Monday 30 April 2012

Air Tangan Part 1

Oleh kerana hari ini, takde mood nak buat kerja.. so kerja saya update blog..haha.

Saya suka memasak. Ini adalah sebahagian masakan yang saya hasilkan dari air tangan saya untuk keluarga tercinta..Gambar2 ni dah lama..tapi takde idea nak buat entry..so kali ni..sy post jer sbg kenangan utk saya sendiri (kira syok sendiri la yek).


Menu : Nasi Ayam. Ayam Bakar
Menu ni disediakan masa mak saudara datang ke rumah. Resepi asal tentunya dari ibunda. Tapi part ayam bakar tu..idea yang dibelasah sendiri. Ayam tu saya rebus dulu. Kemudian perap dengan kicap, sos tiram, minyak bijan, bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam. Pastu masak di dalam oven hingga masak. Bagus utk diet kerana kurang minyak ok.


Menu : Puding roti
Ini kes sbb roti dah nak expired..haha. yang tinggal pun beberapa keping jer. So ia tidak mengikut sukatan sebenar resepi yang diambil. Yang kelakar, resepi ini guna susu. Malas nak beli susu HL sbb rasa membazir, nak guna sikit jer..so sy gunakan susu anlene..hahaha(suka hati la..atleast boleh menjaga tulang). Biasa la..campur sana sikit..sini sikit..jadi la. Dan ia mmg sedap. (ohh puji diri sendiri nampak).. Habis licin tau!!


Menu : Mee Hon Sup
Ini menu breakfast. Yang syoknya..pagi tu hujan lebat dan suasana sgt sejuk. So bila kenakan sup sungguh segar. Sup sempoi jer..ayam dan sayur. Mee Hon sajer gatal nak bagi warna kuning sikit. Cam sup utara lak. Sumber resepi adalah dari ibunda + idea sendiri.


Menu : Cucur udang
Menu ni biasa sgt buat time bulan puasa. Tapi saya tak pernah buat utk Encik B. Satu hari petang Isnin, Encik B call tanya nak makan pe. Dua2 orang pun buntu tak tahu nak makan pe. Dlm kepala buat cekodok ikan bilis jer la. Tiba2 dapat idea nak buat cucur udang. Terus pecut ke kedai runcit beli bahan. Sampai di rumah dah Maghrib. Bancuh2..lepas solat buat. Tepung pun tak berapa kembang lagi. Sbb letak mauripan. Apa2 pun best jugak. Dapat pujian gila2. Sos kat sebelah tu buat sendiri. Encik B mmg gila sos. Sumber resepi tentunya dari ibunda tercinta.


Menu : Kek Karamel
Selalu jer dlm facebook, ada member pos gambar kek karamel. Pastu tgk blog kakak ni, dia cerita cam best jer. Tapi banyak lak stepnya. So last week balik kampung terus plan dgn cik chef nak buat kek ini. Dia kan ada ilmu bab kek ni..so kalo tak pasti boleh la tanya dia. Mula2 buat..gula sudah hangus..haha. pastu basuh bekas, buat balik semula. Alhamdullilah jadi..cuma air gulanya banyak dan meresap ke kek. Bila baca balik komen2 kat entry tu..bila dah telangkupkan kek tu..kena cpt2 lap air gula tu..ok..next time kena berhati2. Apa2 pun kek ni mmg sedap dan sgt best.

Menjadi satu kepuasan apabila makanan yang kita sediakan dimakan dgn rasa gembira oleh ahli keluarga. Rasa yang sedap itu timbul apabila kita ikhlas. Yang penting sebelum masak kena baca bismillah, semoga kerja memasak itu menjadi ibadat dan dpt pahala. Dan yang makan, dpt tenaga dan buat perkara yang baik.

Sekian.

Manusia dan Kehidupan Yang Hasanah

Assalamualaikum..

Lama benar tidak menaip di blog ini. Masa agak kurang utk menaip..even nak blog walking. Dengan izin Allah akhirnya siap juga dgn jayanya financial report. SKT 2012 tercapai.  Walaupun terpaksa balik lewat, terpaksa bertugas di hari cuti, terpaksa menempuh sistem yg tak berapa stabil, komputer yg rosak..akhirnya ia dpt disiapkan juga. Puas hati rasanya..

Mmg bulan ini tiada entry pasal TTC..sbb tak gi jumpa doc. Dan saya sendiri membiarkan hari2 berlalu tanpa memikirkan hal TTC. Untuk cycle ini sebiji ubat pun saya tak makan..even asid folic. Penat..seperti putus asa jer...hehe. Bukan putus asa..cuma PAUSE sebentar utk aktiviti TTC. Skrg nak buat aktiviti yang gembira jer..yang enjoy2..yang seronok2 jer..haha. Bila tiba masanya nnt kita continue semula TTC ni.

Semalam sy dan Encik B berkesempatan pergi mendengar takzirah di surau.  Penceramah adalah Ustaz Dr. Shihabuddin. Hari sabtu pergi kelas mengaji, kakak tu bagitau ada takzirah. Dia ajak join. Saya kata jika takde hal..boleh jer join. Mmg lepas Asar tu takde hal. Kerja rumah semua beres. So boleh la join.

Saya kongsikan ilmu yg saya perolehi malam tadi untuk renungan kita bersama.

Ustaz kata, kita selalu jer slps solat baca doa ini. Bukan shj slps solat..tetapi setiap penutup doa kita mesti baca ayat ini. Ayat yang dinyatakan adalah daripada Surah Al-Baqarah, Ayat 201.

وَمِنۡهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةً۬ وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ حَسَنَةً۬ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ (٢٠١)
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka. (201)


Kita sebagai manusia hanya ada 3 perkara yang kita mahu iaitu kehidupan dunia yang baik, kehidupan akhirat yang baik dan juga jauh daripada api neraka (yakni masukkan kami di dalam syurga).

So untuk mendapatkan dunia dan akhirat dan seterusnya jauh daripada api neraka ada 7 syarat dan 4 modal yang kita perlu ikuti.

1. Pasangan hidup yang baik. Ustaz ckp, kebaikan di dunia ada 50% pada syarat no.1.
2. Anak-anak yang soleh/solehah.
3. Rumah yang lapang/selesa.  Tidak semestinya rumah besar2 atau mewah.
4. Kenderaan yang baik. Tidak semestinya kenderaan yang hebat2. Cukuplah kenderaan yang mampu kita miliki. Kalau mampu kerata mercedes..mercedes la. Kalau mampu kereta kancil..kancil la (ini saya). Kalau mampu motor..motor la. Janji ada kenderaan. Ustaz kata, kebendaan ini jgn ditengok orang yang lagi best drpd kita..tetapi tgklah orang yang kurang drpd kita. Semoga kita akan beroleh rasa syukur apa yang kita ada.
5. Jiran-jiran yang baik.
6. Berkawan dengan orang yang baik-baik.
7. Tempat mencari rezeki yang berdekatan dengan rumah.

Ini adalah 7 syarat kebaikan di dunia. Tetapi syarat ini akan ditinggalkan apabila kita mati. Syarat ini akan mendorong kita utk mendapatkan hasanah yang dicari. Berikut adalah 4 modal yang perlu ada dan modal ini akan dibawa ke akhirat dan akhirnya menjauhkan kita drpd api nereka.

1. Iman yang mantap dan akidah yang kuat.
2. Akhlak yang cantik/baik.
3. Ibadat yang rajin. Iaitu ibadat dgn istiqamah. Ibadat yang Allah perintahkan secara rutin hanyalah solat. Oleh itu lakukan solat dengan sebaik mungkin.
4. Ilmu yang cukup. 

Smlm Ustaz ada sebut berkenaan dgn solat. Ada 6 cara untuk menjaga solat :-

1. Jangan tinggal.
2. Jangan lambat. So solat di awal waktu.
3. Jangan di rumah. Solatlah di surau/masjid terutama bagi kaum lelaki.
4. Jangan sorang-sorang. Solatlah berjemaah. Paling kurang solat la berjemaah dgn suami.
5. Perbanyakkan yang sunat. Contohnya..solat sunat rawatib. Lakukan.
6. Buat dengan khusyuk.

Sekadar itu perkongsian. Ini yang dapat saya catit dan saya faham. Moga ia boleh menjadi peringatan utk diri ini dan sesiapa yang membaca.

Sekian.

Tuesday 17 April 2012

Sekadar Menjenguk

Sangat sibuk. Walaupun ada masa 24 jam tetapi masih tidak cukup rasanya.

Minggu lepas bekerja 8 hari tanpa henti (Ahad ke Ahad), bersambung pulak Isnin sampai Khamis. So 12 hari bekerja tanpa henti. Mujur hari Jumaat Encik B ajak cuti. Itupun sbb dia dpt cuti khas. Kalau tak jadi 13 hari bekerja tanpa henti...huhu. Kerja pula hingga 8 malam setiap hari. Pergi kerja pagi2..matahari pun belum muncul. Balik mesti matahari dah tenggelam. Hari Rabu masa public holiday pun kerja smpi malam. Sabtu baru2 ni smpi malam. Hari Ahad jer balik awal sikit..itupun dlm pukul 4 lebih. (sbb dpt warning dr Encik B)

Rumah?? Mmg tak sempat nak berkemas. Balik rumah mandi, solat dan tidur. Kain baju tidak berbasuh. Air pun tak sempat nak masak. Rasa teruk sgt. Hari Ahad tu cuba jugak basuh baju dan lipat baju. Ok la sikit. Tapi rumah berhabuk2..geli lak.

Blog?? Jenguk kejap je..baca sikit2. Nak buat entry mmg tak sempat langsung. Kadang2 email ofis pun tak sempat nak check.

Minggu ini sibuk dgn taklimat SPR. 2 hari berturut2. Mujur jugak taklimat di sekitar ofis shj. Boleh la lari2 kalau ada kerja urgent. Rabu meeting jawatankuasa..(sgt mendebarkan)..Khamis kena prepare meeting utk 2/5/2012..Jumaat cuti. Harap2 begitulah jadinya.

Org tua2 suka sgt anak2 keje kerajaan. Diaorg semua ingat keje kerajaan ini relax, boleh balik awal, cuti byk, dll. Tapi hakikatnya sekarang tidak begitu. Kerja full dr pukul 8 sampai 5. Kerja hakiki kena buat lepas pukul 5. Dlm tempoh masa kerja..cam2 meeting..cam2 discussion..cam2 hal..cam2 soalan.. Itu blm masuk lagi 5S, KPI, Mentor Menti dan bermacam cekadak lain.

Rasanya..bila compare kerja swasta dan kerajaan..rasanya yang betul2 kerja masa di swasta. Kita mmg dtg kerja utk buat kerja hakiki. Takde kerja cenkadak lain2 ni. Mmg ada pick time..tapi mmg boleh handle. Semangat kerja sama sgt kuat (mgkn kami masa tu sikit)..cuma mesti ada pro dan cons yer. Dari segi benefit..di kerajaan ini berkali2 ganda lebih dr swasta..dan yang pasti gaji mmg on time setiap bulan. dan yang paling nyata adalah aktiviti agama byk di kerajaan..hehe.

Walau apa pun cabaran dan rintangan...itulah kehidupan. Mengapa Allah letakkan kita ditempat yang kita berada sekarang?? Kerana Allah tahu kita mampu utk kerja itu. Lakukan semua kerana Allah. Ikhlaskan hati. Mohon doa dari-Nya..Insya Allah kita boleh lakukan.

p/s :: disebabkan terlalu sibuk..langsung tidak fikir pasal TTC. Tanpa sebarang tanda..period pun datang on time..hehe. Bulan ni kita try naturally tanpa drug. Harap2 berjaya.




Sunday 8 April 2012

Hari Ahad di Office

Bersiaran dari ofis kesayangan
Gara2 nak siapkan keje..haha
Mmg tertekan keje hari ahad
Rasa weekend pendek jer
Tapi yg syoknya..tiada gangguan telefon
Tiada gangguan dgn soalan yang pelik2
Misi kena siapkan keje jugak!!

p/s :: tak sabar nak tunggu Mei. Nak cuti..hahaha

Monday 2 April 2012

Website JPA tak boleh access

Dari pagi sampai ke petang
dicuba utk masuk website JPA tak boleh2
Konon2 nak kira gaji baru la
Padahal culculator bersepah jer kat ofis ni
Boleh jer kira
Saje je nak menyibuk...hahaha

ini mesti semua org nak masuk website ini..sampai server dia hang!! termasuklah saya!!

p/s :: saya kecoh betul. Padahal tunggu je la 25 April 2012 tgk bila dpt slip gaji.

Selsema & Demam

Dari hari Khamis yang lepas dah start bersin2. Air hidung pun meleleh jer.
Hari Jumaat pun sama. Tapi masih mampu utk bekerja.

Hari Sabtu bertambah teruk. Mujur pagi tu kelas mengaji batal. So melepek dirumah jer. Walau cam mana pun sempat gak buat meehon sup, gi kenduri, tgk tele filem patah seribu dan mendobi.



begini la rupa meehon sup ayam. Mmg nikmat dapat hirup sup sewaktu hujan..

Hari Ahad pagi dah demam. Badan panas. Padahal dah janji ngan kakak ofis nak gi keje. Nak siap apa yang patut. Disebabkan badan dah panas..Encik B mmg tak bagi pergi la. Sepagi tu membungkus dlm selimut.  Bangunkan jugak diri sbb nak makan. Gagahkan diri memasak. Kul 11 pg makan nasi. Nak makan kat luar mmg tak lalu. Mujur ada Encik B yg byk menolong. Dah tengahari sikit, dah ok. Sempat la buat keje ofis yang dibawa balik umah. Ptg keluar jalan2 jap jumpa SIL.

Hari ni, keadaan masih lagi sama. Bersin2..air hidung meleleh jer. Nak gi klinik sgt malas. Keje byk. Mampu telan panadol jer.

Sebenarnya diri ni sudah lama tidak demam. Tak tahu bila last demam. Bila ditimpa sakit ini, baru la rasa nikmatnya sihat.  Sbb tu kena beringat seblm sakit. Bersyukur semasa sihat. Jaga kesihatan.

Moga Allah memberikan kekuatan dan segera menyembuhkan penyakit ini.