Thursday 30 May 2013

16dpiui = CD1 :: IUI Failed #2013 #1st Treatment

Assalam dan selamat pagi semua..

Setelah 4 hari mengalami spotting, akhirnya Cik P telah datang dengan jayanya petang semalam.  Alhamdullilah...

Maka, IUI kali ke-3 ini tidak berjaya..

Untuk IUI kali ini, saya berjaya utk mengawal diri saya dari kesedihan yang terlampau.  Mengenangkan pada IUI pertama dan IUI kedua, bila period jer bengkak jugak la mata ni menangis.

Bukan tak sedih, tapi dari awal lagi saya dah bina kekuatan diri utk menerima apa jua ketentuan Allah.  Bukan bermakna saya tidak mengharap, sangat2 mengharap tetapi sebagai seorang Muslim, saya telah berusaha, berdoa dan bertawakal.  Saya redha..

Saya mmg nak continue treatment, tetapi hari yg saya call LPPKN, nurse beritahu bahawa bilik OT ditutup 2 minggu utk kerja penyelenggaraan.  So diaorg tak ambil kes. Tggu next period. Tapi tak mgkn juga diaorg akan ambil kes, kerana terlalu hampir dengan bulan ramadhan.  Berkemungkinan treatment akan bersambung selepas hari raya.

Untuk tempoh bertenang ni, saya tetap akan meneruskan usaha TTC dengan kaedah2 alternatif dan supplement2 sedia ada.  Program penurunan berat badan akan diteruskan (berat dah naik sbb tak berapa control makan). Jgn cepat mengalah...sbb rezeki itu adalah rahsia Allah..

Untuk TTC'ians, terima kasih atas sokongan kamu semua.  Walaupun kita bersua di alam maya, tetapi keprihatian dan doa kalian amat dirasai dan dihargai (rasa nak peluk korang semua).

Sekian. Wassalam..




Wednesday 29 May 2013

Spotting Sebelum Period

Assalam semua.

Hari ni google pasal SPOTTING. Byk2 entry..nak share pasal artikel ni.

Reasons for Spotting Before Period


Spotting before your period can occur for a variety of reasons. Spotting is light bleeding experienced outside of normal menstrual periods. While many of these reasons are normal or benign, spotting is still considered to be abnormal bleeding and thus should always be checked out by a doctor.

1. Ovulation

  • Ovulation is unnoticeable for most women. Some women, however, notice light spotting for a day or two after ovulation. This type of spotting before the period is generally a normal byproduct of ovulation for these women. 
    --> ovulation dah lepas. Dan perkara ini tidak pernah terjadi pada saya.

2. Birth Control

  • Spotting is one of the most common side effects of most hormonal birth control options, including birth control pills, hormonal IUDS and the birth control shot, patch and implant. This side effect often subsides after a few months. Women sometimes also experience spotting after they stop using a particular hormonal birth control method.
    --> Untuk cycle ni saya mmg tak ambil pil perancang. So tidak berkaitan.

3. Pregnancy

  • Many women experience spotting in the first few months of a normal pregnancy, so spotting before an expected period may be a sign that you are pregnant. Spotting can also, however, be a symptom of an ectopic pregnancy, a condition that can be life-threatening if not treated early.
    --> Berkemungkinan. Major sign of pregnancy blm ada sgt (so tak tahu la). Tapi ada org mmg takde tanda pun yg dia preggy.  Kes ni mmg terjadi pada kakak ofis saya.

4. Miscarriage

  • Spotting before an expected period is sometimes the sign of an impending miscarriage. Since you may not suspect that you are pregnant until you miss your period, it is possible to experience miscarriage-related spotting without even realizing that you've become pregnant.
    --> Tak tahu. Sbb belum tahu pregnant atau tidak.

5. Hormonal Imbalance

  • Spotting can also be the result of hormonal imbalances other than those caused by pregnancy or birth control. For instance, your body may be producing too much estrogen or not enough progesterone, possibly due to a thyroid problem or from taking certain medications.
    --> Kemungkinan besar. Sbb cycle ni ambil byk drug. Effect daripada ubat2 yang telah diambil.

6. Serious Conditions

  • Spotting before your period is sometimes a sign of an underlying condition such as uterine fibroids or polyps, ovarian cysts or cervical or uterine cancer. While rare, these conditions can be serious and may require treatment.
    --> tak tahu.  Tp ada member yg kena polyps tu dia spotting selepas period dan spotting tu berpanjangan dlm cycle day.  

When to See Your Doctor

  • You should consult your doctor if you experience any spotting between your periods. While your spotting may be perfectly normal, it's important to rule out pregnancy or any underlying conditions. If you experience very heavy bleeding between periods, contact your doctor immediately.
    --> Appointment pada 4 jun 2013. 
sumber :: http://www.ehow.com/about_5339774_reasons-spotting-before-period.html

*************************************************************************************************

Semalam dah call LPPKN bertanya pasal spotting ni.

Nurse kata, sehingga 4 June 2013 jika darah belum keluar kena datang klinik. Tapi kalau dah keluar darah period tak perlu dtg.


Ya Allah kau permudahkanlah semuanya. 


Sekian. Wassalam..



Monday 27 May 2013

14dpiui :: Spotting..

Assalam..

Hari ni genap 14dpiui.

Blm buat UPT lg. Dah niat nak buat UPT bila habis makan ubat Duphaston tu. Tapi start Asar hari semalam dah spotting.

Duphaston tu masih lagi berbaki 2 hari (hari ini dan esok).

Hingga pagi ni pun masih spotting. Fresh blood masih belum keluar. Dan saya masih terus ambil duphaston atas nasihat cik misi.

Blm boleh disahkan IUI ni failed.  Sbb cik misi kata makan jer ubat tu smpi habis dan tgk kauntiti darah yg kuar. Siap dia cakap "Akak ada jer org mengandung period pada awal preggy. So kita tgk dulu." Positif sungguh adik aku. Kakak dia awal2 lagi dah mengalah..

Sekarang, tggu dan lihat jer.

Sekian. Wassalam..

p/s :: sedang berlapang dada..

Thursday 23 May 2013

Happy Weekend Everbody!!

Assalam..

Hari esok telah bermula cuti sekolah utk tempoh 2 minggu.  Dan hujung minggu ni cuti hujung minggu yg panjang. Jumaat hingga Ahad.

Saya ada program family day di cherating..yuhuuu. Acara bermula hari Sabtu hingga Ahad.

Tapi hari jumaat dah bergerak ke kuantan. Berjimba2 dengan makcik dan cousin2 di sana. Encik B nak open table katanya..yuhuuuu.  Bila weekend diet semua gone!!!

Happy weekend utk pembaca blog ni..


Sekian. Wasslam..

Wednesday 22 May 2013

2ww :: Tak Boleh Makan Pedas

Assalam..

Betul ke dalam tempoh 2ww tak digalakkan tak boleh langsung makan pedas?

Byk entry dan forum bagaitau cam tu..

Masalah skrg...saya hanya boleh makan makanan yang pedas2 sahaja.  Yang tak pedas mmg tolak ke tepi. Tekak tak lalu nak makan. 

Kalau makan mee / mihun mesti ada cili potong (wajib).  Suka order mihun kungfu.  Selagi cili tak sampai selagi tu la tak nak makan..

Kalau makan nasi mesti ambil lauk yg paling byk sambal dan rasa paling pedas. Kalo tak, ambil la smbl belacan/tempoyak penambah rasa pedas tu..

Cam no ni?? Harap2 semua ok la..

sumber :: google

Bestnya sambal ni kalau dapat makan ngan nasi panas dan ikan goreng..

Sekian. Wassalam

Tuesday 21 May 2013

Header Baru :)

Assalam..

Sejak berblog ni..sy mmg tak pernah update pun header kat blog ni. Sy mmg tak tahu cam mana nak buat.

Bila gi blog orang lain..cun jer diaorg punya header. Jeles tau!!

So minggu ni, saya menggunakan kaedah cuba jaya men'create' header utk blog ni.

Hasilnya sebegini rupa la..


comel tak?? hihi..
Mesti la comel cam tuan blog ni....haha perasan tul!!

Ini usaha cari gambar kat google pastu edit di online photo editor. Ok la. Bg sy yg buta seni ni!!!

Gambar budak2 tu sebenarnya kosong..


kaler la sikit..Ingat nak kaler background dia..tak menjadi. Dah cuba jaya beberapa kali tak berjaya2 jugak..akhirnya fed up terus tak kaler. Maka warna background tu putih la..tak cun langsung.

Suka nak letak gambo budak2 ni..supaya jadi sumber inspirasi yang tuan blog ni boleh dpt anak ramai..hihi..

Untuk itu, mulai hari ni saya dah ada header...hihi. Sukanya..

Sekian. Wassalam

p/s :: dalam banyak kerja boleh pulak buat benda tak berfaedah ni..






Monday 20 May 2013

Tak Pernah Guna..

Assalam...

Hari ni, sesaje klik di ikon stat tu. Nak tgk apa la orang cari dalam blog saya yg tak seberapa ni.

Cuba tgk pada yg sy circle tu... Nak tergelak pun ada.. Terus segar biji mata yang mengantuk ni..

"tersalah cek upt guna ovulasi test" 

Sy mmg tak pernah guna ovulation test tu. Nampak byk iklan2 berkenaan perkara itu. Tapi sy tak berminat nak beli dan guna alat tu. 

Satu lagi part upt test ni pun, sepanjang 3 thn lebih kawen ni, tak smpi 10 jari lagi sy buat upt.  Sbbnya tak sempat nak berangan preggy period dah mai. Kebanyakan dia datang on time. So mmg saya tak stok upt ni di rumah.

Kepada pencari ni, bila dah tau salah guna test..so pergi ulang semula ujian kehamilan guna UPT.. 
Sbb setahu sy kedua2 test ni akan detect hormon yg berbeza. 

Sekian.



Friday 17 May 2013

4dpIUI :: Saya Takut..

Salam Jumaat yang penuh barakah hendak-Nya...

Alhamdullilah hari ni dah 4DPIUI. Rasa cam semalam jer baru buat IUI. Nak tunggu lagi 10hari untuk 2ww dan ada lagi 12 hari untuk habiskan Duphaston.

Untuk 4 hari ni cam2 rasa tapi saya anggap semua tu salah ubat Duphaston (boleh cam tu).  Mmg begitu rasanya bila setiap kali kena makan ubat Duphaston ni.  Tapi semua rasa itu akan hilang bila cik P mai..hihi.

Untuk IUI kali ni saya byk baca blog2 kawan2 TTC yg dah berjaya hamil. Ambil semangat diaorg.  Dan kebanyakan yang saya baca..dlm tempoh 2ww kebanyakan diaorg usap2 perut ckp ngan baby..bayangkan ada baby dalam perut. 

IUI yang terdahulu saya mmg ada buat cam tu.  Bila period jer saya akan sedih sgt2. Bukan saya sorang yg berangan..dgn Encik B sekali berangan2..cakap2 ngan baby. 

Dan untuk kali ni..saya takut nak buat cam tu. Saya takut nnt saya akan sedih yang lebih teruk. Bila saya bercerita ngan sorang kakak di ofis..dia kata "Allah beri mengikut sangkaan hamba-Nya". 

Maknanya, Allah akan beri ikut apa yang kita fikir.  Perkara ini pernah je terjadi dalam hidup saya.  

Dulu2 saya menyewa di rumah apartment kos rendah.  Masa tu sedang hangat bercinta.  Saya tak ingat bila, tapi saya pernah kata kat Encik B, saya nak hidup dengan rumah yang sederhana atas tanah (sebab since dok KL mmg dok rumah bertingkat2 dan mmg rasa tak mampu nak beli rumah atas tanah), kereta biasa2 dan hidup simple jer.

Sekarang ni saya dah dapat semua tu.  Sy dah ada rumah atas tanah. Sy nak rumah biasa2 tapi Allah beri rumah yang besar. Saya ada kereta. Skrg ada 2 biji. Kancil (dah habis bayar pun) dan MyVI. Cukup la nak gi keje dan balik kampung. Hidup sy simple jer dengan income yang sangat2 ok.  So semua ini dari angan2 sahaja yang Allah dah berikan.

Dan sepatutnya, untuk IUI kali ini saya harus berangan lagi. Membayangkan benih suami dan benih saya bercantum. Berkembang dan bergerak ke rahim dan melekat di dinding rahim.  Bercakap2 ngan baby dalam perut. Supaya sangkaan itu menjadi kenyataan.

Tapi sehingga ke hari ini saya rasa tak mampu nak membayangkan. Sbb saya TAKUT....

Sekarang saya banyak membina kekuatan dalaman untuk menerima apa jua ketentuan. 

Untuk tunggu smpi habis 2ww saya akan confuse.. mana satu saya nak buat.  Sama ada berangan perkara yang syok2 atau menguatkan hati dan diri utk menerima hakikat..

Tapi satu perkara yang saya sangat yakin..Allah berikan yang terbaik untuk hamba-Nya.  Itu je yang saya pegang!!

Sekian. Wassalam.

p/s :: tak sabar utk bercuti di Cherating..


Thursday 16 May 2013

Rawatan Alternatif #2 (Berurut)

Salam semua..

Hari tu dah story pasal reflexology.. Kali ni nak story pasal berurut pulak..

Saya rasa semua yg ttc pernah berurut. Paling kurang sekali mesti cuba..

Kes berurut ni juga galakan daripada kawan2 ofis. Saya sendiri tak rasa mahu nak berurut ni. Tak tahu la kenapa...mgkn sy pernah dgr Dr Adilah menjwb satu persoalan berkenaan berurut di televisyen. (Rancangan apa dan tv berapa saya tak ingat).  Org tu tanya pasal, bolehkah rahim dibetulkan dengan berurut (lebih kurang begitula). Doc jawab, sukar untuk rahim dibetulkan dengan berurut. (itu yg sy dengar).  So mulai saat itu sy agak kurang yakin dgn urut2 nak betulkan rahim ni..

Masa sy tgk rancangan ni, saya mmg dah tahu sy mengalami retroverted uterus (rahim kebelakang/RU).  So sy fikir itu bukanlah punca utama sy tak boleh mengandung.  Dan sebenarnya..ramai jer orang boleh pregnant dgn RU ni.  Maka ia menguatkan lagi ketidakpercayaan saya kepada urutan2 ni.

Pertama kali sy mengurut dgn sorang makcik di klang.  Kawan ofis saya (ia seorang lelaki) yang syorkan.  Sbb dulu isteri dia susah jugak nak mengandung.  Bila mengandung..gugur. So bila berurut ngan makcik ni Alhamdullilah..dapatlah sorang anak lelaki.  Masa sy mengurut, isteri dia pun mengurut jugak. Lenguh2 badan. Dan skrg dia dah ada 2 org anak.

So far makcik tu ok..cuma kena datang 3 hari berturut2 masa datang period.  Kena buat 3 kali / 3 cycle.  Datang waktu pagi seblm sarapan.  Saya rasa sempat buat 2 cycle jer.. tak boleh nak commit.   Sbb period bukannya dtg hari cuti..bila period datang nak kena ambil cuti (hr bekerja). So saya rasa cukup la...

Lepas pada tu...sy mmg takde gi mengurut2 rahim ni.  Pegi urut badan ada la.

Dan yang terkini, kakak kat ofis suh gi berurut ngan makcik ni. Kak W pun susah nak ngandung. Tapi bila urut ngan makcik ni Alhamdullilah dpt baby. Adik beradik kak W semua urut ngan makcik ni. So sy pun cuba.  Urut hari Jumaat, lunch time kat rumah Kak W.

Makcik ni dia bawa pulak kawan dia.  Kawan dia ni baru2 nak belajar mengurut. So tengahari tu..ada 2 org yang urut.  Makcik ni urut satu badan.  Dah la saya ni tak biasa kena urut...yang mengurut sampai 2 orang dalam masa serentak..mmg sangat tak selesa dan sakit.  Untuk hari tu ok la..

Nak urut balik kali kedua...memikir 10 kali. Kalau makcik tu sorang2 yang urut sy boleh terima. Tapi bila dah berdua, sy rasa badan saya kena diuli cam tepung nak buat roti..so cancel la nak continue urut..

Smpi skrg saya blm urut2..cukup la.  Begini la rupa kalau orang tak biasa urut. Sekali tu dah rasa azab..nak buat kali kedua tu tggu la bertahun mencari kekuatan..hihi.

Sekian.

Tuesday 14 May 2013

Beginilah Teknologi..

Penggunaan teknologi yang optimum..
Berkomunikasi tanpa suara..
Tanpa bersua muka..
Janji maklumat sampai jer..





macam-macam perangai..

Monday 13 May 2013

CD16 :: IUI #2013 #1st Treatment

Assalamualaikum dan Salam Isnin.

Alhamdullilah, hari ini CD16 saya selamat menjalani prosedur IUI kali ke-3.  Tetapi IUI ni kali pertama di LPPKN. Semua berjalan dgn sgt lancar dan mudah.

Appointment pukul 7.30am. Segalanya selesai pukul 11am.  Nampak cam lama...tapi kami enjoy sahaja masa menunggu.  Laki bini dok gelak2 main Candy Crash Saga...hihi.

Sy menjadi patient terakhir utk IUI walaupun nama saya paling atas dan Encik B bagi sampul utk collect sperm tu antara yg awal. Tak tahu kenapa. Tapi kami berdua redha jer..ini ketentuan Allah. Selesai jer IUI, kami gi PJ nak settlekan urusan bank. Then lunch balik rumah. Sekarang masa berehat di rumah.  Encik B sedang enjoy main PS2 dan saya enjoy dok dalam bilik berbaring2..hihi.  Saya enjoy setiap apa yang berlaku hari ini.

Soal rezeki kami tak nak pening2. Biarlah Allah yang tentukan. Kami dah berusaha. Dan sekarang ada masa utk bertawakal kepada-Nya. Tak mau stress dlm tmph 2ww ni.

Terima kasih atas doa kalian semua. Saya juga mendoakan kepada semua TTC moga Allah diberikan rezeki anak utk kita semua. Amin.

Sekian. Wassalam.





Friday 10 May 2013

CD13 :: TVS KE-2 #2013 #1st Treatment

Salam Jumaat.  Jumaat yang penuh barakah..

Pagi tadi selamat membuat scan untuk kali ke-2.  Appointment pukul 8.00 am. Alhamdullilah segalanya selesai dalam pukul 9.15am.  Pukul 10 am dah ada kat ofis.  Semuanya dipermudahkan oleh Allah.

Hari rabu lepas sy dah scan utk pertama kali. Doc minta sy inject 100iu puregon pada hari Khamis malam.

So resultnya sgt memberansangkan. Ketebalan rahim masih lagi 6mm. Ok.

Ovari sebelah kiri ada 3 biji telur dgn ukuruan 22 x 23, 15 x 12 dan 14 x 11.

Untuk ovari sebelah kanan ada 6 biji telur 12 x 12, 11 x 10, 16 x 16, 20 x 14, 24 x 23 dan 16 x 11.  So yang sy highligt merah tu dah boleh diterima untuk proceed IUI.   Dan warna biru tu masih boleh dipertimbangkan.  Kemungkinan telur itu akan membesar sehingga ukuran 18mm.

Doc menetapkan prosedur IUI pada hari Isnin 13 Mei 2013 (harapan janganlah berlaku apa2 yang tak diingini).  Sy perlu ambil suntikan Hucog sebanyak 5000iu pada 11 Mei 2013 jam 8 malam.

Baru hari ni ari2 sy rasa cramp.  Tapi masih boleh bertahan. Tiada apa yang saya mohon hanya dipermudahkan semuanya oleh Allah.

Mulai hari ini..saya tak nak fikir pasal IUI..saya nak enjoy jer!!!  Rasa nak gi shopping cari kasut..

Sebelum bye-bye...satu motivasi utk semua..


Setiap kesusahan yang kita tempuhi akan memberikan kita lebih ilmu, kekuatan dan meningkatkan nilai kesabaran.  Semua ini adalah pengalaman yang terindah dalam hidup ini!!

Sekian. Wassalam.


Thursday 9 May 2013

CD11 :: TVS #2013 #1st Treatment

Salam Khamis..

Semalam 8 Mei 2013 adalah CD11. Bila dah makan ubat & inject, memastinya kena check telurkan. Ada berapa biji, saiz dia..untuk doc proceed next step.

Appointment sy pukul 11 pg. Disebabkan cuti..saya pergi dari rumah. Kuar rumah kul 9.50 pg. Smpi area jln TAR tu dlm kul 10.40pg. Parking di Maju junction.

Di LPPKN mmg tak ramai org. Sgt cepat. Dlm 30 minit settle semua.

Result scan ketebalan rahim 6mm. Doc kata ini ketebalan paling mininum yg boleh diterima. Ok. Ovari sebelah kiri ada 2 biji dengan ukuran 11 x 10 dan 18 x 17.  So doc kata 1 biji dah boleh terima (18 x 17). Untuk ovari sebelah kanan ada 3 biji dengan ukuran 12 x 11, 14 x14 dan 16 x 18.  Doc kata ada 2 biji yg boleh diterima (14 x 14 dan 16 x 18).  Untuk telur yg saiz 14 x 14 tu doc nak monitor lagi jumaat ini.

So untuk itu, doc suruh inject lagi pada malam ni 100iu puregon. Pagi jumaat jam 8.00 pg doc akan scan semula. Dgn harapan yang 14 x 14 itu membesar sehingga ke 18mm.  Ok!!

Sebenarnya saya pelik sikit, 1st day period saya yg doc kira dari hari Ahad iaitu 28 April 2013.  Tapi hari itu, hanya spotting je yg kuar. Darah yg kuar betul adalah pada 29 April 2013 hari Isnin.  Kalau ikutkan doc Zamri, 1st period dikira dari tarikh fresh blood.  Spotting2 tu tak kira.  Bila dgn doc Ghaffar dikira dari tarikh spotting. Agak pening sikit la..tapi not much different pun.

So dengan saiz telur sebegitu rupa sy rasa, cycle day 1 patut lewat 1 hari. Sbb sy berharap juga telur yg 12 x 11 tu boleh membesar dengan ukuran yg sepatutnya. Dan boleh dikira semasa buat IUI nnt..

Apa pun saya follow apa yang doc suruh. Sy continue ambil folic asid, fish oil dan EPO setiap hari. Dan selebihnya biarlah Allah yang tentukan.

Sekian.

p/s :: saya kembali ketagih kafien!!! tolong la saya!!




Friday 3 May 2013

Rawatan Alternatif #1 (Reflexology)

Salam Jumaat untuk semua..

Sekarang semua citer pasal pilihanraya. Malas nak komen. Apa pun kerajaan kita..yang penting Malaysia Tanah Air kita dan Islam adalah Agama kita. Itu yang paling penting dipertahankan!!

Ok..pagi ni nak share pasal rawatan alternatif.  Kebanyakan rawatan alternatif yang kitaorg buat bukanlah sbb kitaorg nak buat sgt. Tapi ada jer dorongan dari orang lain. Sama la juga kes reflexology ni.

sumber :: google

Mula-mula citer, jiran belakang rumah (Kak Nn)..whatsapp dia kata ada kawan dia yg kerja kat Qatar balik Malaysia. Kawan dia ni pandai urut. Pakcik..dalam umur 50 thn.  Dia blk Malaysia pun sbb kena attend course.

So, habis kerja kak Nn bawa balik rumah Kak Lz. Kak Nn dan Kak Lz ni dok sebelah menyebelah. Diaorg beli rumah sebelah menyebelah dan bestfreind. Suami Kak Lz ni keje sekali ngan Kak Nn. Pakcik ni keje sekali la ngan diaorg..

Maka lepas maghrib, kitaorg gi rumah Kak Lz. Jalan kaki jer..rumah back to back.  Kalo biasa tu lalu ikut dapur jer..hihi. Pakcik tu kata dia akan urut dua2 orang..dia tak mau tuduh isteri tak ok atau suami tak ok.  Maka Encik B orang pertama kena urut.  Pakcik ni urut tapak kaki dan tangan jer. Encik B dah berkerut2 muka tahan sakit. Takde jerit2.  Bila dah habis urut tu, Encik B boleh rasa nak pitam. Pakcik tu bagi minum air dah suh rest. Mmg ada yg dia urut, orang tu pengsan. 45 minit jugak dia urut.

Habis turn Encik B..of course turn saya.  Masya Allah sangat sakit. Terutama part kepala.  Kalau tempat yang dia tekan tu sakit maknanya mmg ada penyakit la kat organ badan kita. Saya mmg ada penyakit migrain yg teruk. Bila pakcik tu tekan jer mmg sakit yang amat sangat. Bila sakit tu, ada la part jerit2, gigit bantal, meloncat2 dan airmata yg meleleh.

45 minit tu rasa bagai bertahun2. Penangan reflexology..sakit esok harinya. Rasa tak bermaya jer.. Rasa cam tu 2 3 hari jer jugak. Mgkn sbb sy tak biasa urut.  Kalau yg biasa urut mgkn takde hal.  Kak Lz selalu gi urut reflexology pun komen yang pakcik ni urut mmg sakit.  Yg biasa dia gi tu..urut2 manja.

Dalam mengurut tu, pakcik tu bagitau nasihat.  Pakai la stokin bila tidur malam, kaki jgn kena lantai/tile, pakai selipar, bila duduk2 cuba urut2 tapak kaki.  Apa yang sy praktikkan adalah pakai stokin masa tidur. Pakcik tu kata juga, jgn pakai stokin yg ketat..nnt darah tak flow. So cari la stokin yang lama2..yg dah longgar2. Sy pakai stokin Encik B.

Urutan reflexology ni adalah untuk membetulkan perjalanan darah.  Bak kata pakcik tu..urut ni nak make sure darah tu smpi ke organ2 badan kita. Bila darah flow dgn baik maka organ akan berfungsi dengan baik.

Pakcik tu pesan, paling elok nak urut reflexology bagi wanita adalah semasa datang haid. Masa sy urut tu saya tak period pun. Dia suh saya gi cari org yg urut..tapi sampai skrg haprak pun tada...hihi.  Selain itu, jgn makan 1 jam sebelum urut. Takut muntah kot!!

Overall, pakcik tu mmg best. Nak repeat mmg takut la.. tau dah sakit dia..hihi. Apa pun thanks sgt kat Kak Nn, yg ingat kat sy sdg berusaha utk dptkan baby. Lepas urut, makan malam di umah Kak Lz..best.

Lps urut pakcik tu nak balik ke Qatar semula. Gigih betul pakcik tu!!

Sape nak cuba..boleh cuba. Ini adalah salah satu ikhtiar. Carilah pusat urut yg ok. Jgn main masuk jer...kang benda lain dia urut..haha

Sekian.

p/s : sedang mencari kekuatan untuk sambung urut reflexology ni..








Thursday 2 May 2013

Movie :: Ah Boys To Men 2

Citer ni ada 2 part.  Part 1 tgk di astro first masa bulan Dec. Best gila...tergelak2 dan ada sikit part nangis. Tgk berpuluh-puluh kali.

Bila part 2 kuar kat malaysia..mmg tgk kat wayang la..tak sabor nak tgk sambungan citer. Kitaorg tgk kat Tropicana City Mall. Sbb citer ni tak semua wayang main. Yang ada kat One Utama, Mid Valley dan Tropicana City jer.  Ada pun kat GSC shj.  Masa tgk tu, saya dan Encik B jer orang melayu. Yang lain soheh2 cina. Dan yang gelak paling kuat..kitaorg la..terukkan!!


Sekarang citer ni dah ada kat Astro First.  Bagi sape yang suka tgk movie..subscribe la..tak rugi tengok.

Tapi sebelum nak tgk part 2 ni...kena tgk part 1 dulu. Baru tau citer sepenuhnya.. Ni link dia Ah Boy To Men 1 part 1  dan Ah Boy To Men 1 part 2.

Saya memang gila la tgk citer ni..siap download dalam phone. Bukan setakat citer, soundtrack pun tengok berkali (boleh cari kat youtube). Dia punya behind the scene pun tengok berkali2.

Dalam ramai2 pelakon dalam citer ni, saya suka 2 orang iaitu IP Man dan Sergeant Alex Ong.




sumber : dari instagram Onlynoah & Toshrock

Siap follow diaorg kat Instagram...gilokan!!

Movie ni bercerita pasal National Services di Singapore di Pulau Tekong. Walau dalam gelak2.. ada part sedih. Espcially part Ken dan ayah dia. Dalam gelak2..citer ni ada byk pengajaran terutama dalam kerja berpasukan.  Word yang paling best 'LEAVE NO MEN BEHIND'.  Bila dah ramai tu cam2 peragai la.. Lagi satu yang best citer ni ada pelbagai bahasa.  Bahasa cina, english, melayu dan india.  Dan yang peliknya...masa latihan kawad, diaorang still pakai bahasa melayu.. bangga jap..

Oleh kerana saya suka gila cerita ni..dengan ini saya memberikan 10 bintang untuk cerita ni.  Kalau korang nak tgk citer ni kat Astro First..beli la. Tak rugi. Nnt korang pun boleh ketagih cam saya..haha!!

Sekian.

p/s :: tolong promosi ni dapat komisyen tak??  

Treatment Pertama Utk 2013

Hari ini appointment dgn Doc Ghaffar pada CD5.

Setelah lama berehat, cycle ini saya menyambung balik treatment dgn LPPKN.  Mmg lama tertangguh. Sebenarnya bulan Januari 2013 ada call utk continue treatment tapi pada masa call, nurse bagitau diaorg tak ambil kes sbb klinik tengah renovate.  Bulan Februari, Mac dan April mmg sibuk dengan financial report..maka segala bagai treatment ditangguhkan sehingga ke hari ini.

Review dulu last treatment. Clomid 100mg utk 5 hari. Makan setiap 24 jam. Suntikan Gonal-F 75iu untuk 3 hari. Inject setiap 48 jam. Resultnya, ada 2 biji telur yg matang. Tak cukup syarat nak buat IUI. Try naturally. Detail story disini.

Review treatment utk kali ini. CD1 pada hari ahad 28 April 2013. So ngam2 26hari. Tepat. Nurse bagi appointment hari ini bersamaan CD5.  Untuk cycle kali ini, doc bagi ubat Clomid 100mg untuk 5 hari. Ambil setiap 24 jam.  Suntikan puregon 100iu untuk 3 hari. Inject setiap 48 jam.  Scan pada 8 Mei 2013 jam 11 pg. Doc up kan dos puregon sbb masa last treatment tu cam tak cukup 1 biji telur lagi untuk buat iui. Doc harap dgn dos sebegini rupa boleh dpt seperti yang diharapkan.

Selain daripada ubat di atas doc suh makan asid folic 5mg setiap hari.  Untuk ini, saya dah start makan dari bulan April lagi.  Saya ambil bersama fish oil dan EPO.  Sebiji sehari (1000mg).  Encik B pula ambil supplement zinc (dos tak ingat).  EPO saya ambil sehingga hari ovulation sahaja, lebih kurang sehingga hari ke-14.  Selepas tu saya ambil flexseed oil. 

Secara jujurnya...saya ok jer. Saya usaha dan doa. Selebihnya biarlah Allah tentukan. Dan kali ini saya tak mau stress2.  Nak kasi big smile kat semua orang setiap hari...(boleh ke??) Kerana bila gembira hormon pun lebih stabil..hihi.. 

Motivasi utk semua TTC yang membaca...

kura-kura pun bagi big smil :-)

Sekian..




Wednesday 1 May 2013

Selamat Hari Pekerja

Kepada semua PEKERJA.. 

sumber : google


Manafaat hari cuti. Kumpulkan tenaga untuk terus berkhidmat.
Dan yang paling penting, bekerjalah kerana Allah. Moga ia memberikan sumber pahala kepada kita diakhirat kelak...

p/s :: ucapan & peringatan untuk diri sendiri!!!