Monday, 6 January 2014

Homemade Almond Milk

Assalam semua,

Last weekend saya dengan jayanya telah buat Almond Milk @ susu dr biji badam. Sebenarnya saya terjumpa sewaktu saya dok google pasal nak buat breakfast smoothie. So bila tgk cara pembuatan yang sangat senang saya terus bersemangat nak buat.

Almond milk ni mmg bagus la pada pcoser cam saya. Boleh kurangkan pengambilan susu daripada ternakan dan juga susu daripada sumber soya.

Meh kita tgk cam ne nak buat. (Korang boleh search kat youtube)

1. Rendam badam 1 cawan semalaman. Melebihi 6-8 jam.. sama cam rendam kacang soya la.

1 cawan badam

saya guna sebungkus ni tambah beberapa biji dari bungkusan ke-2. Kos dia baru RM4. Gambar badam direndam takde lak.

2. Bila dah rendam. Cuci bersih badam tu. Masukkan di dalam blender. Nisbah untuk 1 cawan badam bersamaan 4 cawan air masak (1:4). Blender rumah kecik, maka saya blander separuh. Untuk bagi sedap, saya campurkan kurma sebiji, esen vanila dan juga sedikit garam.

gini la rupanya di dalam blender yek.
3. Korang blender sampai hancur badam tu dan air tu bertukar jadi warna susu.  Bila dah blend, perlu ditapis. Jangan guna penapis biasa tu yang jarang2..nnt air susu akan ada hampas badam tu. Guna penapis kain yang orang selalu guna buat teh tarik tu. Tapi saya guna tudung bawal jer. Tudung lama..hihi. Janji misi tercapai. Perah sampai tinggal betul2 hampas shj.  Blender almond ni guna air masak sbb resepi yang saya jumpa takde yang nak kena masak susu ni. Perah jer boleh terus minum.

bawah tu jug air.
4. Tuang dalam botol untuk disimpan di dalam peti sejuk. Almond milk ni boleh bertahan 4 hari dari tarikh pembuatan. So untuk 1 cawan badam saya dapat 3/4 botol.

hari ni dah tinggal 1/3 botol dah..
So selesai. Pembuatan yang tak memakan masa banyak mana pun. Yang pemalas cam saya boleh buat.

Lepas buat tu terus buat shake guna Almond milk.

rupa nampak cam susu jer. Padahal Almond milk + oat + tembikai tu..
Ok. Moh kita sama2 buat..

Wassalam.

20 comments:

  1. wah!! terima kasih kongsi. Puas duk cari almond milk kat supermarket. nan hado. Lepas ni boleh buat sendiri.
    lagi satu soalan, almond ni yang dah roasted atau yang mentah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zarith,
      Kalo tgk youtube atau google..takde la sebut guna roasted almond. Yg saya buat ni mmg raw almond/unroasted

      Delete
  2. Soalan Yani pun sama mcm Zarith kat atas ni....boleh pakai almond roasted tak? Atau hanya guna almond jenis unroasted punye? Haritu ada beli almond kat kedai arab tapi warna coklat2 skit mcm dah roasted...keliru juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani,

      Sy guna unroasted. almond kat kedai arab tu boleh terus makan ke? Kalo terus makan maknanya dia dah roasted. Nak beli almond raw, boleh cari kat kedai jual peralatan untuk buat kek/biskut.

      Delete
    2. Owh....ok2....tapi yang CPT beli kat Mydin tu jenis raw ke? Sorry banyak tanya plak... :)

      Delete
    3. yang saya beli tu raw almond. Kalo kat mydin di bahagian rempah ratus, kacang2 yang ada orang timbang.

      Delete
  3. Rasanya mcm susu biasa ke CPT? Nampak mcm mudah nk buat... mmg bagus sbg ganti dairy product.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak kabor. Tapi rasa ok la. Yg saya buat ni kurang manis. So next time kena letak lebih sikit kurma..

      Delete
  4. nampak mcm menarik.. bagus untuk PCOSER dari segi ape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba baca entry ni..

      http://findingtwolines.blogspot.com/2012/04/change-now-or-never.html

      Almond milk adalah salah satu alternatif menggantikan produk tenusu..

      Delete
  5. wow, thanks a lot atas perkongsian ni..blh la buat jgak nant :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah jumpa pn cara2 buat susu almond ni....
    pernah baca kwn post d fb...tp dah lupa which friend....so xdpt nak rujuk balik....mau try buat tuk anak yg allergic diary product..especially susu formula (susu lembu).

    ReplyDelete
  7. sedapp... tapi malas buattt... hahahhaha... yg paling ida gigih skrg ni just minum air suam lemon + madu. yg lain ke laaaaautttt .. kahkahkahkahh

    ReplyDelete
  8. tq share resepi step by step..saye buat haritu xbrape jadi..rase pelik2 hehe..kalau letak esen vanilla harusla terus sdap kan...xtau pulak boleh letak esen vanila xperlu masakkan eh? hee

    salam perkenalan CPT.. ;)

    ReplyDelete
  9. thanks for the recipe.. :)

    ReplyDelete
  10. Kalau nak goreng tanpa minyak pun boleh. Sangai kata orang. Sebab orang kata macam makan almond mentah tak berapa sedap kan. Boleh la sangai sekejap.

    Tapi nak kasi sedap boleh campur madu, kurma. :-) Terima kasih atas resepi ini. :-)

    ReplyDelete
  11. If kte biarkn je dlm fridge dlm sehari mmg ad 2 layer ke. Ke sy slh buat

    ReplyDelete
  12. guna roasted almond lebih sedap. baunya pun lebih wangi.

    ReplyDelete