membiarkan nenek dan mak mertua menentukan pilihan utk rumahtangga diaorang. Banyak sangat campur tangan orang lain dalam menentukan kehidupan rumahtangga ini akan menyebabkan situasi bertambah teruk.  Ini pengajaran utk yg dah berumah tangga.  Biarlah suami dan isteri menentukan apa yang sepatutnya dalam kehidupan mereka. Org lain boleh beri nasihat bukan utk menentukan hidup suami isteri itu.

Cerita ini walaupun ending tak berapa best..tapi keseluruhannya mmg best. Nora Danish mmg hebat. Watak Melly masa jahat pun ok (mmg benci giler time tu) dan watak Ku Salmi mmg menjadi.

Oleh kerana semalam last episod Dhia, boleh solat maghrib kul 8 lebih. Kalau la Allah tarik nyawa masa tu...saya masih belum solat...huhu. Utk itu, saya dah berjanji pada diri saya sendiri dan Encik B utk tidak terpengaruh lagi cerita2 time maghrib ini. Cukuplah Tentang Dhia sahaja.

p/s :: suka sgt lagu yang ada sebut Asmaul Husna... nak cari lagu tu la...kalo sapa2 jumpa bagitau yek!!

Lagi satu nak download cerita ini sampai episod last..so boleh tgk dgn lagi feeling..takde iklan2..hehe

Wednesday, 28 December 2011

Penutup Tahun 2011 :: Clomid & Pengharapan

Semalam day 3..so dah routine utk jumpa doc. Hari smlm planning mmg baik. Kuar dr ofis kul 4 ptg. Sbb dah tahu, kalo gi awal pun..mesti last jugak..sbb tak buat appointment.

Smpi DEMC kul 4.20 petang (lebih kurang)..lmbt jugak sbb kena beratur panjang bayar toll.

Ambil no..tunggu giliran. Mmg dah tahu jd patient paling akhir..so relax jer. Masuk bilik doc dlm kul 5.30 ptg.  So doc pun dah tau..kalo datang ini mesti period..haha. Untuk cycle kali ini, doc bagi clomid 100mg utk 5 hari. Ubat tambahan spt biasa metformin. Dalam kul 6 balik terus rumah.

Jumpa balik doc pada day 14 jatuh pada 7 Jan 2012 hari Sabtu. Alamak....rasa sgt serik utk dtg pd hari Sabtu. Sudah tahu betapa ramainya orang nak jumpa doc. Appointment dah penuh..so kena tunggu giliran. Biarkanlah...malas nak fikir skrg. Biarlah Allah yang tentukan. Semoga dipermudahkan jer.

So ini adalah clomid terakhir utk tahun 2011.  Sungguh tak sangka, sy boleh mengharungi setengah tahun ini dgn pelbagai ubat dan treatment dr doc. Bila ingat balik, masa tahun 2010..mampu berusaha 3 bulan jer..lepas tu fed up dan rasa mual dengan ubat2 doc. Badan pun time tu spt sukar utk terima. Tapi utk tahun 2011, berlainan betul.   Bermula semula treatment slps balik umrah. Mgkn itu petunjuk Allah beri pada saya utk teruskan treatment ini. Mgkn kerana doa jugak, saya boleh bertahan dgn pelbagai ubat yg doc bagi. Dan yang paling penting, sy boleh bertahan sakit kerana laps ovarian drilling. Sakit mmg sakit..tapi Allah beri saya kekuatan utk tempoh semua ini.

Setiap org yang beriman akan diuji. Tapi ujian Allah berdasarkan kepada kemampuan hamba-Nya.  Berubat dgn doc bukanlah jaminan/pasti kita akan ada baby. Sebagai hamba, saya harus berusaha. Yang selebihnya biarlah Allah yang tentukan.  Kata-kata semangat saya adalah "Allah tahu apa yang terbaik utk saya". Dan kata2 ini jugak la saya selalu ckp dengan Encik B.

Harapan utk tahun 2012, semoga kami beroleh zuriat yang sempurna dan yang soleh.

Tuesday, 27 December 2011

Migrain & New Cycle

Wahhh...dah bersawang blog ini. Dalam lama tak update.  Tuan rumah busy + tak berapa sihat + takde mood..hehe.

Sebenarnya banyak jer story nak update tapi banyak betul kekangan. Hari ini ada banyak kerja..tapi mood cuti masih ada, bertambah lak ramai kat ofis ini bercuti.

Ini cerita last week. Sy diserang migrain utk tempoh yang lama.  Dari hari Selasa sampai Sabtu.  Tapi dalam byk2 hari tu..yang paling teruk hari Rabu dan Sabtu malam. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya & berdenyut2nya kepala ini. Rasa nak tanggal kepala letak kat sebelah..hehe.

Hari Selasa pagi, bangun jer tidur terus gi toilet..cirit birit. Lps tu masih cirit birit. So ingat ok la ini. Pergi ofis ok jer..tapi dalam kul 10 pg, kepala dah start berpusing, bersin2 (cam nak demam), badan panas sejuk. Tak tahu la kenapa. Apa lagi gi surau rehat. Lps lunch baru masuk ofis..sbb rasa dah ok.

Esoknya, Rabu nak kena pergi PD ada bengkel SRS sistem kat ofis. Pagi tu ok..tapi bila masuk dlm bas terus migrain. Smpi PD mmg tak boleh tahan. Dah la smpi awal dlm kul 11 lbh..pastu check in kul 3. So lepak kat dlm bilik mesyuarat jer..tidur jer smpi la bengkel start. Tak rasa enjoy pun nak gi PD (sememangnya tak nak pergi).. Habis bengkel pukul 5, terus masuk bilik terus tidur dan makan panadol. Kepala berdenyut2 sgt kuat. Rasa macam ada orang yg ramas2 kepala ini..mmg sgt tak tahan.

Hari Khamis dan Jumaat, masih di PD dengan bengkel lagi padat dan memeningkan. Kepala masih lagi sakit, tapi boleh bertahan. Boleh la gelak2.. Check out dari PD, hari Jumaat tengahari. So terus balik rumah. Petang tu rehat la sikit. Malam tu, terus ajak Encik B pergi klinik nak check sama ada BP ok ke tak. Risau gak BP high. Jumpa doc, so far ok jer. Balik dari jumpa doc, rasa sgt sejuk. Smpi rumah, terus balut badan dgn 2 helai selimut dan sehelai toto. Pastu Encik B peluk lagi. Kipas bukak no 1 jer (sbb kesian Encik B..kepanasan). Tak rasa panas pun..

Hari Sabtu, dari pagi dah kuar beli barang rumah kat puchong. Pastu gi kenduri kat Nilai. Lebuhraya PLUS sgt sesak..Balik kenduri terus balik rumah. Ptg tu ayah dtg ambil, kitaorg balik kg nak tgk nenek. Gerak dari Kelana Jaya pukul 6 ptg. Smpi kat kg kul 8 lebih. Tapi time tu dah rasa sikit2 kepala berdenyut. Lepas jer dinner bertambah teruk migrainnya. Malam tu tido makan panadol.

Esok paginya, nak solat subuh...taraaa...Sy period. Ngam2 26 hari utk cycle lepas. Pagi ahad tu ok jer smpi hari semalam..kepala ok jer.

Mmg sejarah betul migrain kali ini...sekian lama tak kena migrain...bila kena berhari2.  Bila kena migrain terus tak minum kopi, nescafe, milo, teh dan sebagainya. Minum air masak jer..

Sebenarnya..masa tempoh migrain tu..dalam hati terdetik jugak..ini tanda2 orang mengandung ker?? hehe..perasannya saya. Ye la, kepala tu berdenyut2, rasa loya jer, makan pun tak lalu, kalo makan jer rasa nak muntah, badan sejuk2 jer (asyik berkelubung jer ngan pasmina). Berdoa kpd Allah bagi badan ini boleh bertahan. Akhirny bila period..hilang semua rasa loya..tapi kepala still ada rasa berdenyut2 lagi.


Wednesday, 14 December 2011

CD 15 :: TVS

Semalam appointment dgn doc utk check telur. Seperti biasa, lama jugak tunggu doc..sbb patient ramai.

Masuk bilik doc, pastu scan. So resultnya, dah ovulasi. Telur semua dah matang. Tak tahu la berapa besar telur tu. Tak kisah la..Doc suh try sendiri. Sy pun mmg nak try sendiri bulan ini..sbb kitaorg bz sgt dengan urusan nak masuk rumah baru. Mgkn cycle depan, kalo belum ada rezeki nak try IUI (itu semua masih dlm perancangan).

Tidak menaruh harapan yang tinggi utk bulan ini. Biarlah Allah yg tentukan. Kami terima sahaja. Kalo belum rezeki, kita try lagi.

p/s :: Skrg sy tiada perasaan bila tahu orang mengandung...adakah perasaan ini ada disebabkan sy sudah pasrah dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah kepada saya??

Tuesday, 13 December 2011

Movie :: Ombak Rindu


Dari hari 1st keluar cerita ini kat panggung..mmg nak sgt tengok. Bagitau Encik B nak tgk. Dia buat dunno jer sbb dia kata rugi cerita begini kat panggung. Tggu je nnt dia download. Pernah baca novel dia..zaman dolu2..cerita kat novel best sgt. So nak la tgk cerita filem lak.

Baca komen2 org mengenai filem ini best sgt. Semua pasti menangis bila keluar panggung. So nak gak nanges..hehe..gatal. Daripada minggu sebelumnya, bercadang nak pergi tgk..cerita ini asyik sold out jer. So cuba lagi minggu ini. Hari sabtu sold out (masa nak beli tu pun dah petang). Hari Ahad, tengahari try sekali lagi nak beli. Alhamdullilah ada. Show pukul 9.30 mlm. Since ada application GSC di iphone ini sgt mudah proses beli tiket. Boleh dtg ngam2 nak tgk wayang jer. Rasanya application ini dah ada kat smartphone lain.

So, 9.30 pm smpi GSC One Utama. Org mmg ramai. Sbb Isnin selangor cuti lagi. Apa yg boleh sy komen pasal cerita ini (dr sudut pandangan mata & perasaan saya la) :-

  1. Cerita dlm novel lagi best...
  2. Cerita ini tak boleh di klasifikasi sebagai U. Ada part2 yang tak sesuai utk tontonan kanak2.
  3. Ada jugak part tak logik. Rumah kat Langkawi. Ofis kat Cameron. Jauh benor pergi balik kerja...
  4. Masa baca novel, sy imagine yg izzah ini baru hbs SPM. Muda. So, sy rasa Maya Karin tu tak berapa sesuai utk watak izzah tu..
  5. Saya sgt lokasi rumah kurungan izzah & rumah harris. Kayu kayan...kalo dapat rumah sebegitu bestnya..
  6. Sy tak suka mak harris lakonan azizah mahzan...tak sesuai langsung...kalo ye pun mak moden...jgn la seksi sgt.
Overall cerita ini ok.

Dipetik dari status FB Ustaz Hasrizal ::

"Adik2, tontotlah Kungfu Panda. Ia jauh lebih membangkitkan iman.
Di dalamnya tiada 'Muslim' tetapi ada banyak islam.
Jangan layan Ombak Rindu.
Di dalam filem itu ada Muslim, namun tiada Islamnya"

p/s :: saya setuju dengan status di atas. Tp sy belum tgk kungfu panda lagi.

Friday, 9 December 2011

Spaghetti Olio

Ini adalah salah satu menu sihat untuk mereka yang ingin diet.  Resepi ini saya dapat daripada Kak Aisah, ex officemate kat setapak dulu. Dia pun dapat drpd hubby dia..sbb hubby dia chef kat hotel. Ingat lagi kak aisah bagi resipi ini masa bulan puasa, sbb katanya anak2 dia nak makan makanan yg panas semasa bersahur. So dia masak spaghetti olio ini utk menu bersahur. Tempoh penyediaan yg sangat sekejap.

Ini juga menjadi fav menu cik misi. Tp part dia kena letak lala banyak2..best katanya. Yg saya sediakan ini hanya guna crab stick shj...sebenarnya boleh letak seafood yang lain spt udang, sotong, lala, kepah, ikan salmon..semuanya best.

SPAGHETTI OLIO

Bahan-bahan

  • Spaghetti
  • Seafood (Udang, sotong, lala, crab stick)
  • bawang putih di cincang halus
  • bawang besar di belah 6
  • cili kecil di potong halus
  • serbuk pati ayam
  • garam
  • serbuk lada (yg kasar2..ada dlm botol)
  • daun parsley di cincang halus.
  • sedikit italian herb
  • minyak zaitun
Cara-cara penyediaan :-
  1.  Jerang air dlm periuk hingga mendidih. Masukkan sikit minyak dan masukkan spaghetti. Dlm 10 minit spaghetti tu lembut..toskan. (bergantung juga pada jenis spaghetti)
  2. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kecil.
  4. Masukkan serbuk pati ayam dan masukkan seafood. Masak hingga seafood masak.
  5. Masukkan garam dan italian herb.
  6. Masukkan spaghetti. Kemudian masukkan daun parsley dan serbuk lada.
  7. Bila dah nak tutup api tu..tuangkan dlm dua sudu minyak zaitun. Bagi spaghetti tu berminyak2 sikit. Dah siap.
So inilah hasilnya....



p/s :: saya masak mmg takde sukatan. so pandai2 la anggarkan.
yang penting bawang putih kena lebih sikit. baru wangi dan sedap.

Thursday, 8 December 2011

Baiti Jannati :: Impian VS Budget

Bila masuk rumah baru, mmg nak paling perfect dan cantik. Besar pulak kosnya.

Minggu ini baru jer decide utk plaster ceiling, grill, kitchen cabinet & wardrobe. Plaster ceiling & grill within budget. Tp wardrobe & kitchen cabinet dah over budget. Ni ada lagi problem dengan cermin tingkap bilik air..berapa pulak la kos nak gantinya..lampu belum beli lagi dan beberapa barang yg penting. Budgetnya ada..tapi takut sgt terover budget lagi. Dimana nak di cari duit ini. Kalo boleh malas nak pinjam2. Skrg kena manage betul2...nnt takut tak cukup lak..

Disebabkan impian2 yg tinggi vs budget yg terhad ini, ada juga bermasam muka dengan Encik B. Bila dok sorang2 mula la fikir, sebijik peragai mak. Kalo dah kata A..nak A juga. Kalo org bagi idea B..tak nak!! huhu.. Hidup kena realistik...kalo nak berhabisan duit utk 1 perkara sahaja..nnt yg susah saya dan Encik B jugak. So, dalam pasrah terima jugak walaupun tak berapa suka...

Insya Allah, ada rezeki lebih..baru boleh buat yg best sikit... Pekeliling SBPA dah kuar..tapi belum baca lagi...berapa la gaji naik ni??

Wednesday, 7 December 2011

Wordless Wednesday :: Si Kancil Kena Sondol..huhu


Orang lain bawa kereta tak berhati-hati..kita yang berhati-hati menerima padah
Redha jer la..Ujian dari Allah


Friday, 2 December 2011

Tentang Dhia :: Saya Dah Jadi Follower..

Saya bukan seorang yg suka tgk tv. Tgk bila rasa bosan jer. Ada masa tv kat rumah ini mmg tak on pun. Encik B pun jarang tgk tv. Masa dia di depan pc lagi lama dr dpn tv. So, sy mmg tak kisah sgt pasal cerita di tv ni pun. Kalau tgk tv, sy akan tgk cerita yang takde sambungan episod akan dtg.

Beberapa minggu lepas, sy tertengok la drama ini :-






Saya tersuka drama ini sbb Nora Danish. Saya suka dia sbb dia comel.

Sebenarnya saya juga dah serik nak follow drama bersiri ini. Mesti nak tgk jer. Kalau ada hal hari tu mesti tak boleh tgk. Sy ingat time gila tgk cerita Kejora dan Bintang, hari2 kena balik awal. Tak nak miss. Sekali jumpa cerita di dlm youtube...dari pagi sampai malam dok mengadap cerita tu jer. Mmg mengharukan. Lepas pada tu, dah tak nak tgk drama bersiri lagi.  Org kata best pun, buat tak tau saje.

Beberapa hari lepas, Encik B jumpa link yg boleh download drama ini. So, untuk hari MC yang berbalance 7 hari lagi ini, sy akan pulun utk tgk drama ini dari episod 1 sampai episod 13. Kerja download tugas hakiki Encik B...hehehaha. So saya tak yah tgk kat tv lagi...

Thursday, 1 December 2011

Laps OD :: Ada lagi cerita...

Masa lepas wat OD, saya ada bagitau doc ada darah kuar. Doc ckp, mmg akan kuar darah sikit. Sbb doc inject dye untuk check tube. Saya ok la.. dan selepas tu mmg takde pun darah kuar. 

Hari ke-3 slps OD - Pg tu encik B balik dungun hntr mak. Saya duduk umah sorang2. Saya pun buat la keje rumah sikit. Time tu rasa dah sihat.  Boleh la cuci baju, kemas rumah sikit2 dan masak nasi goreng. Ptg tu mak datang dr kg nak ambil sy balik kg. Malam tu kuar makan dgn mak. balik dari itu, sy tgk panties ada darah sikit. Bagitau encik B, kena marah sbb tak reti dok diam. Itu la pasal darah kuar. Malam tu tido pakai la pantyliner. Tp sok bagi ada la, titik darah yg sikit. Saya masih anggap normal.

Hari ke-4 slps OD - Pg tu saya dan mak blk kg. saya kat pahang. Encik B dr dungun, so jumpa kat umah mak saya. Perjalanan 2 jam lebih takde pe. Takde sakit. Smpi kat umah mak, jadi tuan puteri tak buat pe. Kat umah mmg sy tak pakai panties...sbb tak selesa kena pada luka. Smpi la malam, saya rasa spt ada benda mengalir dr va**na. Sy pun lap dgn tisu, tgk2 darah. Kauntiti agak byk. Masa tu dah risau tp buat2 cool. Pakai pantyliner. Sok pagi tgk ada tompok besar darah. Mmg gelabah la masa tu.

Hari ke-5 slps OD - Sy masih solat spt biasa. Sbb fikir darah drpd operation. Mmg tak rasa sakit sikit pun. Hati mmg tak tenang. Kenapa la cam ni. Pg ini, nak balik KL semula sbb ada byk benda nak settle. Dlm kul 9, call hosp nak ckp dgn nurse doc zamri. Pastu line phone tu, transfer kepada doc.
"Doc, saya F*****n. Dr smlm smpi pg ni, keluar fresh blood. Cam mana doc?"

"Awak kat Lipis. Pergi jumpa doc sana."

"Doc, sy kat bandar J'tut." saya dah confuse.

"Awak ini keguguran." doc bagitau. Lagi la confuse.

"Doc, sy ini otw nak balik KJ. Boleh tak sy jumpa doc hari ini."

"Ok. Datang la."

Bila letak telefon tu, sy ckp kat encik B doc kata keguguran. Pe hal doc ckp cam tu. Mmg confuse gile. Sepanjang perjalanan dok memikir. Cam mana la doc boleh ckp sy preggy sedangkan saya tak pernah buat pregnancy test. Dan hari ini, baru hari ke 21 period. Tapi dlm hati tergerak mgkn doc ni salah sorang. Tp takkan la doc dah lupa, baru jer berapa hari buat laps.

Smpi R&R Lanchang tukar pad. Darah makin banyak..lg risau.  Saya pun sms cik misi, tanya pasal masalah saya. Dia tak reply2. Mgkn tido. Smpi KJ dlm kul 11 lebih, terus pegi hosp. Kat hosp. ramai sgt patient. Ye la, cuti 3 hari dan hari ini baru start keje. Dalam tunggu kerani tu buat pendaftaran, cik misi call. Dia kata tu normal la..takde pe nya. Sy ckp, sy dah kat hosp ini. Jumpa doc. Kerani kat kaunter tak nak terima saya, sbb ramai lagi yg menunggu. Sy ok jer..sy suh kerani tu tanya nurse doc, sama ada sy kena jumpa doc atau tak. Kalo nak jumpa doc, minta call saya. Tak smpi 15 minit, hosp call dan suh saya datang kul 4 ptg.

Sy masih solat zuhur spt biasa. Sbb ingat ini normal la. Dlm kul 4 smpi hosp. Sy jd patient plg last jumpa doc. 

"F*****n, sy minta maaf pasal pagi tadi. Saya dah salah dengar. Sy ingat patient IVF. Nama dia dkt nama awak. Dia mengandung. Bila awak ckp kuar darah. Sy ingat keguguran."

"Tu la doc, saya pun confuse knp la doc ckp sy keguguran."

"Bila dah letak telefon, syud bagitahu bukannya patient IVF tapi F*****n yg buat Ovarian Drilling hari Jumaat lepas." Slps pada tu kitaorg semua gelak. 

Sy pun bgtau pe masalah sy. Doc ckp "awak ini PERIOD." 

"Betul ke doc?" Dlm hati dah tergelak2.

"Ok. Skrg ini, sy bagi ubat clomid utk 5 hari. Day 15 jumpa sy utk scan."

Sgt cepat period kali ini. Baru 20 hari dah period semula. Bulan 11 ni, period dtg 2 kali..haha. Pastu kitaorg balik dgn senyum dan tak risau2 lagi.

Bila diingat, mmg nak gelak jer...dengan sy yg sgt risau, dengan Encik B yang membebel sbb sy ni tak dok diam, dengan mak yg risau, semua org tak bagi sy buat kerja..dok bagai tuan puteri...rupa2nya saya PERIOD.

P/S :: Tahniah untuk patient IVF yg doc maksudkan tu. Akhirnya dia berjaya mengandung. Pernah berborak dgn dia masa tunggu nak masuk bilik doc. Dia buat IUI 3 kali dan mohon IVF melalui TAFF. Dia menunggu 15 tahun utk mengandung. Moga dia selamat hingga bersalin dan dapat baby yg soleh.


Monday, 28 November 2011

Laps Ovarian Drilling :: Selesai Sudah

Hari ini hari ke-4 selepas OD. So far semuanya ok. Ini nak story sikit pasal OD. Mgkn boleh jadi panduan kepada yang lain..hehe.

Sebelum OD

Saya admited pada pagi operation tu. So doc dah nasihatkan untuk berpuasa sebelum dtg ke hosp. Pada tgh malam saya dah start berpuasa. Maka sebelum tu saya dah pulun minum air begitu banyak. Sbb risau esoknya pukul berapa boleh minum. Malam tu tak boleh nak tido sbb asyik terkencing jer...hehe...padan muka. 2 3 hari sebelum OD saya dah tak makan ubat metformin. Doc pun nasihatkan juga tak bagi ambil ubat tu sebelum OD takut nnt menggigil. Pukul 8 pg, saya dan Encik B pergi hosp. Proses admission sgt sekejap. Saya perlu duduk di katil sehingga dapat arahan daripada nurse.

Semasa OD

Tak lama pun tunggu. Dalam pukul 9 pagi, nurse datang bawa baju & cap. Tukar baju, pastu nurse check dan naik stretcher. Masa tu dah berdebar2. Time tu mengucap jer..Proses utk operation ini sgt cepat. Sebelum masuk OT, doc anesthetic bagi penerangan dan sign form utk operation. Selesai jer..terus masuk OT. Dalam OT pun sekejap jer...doc anesthetic tu inject ubat bius..terus hanyut. Sedar2 rasa sakit sangat tangan...tmpt masuk drip. Mmg sakit. Kat perut tak sakit mana pun. Rasa tak selesa dengan corong oksigen. Dalam mamai tu boleh ckp kat nurse suh cabut corong oksigen...selamber jer.. tapi mmg sgt tak selesa. Nurse tu cabut jugak la..sbb jantung ok kot..Pastu saya ckp ngan nurse, saya sgt dahaga nak minum air. Nurse ckp balik bilik nnt boleh minum. Dalam 1/2 jam kot..dari saya sedar tu..saya dah di bawa ke balik ke bilik. Sampai kat bilik terus rasa happy, bila dapat tengok Encik B. Tapi time tu mmg mamai..rasa nak tido jer. Sblm tido, minum air dulu..minum air masak jer..minum air pun sikit2..takut muntah.

Selepas OD

Encik B tak boleh teman..sbb nak kena gi solat jumaat. Sy tak kisah sgt sbb saya nak tido. Lg pun Encik B kena balik sbb MIL ada kat umah. Dalam kul 2 lebih, saya cuba utk bangun nak gi buat air kecil. Time buang air kecil ada darah kuar.  Masa nak bangun, Masya Allah sakitnya kat perut. Tp manage utk bangun dan jalan di toilet. Cik Misi pun dah nasihat, lepas OD jgn baring jer..kena bergerak2 jugak. Dalam pukul 3 lebih, De dtg melawat. Pastu doc dtg melawat. Doc bagi CD operation suh tgk. Tanya la pasal darah yang kuar. Doc bagi tau..mmg ada darah sikit.  Pastu nak dekat kul 4 ptg Encik B datang dengan beg2 baju. Saya pun mandi, baru rasa segar sikit. Lepas mandi pakai la sp*nd*r..huhu mmg ngilu bila kena kat tmpt operation tu. Last sekali tak yah pakai...pakai kain batik jer. Nak makan tak boleh lagi. Minum air milo jer. Bila dah petang sikit baru leh makan bubur. Mujur la tak muntah2. Makan malam pun bubur jugak. Malam tu stay kat hosp sorang2..sbb Encik B kena balik settle kan MIL.

Esok pagi2..dah rasa kuat sikit..dah boleh bangun pergi mandi sendiri. Dalam kul 8 pagi lebih. Doc datang. Doc cabut plaster..pastu doc ckp dah boleh keluar wad. Wahhh sukanya. Dalam kul 1 ptg, kitaorg kuar.. lambat sikit sbb nak settlekan bil dengan insurans. Doc bagitau, make sure luka tu mesti kering, jika tak..nnt bernanah. Lepas mandi, lap kering2..tak pun guna hair dryer bagi kering betul. Takde pantang2. Tapi biasa la..nak baik cepat kena pantang jugak. 

Sekarang apa yang saya buat :-

1. Berjalan2. Tapi jgn laju..kalo tak bleeding. Ini nak bagi cepat baik.
2. Pakai kain batik jer..time dok dlm bilik sorang2..buka la kain (lucah sikit yek)..bagi luka terbuka. Jika terbuka, luka akan cepat baik.
3. Jgn sesekali minum ais.
4. Minum air masak sebanyak mungkin dan makan sayur/buah. Ini tak nak bagi sembelit. kalau sembelit lagi sakit.

Harap2 saya akan cepat sembuh. Next appointment dengan doc 1 bulan lagi atau day 2/3 period mana dulu. Skrg berehat2 untuk dua minggu.

Saturday, 26 November 2011

Selamat Tahun Baru 1433H

Selamat tahun baru hijrah utk semua..

Semoga tahun ini Allah memberikan lebih byk kejayaan kepada kita semua. Hidup lebih diberkati dan amalan sentiasa bertambah.

p/s : nak citer pasal OD blm berkesempatan. Pergerakan masih slow motion.

Thursday, 24 November 2011

Sehari Sebelum Laps Ovarian Drilling

Semalam hospital bagi reminder utk laps OD pada hari Jumaat ini. Time baca tu cam tak kisah sangat. Minggu ini sedikit busy sebab settlekan hal rumah danjuga mak mertua ada kat umah.

Tapi hari ini dah rasa berdebar2. Takutnya.. Ini la pertama kali nak masuk bilik operation. Operation utk diri sendiri lak tu. Selama ini hantar orang jer..tak pun lepak kat OT DSH sbb cik misi pernah keje kat situ. Bukan takut dengan alat2 operation tu..tapi takut dengan ubat bius..hehehe. Takutnya time dia letak topeng oksigen kat mulut..huhu. Mmg orang kat cam tido jer..tapi berapa lama tido tu..takut tido tak bangun2 jer..huhu. Bila fikir semua benda tu..mmg menakutkan...

Ya Allah, kau berilah kekuatkan dan kau permudahkan semuanya..

Wednesday, 23 November 2011

Wordless Wednesday :: Baiti Jannati

wet kitchen ~ ruang yg sangat comel

dry kitchen ~ tak tahu nak buat kabinet cam ne..buntu


Master bedroom ~ Luas & Selesa..


Bathroom utk master bedroom ~ ambik sinki 1 sorang..tak yah nak berebut gosok gigi..


Shower ~ umpama mandi hujan..


Ruang tamu ~ open space..tak tahu nak deco cam ne nnt..

Tengah pening cari kontraktor untuk plaster ceiling, grill dan kitchen cabinet. Ingat nak kasi pecah tembok di antara dry kitchen & wet kitchen..TAPI...
Eeemmm...tgk la apa jadi nnt..hehe



Tuesday, 22 November 2011

Bola Sepak :: Tahniah Malaysia

Tahniah!!
Berjaya membawa pulang pingat emas
Walaupun berdepan dengan 11 pemain indonesia dan beribu penyokongnya
Malaysia masih mampu untuk bermain dengan hebat
Tingkatkan usaha lagi..supaya Malaysia bukan sahaja hebat di Asean
Tapi hebat di Asia dan seterusnya Dunia
Malaysia Boleh!!

p/s: teringin nak tgk Malaysia beraksi di Piala Dunia. Bila agak2nya...

Monday, 21 November 2011

Bola Sepak :: Malaysia vs Indonesia

Hari ini penentuan pingat emas bola sepak, Sukan Sea di Jakarta.  Pertemuan yang berulang di peringkat kumpulan di antara Malaysia dan Indonesia.

Bersedia di hadapan tv malam ini. Mari kita tgk garuda kena makan dengan harimau..hehe. (harap2 menang la).

Pesanan peminat temapatan:-

Forward/striker mesti lebih agresif...try sehabis mgkn.
Dapat jer bola..shot terus.
Defend mesti lebih berhati2 jg pintu gol.
Tgk perlawanan sebelum ini mengelabah semuanya. Tinggal KFCM sensorang jer.
Midfield perlu jadi lagi rajin... 
Passing bola tu biar la betul sikit..


Fuhhh..dah cam jurulatih ni..hahahaha

p/s : masa bercinta gigih tgk bola kat kedai mamak malam2..

Monday Blues

Mmg tidak bersemangat nak bekerja hari ini
Disebabkan telah bercuti selama 4 hari
Ditambah pula dengan cuaca yang redup jer
Hari ini ada meeting j/kuasa pulak
ada 26 agenda nak dibincangkan..tak tahu la habis kul bape
Mata pun kuyu jer
Kalau dapat tido mmg best ini
cam garfield ini..huhu


Kenapa la malas sangat ni??
Kerjakan sebahagian daripada ibadat..
Sbb nak buat ibadat tu yg malas..
Padahal boleh dapat pahala dengan begitu senang
Tapi masih malas2 lagi...
Nak pahala ke tak nak?? Nak
Tapi kenapa masih malas lagi...
Apa la nak jadi ini!!!

MOTIVASI UNTUK DIRI SENDIRI

Wednesday, 16 November 2011

Wordless Wednesday :: Tak Sabar Nak Balik Dungun


pagi di seberang dungun...mendamaikan..

Melihat lautan sungguh mendamaikan. Hebat sungguh Pencipta-Nya.

Ni kedai yang wajid dipergi. Kedai pink. Ikan celup tepung, sotong celup tepung dan kerepok lekor mmg best. Yang plg best adalah sos cilinya..pekat & manis sikit..sumber gambar disini.

Ohhh ada banyak lagi yang best di Dungun..mmg tak sabar!!

Tuesday, 15 November 2011

Motivasi :: Kuatkan Hati Ku Ini..

Artikel ini saya jumpa di dalam blog Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Artikel ini sangat memberi kesan kepada saya. Dalam mengharungi hidup suami isteri dan ber'ttc ni, ada masa kita rasa sangat down. Artikel ini sedikit sebanyak memberikan saya motivasi untuk terus berjuang. Kerana saya tahu Allah mengetahui apa yang terbaik utk saya. Tapi ada masa kita akan rasa letih utk berdepan dengan kehidupan ini. So, bagi yang ada masa baca dan hayati. Mgkn artikel ini utk mereka yg hadapi masalah rumah tangga iaitu suami & isteri. Tetapi ada yang tersirat boleh kita teladani. REHATKAN HATI oleh USTAZ PAHROL MOHAMAD JUOI.

Ada lagi satu entry yang mana intipatinya sama dengan artikel di atas. Saya share daripada blog Haliza.

Kita selalu bertanya pelbagai hal tetapi ingatlah Al-Quran punya segala jawapannya untuk segala kehidupan dan kejadian di alam semesta ini.. Renungkanlah.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." 
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST? QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!! QURAN MENJAWAB
"… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

 

Monday, 14 November 2011

Fella Design - Warehouse Sale

Fella Design ada buat year end sales. Boleh la sape2 yang nak tukar sofa pergi window shopping. Harga dia boleh tahan mahalnya. Walaupun dah diskaun. Tapi ramai yang beli sofa fella ini bagi tau, sofa dia boleh guna lebih daripada 5 tahun. Kalo betul2 jaga, boleh pakai sampai 8 tahun.

Mari kita kira, beli sofa biasa kat kedai biasa dalam lingkungan RM1,000. Bila dah setahun lebih pakai kusyen jadi lembik dah tak best. Bila dah tak best kita beli sofa baru dengan harga yang sama. So dalam tempoh 5 tahun, 3 kali tukar sofa yang harga keseluruhan RM3,000. Adalah lebih baik beli yang berkualiti terus. Harga dalam RM3,000 boleh pakai sampai 5 tahun dan lebih...jimat per. Ini sesuai utk orang yg malas nak beli byk kali dan tak kisah rupa rumah dia sama jer utk tempoh 5 tahun..hehe. Modal awal besar la..

Smlm sempat juga la menjenguk ke show room fella di subang. Tak beli sofa sbb takde dlm bajet rumah baru. Kitaorg beli arm chair jer..harga boleh ok la. Ada banyak corak bunga2. So kitaorg pilih yang kotak2..



Ada banyak corak bunga2..Encik B tak suka..

Sale ni akan berlangsung sampai 20 November 2011. Boleh la gi jenguk2..hehe. Ini tiada unsur promosi, cuba bagi tau. Sbb pompuan kan suka shopping2..hehe. Dapat tgk pun dah happy..kalo dapat beli lagi happy..hehe.

Baiti Jannati :: Dah Dapat Clearance Letter

Jumaat lepas, Encik B suh saya call bank tanya bila kitaorg kena start bayar rumah. Bulan Nov & Dec ini kewangan mmg agak meruncing sikit. So pengurusan kewangan mmg perlu dititik beratkan. Tak boleh belanja sesuka hati (tapi terlajak jugak) dan agihkan mana yang paling penting. So saya pun call officer bank tersebut. Dia pun ckp 1/12/2011 dah kena bayar...Alamak..cepatnya..hehe. Saya pun tanya la, bank dah release ke final loan kitaorang. Officer tu ckp, dah pada 9/11/2011. Wah cepatnya.. tarikh surat yang dihantar oleh pemaju pada 24/10/2011. So lebih kurang 2 minggu dah settle pasal loan. Bila loan dah settle, pemaju akan keluarkan clearance letter. Officer bank tu minta saya call pemaju, tanya sama ada pemaju dah terima bayaran tersebut.

Saya pun call pemaju. Call customer service..sbb tu je no yang ada. Pastu customer service pass pada credit dept. Officer tu ckp, diaorg dah terima final payment drpd bank. Surat clearance letter telah pun dihantar ke rumah untuk buat appointment ambil kunci. Bila dah dpt info call encik B nak bagi tau. Call2 tak dapat lak. Rupa2nya Encik B telah pergi temankan kawannya ambil kunci di ofis pemaju. So dia dah ambil fotocopy surat clearance. Nak buat appointment ambil kunci tak boleh sebab officer in charge cuti.

Kitaorg berdua bersyukur sgt..sbb urusan ini dipermudahkan oleh Allah. Kebanyakan orang mempunyai masalah dengan bank. Siap kena call tiap2 hari untuk make sure bank release final payment. Ada kawan encik B siap gi centre untuk push bank buat urusan bayaran kepada pemaju dgn segera. Kitaorg tak sempat nak push...call2 dah settle. Alhamdullillah...

Sekarang ini, tgh membuat bajet untuk renovation. Rasa buat yang penting jer dulu. Grill, lampu, kabinet dapur, plaster ceiling (tak penting tapi perlu dipertimbangkan) dan langsir. Skrg ini tnggu dapat kunci jer..nak ukur2 dan nak mintak quotation. Moga jumpa kontraktor yg boleh bagi harga yg ok dan kualiti yg baik. Keinginan memang tinggi..tapi harus selari dgn kewangan. Yang penting selamat..dan boleh duduk. Nak deco2 yang lebih tu..kena tggu bajet lain la..
Kabinet dapur kayu nyatoh..idaman la.. Sumber di sini
Suka syiling ini, ada elemen kayu...Sumber gambar Google

Yang ini simple..ok gak la. Sumber gambar Google.



Friday, 11 November 2011

11.11.11



Hari ini kecoh jap pasal angka 1. Di FB, di blog, di TV, di Radio dan di mana2 semua cerita pasal angka ini. Mmg tak di nafikan ia sangat unik. Dan akan berulang semula pada tahun 2111 iaitu 100 tahun akan datang.

Saya tak kisah orang nak kahwin ke nak bertunang ke nak bersanding ke nak declare ke atau apa2 event yg nak buat pada tarikh ini. Pada saya itu mmg boleh dirancang. Tapi saya sangat kisah pada orang yang nak baby dia lahir pada tarikh tertentu. Jika mmg dah ditakdirkan baby dia lahir time tu ok la. Ni baby pun belum cukup matang, mak ayah dia nak jugak suh dia lahir. Ia spt melawan fitrah kejadian Allah. Mmg doc boleh buat, tapi kesian kat baby. Lps tu baby duduk dalam incubator berhari-hari. Tak kesian ker??

Saya ingat lagi masa cik misi kerja di bhgn OT. Pada tahun 2007, ada orang nak bersalin 07.07.07 jam 07.07 am. Waktu tu kira on call time, tak pasal2..cik misi kena gi keje awal pagi nak set up OT utk operation. Sbb nak baby lahir pada tarikh dan masa yang cantik. Tdk kah ini menyusahkan semua orang? Semata2 untuk memenuhi impian mengarut mak ayah!!

Perlukah kita begitu obses dgn tarikh yang unik ini. Sehingga sanggup memperjuangkan nasib baby yang tidak faham lagi apa itu tarikh. Mgkn bila dah besar dia akan mengerti. Hari-hari yang kita lalui ini sudah semamangnya unik. Jangan di ikutkan sangat kepercayaan karut, sehingga boleh menjejaskan akidah kita sebagai orang islam.

Thursday, 10 November 2011

CD 2 :: Set Tarikh Utk Laparoscopy Ovarian Drilling

Hari ini adalah hari kedua period. So hari ini kena jumpa doc. Mula2 berbelah bagi nak pergi hari ini atau hari sabtu. Kalo pergi hari sabtu, saya kena pergi sorang2. Encik B kerja. Kalo gi hari ini, kena ckp ngan bos. Sbnrnya takut nak ckp ngan bos. Tapi nak pergi hari ini jugak sbb Encik B tak keje. So apa yang doc ckp, Encik B boleh dgr sama. Sepagi fikir. Fikir punya fikir, akhirnya kuatkan semangat minta izin ngan bos. Mujur dia ok hari ni. Cuma keluar ofis lambat sikit sbb kena siapkan report dulu.

Smpi hosp kul 3.30pm. Sbb walk in kena la tunggu. Dpt jumpa doc pukul 5.15pm. Bila jumpa, doc ckp dia nak buat laps. Yang paling tak tahan tu, doc leh tanya "Awak dah bersedia nak buat laps? Kerja ofis semua dah settle?" hahaha...malu jap. Mmg sebelum ini, kerja adalah alasan utk tangguhkan OD. Saya jawab "Kerja yang penting dah habis. Kerja yang tak berapa penting tu masih ada." 

Doc tetapkan 25 Nov 2011 tarikh utk OD. Saya ok jer. Atleast dah lepas mesyuarat. Encik B ada 5 hari utk jaga saya sebelum dia report duty kerja baru. 

Masalah saya sekarang cam mana nak bagi tahu mak saya mengenai perkara ini. Rasa berdosa lak, tidak memberitahu mak apa yg sdg saya lakukan. Ye la, sblm ini apa benda jer semua bagitau mak. Encik B cadang bagitau mak sehari sebelum OD. So, mak tak leh nak ckp per. Bila otw nak balik umah, fikir punya fikir, cam nak bagi tahu ayah dulu la. Atleast ayah dah tahu. 
Knp takut nak bagi tahu mak?? Sbb mak saya tak berapa percaya perubatan moden. Walaupun dia ada anak seorang jururawat, tapi dia mmg tak percaya dgn doc. Tak tahu la kenapa. Ingat lagi masa cik misi ambil keputusan buat operation utk resdung dia..mak mmg sgt tak setuju. Dia suh berubat tradisional. Cik Misi buat bodoh jer..ye la diakan misi. Ni kalo saya bagitau nak buat OD ni, harus jugak dia bangkang. Skrg ni pun dia bising suh gi berurut ngan wan kat kampung tu. Saya bagi alasan sibuk. Ye la balik kampung pun jarang sekali. Balik pun kejap2. Saya berharap saya boleh bagitau mak awal dan dia boleh terima apa yang saya akan lalui ini. Harap Allah permudahkan semuanya.

Insya Allah...







Kitaran Baru Bermula

Semalam Cik P telah datang. Untuk cycle ini 26 hari sahaja. Sama seperti bulan lepas. So, hari ini saya dan Encik B akan berjumpa Doc. Dan kemungkinan besar akan menjalani Ovarian Drilling yang tertangguh selama 2 bulan. Perasaan berdebar-debar. Berkenaan OD ini hanya cik misi dan cik chef sahaja yang tahu. Mak ngan ayah belum tahu. Takut nak beritahu..huhu. Apa la feedback mak nnt. Harap2 semuanya ok.

Wednesday, 9 November 2011

Wordless Wednesday :: Cik Misi Kembali Ke Saudi



Tgk boarding pass. Merenung buah hati yang kena ditinggalkan..

Last bye-bye..sebelum ke bangunan satelit. Kami akan merindui kamu.



Tuesday, 8 November 2011

Cream Caramel

Dulu2 saya suka sgt makan cream caramel ini. Pernah tgk makcik saya buat. Time tu saya rasa sangat susah nak menyediakannya. Ye la..makanan seperti ini mmg bukan kepakaran mak saya. So dia mmg tak tahu. Sehinggalah seorang bibik mak dari indonesia yang ajar. Nama bibik tu Tini. Dia mmg pandai masak. Ini adalah resepi yang di ajar oleh dia.

Oleh kerana resepi ini mudah untuk disediakan, ia selalu sahaja menjadi menu pencuci mulut. Ingat lagi masa zaman bujang2, bila ofis cik misi buat jamuan mesti diaorg tempah 2 3 loyang. Bukan nya bisnes betul2..saja suka2. Harga pun hanya untuk modal barang dan gas sahaja. Untuk hari raya ini saya sediakan cream caramel sebagai menu pencuci mulut. Yang specialnya kali ini, saya menggunakan telur ayam kampung.  Bukan nak memahalkan kos cream caramel ini tapi itu stok telur yg ada di rumah. Guna saja. Rasa lebih berlemak...hehe..



Bahan-bahannya :-

2 senduk gula pasir + 1 senduk air untuk caramel
7 biji telur ayam (buang pusat telur bagi mengurangkan hanyir)
1 tin susu cair
3/4 tin sus pekat
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
1 sudu kecil esen vanila
1 1/2 sudu besar tepung kastard (dibancuh dgn sedikit air)

Cara-caranya :-
  1. Masak gula halus hingga cair dan kekuningan emas. Masukkan air.  Bagi cair dan sebati. Sila pastikan jgn terlalu hangus nnt pahit tak best. Bila dah sebati tuang di dalam loyang.
  2. Sementara membuat adunan, panaskan dulu kukus.
  3. Pecahkan telur. Masukkan susu cair, susu pekat dan air. Pukul hingga rata. Tak perlu pakai mixer. Cukup sekadar guna 'hand whisk'/pemukul telur shj.
  4. Masukkan esen vanila dan bancuhan kastard. Pukul rata.
  5. Tuang ke dalam loyang yang berisi caramel. Pastikan sebelum tuang ke dalam loyang, adunan di tapis. Ini nak bagi tesktur lebih cantik.
  6. Kukus untuk tempoh 30 - 40 minit.
  7. Bila dah masak. Sejukkan dan sedia untuk dimakan. Cream caramel boleh di hidang dengan buah-buahan koktel.
Sebenarnya terdapat banyak resepi cream caramel ini. Bagi saya yang ini cukup mudah dan sedap. Oleh kerana cream caramel ini terlalu berlemak dan manis, dinasihatkan untuk tidak makan secara melampau. Cukup la sekadar merasa. Takut nnt kencing manis pulak..hehe. Bagi yang tidak suka manis, semasa menyediakan caramel boleh lebihkan sedikit air dan kurangkan kandungan susu pekat manis.


Monday, 7 November 2011

Aidiladha :: Sambutan dan Korban

Sampai dari kampung terus melepek kepenatan. Apa taknya daripada malam raya hingga sebelum bergerak pulang ke KL, kaki tangan tak berhenti bekerja. Memasak, mengemas, membasuh pinggan, memotong daging, runner beli barang dan banyak lagi.

Hari sabtu mak masih berniaga. Mak dah masak lauk gulai lemak ayam kampung dan rendang ayam kampung untuk juadah hari raya. Daging2 tak masak sbb esok (hari raya) ada 2 ekor lembu akan dikorbankan di rumah. Seekor untuk keluarga saya dan seekor lagi keluarga ayah arik. Lemang pun beli. Nasi impit ada 2 kampit..itu pun lebihan daripada berniaga. Seperti biasa, bila ada acara korban di rumah, kitaorg mesti siapkan juadah untuk orang2 yang datang tolong melapah dan menyiapkan daging korban. So kitaorg adik beradik, saya, cik misi dan cik chef bertungkus lumus di dapur. Saya buat cream caramel, puding dan cek coklat kukus. Cik chef buat butter cake. Cik Misi tukang menyibuk jer. Kitaorg pulun sampai pukul 12 tgh malam jugak.

salah seekor lembu yang dikorbankan


cream caramel yang sempat snap

Pagi raya mak dah bising suh kemas rumah. Ye la org mesti ramai dtg nak buat kerja. Tambah pulak saudara2 dtg beraya. Kitaorg siapkan breakfast - hidang lemang, rendang, nasi impit. 8.15am bersiap gi masjid. Saya, Encik B, mak & ayah jer gi solat sunat aidiladha. Cik misi dan cik chef dok kemas rumah. Balik dr masjid, ayah sudah sibuk dengan urusan korban. Mak pun sibuk nak memasak tengahari untuk org yang tolong. Saya seperti biasa jadi assistant mak la. Tak hingat mak masak. Gulai lemak ikan, sayur kangkung, ikan masin, sambal belacan dan special request dr cik misi 'mee kari'.

Bila lembu dah dilapah, time memotong daging nak buat lauk utk malamnya (tengahari pun tak sempat nak makan, dah fikir makan malam). Menu malam sup tulang dan bbq. Kerja kena pantas sbb nak marinate daging bbq. Dalam kul 2 pm siap semua. Mujur jugak la pekerja mak datang tolong kat rumah. Ringan sikit beban. Time tu mak dah masak sup tulang. Cik chef dah sediakan rempah marinate. Dalam kul 3 lebih, saya dan encik B gi beraya umah kak ipar. Makan nasi dagang. Pergi raya pun kejap jer, sbb org2 kat rumah dah call suh balik. Dalam kul 6 lebih smpi rumah, terus potong organ2 dlm (hati, perut, limpa) untuk tumis malam tu jugak. Kaum lelaki sibuk pasang api utk bbq.

Dalam pukul 8.30pm tetamu datang. Ayah tang sekeluarg, mak nah sekeluarga, kawan2 tauke sayur dan jiran2. Seronok sangat makan + borak2. Biasa la isu keluarga tak habis2..hehe. Ayah tang dan mak nah dlm kul 10 lebih diaorang semua balik la. Kawan2 tauke sayur kul 12 baru balik. Tauke sayur pun dah kepenatan. Mujur la makan kat luar rumah. Kitaorg pakat tinggal jer..aktiviti cuci mencuci sambung pagi nnt.


tukang membakarnya sorang..yg makannya ramai..ini tak adil

Pagi2 dah bangun. Nak balik kl awal. Encik B kerja malam hari ini. Dan yang paling penting, nak masak daging rendang da. Ni dah janji ngan kawan ofis nak bawa daging rendang mak saya..hehe. Sementara memasak daging rendang tu, aktiviti cuci mencuci bermula. Dari sekecil2 pinggan hingga sebesar2 periuk belanga. Kasi settle semua..nnt mak dan cik chef kemas jer.

Bila rendang dah masak, kerja membungkus pulak. Bungkus untuk saudara mara, pekerja dan jiran2. Kitaorg tak membungkus tapi tapau pakai mangkuk tingkat. Adik beradik mak mmg suka kalo dapat rendang daging. Biasala semuanya malas masak. Mak pulak rajin masak. Nak masak banyak2 takde hal..bahan2 mentah mmg tersedia. Biasa la org berniaga.

masak perut campur2. Tak tahu nama menu tapi yang pasti pedas.


rendang mak

Dalam kul 11.30 am kitaorang berkemas balik kl. Balik lewat2 takut jem. Seronok sangat raya aidiladha ini. Kalau ada keluarga mak ne dan mak su mesti lagi meriah. Tapi nak buat cam ne, masing2 pun sibuk. Mgkn tahun depan jika panjang umur kita berkumpul dan buat la acara korban ini. Aktiviti ni dah sama seperti kenduri kahwin jer...hehe. Walaupun penat tapi hati bahagia jer..

Friday, 4 November 2011

Aidiladha :: Hidup Perlu Pengorbanan

2 hari menjelang hari raya aidiladha. Saya dalam perjalanan pulang berhari raya di kampung saya.

Peristiwa besar di dalam sejarah islam berkaitan dengan Aidiladha adalah kisah Nabi Ibrahim A.S dengan anak kesayangan baginda Nabi Ismail A.S. Dimana Allah memerintah Nabi Ibrahim A.S untuk menyembelih putera kesayangan baginda Nabi Ismail. Kerana perintah itu daripada Allah swt, Nabi Ibrahim melaksanakan perintah tersebut walaupun beliau sangat menyanyangi anaknya itu. Nabi Ismail juga dengan berlapang dada menerima perintah ini. Simboliknya kisah ini adalah pengorbanan yang dilakukan oleh 2 orang nabi ini.

Melihat kepada kehidupan ini menuntut banyak pengorbanan. Bukan setakat pengorbanan harta dan duit ringgit tetapi melibatkan pengorbanan masa, tenaga/keringat dan juga perasaan. Lihat bagaimana untuk mencari kebahagian dalam rumah tangga, duit ringgit memang pasti antara yg awal perlu dikorbankan. Mencari rezeki yg halal utk memberi makanan, tmpt tinggal, perubatan dan keselamatan kpd ahli keluarga. Korbankan masa utk bersama menguruskan rumah tangga. Memasak, mengemas rumah, membasuh pakaian, melakukan aktiviti riadah dan byk lagi. Pengorbanan tenaga lagi2 dituntut, dengan tenaga yg ada menyelesaikan urusan rumah. Penat di tempat kerja belum pun berbayar bersambung pula kerja2 rumah. Itulah pengorbanan..dimana balasan yg pasti adalah bahagia dan juga ketenangan. Begitulah janji Allah pada mereka yg melakukan kerana Allah pasti akan mendapat balasan yg baik.

Pada Aidiladha 1432h ini, saya perlu membuat pengorbanan. Korban duit - selagi ada. Korban masa - saya akan meluangkannya. Korban tenaga - selagi berkudrat. Korban perasaan - biar la apa org nak kata. Ini semua demi mendapatkan zuriat yg soleh & solehah. Moga Allah permudahkan urusan ini. Pengorbanan dan akhirnya bertawakal, kerana Allah yang berkuasa ke atas semua-Nya.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua.

Wednesday, 2 November 2011

Baiti Jannati :: Yang Ditunggu Telah Tiba

"Abang, bila la rumah kita nak siap yek?" Itu lah soalan yang selalu saya tanya pada Encik B. Soalan itu telah berulang kali di tanya daripada bulan Jun 2011 lagi. Kerana mengikut perjanjian jual beli rumah, tarikh sepatut siap adalah bulan Mei 2011. Sampai bulan Oktober 2011, pemaju diam sahaja. Kitaorg pun relax jer..biarla dulu. Sbnrnya kitaorg tak kisah pun rumah tu siap lambat..lagi lambat lagi bagus. Boleh dpt pampasan. Tapi biasalah orang perempuan cam saya ini mmg tak sabar orang nyer..hehe dan lagi satu bila saya cadang nak beli something kat rumah sekarang, mesti Encik B ckp "tak yah, tunggu rumah baru." Aaarggghhh..tension tul!!

22 Oktober, lepas asar - saya pun ajak Encik B pergi tgk rumah. Saya ckp saje2 nak tgk. Kitaorg smpi sana kawasan rumah di tutup. Kenderaan tidak boleh masuk. Kitaorg pun pergi la kawasan perumahan sebelah. Nampaknya kawasan sebelah telah pun diberi kunci sbb byk rumah under renovation. Kitaorg pun parking dan pergi ke kawasan rumah kitaorg jalan kaki. Kawasan persekitaran dan bersih. Tgk meter elektrik & air dah pasang. Kitaorg pun masuk dlm pagar utk tgk dlm rumah melalui sliding door. Semua dah complete. Pastu saya pun pergi la tgk peti surat..mmg byk iklan2 untuk renovation. Alih2 terjumpa bil air. Bila tgk bil air tu tercatat la nama Encik B. Terus ambil bil tunjuk kat Encik B. Terkejut gak. Sbb kakak kat ofis bagi tahu kalo dah nak siap, pemaju akan beri borang untuk register air dan elektrik. Tp kes kitaorg ni pemaju dah siap2 register. Masa on the way balik rumah, kitaorg berangan mesti dah nak dpt CF ni. Saya pun ingatkan Encik B untuk call pemaju tanya status terkini.

Minggu tu berlalu dgn sibuk sekali. Biasa duduk rumah bertingkat, peti surat di level 1 kat blok sebelah. Tgk peti surat seminggu sekali sahaja. So 28 Oktober, kitaorg keluar makan malam. Dah alang2 kuar ni, nak gi ambil surat la. Saya pergi sorang2 sementara Encik B tunggu dlm kereta. Bila buka peti surat mmg bnyk la surat2 hutang aka bil2 yg kena bayar..tiba2 ternampak la sampul surat logo pemaju. Terus senyum melebar..walaupun tak tahu apa isi kandungannya. Tapi dah boleh agak. Sampai dalam kereta ckp kat Encik B "Abang, ada surat yang kita tunggu." Encik B apa lagi senyum melebar. Hahaha...memang inilah yang kitaorg tunggu. Surat mengatakan rumah dah siap dan sedia untuk dimasuk. Skrg status tunggu clearance letter daripada pemaju. Bank masih belum settlekan bayaran kpd pemaju. Bila dah settle semua baru boleh ambil kunci.


bila la nak dpt clearance letter ni..tak sabar nak tgk kat dalam..

Sebenarnya, saya buat carian nilai pasaran rumah saya (saje takde keje). Nilai pasaran skrg telah naik 75% daripada nilai yang kitaorg beli. Pada awal2 dulu mmg Encik B pernah ckp, kalo harga rumah kitaorg smpi RMx50,000 dia nak jual. Nilai pasaran skrg lagi naik RM100k dari harga siling yang Encik B telah tetapkan. So dia mmg sebut nak jual jer..dan kata2 dia menyebabkan saya bertambah tension dan hampir merajuk. Ditambah pula, ada org sudah siap sedia utk membeli.  Saya cakap pada Encik B tersayang, saya bersetuju untuk jual rumah ini sekiranya kita berdua sudah tidak mampu lagi untuk membayar ansuran rumah ini. Selagi kita mampu dan boleh bayar, tak boleh jual. Dia fikir untung jer. Tapi saya fikir, ini adalah 1st house kitaorg, tempat yang strategik sbb boleh tahan dekat dengan ofis saya dan free hold. Nak cari tempat lain tak tahu kat mana. Dgn harga rumah yang sentiasa meningkat dan tak masuk akal. Kerana pada saya rumah ini adalah rezeki perkahwinan kami.

Tidak ada harapan yang tinggi untuk rumah ini melainkan rumah ini menjadi tempat berlindung kami sekeluarga, tempat yang membuatkan kami rasa gembira, tempat yang membuatkan kami merasa bahagia dan tenang, tempat kami beribadat kepada Mu Allah dan tempat yang Engkau berkati. Kerana itu, saya mengharapkan rumah ini adalah BAITI JANNATI kami di dunia ini.

Friday, 28 October 2011

Berakhir Sudah Derita ..

Hahahaha...berakhir sudah derita ini..Tamat untuk tahun 2011. So kita tunggu pulak tahun 2012. Tapi nak wish..time tu sedang cuti bersalin...hehe(sempat tak rasanya??) Ambik 3 bulan terus. Biar orang lain derita lak!!

Wednesday, 26 October 2011

CD12 :: Tidak Seperti Yang Diharapkan

Alhamdullillah..saya masih mampu bertahan di dalam kerja yang penuh dengan tekanan. Bangun pagi jer jantung berdebar2..huhu. Hari Isnin mencatat sejarah..pukul 7 dah sampai ofis. Ini gara2 sms boss hari sabtu nak report pagi smlm jugak. Ingat bangun boleh la buat sikit2...pastu check beg rupanya tak bawak balik pulak. So pagi2 dah tak sabar nak gi kerja. Si Fad (member yang tumpang sekali) pun jadi mangsa kena gi kerja awal ...hehe. Mmg bulan tekanan betul!! Ya Allah bertahan la aku sehingga 31 Oktober ni.

Hari semalam, appointment doc. CD12 - doc buat tvs utk check telur. Doc tanya apa yang sy plan utk bulan ini. Jawapan saya 'TIADA'. Sebab saya pun tak tahu sama ada ovari saya respond tak pada ubat yang doc bagi utk cycle ini. So bila scan, amatlah sedih...telur masih comel2 cam tuannya..hehe. Paling besar pun 8.8mm..hehe. Mmg takde harapan la bulan ni. Encik B cakap redha je la. Tapi yang peliknya doc masih bagi la ubat Dexamethasone untuk 10 hari lagi. Untuk apa pun tak tahu. Takpe la makan jer la..

Dalam perjalanan balik..dalam kepala dok terfikir...adakah tekanan yang saya lalui bulan ini menyebabkan telur saya mogok utk membesar?? Jika betul tekanan bagaimana nak menguruskan...skrg ni mmg selalu jer tension!! Sabor je la...Sekarang ingin mencari perkara yang happy2..hehe.


Monday, 24 October 2011

Minggu Terakhir Oktober :: Tak Sabar Tunggu November

Minggu ini minggu terakhir bulan Oktober. Akan bekerja keras untuk siapkan segala macam kerja & report. Hopefully settle semua dengan aman. Tak sabar nak jumpa bulan November. Kenapa yek?? hehe..

  1. Bulan di mana saya dan Encik B bertemu utk pertama kalinya. So ini adalah anniversary yang ke 5 thn.
  2. Birthday saya..jatuh pada hari raya Aidiladha. Maka itu, saya ingin korbankan apa yang perlu saya korban..
  3. Cik Misi akan pulang ke Saudi setelah bercuti lebih kurang 2 bulan. Sedih sebenarnya. Tapi happy gak la sbb dah takde org yg suka memerintah..haha (kesian adik aku)
  4. Bulan penentuan TTC. Kalau period..so kita akan proceed dengan OD yek!! berdebar2..
  5. Bulan last Encik B kerja dengan company ini. Resignation letter dah hantar. So last day Encik B kerja adalah pada 20 November. Kerja baru akan bermula 1 Disember. So dlm tempoh 10 hari tu, Encik B saya adalah penganggur..hehe.
  6. So, Encik B cuti panjang bulan Nov..kitaorg akan balik Dungun. Nak dok lama sikit kat dungun. Ada byk tempat nak gi. Yang pasti kedai pink (nak pergi tiap2 petang..wahhh) makan ikan celup tepung dan sotong goreng tepung. Selain dari itu, nak gi Marang tengok ukiran kayu utk idea umah baru dan pergi KT (kalo rajin..hehe)
Ohhh...tak sabarnya nak tunggu NOVEMBER!!

Friday, 21 October 2011

Tazkirah Jumaat :: Doa

sumber : google

Info ini adalah daripada sedutan motivasi pagi di radio Ikim. Sempat la dgr untuk 2 hari, hari selasa & rabu. Sekadar berkongsi..

Menurut ustaz yg sampaikan (sy tak tahu siapa nama ustaz tersebut), Imam Al-Ghazali menggariskan 4 adab berdoa.
  1. Semasa berdoa, yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah mendengar doa kita. Dan sememangnya Allah itu Maha Pendengar.  Walaupun Allah itu mendengar, tapi kita tidak tahu bila Allah akan makbulkan doa kita. Allah akan makbulkan dengan 3 tempoh masa .. pertama, apabila kita berdoa terus Dia makbulkan. kedua, Allah ambil masa yang lama untuk makbulkan doa. Mgkn 1 bln, 1 thn, 10 thn..itu hanya Allah yg tahu. Dan yang ketiga, Allah akan makbulkan pada hari Akhirat. Jika tidak dimakbulkan di dunia..Allah akan makbulkan di Akhirat nnt. Oleh itu berdoa, meminta kepada Allah sahaja. Insya Allah pasti dapat.
  2. Semasa berdoa hendaklah kita ini tawaduk. Iaitu merasakan diri ini sebagai hamba. Tidak mempunyai apa2. Dan tidak ada kuasa melainkan dengan pertolongan daripada Allah sahaja. Kita tak boleh ada sifat sombong kepada Allah. Maknanya kita berdoa kena ikhlas hanya kepada Allah.
  3. Hendaklah berdoa untuk perkara-perkara yang baik2 sahaja. Jgn sesekali mendoakan perkara yang jahat. Mendoakan kegagalan orang lain itu tak boleh.
  4. Jangan berdoa kepada perkara yang maksiat. Contohnya, orang itu nak merompak bank lalu dia berdoa "Ya Allah selamatkan aku dlm operasi rompakan ini" Ini tidak boleh kerana bercanggah dengan fitrah/hukum Allah.
Hari berikutnya, Ustaz cerita pula tentang golongan yang Allah terima doanya (doa orang yang mustajab la). Terdapat 7 golongan itu adalah :-
  1. Doa ibu bapa kepada anak-anaknya.
  2. Doa anak-anak yang soleh kepada ibubapanya.
  3. Doa orang yang di dalam kesusahan.
  4. Doa seorang sahabat kepada sahabat yang lain.
  5. Doa orang yang berpuasa
  6. Doa orang yang bermusafir
  7. Doa pemimpin yang adil
Kita selalu dengar.."DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN".  Mmg benar, jika ikutkan kita bukan sahaja berdoa selepas solat..tapi kita berdoa kepada setiap apa yang kita lakukan. Berdoalah dalam bahasa yang mudah untuk kita fahami, kerana doa sebegitu adalah lebih ikhlas (peringatan untuk diri sendiri!!)