Dulu2 saya suka sgt makan cream caramel ini. Pernah tgk makcik saya buat. Time tu saya rasa sangat susah nak menyediakannya. Ye la..makanan seperti ini mmg bukan kepakaran mak saya. So dia mmg tak tahu. Sehinggalah seorang bibik mak dari indonesia yang ajar. Nama bibik tu Tini. Dia mmg pandai masak. Ini adalah resepi yang di ajar oleh dia.
Oleh kerana resepi ini mudah untuk disediakan, ia selalu sahaja menjadi menu pencuci mulut. Ingat lagi masa zaman bujang2, bila ofis cik misi buat jamuan mesti diaorg tempah 2 3 loyang. Bukan nya bisnes betul2..saja suka2. Harga pun hanya untuk modal barang dan gas sahaja. Untuk hari raya ini saya sediakan cream caramel sebagai menu pencuci mulut. Yang specialnya kali ini, saya menggunakan telur ayam kampung. Bukan nak memahalkan kos cream caramel ini tapi itu stok telur yg ada di rumah. Guna saja. Rasa lebih berlemak...hehe..
Bahan-bahannya :-
2 senduk gula pasir + 1 senduk air untuk caramel
7 biji telur ayam (buang pusat telur bagi mengurangkan hanyir)
1 tin susu cair
3/4 tin sus pekat
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
1 sudu kecil esen vanila
1 1/2 sudu besar tepung kastard (dibancuh dgn sedikit air)
Cara-caranya :-
- Masak gula halus hingga cair dan kekuningan emas. Masukkan air. Bagi cair dan sebati. Sila pastikan jgn terlalu hangus nnt pahit tak best. Bila dah sebati tuang di dalam loyang.
- Sementara membuat adunan, panaskan dulu kukus.
- Pecahkan telur. Masukkan susu cair, susu pekat dan air. Pukul hingga rata. Tak perlu pakai mixer. Cukup sekadar guna 'hand whisk'/pemukul telur shj.
- Masukkan esen vanila dan bancuhan kastard. Pukul rata.
- Tuang ke dalam loyang yang berisi caramel. Pastikan sebelum tuang ke dalam loyang, adunan di tapis. Ini nak bagi tesktur lebih cantik.
- Kukus untuk tempoh 30 - 40 minit.
- Bila dah masak. Sejukkan dan sedia untuk dimakan. Cream caramel boleh di hidang dengan buah-buahan koktel.
Sebenarnya terdapat banyak resepi cream caramel ini. Bagi saya yang ini cukup mudah dan sedap. Oleh kerana cream caramel ini terlalu berlemak dan manis, dinasihatkan untuk tidak makan secara melampau. Cukup la sekadar merasa. Takut nnt kencing manis pulak..hehe. Bagi yang tidak suka manis, semasa menyediakan caramel boleh lebihkan sedikit air dan kurangkan kandungan susu pekat manis.
huhuhu dah lama tak buat caramel ni.mertua sgt suka...cup nak tanya apa tu pusat telur.pusat graviti eka tau :)
ReplyDeleteeka..
ReplyDeletepusat telur tu..kalo pecah telur tgk telur kuning ada cam urat warna putih..kebanyakkan telur mmg ada. So kena buang tu..kurang sikit hanyir..