Kerja di ofis ini mmg ada pasang surut. Sudah 4 tahun di sini..semua dah boleh jangka. Saat genting bagi kerja saya di ofis ni adalah bulan April dan Oktober.
Bulan April - Memang sibuk. Tapi kerjanya hanya melibatkan saya, boss, penolong, kakitangan jabatan (itu pun sebahagian) dan yang penting sistem. Kerja seharian smpi malam2. Stress pun dengan sistem jer. Biasala time ini la sistem selalu buat pasal.
Bulan Oktober - Lagi 10 kali ganda sibuk daripada bulan April. Busynyer tak usah nak cakap. Kerjanya pun stress sbb melibatkan semua orang kat ofis ini. Macam2 perangai dan macam2 alasan. Pastu untuk kerja ni meeting dia jer ada 4 kali dengan lain2 orang. Mmmg sakit kepala dibuatnya. Ini baru habis fasa meeting pertama...nak continue meeting ke-2 hari esok. Mmg nak tercabut kepala otak ini. Tak sabar rasanya nak tunggu kerja ini habis. Nak buat keje harian lain...
Yang penting kerja kerana Allah...sesibuk mana, sesusah mana pasti ada jalan penyelesaiannya..
No comments:
Post a Comment