Sampai dari kampung terus melepek kepenatan. Apa taknya daripada malam raya hingga sebelum bergerak pulang ke KL, kaki tangan tak berhenti bekerja. Memasak, mengemas, membasuh pinggan, memotong daging, runner beli barang dan banyak lagi.
Hari sabtu mak masih berniaga. Mak dah masak lauk gulai lemak ayam kampung dan rendang ayam kampung untuk juadah hari raya. Daging2 tak masak sbb esok (hari raya) ada 2 ekor lembu akan dikorbankan di rumah. Seekor untuk keluarga saya dan seekor lagi keluarga ayah arik. Lemang pun beli. Nasi impit ada 2 kampit..itu pun lebihan daripada berniaga. Seperti biasa, bila ada acara korban di rumah, kitaorg mesti siapkan juadah untuk orang2 yang datang tolong melapah dan menyiapkan daging korban. So kitaorg adik beradik, saya, cik misi dan cik chef bertungkus lumus di dapur. Saya buat cream caramel, puding dan cek coklat kukus. Cik chef buat butter cake. Cik Misi tukang menyibuk jer. Kitaorg pulun sampai pukul 12 tgh malam jugak.
salah seekor lembu yang dikorbankan
cream caramel yang sempat snap
Pagi raya mak dah bising suh kemas rumah. Ye la org mesti ramai dtg nak buat kerja. Tambah pulak saudara2 dtg beraya. Kitaorg siapkan breakfast - hidang lemang, rendang, nasi impit. 8.15am bersiap gi masjid. Saya, Encik B, mak & ayah jer gi solat sunat aidiladha. Cik misi dan cik chef dok kemas rumah. Balik dr masjid, ayah sudah sibuk dengan urusan korban. Mak pun sibuk nak memasak tengahari untuk org yang tolong. Saya seperti biasa jadi assistant mak la. Tak hingat mak masak. Gulai lemak ikan, sayur kangkung, ikan masin, sambal belacan dan special request dr cik misi 'mee kari'.
Bila lembu dah dilapah, time memotong daging nak buat lauk utk malamnya (tengahari pun tak sempat nak makan, dah fikir makan malam). Menu malam sup tulang dan bbq. Kerja kena pantas sbb nak marinate daging bbq. Dalam kul 2 pm siap semua. Mujur jugak la pekerja mak datang tolong kat rumah. Ringan sikit beban. Time tu mak dah masak sup tulang. Cik chef dah sediakan rempah marinate. Dalam kul 3 lebih, saya dan encik B gi beraya umah kak ipar. Makan nasi dagang. Pergi raya pun kejap jer, sbb org2 kat rumah dah call suh balik. Dalam kul 6 lebih smpi rumah, terus potong organ2 dlm (hati, perut, limpa) untuk tumis malam tu jugak. Kaum lelaki sibuk pasang api utk bbq.
Dalam pukul 8.30pm tetamu datang. Ayah tang sekeluarg, mak nah sekeluarga, kawan2 tauke sayur dan jiran2. Seronok sangat makan + borak2. Biasa la isu keluarga tak habis2..hehe. Ayah tang dan mak nah dlm kul 10 lebih diaorang semua balik la. Kawan2 tauke sayur kul 12 baru balik. Tauke sayur pun dah kepenatan. Mujur la makan kat luar rumah. Kitaorg pakat tinggal jer..aktiviti cuci mencuci sambung pagi nnt.
tukang membakarnya sorang..yg makannya ramai..ini tak adil
Pagi2 dah bangun. Nak balik kl awal. Encik B kerja malam hari ini. Dan yang paling penting, nak masak daging rendang da. Ni dah janji ngan kawan ofis nak bawa daging rendang mak saya..hehe. Sementara memasak daging rendang tu, aktiviti cuci mencuci bermula. Dari sekecil2 pinggan hingga sebesar2 periuk belanga. Kasi settle semua..nnt mak dan cik chef kemas jer.
Bila rendang dah masak, kerja membungkus pulak. Bungkus untuk saudara mara, pekerja dan jiran2. Kitaorg tak membungkus tapi tapau pakai mangkuk tingkat. Adik beradik mak mmg suka kalo dapat rendang daging. Biasala semuanya malas masak. Mak pulak rajin masak. Nak masak banyak2 takde hal..bahan2 mentah mmg tersedia. Biasa la org berniaga.
masak perut campur2. Tak tahu nama menu tapi yang pasti pedas.
rendang mak
Dalam kul 11.30 am kitaorang berkemas balik kl. Balik lewat2 takut jem. Seronok sangat raya aidiladha ini. Kalau ada keluarga mak ne dan mak su mesti lagi meriah. Tapi nak buat cam ne, masing2 pun sibuk. Mgkn tahun depan jika panjang umur kita berkumpul dan buat la acara korban ini. Aktiviti ni dah sama seperti kenduri kahwin jer...hehe. Walaupun penat tapi hati bahagia jer..
No comments:
Post a Comment