Tuesday 10 May 2011

Syukur..

Assalam...

Kisahnya hari Ahad operasi rumah. Biasanya mmg weekend menyapu, mop dan mengelap2 di buat seminggu sekali. Kalo bz sgt jadi 2 minggu sekali. Rumah tak bersepah mana pun, habuk yg makin lama makin tinggi. Ni la peluang, hari ahad en. suami tak keje. So minta la keluarkan beg2 sbg persiapan utk bermusafir..Tgk2 beg yg ada itu dah uzur (kakinya dah patah sebelah, kalo letak barang byk2 mesti senget..hehe). Beg ni pun masa ayah pergi haji tahun 2002, dah 9 thn lepas.

Pastu en. suami kata kita beli beg baru jer...beg besar ada roda 4, senang sikit nak bergerak. Cam beg dila (adik yg tlh berhijrah ke tanah arab). Ok la, petang lepas siap2 solat asar pergi kami berdua ke Sunway Piramid. Sbb beg dila tu sy belikan utk dia kat Jusco One Utama. Skrg ni Jusco One Utama masih dlm renovation. So Jusco yg dekat adalah Sunway Piramid.

Terus ke tempat yg dituju...sbb nak balik sblm maghrib. Jumpa la ciri2 beg yg nak dibeli..tapi mahalnya. Over our budget...alamak. Diskaun pun takde (bukan time Sale). Takpe la ckp kat en. suami kita cr kat kedai2 luar jer. Berjalan melilau mata mencari kedai beg. Jumpa la kedai samsonite. Tgk2 la..semua beg takde tanda harga..tapi bila ada 1 auntie tanya kat sales girl, beg yg 3 kali kecil dr beg impian kami..terus kami keluar, tak yah nak tanya2. Mmg lagi tak mampu. Dalam kepala, beg sape la kita nak pinjam ni..huhu. Dalam mencari kedai, mata ternampak di level bawah ada 'fair shoes and bag' oleh Parkson. Cepat kaki melangkah ke situ. Pusing2 cari2 ada la beg impian kami dalam budget (harga selepas diskaun). diskaun hanya untuk pemegang kad bonuslink. Alamak...dua2 kitaorg mmg takde kad bonuslink.

En. suami kata, kita pergi jer tanya org yg ada kat situ siapa ada kad bonuslink kita pinjam. (Selalu org pinjam kad jusco time J-day, bagi jer) Mgkn konsepnya sama kalo kita pinjam dari orang lain (berangan..hehe). Dalam fikir2 nak pinjam kad bonuslink org, ternampak la sales girl yg berdiri tgh perhatikan org lain. Terus tanya dia..kat mana boleh kitaorg dptkan kad bonuslink ini?? Dia jawab, pergi ke kaunter customer services Parkson.  Kitaorg secepat kilat pergi mencari.

Sampai kat kaunter, saya pun ckp nak apply kad bonuslink. Dalam pada tu, mata tgk la benda lain, ternampak la banner utk Maybank Card. Mulut pun gatal tanya.."kat sini boleh check & redeem point kad kredit Maybank ker?". Budak perempuan yg comel pun jawab "Boleh..nnt sy panggil supervisor". Dalam isi borang bonuslink, Supervisor dia pun sampai dan semak. "Puan, point ada 20,000 lebih. Boleh redeem voucher parkson RM100". Apa??.. ok redeem sekarang. Sepanjang guna kad kredit ini tak pernah nak ambil kisah pun pasal point dia...hehe...dan ni la dia voucher yg dimaksudkan...

bagus dpt voucher parkson, expired setahun akan datang..

Bila dah selesai, terus gi ambil beg yg telah memenuhi ciri2 idaman dan terus bayar dgn diskaun 60% dan voucher RM100 - ia berada di dalam budget kami. Bila keluar daripada parkson, kitaorg berdua bersyukur sangat...dalam hati...ni adalah sebahagian rezeki daripada Allah. Dalam budget yg terhad..Allah akan memberi kpd hamba-Nya rezeki dari sumber yang sama sekali yang tidak dijangka. Oleh itu, yakin lah rezeki, senang susah itu Allah yang aturkan. Kita sebagai hamba hanya mampu berdoa dan memohon daripada-Nya.

Wassalam.

-cik tipah @ ofis-

Sunday 8 May 2011

Gulai Lemak Ayam Kampung..Resepi Ibu

Assalamualaikum...

Baru berkesempatan untuk update blog..biasa la hujung minggu yang penuh dgn aktiviti dan jalan2. Ni pun curi2 menaip sementara mencuci baju..on notebook utk coret sesuatu.

Hari sabtu..setelah sekian lama dapur tak berasap (arrhh..malunya) saya berkesempatan untuk memasak untuk encik suami.  Mmg mood untuk memasak malas krn dah tinggal berdua jer. En. suami lak boleh dikatakan every weekend dia keje, lg pun last month dua2 org pun bz tahap gaban dengan kerja masing2. Hari biasa dua2 org pun balik lewat...nak masak mmg tidak lak...

Untuk makan lunch merangkap dinner, dan juga sempena hari ibu, saya pun nak masak gulai lemak resipi turun temurun dari arwah wan dan turun ke mak dan turun ke saya... (arrhh..perasan)..tapi sy masak tak sesedap arwah wan dan mak. Tapi boleh tahan la...hehe. Mak saya ajar mmg tiada sukatan..sy pun tak pandai nak sukat2..pandai2 sendiri la...tapi utk tulis blog ni sy cuba juga utk sukat. Kalo tak ok...pandai2 la adjust ikut rasa hati..

Gulai Lemak Ayam Kampung 

2 ekor ayam kampung (ayam yg saya beli bersaiz kecil)
2 cawan pati santan
10 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup (sy mmg pakai kunyit hidup..jika nak ganti dgn serbuk kunyit boleh ajer)
Segenggam cili padi (ikut suka pedas masing2, sy mmg suka pedas)
2 biji ubi kentang - dikupas dan dipotong dadu
sedikit lengkuas (jika tiada pun takde hal)
Garam
Asam Keping
Daun kunyit
Serai
Daun limau purut

bahan-bahan

ayam kampung

Cara-caranya :-
  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili padi dan lengkuas. Kisar hingga lumut.
  2. Di dalam periuk masukkan bahan-bahan dikisar, ayam, kentang, daun kunyit dan serai. Gaul mesra.
  3. Masakkan di atas dapur sehingga ayam dan ubi kentang empuk. (Ayam kampung lambat empuk. Tak perlu tambah air kerana bahan dikisar dah ada air begitu juga air drpd ayam).
  4. Apabila dah empuk, masukkan pati santan, garam, asam keping dan daun limau purut. Pastikan santan tak pecah minyak yek. (kadang2 sy pun pecah gak..huhu).
  5. Dah siap dan boleh dihidang...senang kan..
So, inilah hasilnya...

makan bersama sayur kangkung sahaja...makan berpinggan2...mmg puas hati

Walaupun hasilnya tak sama seperti mak..tapi ia telah membuat En. Suami saya senyum kepedasan.. Alhamdullilah.

Wassalam.

-cik tipah @ umah-

Friday 6 May 2011

Buku - Indahnya Hidup Bersyariat

Assalam..

Petang ni pulang awal...biasa la hari Jumaat, tahap kemalasan pun tinggi. Tiada motivasi nak keje..daripada dok kat ofis buat2 sibuk, lebih baik balik umah ada juga faedahnya.

Ni just nak share buku yg saya sangat suka.. Buku yang dimaksudkan adalah...


Buku ini adalah hadiah perkahwinan daripada sahabat Pn. Sani. Gembira sgt bila dapat buku ni.  Buku ni mengandungi cara hidup ini sebagai orang islam daripada lahir hinggalah mati. Lagi best sbb buku diterang dgn bergambar. Saya rasa buku ini patut ada di dalam setiap keluarga islam kerana sbg panduan kita. Walau apa2 pun jika terdpt kemusykilan kena rujuk pada ustaz/ustazah.

Skrg, saya dah jadikan buku ini sebagai hadiah perkahwinan untuk sahabat2 yg mendirikan rumahtangga.  So ni hadiah yg menarik simple, bermanafaat dan juga boleh guna sepanjang zaman.

So ini info buku :-

                     Nama buku : Indahnya Hidup Bersyariat
                     Penulis : Dato' Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid
                     Penerbit : Telaga biru Sdn. Bhd. telagabiru 
                     ISBN : 967510230-6
                     Harga : RM55.00

Bila ke kedai buku, cari2 la buku ini. Tak rugi untuk dimiliki (bukan promosi tapi kenyataan)..

Sekian
Wassalam.

-cik tipah @ umah-

Thursday 5 May 2011

Selamat Berblogging

Assalam...

Akhirnya tercipta juga blog sendiri untuk dikongsi cerita-cerita dan idea-idea yg menarik. Saya bukanlah orang yang pandai menulis tetapi mgkn ada sedikit cerita dan ilmu yang boleh dan ingin dishare. Penulisan blog adalah perkara baru bagi saya..tetapi kalau menulis laporan itu saya dah separa mahir (sbb setiap tahun kena buat laporan jabatan..hehe).

sumber : google

Mungkin cerita dan kisah yang dipaparkan lebih kepada apa yang dilalui oleh saya sendiri, ahli keluarga dan kawan2 disekeliling.  Jika ada yang kurang berpuashati dgn hasil tulisan/kata-kata menyinggung perasaan mohon maaf.

Sekian.
Wassalam.

- cik tipah @ ofis -