Dari malam tadi tak boleh nak tido
Memikirkan pasal IUI ni
Ntah la..sukar untuk digambarkan perasaan yang sebenar
Bangun awal pagi
Sedangkan prosedur pukul 9 - 10 pagi
Nurse cakap smlm
Doc kalau boleh nak sperm dalam lingkungan 1 jam sblm prosedur
Memandangkan rumah denai dekat dgn hosp
Jadi kami proses pengeluaran sperm tu dibuat dirumah
Slps itu dibawa ke hospital terus ke Day Care
Tempoh perjalanan pun tak sampai 20 minit
Mmg tak jammed
Sbb semua orang dah masuk keje
Sampai hosp, terus ke Day Care
Tggu doc
Dalam pukul 9 lebih doc masuk lab
So tgk dulu sperm yang ada
Agak sedih jugak bila doc ckp sperm low motility
Sperm ada banyak..tapi yg bergeraknya sikit
kitaorg pun tgk sekali
Mmg betul
Walau cam mana pun, doc proceed juga
Encik B agak rasa down bila tahu tu
Ye mmg sblm ini dia tak tahu
Sbb doc fokus pada saya jer
Saya ada PCOS
Encik B mmg tak pernah buat sperm count
Sejak kami buat rawatan ini
Doc tak pernah minta utk berbuat demikian
Mgkn pada doc bila prosedur IUI
Kita boleh tahu
Bila ready
Nurse panggil masuk dalam lab
baring dan ditutup lampu
Doc inject dlm rahim
Prosedur sangat sekejap
Tak sampai 10 minit pun
So lepas tu rest kat 45 minit kat day care
Lps prosedur Doc bagitau
Semua ok
Laluan ke rahim ok takde tersangkut
Tapi saya tak tahu adakah sperm yang ada
boleh berenang menuju ke telur
dan akhirnya disenyawakan
Kaedah paling baik untuk masalah spt ini adalah IVF
Saya diam jer
Bagi saya, doc terang berdasarkan pengalaman kes2 yang dihandle
Tapi kuasa Allah boleh mengatasi segalanya
Sblm saya datang buat IUI
Saya dah bulatkan hati saya
Ini semua kerja Allah
Andai Allah izinkan ia akan terjadi
Jika Allah tak izinkan, cammn sekali pun kita buat mmg tak jadi
Saya pun minta Encik B berdoa banyak2
Jangan sedih sangat
Ini ujian Allah untuk kita
Kita akan tempuh sama2
Balik rumah saya pun search pasal
Ada orang berjaya dgn IUI walaupun low sperm motility
Boleh baca kat sini
Malam tadi sempat jenguk blog Lady Mira
Cari tips utk IUI
Pasal doa Nabi Yunus mmg berkesan
Sepanjang prosedur saya baca
Dan mmg tiada rasa sakit
Tiada rasa senak2
Bagus utk diamalkan
2WW
Mmg menakutkan
Mohon berlapang dada sahaja
Terima ketentuan yang ditetapkan
~~~~~~~~~
btol tipah. kalu Allah kata blom smp masa kita, mmg blom. tp kita sebagai hambaNYA kna trus berusaha, jgn pnah putus asa.
ReplyDeletejgn tension sgt ye 2ww. relax, jgn lasak2 sgt & berdoa byk2. sesungguhnya itu lah senjata kita sbg Islam :)
Insyallah, semuanya baik utk u n suami, tipah ;)
Tq atas nasihat u.
DeleteDr hanya memberitahu semua itu berdasarkan fakta dan kemungkinan yang ada, tapi semuanya berbalik kepada Allah. InsyaAllah, kalau Allah dah nak bagi, mesti ok punya. Cuma lepas IUI ni relax2 selalu dan jangan banyak berfikir pasal benda tu...Juga elakkan dulu makan fast food n minuman bergas ok...
ReplyDeleteSemoga Dia memperkenankan doamu...
Nia,
Deletemmg tak nak fikir. Sbb bila fikir akan jadi sgt tension dan masa pun berjln sgt slow.
Fast food, minuman bergas dan makanan yang tajam2 mmg perlu dielakkan.
Dah boleh komen.. best best.. =)
ReplyDeleteSemoga berjaya ye.. Ida doakan terbaik... Doa tawakal kepada Yang Maha Esa.. Kita dah usaha, selebihnya terletak ditanganNYA.. Amin.....
Tq eida. Ada juga yg sudi komen..hehe
DeleteSaya pun tak tahu apa masalah komen di blog ini.
Amin..
Sedih pula leen baca kesah ini. Nak tanya short form 2ww tu apa? CD dan OD tu pula apa. Leen serius tak tahu shortform2 ni huhuhu. CD tu circle day eh?
ReplyDeleteBerapa kos IUI ini?
Leen...
ReplyDelete2ww - 2 week waiting. Maknanya tempoh 2 minggu slps IUI atau ovalution. Nak tahu sama ada preggy atau tidak.
CD - cycle day. dikira dari hari pertama datang haid.
OD - ovarian drilling.
Kos IUI termasuk ubat dan tvs lebih kurang RM600. Ini kos hospital swasta. Mgkn berbeza bergantung pada ubat, consultation doc dan alat2 yang digunakan semasa prosedur tersebut.
gudluck. insyaAllah. sy doakan :)
ReplyDelete2ww? rileks je byk2 k.
tq JD..
DeleteInsya Allah..
rileks tak rilex jugak la..
Good luck cik puan... semoga dipermudahkan semuanya. 2ww mmg sgt mencabar, hope cik puan leh rileks :)
ReplyDeletetq lady mira...
DeleteMenghitung hari ini sungguh mendebarkan...
slm..blh sy thu dh bjaya ke belum...
ReplyDeleteSalam..
Deletemasih TTC lagi.. :)
MJ pun dlm prosedur utk IUI..
ReplyDeleteTengah research psl ni :D