Entry ni sambungan daripada entry yang ini.
Macam mana saya boleh buat treatment di DEMC?
Masa dlm tempoh 1 thn perkahwinan saya selalu jumpa sorang doc klinik panel ofis sy di TTDI Jaya. Doc perempuan. Pertama kali saya jumpa dia disebabkan saya kena keputihan yang teruk sampai gatal2. Masa tu sy masih duduk di KJ. Kebanyakan klinik di KJ doc lelaki. So sy tanya ofismate sy mana klinik panel ofis yang doc perempuan. So kakak tu cdg sy gi klinik doc ni. Bila dah jumpa doc, macam2 la doc tanya sbb keputihan yang teruk. Bila dah 2 3 kali gi klinik ni, doc pun suggest saya gi jumpa Doc Zamri, DEMC utk rawatan kesuburan.
Bermula daripada thn 2010, sy pun membuat rawatan di DEMC.
Kenapa time tu tak cuba Hospital Kerajaan?
Saya mmg nak pergi ke Hospital Kerajaan/LPPKN untuk rawatan kesuburan. Tau boleh claim..tapi masa itu Encik B bekerja cam gila. Asyik kerja jer..nak cuti pun susah. Sabtu, Ahad, Public Holiday semua kerja. Nak kuar kejap time kerja mmg tak dapat la. Rawatan di Hospital Kerajaan ni kena dtg suami isteri. Kalau tak diaorg tak akan layan kes kita. Disebabkan ofis Encik B tu nazi..nak cuti pun susah..nak time off pun susah...kami redha saje utk treatment di DEMC.
Boleh dikatakan sepanjang saya treatment di DEMC..80% saya hadir seorang diri. Doc pun tak kisah sgt..
Dan kewangan kami time tu agak kukuh. Encik B asyik OT jer..boleh la cover kos rawatan..hehe. Tak claim pun takpe..hehe
Kenapa sekarang baru nak cuba rawatan di LPPKN?
Bermula Disember 2011, Encik B dah tukar kerja lain. Kerja yang cool sikit. Dah takde OT. Sabtu Ahad pun cuti. Bila sebegitu rupa sumber kewangan agak fixed dengan ditambah pada Januari 2012 dah start bayar duit rumah maka sumber kewangan untuk rawatan dah susut. Sbbkan tabung dah kering, bulan Mac 2012 kitaorg stop kejap treatment di DEMC.
Sehingga satu hari, Encik B balik keje dia ajak sy utk buat treatment di LPPKN. Dia bersungguh2 ajak. Sbb ada sorang kawan ofis dia cerita berkenaan dgn LPPKN. Sy ok jer. Beberapa hari selepas itu sy call LPPKN untuk buat appointment yang pertama.
Sy mmg nak treatment di hospital kerajaan sbb boleh claim. Dan kalau dpt MC tu takde la banyak kena soal dgn HR. Ingat lagi tahun lepas, dpt MC 2 minggu dr DEMC lps buat laps OD. Dpt surat dri HR untk sahkan cuti. Menggagau jugak la cari report untuk disahkan. Kalau MC hospital kerajaan diaorg takde soal2. Senang sikit bagi kakitangan kerajaan cam saya.
Rawatan Kesuburan di DEMC ok ke?
Sangat2 ok. Doc Zamri sgt lembut dan baik orangnya. Setiap apa dia terangkan secara khusus. Segala soalan yang ditanya mesti dijawab.
Dalam kes saya, doc banyak focus rawatan kepada saya. Dari mula jumpa sampai ke akhirnya, doc lebih banyak treat saya berbanding suami. Mgkn sbb sy PCOS & RU.
Saya pun pelik..doc tak pernah minta Encik B buat semen analysis. So, dari awal treatment mmg kitaorg tak tahu secara detail kandungan semen, pergerakan sperm dan sebagainya. Itu membuatkan Encik B agak sedikit frust. Tapi mgkn doc ada alasan tersendiri knp dia buat begitu. Masa second IUI, doc ada bagitau yang sperm tu kurang aktif (low motility) tapi berapa % dan nilai mmg kitaorg tak tahu. Slps pada tu doc bagi ubat utk Encik B. Cerita lanjut di sini.
Mgkn sbb itu la, Encik B bersungguh2 ajak pergi treatment di LPPKN. So doc boleh check untuk kedua2 sekali. Sebagai isteri yang solehah, sy ikutkan saja. Alhamdullilah saya dapat suami yang positif nak buat treatment. Ada kengkawan saya, suami diaorg mmg tak nak buat rawatan kesuburan. Lg la terseksa jiwa raga.
Kesimpulannya, hospital mana sekali pun, doctor mana sekali pun, ubat mana sekali pun tidak boleh melawan takdir Allah. Saya tidak tahu apa takdir yang Allah telah tetapkan untuk saya. Sebagai hamba saya perlu berdoa dan berusaha supaya Allah takdirkan yang baik untuk saya dan Encik B.
p/s :: sebenarnya sejak dari IUI kedua failed..dah berfikir utk IVF. Peruntukan belum ada lagi ni!!
sebelum ni pun sy kat lppkn jg....ok juga kat sana, tp klu pegi sn klu ade problem n nak kena buat ovarian drilling atau tube tersumbat n nak kena operate takde pakar kat sna...cuma klu tube tak ada masalah, bagus jg sebab dr die memang baik n supportive...klu ade blocked tube, macam sy sebelum operate ni, die suggest utk wat terus ivf...n dr ghafa* tu mmg tinggi jg tahap keberjayaan dia...tipah buat dengan siapa ya...
ReplyDeleteNia,
ReplyDeleteSy dgn dr ghafar.
Ohh...kalau ada kes yg kena buat OD/operation diaorg akan refer ke mana??
betul pon mana2 hospital or mana rawatan sama jer .... yang pasti kita terus berusaha... jgn putus asa,... Janji Allah itu pasti... dan rezeki kita inyallah juga pasti... good luck cik puan tipah
ReplyDeleteuntuk ovarian drilling diorang tak ade expert, lepas tu baru pindah ke dr hamid. Bila dr hamid tgk je result sy, terus je die suruh bedah...masa dia cakap macam tu, terasa nak nangis2 je saya...sbb dh lama saya nak minta dibedah tp ade je penghalangnya...macam laps, lppkn die ada gak buat tapi untuk cek tube je katanya...
ReplyDeletemacam saya baru nak mula nak buat di hospital kerajaan jadi lambat lah skit, bulan 10 nanti baru buat semen analisis untuk hubby..sekarang kena turunkan berat dan amik asid folik jer..
ReplyDeleteklinik di ttdi jaya tu nama ape yerk?
ReplyDeleteKlinik Saidina
Delete