"Abang, bila la rumah kita nak siap yek?" Itu lah soalan yang selalu saya tanya pada Encik B. Soalan itu telah berulang kali di tanya daripada bulan Jun 2011 lagi. Kerana mengikut perjanjian jual beli rumah, tarikh sepatut siap adalah bulan Mei 2011. Sampai bulan Oktober 2011, pemaju diam sahaja. Kitaorg pun relax jer..biarla dulu. Sbnrnya kitaorg tak kisah pun rumah tu siap lambat..lagi lambat lagi bagus. Boleh dpt pampasan. Tapi biasalah orang perempuan cam saya ini mmg tak sabar orang nyer..hehe dan lagi satu bila saya cadang nak beli something kat rumah sekarang, mesti Encik B ckp "tak yah, tunggu rumah baru." Aaarggghhh..tension tul!!
22 Oktober, lepas asar - saya pun ajak Encik B pergi tgk rumah. Saya ckp saje2 nak tgk. Kitaorg smpi sana kawasan rumah di tutup. Kenderaan tidak boleh masuk. Kitaorg pun pergi la kawasan perumahan sebelah. Nampaknya kawasan sebelah telah pun diberi kunci sbb byk rumah under renovation. Kitaorg pun parking dan pergi ke kawasan rumah kitaorg jalan kaki. Kawasan persekitaran dan bersih. Tgk meter elektrik & air dah pasang. Kitaorg pun masuk dlm pagar utk tgk dlm rumah melalui sliding door. Semua dah complete. Pastu saya pun pergi la tgk peti surat..mmg byk iklan2 untuk renovation. Alih2 terjumpa bil air. Bila tgk bil air tu tercatat la nama Encik B. Terus ambil bil tunjuk kat Encik B. Terkejut gak. Sbb kakak kat ofis bagi tahu kalo dah nak siap, pemaju akan beri borang untuk register air dan elektrik. Tp kes kitaorg ni pemaju dah siap2 register. Masa on the way balik rumah, kitaorg berangan mesti dah nak dpt CF ni. Saya pun ingatkan Encik B untuk call pemaju tanya status terkini.
Minggu tu berlalu dgn sibuk sekali. Biasa duduk rumah bertingkat, peti surat di level 1 kat blok sebelah. Tgk peti surat seminggu sekali sahaja. So 28 Oktober, kitaorg keluar makan malam. Dah alang2 kuar ni, nak gi ambil surat la. Saya pergi sorang2 sementara Encik B tunggu dlm kereta. Bila buka peti surat mmg bnyk la surat2 hutang aka bil2 yg kena bayar..tiba2 ternampak la sampul surat logo pemaju. Terus senyum melebar..walaupun tak tahu apa isi kandungannya. Tapi dah boleh agak. Sampai dalam kereta ckp kat Encik B "Abang, ada surat yang kita tunggu." Encik B apa lagi senyum melebar. Hahaha...memang inilah yang kitaorg tunggu. Surat mengatakan rumah dah siap dan sedia untuk dimasuk. Skrg status tunggu clearance letter daripada pemaju. Bank masih belum settlekan bayaran kpd pemaju. Bila dah settle semua baru boleh ambil kunci.
bila la nak dpt clearance letter ni..tak sabar nak tgk kat dalam..
Sebenarnya, saya buat carian nilai pasaran rumah saya (saje takde keje). Nilai pasaran skrg telah naik 75% daripada nilai yang kitaorg beli. Pada awal2 dulu mmg Encik B pernah ckp, kalo harga rumah kitaorg smpi RMx50,000 dia nak jual. Nilai pasaran skrg lagi naik RM100k dari harga siling yang Encik B telah tetapkan. So dia mmg sebut nak jual jer..dan kata2 dia menyebabkan saya bertambah tension dan hampir merajuk. Ditambah pula, ada org sudah siap sedia utk membeli. Saya cakap pada Encik B tersayang, saya bersetuju untuk jual rumah ini sekiranya kita berdua sudah tidak mampu lagi untuk membayar ansuran rumah ini. Selagi kita mampu dan boleh bayar, tak boleh jual. Dia fikir untung jer. Tapi saya fikir, ini adalah 1st house kitaorg, tempat yang strategik sbb boleh tahan dekat dengan ofis saya dan free hold. Nak cari tempat lain tak tahu kat mana. Dgn harga rumah yang sentiasa meningkat dan tak masuk akal. Kerana pada saya rumah ini adalah rezeki perkahwinan kami.
Tidak ada harapan yang tinggi untuk rumah ini melainkan rumah ini menjadi tempat berlindung kami sekeluarga, tempat yang membuatkan kami rasa gembira, tempat yang membuatkan kami merasa bahagia dan tenang, tempat kami beribadat kepada Mu Allah dan tempat yang Engkau berkati. Kerana itu, saya mengharapkan rumah ini adalah BAITI JANNATI kami di dunia ini.
Wahhh...bestnye umahhh..hani pon otw beli uma gakkkk...
ReplyDeleteHani-Skrg kena fikir beli rumah dulu. Sbb harga property cpt naik. Next year lg naik sbb kos pembinaan meningkat. Seronok bila ada rumah sendiri..
ReplyDeletechinta pun ngah servey umah...tapi x jumpa yang berkenan kat hati lgi....cantik nmpak umag cik puan tipah..
ReplyDeletecantik la umah awk :)
ReplyDeleteeka pun balik kampung nanti dgn satu misi ni...arap2 jumpa la eumah idaman mengikut kemampuan
chinta & eka tq..
ReplyDeletemasa beli rumah ni takde rumah contoh pun. Even broucher pun takde. Mmg main beli gak la. Tapi Alhamdullilah semua ok.
Insya Allah, chinta & eka jumpa rumah idaman
ReplyDeletesayang lah nak jual..kalau dah tempat strategik ape kata tunggu lg baru jual..hehe..
ReplyDeletesalam kenal :)
Eimma,
ReplyDeleteMmg syg nak jual. Tp jika terpaksa pejam mata la.. Lokasi rumah ini mmg strategik. Antara dekat jugak nk gi ofis..