Friday, 28 October 2011

Berakhir Sudah Derita ..

Hahahaha...berakhir sudah derita ini..Tamat untuk tahun 2011. So kita tunggu pulak tahun 2012. Tapi nak wish..time tu sedang cuti bersalin...hehe(sempat tak rasanya??) Ambik 3 bulan terus. Biar orang lain derita lak!!

Wednesday, 26 October 2011

CD12 :: Tidak Seperti Yang Diharapkan

Alhamdullillah..saya masih mampu bertahan di dalam kerja yang penuh dengan tekanan. Bangun pagi jer jantung berdebar2..huhu. Hari Isnin mencatat sejarah..pukul 7 dah sampai ofis. Ini gara2 sms boss hari sabtu nak report pagi smlm jugak. Ingat bangun boleh la buat sikit2...pastu check beg rupanya tak bawak balik pulak. So pagi2 dah tak sabar nak gi kerja. Si Fad (member yang tumpang sekali) pun jadi mangsa kena gi kerja awal ...hehe. Mmg bulan tekanan betul!! Ya Allah bertahan la aku sehingga 31 Oktober ni.

Hari semalam, appointment doc. CD12 - doc buat tvs utk check telur. Doc tanya apa yang sy plan utk bulan ini. Jawapan saya 'TIADA'. Sebab saya pun tak tahu sama ada ovari saya respond tak pada ubat yang doc bagi utk cycle ini. So bila scan, amatlah sedih...telur masih comel2 cam tuannya..hehe. Paling besar pun 8.8mm..hehe. Mmg takde harapan la bulan ni. Encik B cakap redha je la. Tapi yang peliknya doc masih bagi la ubat Dexamethasone untuk 10 hari lagi. Untuk apa pun tak tahu. Takpe la makan jer la..

Dalam perjalanan balik..dalam kepala dok terfikir...adakah tekanan yang saya lalui bulan ini menyebabkan telur saya mogok utk membesar?? Jika betul tekanan bagaimana nak menguruskan...skrg ni mmg selalu jer tension!! Sabor je la...Sekarang ingin mencari perkara yang happy2..hehe.


Monday, 24 October 2011

Minggu Terakhir Oktober :: Tak Sabar Tunggu November

Minggu ini minggu terakhir bulan Oktober. Akan bekerja keras untuk siapkan segala macam kerja & report. Hopefully settle semua dengan aman. Tak sabar nak jumpa bulan November. Kenapa yek?? hehe..

  1. Bulan di mana saya dan Encik B bertemu utk pertama kalinya. So ini adalah anniversary yang ke 5 thn.
  2. Birthday saya..jatuh pada hari raya Aidiladha. Maka itu, saya ingin korbankan apa yang perlu saya korban..
  3. Cik Misi akan pulang ke Saudi setelah bercuti lebih kurang 2 bulan. Sedih sebenarnya. Tapi happy gak la sbb dah takde org yg suka memerintah..haha (kesian adik aku)
  4. Bulan penentuan TTC. Kalau period..so kita akan proceed dengan OD yek!! berdebar2..
  5. Bulan last Encik B kerja dengan company ini. Resignation letter dah hantar. So last day Encik B kerja adalah pada 20 November. Kerja baru akan bermula 1 Disember. So dlm tempoh 10 hari tu, Encik B saya adalah penganggur..hehe.
  6. So, Encik B cuti panjang bulan Nov..kitaorg akan balik Dungun. Nak dok lama sikit kat dungun. Ada byk tempat nak gi. Yang pasti kedai pink (nak pergi tiap2 petang..wahhh) makan ikan celup tepung dan sotong goreng tepung. Selain dari itu, nak gi Marang tengok ukiran kayu utk idea umah baru dan pergi KT (kalo rajin..hehe)
Ohhh...tak sabarnya nak tunggu NOVEMBER!!

Friday, 21 October 2011

Tazkirah Jumaat :: Doa

sumber : google

Info ini adalah daripada sedutan motivasi pagi di radio Ikim. Sempat la dgr untuk 2 hari, hari selasa & rabu. Sekadar berkongsi..

Menurut ustaz yg sampaikan (sy tak tahu siapa nama ustaz tersebut), Imam Al-Ghazali menggariskan 4 adab berdoa.
  1. Semasa berdoa, yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah mendengar doa kita. Dan sememangnya Allah itu Maha Pendengar.  Walaupun Allah itu mendengar, tapi kita tidak tahu bila Allah akan makbulkan doa kita. Allah akan makbulkan dengan 3 tempoh masa .. pertama, apabila kita berdoa terus Dia makbulkan. kedua, Allah ambil masa yang lama untuk makbulkan doa. Mgkn 1 bln, 1 thn, 10 thn..itu hanya Allah yg tahu. Dan yang ketiga, Allah akan makbulkan pada hari Akhirat. Jika tidak dimakbulkan di dunia..Allah akan makbulkan di Akhirat nnt. Oleh itu berdoa, meminta kepada Allah sahaja. Insya Allah pasti dapat.
  2. Semasa berdoa hendaklah kita ini tawaduk. Iaitu merasakan diri ini sebagai hamba. Tidak mempunyai apa2. Dan tidak ada kuasa melainkan dengan pertolongan daripada Allah sahaja. Kita tak boleh ada sifat sombong kepada Allah. Maknanya kita berdoa kena ikhlas hanya kepada Allah.
  3. Hendaklah berdoa untuk perkara-perkara yang baik2 sahaja. Jgn sesekali mendoakan perkara yang jahat. Mendoakan kegagalan orang lain itu tak boleh.
  4. Jangan berdoa kepada perkara yang maksiat. Contohnya, orang itu nak merompak bank lalu dia berdoa "Ya Allah selamatkan aku dlm operasi rompakan ini" Ini tidak boleh kerana bercanggah dengan fitrah/hukum Allah.
Hari berikutnya, Ustaz cerita pula tentang golongan yang Allah terima doanya (doa orang yang mustajab la). Terdapat 7 golongan itu adalah :-
  1. Doa ibu bapa kepada anak-anaknya.
  2. Doa anak-anak yang soleh kepada ibubapanya.
  3. Doa orang yang di dalam kesusahan.
  4. Doa seorang sahabat kepada sahabat yang lain.
  5. Doa orang yang berpuasa
  6. Doa orang yang bermusafir
  7. Doa pemimpin yang adil
Kita selalu dengar.."DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN".  Mmg benar, jika ikutkan kita bukan sahaja berdoa selepas solat..tapi kita berdoa kepada setiap apa yang kita lakukan. Berdoalah dalam bahasa yang mudah untuk kita fahami, kerana doa sebegitu adalah lebih ikhlas (peringatan untuk diri sendiri!!)

Thursday, 20 October 2011

Tekanan + Risau = Tak Tentu Arah

TEKANAN

Hal di pejabat ini sudah sampai ke puncak. Sepatutnya meeting yang dijadualkan 24 Ogos di tunda ke 28 Ogos. Tekanan sbb dalam kepala dah set 24 Ogos mesti settle. Bila kepala dah set..otak pun terset sama..so body pun bekerja dengan pantasnya untuk capai target. Tapi bila semalam boss ckp meeting postponed ke 28 Ogos terus semua lemau. Sabar yek cik tipah...hehe

RISAU

Smlm time nak solat maghrib..tgk2 dah ada egg white.. sampai subuh tadi pun ada lagi. Hari semalam baru CD6. Baru jer nak habiskan ubat kesuburan tu. Mmg confuse. Dan sekarang perut rasa cramp. Risau..awalnya ovulasi...nak beli OPK...tak biasa guna lak. Jumpa doc pada CD12. Hanya mampu berdoa shj..ia bukan ovulasi...huhu. Bertawakal ajer..

Ini semua menjadikan diri aku ni tak tentu arah. Mula fikir...lantak la pe nak jadi. Harungi juga la. Weekend ini family trip ke Ipoh. Semua nak berendam di Lost of Tambun. Dah lama tak berenang. Mesti best...



Monday, 17 October 2011

CD 2 :: TAMOXIFEN 20mg + DEXAMETHASONE 0.5mg

Sabtu lepas jumpa doktor pada hari kedua period. Saya sampai di hospital pukul 10.40pg dan hanya dapat berjumpa doktor pada pukul 1.45 ptg. Masya Allah sungguh ramai patient pada hari sabtu. Sebenarnya saya mmg tidak pernah jumpa doktor hari sabtu...kebiasaannya hari bekerja. Kesian doktor check patient tanpa rehat.. itu pun masih ada lagi patient selepas saya..

Seperti biasa doktor tanya "awak dah period yek?" saya senyum jer.

So doktor tanya boleh buat Ovarian Drilling pada cycle ini. Saya berterus terang dgn doktor..mmg saya minta ditangguhkan ke bulan hadapan. Saya masih lagi sibuk dengan urusan kerja ini.  Saya kalo boleh pun nak buat OD tu, sbb blh la rest seminggu dua...tenang sikit kepala. Tapi buat pe la MC pada musim sibuk ini. Sudah pasti boss akan call, org kat ofis akan call. Adalah lebih baik selesaikan semua kerja penting.

Disebabkan OD tak boleh proceed, maka doktor minta saya untuk makan ubat kesuburan lagi cycle ini. Doktor bagi ubat TAMOXIFEN. Doktor mmg tidak akan memberikan saya clomid lagi kerana clomid bila di ambil dalam tempoh yang panjang akan menipiskan lining. Manakala Femara ia sangat cepat respond pada telur dan menyebabkan berlaku telur yang tidak matang. Oleh hal demikian, Tamoxifen adalah ubat pilihan doktor untuk cycle ini. Fungsi sama seperti clomid. Ubat ini doktor bagi untuk 5 hari, dari CD 2 hingga CD6. Detail boleh baca di sini.

Ubat yang kedua doktor bagi adalah Dexamethasone. Ubat ini fungsi untuk membantu ovalusi. Doktor beri untuk 10 hari. So dari CD 2 hingga CD11.  Ubat ini berunsur steriod. Makan pada waktu malam sahaja. Side effect ubat ini adalah insomnia.. Mmg pun..sekarang tidur mmg tidak lena. Dah 2 malam, tidur terjaga2. Bila pagi rasa mengantuk sangat... Harap2 ok la... jgn kerana tidur tak lena membuatkan darah naik (high blood presure)..huhu.

Ubat lain yg perlu makan, metformin. Dos masih sama sebiji sehari. Doktor akan check semula pada CD 12.

Bila melalui treatment ini, pelbagai nama ubat yang pelik2 saya jumpa dan jarang digunakan oleh orang lain. Seperti Femara, saya cuba juga bertanya dengan kakak yang pernah melalui kehidupan TTC ni...dia pun tak pernah dengar dan tak pernah ambil. Doktor hanya bagi dia clomid shj. So kena la check dari website. Tak mengapa...ini mgkn hikmah dari Allah supaya saya belajar sesuatu daripada apa yang saya lalui ini.

Hari sabtu tu jugak...adik saya beritahu bahawa adik angkat saya yang berkahwin masa hari raya aidilfitri...bakal menimang cahaya mata. Isteri dia dah sah mengandung 6 minggu. Alhamdullillah utk dia. Semoga baby dan ibu sihat sehingga bersalin. Happy..atleast mak nnt ada la cucu..hehe. So saya boleh buat treatment dengan aman sikit..hehe.

Di ambil daripada petikan drama di astro prima ~ Terima kasih Ya Rabb ~ "BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG KAMU ADA SEKARANG". So bagi mereka yg masih ber'ttc seperti saya...nikmatilah waktu/peluang yang kita ada sekarang...kerana apa yang kita ada sekarang mgkn kita tidak akan perolehi lagi pada masa hadapan.


Friday, 14 October 2011

Wednesday, 12 October 2011

Monday, 10 October 2011

Risiko Hamil di Usia Lewat

Semalam baca artikel ini di harian metro. Alamak takutnya...hehe. Ye la..bulan 11 ni akan berusia 32thn. So kena usaha tanpa henti ni..Insya Allah..

Artikel daripada Harian Metro. Tajuk :: Risiko Hamil di Usia Lewat

PERTUMBUHAN lambat, kesukaran belajar dan bertutur, berkeadaan lembik ketika lahir serta tumbesaran terbantut pada peringkat bayi dan kanak-kanak. Itu antara ciri penyakit Sindrom Down iaitu kecacatan kromosom bercirikan kehadiran bahan genetik salinan tambahan pada kromosom 21 manusia, sama ada keseluruhan (trisomi 21) atau sebahagian (disebabkan translokasi kromosom).

Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak- kanak terbabit lahir dengan ciri-ciri fizikal serta boleh mempunyai masalah kesihatan lain. Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada sesuatu penyakit.

Ia bersempena nama doktor Britain, John Langdon Down yang pertama menggambarkannya pada 1866. Penyakit ini biasanya boleh dikenalpasti pada awal kelahiran bayi. Kebarangkalian Sindrom Down dianggarkan sekitar satu setiap 800 atau satu setiap 1,000 kelahiran.

Menurut Pakar Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Ng Cheong Keat, banyak ciri fizikal biasa boleh dilihat kepada pesakit Sindrom Down, antaranya mempunyai set kromosom piawaian.

Ini termasuk satu garisan, bukan dua, pada telapak tangan, mata berbentuk badam disebabkan lipatan epikanthik pada kelopak mata, anggota lebih pendek, otot lemah dan lidah terjulur.

“Masalah kesihatan berkait dengan penghidap Sindrom Down termasuk risiko tinggi bagi kecacatan jantung kongenital, penyakit gastroesophageal reflux, jangkitan telinga (otitis) berulang, obstructive sleep apnea dan kegagalan tiroid.

“Pengesahan penyakit ini dilakukan dengan ujian darah kanak-kanak itu bagi mengesan kehadiran kromosom tambahan kromosom nombor 21.

“Ujian juga boleh dilakukan ketika kehamilan melalui ujian darah, pemeriksaan ultrasound atau analisis cecair mentuban (amniotic fluid),” katanya, baru-baru ini.

Tambahnya, penyakit ini lebih berisiko tinggi dengan bertambahnya umur ibu sewaktu hamil. Ibu berusia 20 hingga 24, risikonya adalah 1/1490 manakala pada usia 40 tahun risikonya pula 1/60.

Pada usia ibu 49 pula risikonya adalah 1/11. Sungguhpun risiko meningkat sejajar usia ibu, 80 peratus kanak-kanak Sindrom Down dilahirkan oleh wanita di bawah usia 35 tahun, menunjukkan kesuburan keseluruhan kumpulan usia itu.

Masalah kesihatan berkaitan Sindrom Down


  • Pertumbuhan lambat, kesukaran belajar dan bertutur


  • Kanak-kanak berkeadaan lembik ketika lahir, tumbesaran terbantut di peringkat bayi dan kanak-kanak


  • Lambat atau sukar mengikuti pembelajaran


  • Lambat dalam pertuturan. Kanak-kanak ini akan mendapat faedah besar daripada program pengesanan awal, pendidikan khas dan rawatan pertuturan. Dapatkan maklumat daripada doktor atau jururawat anda mengenai kemudahan perkhidmatan pemulihan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling hampir dengan tempat tinggal


  • Penyakit jantung kongenital. Kanak-kanak Sindrom Down biasanya lebih berisiko tinggi untuk dilahirkan dengan penyakit jantung berbanding kanak-kanak biasa. (Doktor akan membuat saringan terhadap kanak-kanak Sindrom Down untuk mengesan penyakit jantung kongenital dan merujuk untuk penilaian lanjut jika perlu. Penyakit ini mungkin memerlukan rawatan perubatan atau pembedahan)


  • Kecacatan pertumbuhan perut seperti ususl Atresia. Biasanya gejala ini dapat dikesan selepas lahir dan perlu dibedah. Walaupun jarang berlaku, kadar kejadian ini tinggi berbanding kanak-kanak biasa


  • Mudah terkena jangkitan. Imunisasi boleh diberi mengikut jadual. Segera berjumpa doktor apabila demam atau kurang sihat


  • Masalah pendengaran dan penglihatan saringan serta rawatan perlu dilakukan bergantung kepada masalah dikesan


  • Gangguan fungsi tiroid. Biasanya membabitkan pengeluaran hormon yang rendah, hipotiroid. Perlu rawatan penambahan hormon, contohnya tiroxin. Ada juga yang mempunyai pengeluaran hormon berlebihan, hipertiroid. Memerlukan rawatan untuk mengawal pengeluaran hormon


  • Barah atau kanser. Leukemia akut lebih mudah berlaku kepada Sindrom Down berbanding kanak-kanak biasa. Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada keadaan

    Pencegahan

    Sebenarnya, perkara tidak normal yang berlaku pada kromosom 21 berasal daripada telur ibu. Disebabkan itu, wanita tidak digalakkan mengandung selepas berumur 40 tahun kerana risiko meningkat seandainya ibu berusia lebih 40 tahun berbanding yang lebih muda.

    Secara amnya, wanita berusia 20 hingga 24 tahun mempunyai risiko 1:1500 untuk mendapat anak Sindrom Down. Bakal ibu berusia 40 tahun pula mempunyai risiko 1:60 dan akan terus meningkat kepada 1:11 bagi yang berusia 49 tahun.

    Risiko mendapat anak berikutnya yang juga penghidap Sindrom Down bergantung kepada jenis kecacatan kromosom anak dan umur ibunya. Kadar risiko kejadian berulang adalah satu peratus. Tiada bukti mengaitkan Sindrom Down dengan usia bapa.

    Amalan merancang keluarga antara cara mencegah daripada mengandung anak Sindrom Down.


    Umur ibu (Tahun)------- Kekerapan kelahiran bayi dengan sindrom Down berbanding bayi sihat.

    15 - 19------- 1 / 1250

    20 - 24------- 1 / 1400

    25 - 29------- 1 / 1100

    30 - 31------- 1 / 900

    32------- 1 / 750

    33------- 1 / 625

    34------- 1 / 500

    35------- 1 / 350

    36------- 1 / 275

    37------- 1 / 225

    38------- 1 / 175

    39------- 1 / 140

    40------- 1 / 100

    41------- 1 / 85

    42------- 1 / 65

    43------- 1 / 50

    44------- 1 / 40

    45------- 1 / 25

    Senarai menunjukkan frekuensi kelahiran bayi Sindrom Down berbanding bayi normal mengikut umur ibu

    Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan


    Pemulihan



  • Pendidikan khas


  • Terapi pertuturan


  • Program intervensi


  • Terapi cara kerja


  • Latihan kemahiran

    Rawatan Sindrom Down

    Sehingga ini belum ada ubat yang boleh mengubati penyakit Sindrom Down. Namun, banyak kajian dilakukan yang mungkin memberi harapan pada masa depan, termasuk rawatan gen terapi dan rawatan stem sel. Kedua-dua kajian ini ternumpu kepada membaik pulih kromosom yang rosak.

    Sekarang kita boleh mengumpul sel tunjang daripada darah kita dan menyimpannya untuk digunakan pada masa akan datang.

    Jika berkemampuan, kita boleh menyimpannya pada masa ini dan mungkin apabila jawapan kepada pencarian rawatan Sindrom Down ditemui, kita sudah ada sel tunjang yang diperlukan.

    Tujuan rawatan pemulihan ialah membantu kanak-kanak mencapai keupayaan dan perkembangan maksimum serta mampu berdikari.

    Program pemulihan boleh didapati di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau pusat anjuran pertubuhan sukarela bukan kerajaan.

    Maklumat lanjut boleh didapati daripada pusat sumber tempatan seperti hospital (klinik kanak-kanak), klinik kesihatan, Pejabat Kebajikan Masyarakat atau Pejabat Pendidikan (Unit Pendidikan Khas).

    Kanak-kanak ini perlu didaftarkan seawal mungkin di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan. Ini bagi memudahkan ia mendapat jagaan kesihatan, kebajikan dan penempatan di sekolah khas supaya mereka mendapat pendidikan sempurna.

    Doktor yang merawat perlu mengisi borang tertentu untuk memudahkan merancang program intervensi awal



  • Moral of the story : Kita berikhtiar sahaja yang menentukan Allah. Tiba-tiba rasa rindu pada anak saudara sepupu Ibnu Tammiyyah. Budak yang sungguh comel..dan dia adalah seorang kanak-kanak down sindrom.

    Thursday, 6 October 2011

    Terlalu Sibuk :: Harus Menghadapi

    Kerja di ofis ini mmg ada pasang surut. Sudah 4 tahun di sini..semua dah boleh jangka. Saat genting bagi kerja saya di ofis ni adalah bulan April dan Oktober.

    Bulan April - Memang sibuk. Tapi kerjanya hanya melibatkan saya, boss, penolong, kakitangan jabatan (itu pun sebahagian) dan yang penting sistem. Kerja seharian smpi malam2. Stress pun dengan sistem jer. Biasala time ini la sistem selalu buat pasal.

    Bulan Oktober - Lagi 10 kali ganda sibuk daripada bulan April. Busynyer tak usah nak cakap. Kerjanya pun stress sbb melibatkan semua orang kat ofis ini. Macam2 perangai dan macam2 alasan. Pastu untuk kerja ni meeting dia jer ada 4 kali dengan lain2 orang. Mmmg sakit kepala dibuatnya. Ini baru habis fasa meeting pertama...nak continue meeting ke-2 hari esok. Mmg nak tercabut kepala otak ini. Tak sabar rasanya nak tunggu kerja ini habis. Nak buat keje harian lain...

    Yang penting kerja kerana Allah...sesibuk mana, sesusah mana pasti ada jalan penyelesaiannya..

    Sunday, 2 October 2011

    Bukan Sekadar Lagu ~ Erti Al Fatihah - Voices Of Ummi

    Saya dan En. B sangat suka lagu ini..Sungguh indah ayat-ayat Allah. Papa janji nak ajar baby nyanyi lagu ni...Insya Allah