Monday 27 August 2012

Cek Darah

Assalamualaikum...
 
Fuhh semua orang dalam mood raya lagi. Saya dah berkurang mood raya...hehe (berlagak sungguh!!) sebabnya..hari sabtu dah dok kat kl..hari ahad seharian bermood bermalasan. So hari ni..dah hilang sikit mood raya. Sbb esok dah mood naik flight. Fuhh penuh aktiviti minggu ini.
 
Tak mau citer pasal raya..sebab raya biasa sajer..Penuh isu kontraversi sepupu sepapat yang tak sedar diri. Soalan cepu emas untuk tahun ni tak lebih dari 1 soalan sajer..sepupu sorang tu jer bertanya. Boleh dimaafkan sbb mmg lama tak jumpa dia. Bila dtg umah mak dia..memanjang jer dia takde dan tak bersua. Rasanya sepanjang 3 thn kawen ni..tu la kali pertama bertemu dan berborak2..
 
Sebelum raya post pasal entry ini.  Ok.. Allah makbulkan doa saya supaya period saya datang awal. Hari jumaat dia datang dengan hebatnya. Sebelum tu cuma spotting jer. Maka hari ini hari ke-4 period. Dengan itu, saya berjaya juga buat blood test pagi ni. Ini semua dengan izin Allah. Dan yang paling penting..CD21 jatuh pada hari Khamis..yang mana dalam jadual saya masih lagi kosong. So takde hal la nak gi LPPKN tu. Moga dipermudahkan!!
 
Next period, Insya Allah jumpa doc. Berharap sangat usaha ini membuahkan hasil..
 
p/s :: berjaya turun 4kg sepanjang ramadhan ini...harap2 boleh turun lagi!!

Thursday 16 August 2012

Risau Period Hari Raya



Period dijangkakan pada 27 Ogos 2012. Hari pertama kerja selepas cuti berhari raya. Masalahnya, bulan ini saya perlu buat ujian darah pada CD2-CD5. Ceritanya ada di sini . Jika betullah period tu sampai on time spt yang dijangka..jawabnya kena tunda la ke bulan depan. Sbbnya CD2 tu saya kena pergi ke KK hadir seminar. Balik hari Khamis. Pastu dah cuti hari merdeka + sabtu + ahad. Hari Isnin dah CD8.

Kalau tgk trend period 2,3 bulan yang lepas <boleh tgk di sini> tempoh period biasanya 25 - 27 hari sahaja. Maka kalau la terjadi sedemikian..Insya Allah boleh la buat ujian darah hari Isnin tu.

Berdoa sgt..period dtg awal..
Dah excited nak continue treatment ni..hehe.
Kalau tidak..bulan 9 baru buat ujian darah..bulan 10 baru jumpa doc..mak ai..lama la lagi..huhu
Apa2 yang akan terjadi hanya dengan izin dan ketentuan Allah..

Selamat Tinggal Ramadhan..Selamat Datang Syawal


YA ALLAH, MOGA KAMI SEMUA DAPAT BERTEMU SEMULA DENGAN RAMADHAN AKAN DATANG. PANJANGLAH USIA KAMI DENGAN PENUH BARAKAH, KAU PERKENANKAN DOA-DOA KAMI,  TINGKATKANLAH IMAM KAMI DAN KAU AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI. MOGA KAMI SEMUA DI DALAM LINDUNGAN MU YA ALLAH


SALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA DI ALAM MAYA INI. MOHON AMPUN & MAAF JIKA ADA PENULISAN, KOMEN YANG MENYINGGUNG PERASAAN. SEMOGA AIDILFITRI MEMBERIKAN SEMANGAT BARU UNTUK KITA SEMUA.



p/s :: malas nak taip..harap selepas ini lebih rajin..yuhuuu

sumber gambar :: google