Thursday 10 November 2016

Gagal Lagi..

Assalam..

Masih dalam mood sedih. Sangat sedih rasanya.  Bila teringat pasti mengalir air mata. Bila berbicara mengenainya mengalir lagi airmata. Bila berdoa di hadapan Mu Allah..lagi laju airmata ini mengalir. Sedih bukan tidak redha. Sangat redha..tapi aku ini hamba yang lemah..masih terbuai oleh perasaan yang gagal.  

Sedaya upaya untuk jadi kuat. Sedaya upaya untuk jadi tenang. Sedaya upaya untuk tidak memikirkannya. Kerana semua ini telah ditetapkan oleh mu Ya Allah.

Ini bukan bad luck. Tetapi ini adalah perancangan terbaik mu.

Aku kan telah berjanji untuk berusaha dan bertawakal dan tidak akan sekali putus asa. Serahkan semuanya pada Allah..agar hati aku tenang menghadapi.

Jangan mempersoal lagi kenapa tak jadi..walaupun embyro gred yang bagus..walaupun dinding rahim cukup ketebalannya dan perfect. Yang menjadikan semua itu hanya Allah. Dia juga yang maha mengetahui apa yang terjadi.

Sekian,

Wassalam.

Luahan hati seorang TTC yang gagal IVF/ICSI dan ET buat kali ke 2