Sangat sibuk. Walaupun ada masa 24 jam tetapi masih tidak cukup rasanya.
Minggu lepas bekerja 8 hari tanpa henti (Ahad ke Ahad), bersambung pulak Isnin sampai Khamis. So 12 hari bekerja tanpa henti. Mujur hari Jumaat Encik B ajak cuti. Itupun sbb dia dpt cuti khas. Kalau tak jadi 13 hari bekerja tanpa henti...huhu. Kerja pula hingga 8 malam setiap hari. Pergi kerja pagi2..matahari pun belum muncul. Balik mesti matahari dah tenggelam. Hari Rabu masa public holiday pun kerja smpi malam. Sabtu baru2 ni smpi malam. Hari Ahad jer balik awal sikit..itupun dlm pukul 4 lebih. (sbb dpt warning dr Encik B)
Rumah?? Mmg tak sempat nak berkemas. Balik rumah mandi, solat dan tidur. Kain baju tidak berbasuh. Air pun tak sempat nak masak. Rasa teruk sgt. Hari Ahad tu cuba jugak basuh baju dan lipat baju. Ok la sikit. Tapi rumah berhabuk2..geli lak.
Blog?? Jenguk kejap je..baca sikit2. Nak buat entry mmg tak sempat langsung. Kadang2 email ofis pun tak sempat nak check.
Minggu ini sibuk dgn taklimat SPR. 2 hari berturut2. Mujur jugak taklimat di sekitar ofis shj. Boleh la lari2 kalau ada kerja urgent. Rabu meeting jawatankuasa..(sgt mendebarkan)..Khamis kena prepare meeting utk 2/5/2012..Jumaat cuti. Harap2 begitulah jadinya.
Org tua2 suka sgt anak2 keje kerajaan. Diaorg semua ingat keje kerajaan ini relax, boleh balik awal, cuti byk, dll. Tapi hakikatnya sekarang tidak begitu. Kerja full dr pukul 8 sampai 5. Kerja hakiki kena buat lepas pukul 5. Dlm tempoh masa kerja..cam2 meeting..cam2 discussion..cam2 hal..cam2 soalan.. Itu blm masuk lagi 5S, KPI, Mentor Menti dan bermacam cekadak lain.
Rasanya..bila compare kerja swasta dan kerajaan..rasanya yang betul2 kerja masa di swasta. Kita mmg dtg kerja utk buat kerja hakiki. Takde kerja cenkadak lain2 ni. Mmg ada pick time..tapi mmg boleh handle. Semangat kerja sama sgt kuat (mgkn kami masa tu sikit)..cuma mesti ada pro dan cons yer. Dari segi benefit..di kerajaan ini berkali2 ganda lebih dr swasta..dan yang pasti gaji mmg on time setiap bulan. dan yang paling nyata adalah aktiviti agama byk di kerajaan..hehe.
Walau apa pun cabaran dan rintangan...itulah kehidupan. Mengapa Allah letakkan kita ditempat yang kita berada sekarang?? Kerana Allah tahu kita mampu utk kerja itu. Lakukan semua kerana Allah. Ikhlaskan hati. Mohon doa dari-Nya..Insya Allah kita boleh lakukan.
p/s :: disebabkan terlalu sibuk..langsung tidak fikir pasal TTC. Tanpa sebarang tanda..period pun datang on time..hehe. Bulan ni kita try naturally tanpa drug. Harap2 berjaya.
Chaiyokkkkkk.....
ReplyDeletesaya juga kakitangan kerajaan..sangat setuju pdpt diatas..
ReplyDeleteoh ye..salam kenal ya..:)
insyaallah..kerja yg ikhlas ganjaran nya jg besar..:D
ReplyDeletewah sibuknya dia... insyaALLAH.. nnt adala tu kebahagian dlm kepahitan.. eh.. ?? dh nk mcm lagu shahir plak dh.. hihi :)
ReplyDeleteinsyaALLAH selepas kesibukan lepas ni ada kelapangan pulak..:)
ReplyDelete