Tuesday 22 January 2013

Cycle Paling Pendek

Salam..

31 Disember 2012 adalah CD1.  Sebelum tu spotting 2 hari. Darah turun tak banyak mana pun. Just coklat2. 

1 Januari 2013 saya demam. Temp petang tu 37.8 c.  Belasah makan panadol. Esok hari saya perlu pergi kerja kerana ada cash counting.  

2 Januari 2013 saya mmg tak bermaya. Siapkan tugas. Lepas lunch saya tidur di surau.  Nak gi klinik mmg tak berdaya sungguh. Balik rumah..ambil temp. Masa tu dah 38.0 c. Saya mandi. Malam tu temp naik lagi. Sy suh Encik B beli ubat dan beli UPT sekali.  Cik Misi risau lak..period tak berapa flow..takut2 ada. Sblm makan ubat buat UPT resultnya -ve. So terus makan panadol dan ubat selsema. Hari ni period dah spotting.

3 Januari 2013 MC. Tak larat nak gi kerja. Period habis dan mandi wajib.

Ada satu malam tu kuar berjalan2 ngan jiran2 tetangga. Lps jalan gi lepak rumah dia..nak tgk cerita Adam & Hawa. Pastu dia bagi la 1 jamu nama dia mimilan mintuno sepapan. Ada 6 biji. Dia suh makan 2 jam sblm bersama. Tapi nak makan bila2 pun tak kisah.

Bawa la balik jamu tu..simpan jer kat dapur.  Tak ingat hari apa makan. Tapi ada 1 hari makan jamu tu 2 biji . Bila tarikhnya tak ingat.

Dan hari Khamis, 17.01.2013 waktu nak gi solat asar ada spotting. Kebetulan hari tu puasa. So selamat berbuka puasa sebelum maghrib.

18 Januari 2013...darah period keluar dengan banyaknya. Maka consider period la. So cycle day yang lepas adalah 18 hari sahaja.

Ini la pertama kali period sy sgt pendek.  Sampai Encik B pun pelik..dia pun rasa baru je period.  Bersama pun ntah berapa kali. 5 jari sebelah pun tak sampai..tiba2 dah period.

Dan mgkn ada kaitan dgn mimilan mintuno tu..

(sumber : google)
ni la rupa kotak mimilan mintuno

Jiran yg bagi test tu kata..lepas makan jamu ni jadi gedik2 sikit..haha.  Bila diselidik..dalam bahasa indonesia mimilan tu bermaksud belangkas. So bila dah consume jamu ni..dia akan jadi cam belangkas la...nak melekat jer..hihi.

Kena pantau lagi period bulan ni. Harap takde la awal lagi..

Appointment doktor tak buat..sbb masa tidak mengizinkan. Mgkn selepas siap segala kerja2 closing account ni.

Sekian.

Wassalam.



Thursday 17 January 2013

Dah Boleh Upload Gambor

Salam..

Fuhhh dah penuh sawang di sini.. hahaha.

Skrg dah boleh upload gambor kat blog. Hari tu bukannya limit space ke apa..
cuma bila klik kat gambar nak upload pic tu tak kuar pe..
maka mencari la pe masalahnya.

Hari tu notebook rosak. So diaorg install IE. Bila diselidik..mgkn IE ni ada masalah maka sy cuba download google chrome. Dan terus masalah saya selesai.
Ni sama je kes masa tukar interface old version tu new version. Bila download google chrome terus masalah selesai.

Mulai sekarang mmg kena banned la IE ni..hohoho

Sebagai bukti ni dia...meja tuan tanah yg macam tongkang pecah. Banyak kerja wooo...


Sekian..

#banyakkerjakeataubuatbuatbanyakkerja..hahaha

Wednesday 9 January 2013

Kenapa Blog Tak Boleh Upload Gambor??

Assalam...

Blog saya tak boleh upload gambor...

Hari tu pakai komputer buruk..ingatkan dia tak leh load. Komputer tu lembab...

Tapi skrg ni, bila pakai notebook pun sama..apa kes ni??

Huhuhu..mohon bantuan...

Wassalam..

Monday 7 January 2013

Review Cycle Dec 2012

Assalam..

Happy New Year untuk sahabat-sahabat di alam maya ini. Masya Allah sudah berlalu 7 hari tahun barunya. Tapi tak kisah la. Sbb skrg ada lagi org masih blur. Time tulis tarikh, dia pakai tahun 2012 lagi..hehe.

Mmg lama benor tak buat entry pasal TTC. Masya Allah pemalas sungguh tuan badan ni.. >_< Kemalasan yang melampau. Rasanya nak jer cari gadget yg boleh scan kepala otak ni..terus jd entry dan terus publish..hohoho! Ada tak??

So, 1st entry untuk tahun 2013 nak story balik pasal cycle Dec 2012. Hari tu saya dah maklumkan bahawa bulan Dec 2012 saya telah memulakan semula treatment fertility di LPPKN. Boleh baca entry ini. Untuk cycle ini, Doc bagi ubat Clomid 100mg untuk 5 hari (setiap 24 jam) dan Suntikan Gonal-F 75 iu untuk 3 hari (setiap 48 jam). Makan Clomid mmg takde masalah. Sbb dah biasa. Tetapi suntikan Gonal-F tu mmg masalah. Kerana inilah pertama kali dalam saya ber TTC nak suntik sendiri.

Mmg menjadi kenangan terindah la buat saya hari tu. Saya dah set nak suntik pada pukul 10.15 pm. Masa nurse terangkan ok jer. Dan masa terangkan tu ada Encik B. Kebetulan hari pertama nak suntik tu, saya keseorangan di rumah. Encik B kena jaga exam dan balik lewat. Cik Misi pulak time tu balik kampung, sbb dia bercuti. Mmg menggeletar tangan2 ni.. Disebabkan gelabah sangat..penutup needle tak boleh bukak. Dah la ada 2 needle. Satu needle pun tak ok. Siap call Cik Misi kat kampung nak mintak pertolongan. Rupa-rupanya saya masukkan needle tu terlalu ketat..so susah la nak buka penutup dia. Dalam 5 minit jugak panik..akhirnya saya berjaya juga bancuh ubat..dan suntik diri sendiri seorang diri malam tu. Pada malam2 yang lain, Encik B ada..ok la sikit..hehe.

Maka appointment berikutnya pada 12.12.12 iaitu pada hari ke-10 (CD-10). Hari yang penuh dengan dugaan walaupun tak besar mana pun. Appointment pada pukul 11 pg. Spt biasa dalam kul 10 am sy kuar dari ofis. Hari tu pulak nak kena submit kertas kerja untuk Mesyuarat Jawatankuasa. Satu hapa pun tak review lagi. So saya cakap la kat penolong saya yg saya gi klinik jap. By lunch saya balik. Kebiasaannya begitu. Tetapi hari tu betul2 lain. Sehingga pukul 12 lebih tghhari sy blm buat scan lagi. Ramai sgt patient. Saya sabar jer menanti. Akhirnya saya scan dalam kul 1 pm.

Keputusannya ada 2 biji telur. Sebelah kiri 1 (21 x 23) dan sebelah kanan 1 (20 x 18). Untuk proceed IUI doc perlukan 3 biji telur. So doc suh try naturally.  Time tu sedih gak sbb berharap sgt utk IUI. Disebabkan habis scan waktu lunch hour..maka farmasi dan kaunter pembayaran tutup. Kena tunggu pukul 2.  Masa tu gelabah giler. Dan masa tu jugak, penolong call kata Bos Besar nak report kerana sok ada kelulusan paper bajet 2013. 1 lagi!! Tapi wat2 relax jer gi makan.

Kul 2 gi balik klinik ambil ubat. Kaunter pembayaran pulak takde orang. 15 minit gak tunggu. Masa tu kat luar sudah gelap gelita. Bila dah bayar semua, pergi lak kat nurse untuk bagi penerangan tentang suntikan pregnyl. Kuar dari LPPKN tu dah kul 3pm. Dah hujan pun. Masya Allah cam na nak gi lrt. Payung takde. Dengan nekad sbb tak solat lagi dan macam2 hal kat ofis..redah hujan dari LPPKN ke LRT bandaraya tanpa payung atau apa2. Dlm meredah hujan..air mata pun berjurai la sikit..huhu.

Dr LRT Bandaraya ke LRT Taman Jaya makan masa lebih kurang 50 minit la. Smpi jer kat PJ, masih hujan dan masa tu dah nak dekat kul 4 ptg. Teksi la takde time tu. Lama gak tunggu..pastu ada lak orang potong2 Q. Rasa mmg down btul time tu. Smpi ofis dah 4 lebih..apa2 gi solat dzuhur dulu. Pastu siapkan report untuk Bos Besar. Review kertas kerja sambung sok. Mujur urusetia tak marah..hahaha.. Masa kejadian tu Encik B mmg tak follow. Dia asyik call jer..tanya ok ke tak. Bila difikirkan balik..takde la teruk sgt. Mgkn sorang2 time tu..rasa down sgt.

Untuk suntikan pregnyl, kena ambil pada pukul 10am 13.12.12.  Masa jumpa Bos Besar, dia suh saya hadir bersama time meeting.  Kebetulan minggu tu bos betul saya a.k.a Ketua Jabatan saya bercuti seminggu. Kalau tak bos saya la kena gi meeting. Meeting kul 10.30am kat Shah Alam. Dari PJ ke Shah Alam tu tak jauh mana pun, tapinya jem. Tepat kul 10am saya suntik pregnyl di ofis. Kunci pintu..dok diam2 bawah meja dan inject..haha. Janji matlamat tercapai. Siap. Dah terror.. 10.05am gerak gi Shah Alam.

Pregnyl adalah ubat untuk memecah telur. Ia bertindak dalam tempoh 36 jam. So doc suh intercourse selepas 36 jam iaitu hari Jumaat jam 10 malam. Tapi kitaorg sudah langgar ckp doc. Hari Khamis mlm jumaat tu kitaorg dah bersama. Dlm kepala lantak la..doc tak tau pun..hehe. Doc kata bersama la sebanyak mgkn dlm tempoh 48 jam selepas 10 mlm hari Jumaat tu. Sabtu Ahad..kitaorg gunakan sebaik mgkn.

Maka, hari Isnin bermulalah 2ww. Doc bagi ubat duhapston untuk dihabiskan dlm masa 2 minggu. Sebiji pagi sebiji malam.  Masya Allah..yang paling saya ingat adalah rasa cramp di ari2. Seminggu lebih. Sekejap-sekejap dia datang. Tapi saya diam dan buat tak tau. Ni semua pengaruh ubat. Dalam tempoh 2ww pun saya minum sangat herbalife. Stop jap. Tapi beberapa hari seblm period saya belasah juga shake. Tea dan aleovera tak ambil sehingga saya betul2 period.

Setiap kali buat treatment mmg mengharap sangat2. Dan setiap hari saya pegang perut saya dan berdoa..kalau ada baby dalam perut ini kekallah ia selama 9 bulan di dalamnya. Minggu2 nak period tu saya dah dpt agak saya akan period. Takde sikit pun tanda preggy. Pada pagi 29.12.2012 telah kuar spotting. Saya mmg menangis la dlm bilik air. Kuar bilik air buat2 ok. Bgtau Encik B sy dah period.

Encik B yg mamai2 baru bgn tido..peluk saya. Time tu air mata pun laju jer. Encik B pun mengharap jugak tapi dia redha mgkn blm tiba masanya lagi.  Untuk next treatment ni..dia serahkan sepenuhnya kepada saya. Sbb pada dia, yg nak kena makan ubat tu saya, nak kena cucuk tu saya, nak kena scan tu saya dan byk treatment pun pada saya. So jika saya nak teruskan treatment dia akan sokong. Kalau saya nak hold pun dia tak kisah. Dia akan sokong apa jua keputusan saya. Masa tu lagi la berjurai airmata ni. 

Dan saya mengambil keputusan untuk teruskan treatment ni. Takkan la gagal sekali dah mengalah..hehe

29.12.12 dan 30.12.12 hanya spotting. 31.12.12 hari terakhir 2012 baru la period betul2. 

Walaupun Allah belum beri kami rezeki zuriat..pada hari yang sama (29.12.12) Allah beri kami rezeki yang lain yang juga sgt hebat. Subhanallah..Alhamdullilah.. Saya jadi ratu air mata pada hari tersebut..hehe

Untuk Jan 2013 klinik LPPKN tak ambil patient kerana ada kerja2 penyelenggaraan (tapi skrg sy tak tahu la). Maka rawatan saya akan bersambung pada bulan Mei 2013. Bagi siap dulu keje2 penting..nnt nak treatment pun hati tenang sikit..haha.

Sekian.

Wassalam

** entry ni takde gambar..sbb tak boleh upload.