Walaupun hari ini - hari kurang kata2..tapi saya tetap nak kata2 juga..
Semlm saya jumpa doc, sbb dah period. Doc pun bila nampak muka saya jer...dia pun tanya saya period ker? Jawapannya of course la. So last IUI tak menjadi.
Utk cycle ini, doc dah tak bagi lagi ubat kesuburan..memandangkan saya telah ambil untuk 4 cycle yang lepas. Maka doc hanya beri ubat yang biasa Dexa dan Metformin berserta 1 supplement Dhea 25.
Bertanya mengenai masalah hubby saya, doc kata kita tgk dulu. Doc nasihat minta Encik B makan supplement zink atau multivitamin utk improve kualiti sperm dia.
Bila balik dari jumpa doc, saya menangis bersendirian dalam kereta. Masih lagi emosi pasal IUI..sedangkan saya sudah redha..
Sampai ofis, saya google pasal Dhea 25 tu. Bila baca artikel ini saya jadi lagi sedih. Tapi saya harus percaya doc saya. Tidak mungkin dia memberikan ubat tanpa pengawasan.
Balik rumah, saya bagitau Encik B pasal kerisauan saya..Encik B nasihatkan saya, kita follow apa doc ckp dan kita mohon supaya Allah berikan jalan yang betul kepada kita. Bila cam tu saya menangis lagi. Time nak makan ubat, Encik B pujuk lagi...dgn bacaan selawat dan doa tawakal..saya makan juga Dhea 25. Harap sgt tidak memberi kesan yang buruk pada tubuh badan ini.
Pagi ini, dalam bersiap pergi keje..saya tunggu Encik B selesai solat subuh. Saya duduk sebelah dia slps solat. Saya salam dia dan peluk dia..airmata saya mengalir lagi. Dia ckp jgn la sedih2..Dia akan sentiasa ada utk saya. Kita buat ini semua ikhtiar kerana Allah. Bukan saya, bukan dia dan bukan doc yang memberikan kita zuriat tetapi Allah. Kita boleh cuba saja..
Saya bagitau Encik B, melalui proses ini memang memberikan tekanan. Sama ada tindakan yang kita ambil ini baik atau tidak utk kita..kita tak mengetahui. Tak semua cerita TTC ini boleh kita share dgn semua orang termasuk la ahli keluarga sendiri. Ada yang tidak memahami. Sejujurnya semenjak memulakan semula rawatan ini, saya hanya berkongsi cerita TTC secara detail dengan 3 orang iaitu Encik B dan 2 orang kawan di ofis (sbb mereka melalui apa yang sdg saya lalui) dan juga di blog ini. Selain drpd itu, saya ckp pergi hosp jer jumpa doc..itu sahaja.
Saya rasa saya cukup kuat utk tempoh semua ini..tapi pada saat ini saya seperti sayur yang dah lembik...terkulai layu..
Ya Allah, aku redha dengan ketentuan Mu..berilah kami kekuatan untuk menempuh hari-hari kami. Kau berilah petunjuk dan jalan yang sebenar-benar kepada kami supaya kami tidak sesat.. Semoga apa pilihan dan keputusan kami adalah tepat..
Banyakkan bersabar dear..
ReplyDeleteAllah sedang menguji kita..
salam
ReplyDeletesaya faham perasaan awak..ya satu proses yang sgt menuntut kesabaran dan kekuatan mental. apatah lagi di akhirnya harus menerima kegagalan..harap awak banyak bersabar ye
sabar ye puan tipah segala yang terjadi ade hikmah disebaliknya, semoga ALLAh permudahkan jalan untuk kita semua
ReplyDeleteSabar kak..Yakin dengan ujian ALLAH, pasti ada hikmah disebaliknya... =)
ReplyDeleteKita ni special sebenarnya. Insan yg Allah pilih utk diduga sebegini.
ReplyDeleteMemang kita kuat, tapi adakalanya kita lemah sedikit. Mesti Allah buat macam tu sebab Dia nak kita mengadu dengan Dia, menangis mengharapkan bantuan dari Dia.
Saya pun yg tahu TTC hanya suami. Sikit-sikit cerita pada mak, mertua langsung kami tak beritahu. Oh dan kawan-kawan blog.
Luahkan di blog, reda sikit sedihnya. Hanya yg melaluinya akan faham perasaan kita.
Mentor saya kata, berdoalah. Saya tanya, sampai bila doktor? Dia jawab, sampai termakbul doa you.
Take care.
Sabar ya.. Hari ni Allah turunkan hujan kerana Dia nak beri pelangi yg indah....
ReplyDeleteTerima kasih sahabat semua atas nasihat, doa dan sokongan.
ReplyDeleteTak boleh nak reply satu2..masih dlm mood sedih lagi..
sabar ye awak tapi baca dekat blog doc zubaidi tu mmg ngeri jugak..tapi tawakal je la..ataupun ape kata awak tanya gynae awak terus ubat tu untuk ape dan awak cerita la awak baca kat sekian2 kesan dia buruk..
ReplyDeleteape kata jgn makan dhea tu..bnyk lagi ubat yang boleh makan...bahayala...risau=(
ReplyDeleteSalam,sy fhm kesedihan yg awk alami skrg sbb sy dh laluinya last year.bila kita wat iui or ivf ni kita jd lebih berharap dri bila kita ttc naturally.tiba2 ms harapan tgh menggunung,tgk2 period.Allah sj yg tahu betapa hancurnya hati sy ms tu.dlm sebulan jugak la sy kumpul semangat sy blk utk trus bangkit n berusaha.yg pasti sy x wat dh cara moden,sy truskn mkn vitamin n exercise regularly.awk kuatkn semangat tau,kena selalu kata 'InsyaAllah,aku yakin Allah akan kurniakan kpdku dan suamiku zuriat yg soleh dan solehah',ucap dgn penuh keyakinan setiap hari.lama2 kita akan termotivasi dan jd lebih positif...sy doakan awk,jgn putus harapan tau.
ReplyDeleteSaya rasa DHEA tu ok kut, kan blog dr zubaidi tu kata, bahaya jika tanpa perbincangan daripada Dr...mesti dr dah pertimbangkan baik buruk ubat tu sebelum dia soh awak makan...
ReplyDeleteCik Puan Tipah, Semoga terus tabah... Insya-Allah, ganjaran untuk org yang bersabar...Selalu2 recite surah al-Insyirah...dalam kesulitan, ada kesenangan...
ReplyDeleteTerima kasih sahabat semua...
ReplyDeletemmg benar saat ini kesabaran sangat dituntut..
Ada sahabat di ofis memberi motivasi yang dia dgr di radio ikim...
"tidak semestinya perkara yang baik itu baik utk kita dan tidak semestinya perkara yang buruk itu buruk utk kita"
dari kata2 saya membina balik semangat ini..Insya Allah kita semua harus bersabar..