Assalamualaikum..
Lama benar tidak menaip di blog ini. Masa agak kurang utk menaip..even nak blog walking. Dengan izin Allah akhirnya siap juga dgn jayanya financial report. SKT 2012 tercapai. Walaupun terpaksa balik lewat, terpaksa bertugas di hari cuti, terpaksa menempuh sistem yg tak berapa stabil, komputer yg rosak..akhirnya ia dpt disiapkan juga. Puas hati rasanya..
Mmg bulan ini tiada entry pasal TTC..sbb tak gi jumpa doc. Dan saya sendiri membiarkan hari2 berlalu tanpa memikirkan hal TTC. Untuk cycle ini sebiji ubat pun saya tak makan..even asid folic. Penat..seperti putus asa jer...hehe. Bukan putus asa..cuma PAUSE sebentar utk aktiviti TTC. Skrg nak buat aktiviti yang gembira jer..yang enjoy2..yang seronok2 jer..haha. Bila tiba masanya nnt kita continue semula TTC ni.
Semalam sy dan Encik B berkesempatan pergi mendengar takzirah di surau. Penceramah adalah Ustaz Dr. Shihabuddin. Hari sabtu pergi kelas mengaji, kakak tu bagitau ada takzirah. Dia ajak join. Saya kata jika takde hal..boleh jer join. Mmg lepas Asar tu takde hal. Kerja rumah semua beres. So boleh la join.
Saya kongsikan ilmu yg saya perolehi malam tadi untuk renungan kita bersama.
Ustaz kata, kita selalu jer slps solat baca doa ini. Bukan shj slps solat..tetapi setiap penutup doa kita mesti baca ayat ini. Ayat yang dinyatakan adalah daripada Surah Al-Baqarah, Ayat 201.
وَمِنۡهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةً۬ وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ حَسَنَةً۬ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ (٢٠١)
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka. (201)
sumber : http://www.quranexplorer.com/quran/
Kita sebagai manusia hanya ada 3 perkara yang kita mahu iaitu kehidupan dunia yang baik, kehidupan akhirat yang baik dan juga jauh daripada api neraka (yakni masukkan kami di dalam syurga).
So untuk mendapatkan dunia dan akhirat dan seterusnya jauh daripada api neraka ada 7 syarat dan 4 modal yang kita perlu ikuti.
1. Pasangan hidup yang baik. Ustaz ckp, kebaikan di dunia ada 50% pada syarat no.1.
2. Anak-anak yang soleh/solehah.
3. Rumah yang lapang/selesa. Tidak semestinya rumah besar2 atau mewah.
4. Kenderaan yang baik. Tidak semestinya kenderaan yang hebat2. Cukuplah kenderaan yang mampu kita miliki. Kalau mampu kerata mercedes..mercedes la. Kalau mampu kereta kancil..kancil la (ini saya). Kalau mampu motor..motor la. Janji ada kenderaan. Ustaz kata, kebendaan ini jgn ditengok orang yang lagi best drpd kita..tetapi tgklah orang yang kurang drpd kita. Semoga kita akan beroleh rasa syukur apa yang kita ada.
5. Jiran-jiran yang baik.
6. Berkawan dengan orang yang baik-baik.
7. Tempat mencari rezeki yang berdekatan dengan rumah.
Ini adalah 7 syarat kebaikan di dunia. Tetapi syarat ini akan ditinggalkan apabila kita mati. Syarat ini akan mendorong kita utk mendapatkan hasanah yang dicari. Berikut adalah 4 modal yang perlu ada dan modal ini akan dibawa ke akhirat dan akhirnya menjauhkan kita drpd api nereka.
1. Iman yang mantap dan akidah yang kuat.
2. Akhlak yang cantik/baik.
3. Ibadat yang rajin. Iaitu ibadat dgn istiqamah. Ibadat yang Allah perintahkan secara rutin hanyalah solat. Oleh itu lakukan solat dengan sebaik mungkin.
4. Ilmu yang cukup.
Smlm Ustaz ada sebut berkenaan dgn solat. Ada 6 cara untuk menjaga solat :-
1. Jangan tinggal.
2. Jangan lambat. So solat di awal waktu.
3. Jangan di rumah. Solatlah di surau/masjid terutama bagi kaum lelaki.
4. Jangan sorang-sorang. Solatlah berjemaah. Paling kurang solat la berjemaah dgn suami.
5. Perbanyakkan yang sunat. Contohnya..solat sunat rawatib. Lakukan.
6. Buat dengan khusyuk.
Sekadar itu perkongsian. Ini yang dapat saya catit dan saya faham. Moga ia boleh menjadi peringatan utk diri ini dan sesiapa yang membaca.
Sekian.
No comments:
Post a Comment