Friday, 4 November 2011

Aidiladha :: Hidup Perlu Pengorbanan

2 hari menjelang hari raya aidiladha. Saya dalam perjalanan pulang berhari raya di kampung saya.

Peristiwa besar di dalam sejarah islam berkaitan dengan Aidiladha adalah kisah Nabi Ibrahim A.S dengan anak kesayangan baginda Nabi Ismail A.S. Dimana Allah memerintah Nabi Ibrahim A.S untuk menyembelih putera kesayangan baginda Nabi Ismail. Kerana perintah itu daripada Allah swt, Nabi Ibrahim melaksanakan perintah tersebut walaupun beliau sangat menyanyangi anaknya itu. Nabi Ismail juga dengan berlapang dada menerima perintah ini. Simboliknya kisah ini adalah pengorbanan yang dilakukan oleh 2 orang nabi ini.

Melihat kepada kehidupan ini menuntut banyak pengorbanan. Bukan setakat pengorbanan harta dan duit ringgit tetapi melibatkan pengorbanan masa, tenaga/keringat dan juga perasaan. Lihat bagaimana untuk mencari kebahagian dalam rumah tangga, duit ringgit memang pasti antara yg awal perlu dikorbankan. Mencari rezeki yg halal utk memberi makanan, tmpt tinggal, perubatan dan keselamatan kpd ahli keluarga. Korbankan masa utk bersama menguruskan rumah tangga. Memasak, mengemas rumah, membasuh pakaian, melakukan aktiviti riadah dan byk lagi. Pengorbanan tenaga lagi2 dituntut, dengan tenaga yg ada menyelesaikan urusan rumah. Penat di tempat kerja belum pun berbayar bersambung pula kerja2 rumah. Itulah pengorbanan..dimana balasan yg pasti adalah bahagia dan juga ketenangan. Begitulah janji Allah pada mereka yg melakukan kerana Allah pasti akan mendapat balasan yg baik.

Pada Aidiladha 1432h ini, saya perlu membuat pengorbanan. Korban duit - selagi ada. Korban masa - saya akan meluangkannya. Korban tenaga - selagi berkudrat. Korban perasaan - biar la apa org nak kata. Ini semua demi mendapatkan zuriat yg soleh & solehah. Moga Allah permudahkan urusan ini. Pengorbanan dan akhirnya bertawakal, kerana Allah yang berkuasa ke atas semua-Nya.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua.

No comments:

Post a Comment