Thursday 12 July 2012

Perkara Yang Saya Buat Sebelum/Semasa di LPPKN

Ni kira tips la.. Mana tau boleh bantu sesiapa yang baru nak start TTC.

1. Call LPPKN (Jln Raja Laut). No. telefon 03-26937555. Untuk set appointment. Nurse kat situ dah siap warning, make sure tarikh yang dipilih tu kita mmg takde hal. Tiada tak digalakkan tukar2 tarikh cam hospital swasta yek. Bila dah set date..minta cuti dgn ofis. Sbb untuk appointment yang pertama ni dia tak bagi MC atau time off.

2. Kalau boleh set date tu tarikh period kita dalam tempoh CD2 - CD5. So boleh terus proceed ujian darah. Date yg saya set tu mmg dijangka period..tapi tak sangka periodnya awal sikit. Hari sy pergi tu dah CD6. So ujian darah tak boleh buat. Nak tukar date lain takut la kena marah..hehe.

3. Bila dah set date tu..make sure kita tak bersama dgn suami dalam tempoh 3 - 5 hari. Dan pastikan suami kita tu tak terkeluar semen dia dalam tempoh tu. Hari2 kena reminder..

4. Siapkan surat2/laporan yang berkaitan dgn rawatan terdahulu. Spt laporan x-ray HSG. Sy mmg berdoa tidak dibuat ujian ini sekali lagi..serik wooo. Laporan yang dibawa nurse boleh simpan dlm file kita utk rujukan doc. Original report dan film akan dibawa masa jumpa doc.

5. Kalau berkesempatan breakfast la dulu. Supaya kita ada tenaga. Buatnya kena tunggu lebih lama cam ne. Sy mmg makan jenis BF pukul 8am. So, siap2 makan walaupun hanya dengan 2 keping roti. Rancang perjalanan bagi rumah jauh dr tempat rawatan. Supaya tak la kelam kabut. Nnt kesian kat suami stress dia.

6. Data2 kesihatan yang lepas perlu tahu. Contoh soalan untuk suami saya, masa kecil pernah kena beguk tak? Yang ni kena tahu..dan tanya la mak ayah kita. Soalan lain, pernah buat operation tak? Kena tahu tarikh bila buat tu. Kalau dah lama2 mana nak ingat time tu. Penyakit mak ayah kita kena gak tahu. Kumpulan darah pun kena gak tahu.

7. Disebabkan buat semen analisis..standby la tuala dan pakaian lain utk suami kita. Mana tahu kes kita hbs lewat..nnt cam mana nak solat zuhur. Kalau standby tu boleh la singgah masjid ker..or rumah sedara mara or rumah kawan2 nak mandi wajib (Ini hanya utk kaum lelaki yang beragama Islam sahaja).

8. Di LPPKN kena complete dulu buat ujian baru jumpa doc. Biasa next cycle lepas ujian tu..pada CD2 - CD5 boleh call untuk set appointment dgn doc. Rasa prosedur ini sama sahaja di hospital swasta.

9. Kadar bayaran..utk visit - RM40. Semen analysis RM50.  Untuk ujian darah CD2 dan CD21 berjumlah RM110.  Bayaran yang bawah RM100 - tunai shj. Bayaran lebih RM100 boleh buat via kad kredit. Bagi saya yang suka kumpul point ni..prefer byr guna kad kredit. Tapi kena standby RM200 yek!! Pada kakitangan kerajaan yang boleh claim..sila pastikan balik jer rumah simpan resit elok2. Nnt bila dah hbs prosedur boleh sumbit ke LPPKN utk pengesahan dan hntr ke ofis untuk tuntutan balik.

10. Bawalah majalah ke, buku ke, Ipad ke atau apa2 yang boleh dimanafaatkan sementara menunggu keputusan semen tu. Nak pergi SOGO boleh jer..tapi suami sy malas nak jalan2 so tunggu je la kat situ smpi dipanggil.

Harap boleh membantu.

Ini adalah berdasarkan apa yang saya lalui. Jika berlainan sila rujuk kepada yang pihak berwajib.

17 comments:

  1. Cik Puan Tipah,masa mula2 ritu akak plan nak buat kat LPPKN gak..tapi tak jadik,terus tukar..buat treatment kat PPUM..

    ReplyDelete
  2. jadinyer...dh jadik ke belum...cite tak abis ar

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni baru permulaan treatment..doc nak check dulu suami isteri..
      bulan Dec baru 1st treatment..bila period dah dtg..
      untuk treatment pertama di LPPKN masih belum berjaya..

      Delete
  3. kerja kerajaan boleh claim yer?? ada borang yang kena isi ker? camner nak claim eyh?

    ReplyDelete
  4. so lepas tu mcm mana, jadi ke , sucsess ke iui?

    ReplyDelete