Wednesday 15 June 2016

IVF to IUI

Assalam...

Salam 9 ramadan untuk semua.

Fuhh...agak lama tak update citer berkenaan last treatment. Tengok tajuk dah boleh agak apa ceritanya.

Kita yang merancang.. Allah juga penentu-Nya. Perancangan saya dan doc adalah untuk IVF.  Tetapi perancangan Allah adalah IUI. Ini semua kerana ubat yang disuntik selama 10 hari berserta tambahan ubat tidak memberikan respond yang baik.  Hanya ada 5 sahaja telur yang besar.  Doc tidak mahu meneruskan IVF memandangkan kuantiti yang sedikit dan pada pandangan beliau ovari saya mungkin boleh respond lebih baik pada percubaan akan datang. Doc agak pening jugak kerana saya telah mengambil dose yang agak tinggi iaitu 300 iu. Kemudian ditambah lagi 100 iu. 

Masa doc buat keputusan untuk tukar kepada IUI..mmg agak sedih.  Puas jugak memujuk hati ini untuk menerima. Duduk diam2..tenangkan fikiran dan tarik nafas. Mungkin ini yang terbaik.

IUI telah selamat dijalankan pada 20 Mei 2016 petang hari jumaat. Prosedur doc kata susah..sbb kemungkinan kedudukan rahim yg tak ok. Pada masa ini telur masih belum ovulasi lagi. Doc kira ada 4 telur yang ok. MC pada hari kejadian.  Doc minta bersama pada hari sabtu dan ahad.

Hari isnin doc minta datang appointment untuk scan semula ovari.  So doc dapati terdapat cyst dalam ovari dan terdapat sedikit bleeding.  So doc bagi saya MC lagi 1 minggu...yuhuuu seronoknya dok rumah.  Tapi keseronokan hanya pada hari pertama sahaja. Hari seterusnya jadi bosan sbb tak boleh buat apa2 kerja di rumah. Dok makan, tidur, tengok tv sahaja. Solat pun duduk di atas kerusi.

Appointment berikut adalah pada 30 Mei 2016 hari isnin.  Doc nak tengok balik cyst tu. Dah mengecut. Doc minta buat beta HCG.  Sebenarnya pada tahap ni saya dah rasa keputusannya.  Pukul 4 petang assistant doc call bagi tahu keputusan beta HCG.  Resultnya adalah 3 (consider -ve).  Doc minta saya buat semula ujian darah pada hari jumaat.  Tapi saya tak buat kerana hari Khamis saya dah period dengan jayanya.

Alhamdullilah, telah selamat cycle IUI untuk kali ke-5.  Dalam kepala terfikir faktor kegagalan adakah mungkin tiub saya tersumbat.  Last buat hsg adalah pada tahun 2010. Sehingga sekarang tidak pernah buat.  Ada kemungkinan tiub tersumbat. 

Ingat selepas raya nak jumpa doc..sbb ada beberapa persoalan yang perlu diselesaikan sebelum next ivf.  Untuk cycle kali ini...banyak sgt penemuan baru yang pada saya perlu diambil perhatian sebelum nak continue next treatment.  

Terima kasih atas doa anda semua.  Saat paling sedih adalah bila beritahu mak result beta hcg.  Mak yang sedih. Kami berdua sudah cukup bersedia dengan apa2 keputusan.  Dan yang terkini, mak lagi sedih bila cik misi bagitahu yang dia sedang hamil anak no. 2.  Pada saat itu, bukan sahaja mak yang sedih, ayah jugak sedih dan risau. Mak sebak bila bercakap dengan saya "Mak doakan akak tapi kak dila yang dapat baby."  Takpe la mak..janji cucu mak makin bertambah.  Mak jangan putus doakan akak yek.  

Sekian.

Wassalam