Wednesday 31 December 2014

Postmortem Azam 2014

Assalam..

Hari terakhir 2014. Feel..berdebar nak sambut tahun baru. Kalau boleh biarlah dok kat tahun 2014 jer. Terasa masa sgt cepat berlalu. Sedar tak sedar dah tua..hihi.

Hari ni nak buat postmortem azam tahun 2014.  Beria benor buat azam..ntah tercapai ntah tidak.

Meh kita rujuk entry Azam Tahun 2014.

Untuk tahun 2014, inilah azam saya :-

1. Misi mengurangkan berat badan. - Misi GAGAL.  Awal tahun mmg ada penurunan. Bila dah bz segala mak nenek diet terus gone. Bila nak buat ivf insaf sekejap dan diet.  Lps ivf..lagi teruk.  Skrg bukannya turun 10%. Tapi naik 10%.  Azam ini akan diteruskan pada tahun 2015..hahaha

2. Misi menjimatkan perbelanjaan rumah.  - Misi ni nampak berjaya.  Tahun 2014 mmg takde keluar duit tabung haji utk cover belanja.  Tiada hutang kad kredit. Belanja terus bayar. Boleh menyimpan jugak.  Hakikatnya..mmg boleh saving, sbb belanja makan semua laki bayar.  Duit sendiri simpan.  Bila tak cukup duit, mintak duit laki..haha. Tapi dah bagi tau dia, sy simpan jika ada apa2 sy akan bantu..hihi. 

3. Misi memasak di rumah.  - Misi ini paling GAGAL. Boleh dikatakan setiap hari makan kat luar.  skil masak memasak ni mmg dah kelaut.  Cuma betul2 masak masa bulan puasa jer. Sbb tak lalu nak makan kat luar. Lepas tu merata kedai kitaorg makan.  Beras beli bulan puasa tak habis2 lagi..huhu.  Misi ni kena diteruskan utk tahun 2015..

4. Misi  tiada tangguh2 kerja.  - Misi ini separuh berjaya.  Masih ada kerja yang tertangguh. Sikap dah sebati susah betul nak ubah.  Padahal kalau buat terus dah siap dan tak menyusahkan diri. Harap tahun 2015 lebih baik.

5. Misi menjadi muslimah dan isteri solehah, hamba Allah yang bertaqwa dan pengikut Rasullah yang mengikut sunnah. - Yang ini mmg tak berani nak komen. Ada beberapa amalan yg sy istiqamah buat. Harap berterusan shj.  Utk tahun 2014 berjaya khatam al-quran. Walaupun 15 bln..tetapi pencapaian terbaik.  Sbb sebelum ni mengaji sekerat2 jalan.  

6. Misi berusaha untuk memperolehi zuriat.  - Misi berjaya. Tahun 2014 utk kali pertama saya buat IVF.  Walaupun belum ada rezeki..tapi telah berusaha.  Insya Allah tahun 2015 akan berusaha lebih lagi.  

Begitulah azam setiap tahun..bila buat azam bersemangat jer..bila nak laksanakan terus lemau...Itu saya lah. Harap tahun 2015 terus cemerlang!!!





Monday 1 December 2014

#IVF/ICSIJourney :: Boleh Claim ke?

Assalam..

Just nak update berkenaan dengan tuntutan balik rawatan IVF/ICSI bagi kakitangan kerajaan macam saya.

Baru jer call LPPKN.  Bercakap dengan pegawai yang incharge borang tuntutan balik rawatan.  Masa buat IUI dulu..semua yang dibayar boleh claim. 

Untuk IVF/ICSI ini, segala kos ubat-ubatan, ujian darah, ultrasound boleh claim.  Yang tak boleh claim adalah bayaran untuk prosedur OPU, ICSI, Embryo Transfer dan Embryo Freezing.  

Maka dalam kes saya ini, separuh daripada kos IVF/ICSI boleh dituntut semula.  Ok la.. 

Borang semua dah siap isi. Resit dah siap kumpul.  Cuma takde sape nak gi hantar ke klinik.  Tgk la dua tiga hari ni..jika tak busy boleh la roger sekejap!!  Kena cepat jugak sebelum akaun tahun 2014 ditutup.

Ok..sekian.

Wassalam.

Friday 21 November 2014

Duit Tabung :: Melancong Vs TTC Versi 2

Assalam..

Serius malas sungguh minggu ni.  Bos besar cuti sbb ayah dia sakit, kitaorg yang kecik2 dok kena menggantikan dia gi miting jer.  Tak lalu memanjang gi miting.  Balik miting, ada orang call dan nak jumpa.  Terus lemau nak buat kerja...hihi. Alasan!!

Sebenarnya, waktu dok rumah masa MC hari tu dok la menggodek entry2 yang lama2.  Sekali terjumpa entry ini.  Duit Tabung :: Melancong vs TTC.   Entry setahun yang lepas.  Pada masa itu di dalam delima, tetapi akhirnya Allah makbulkan kedua2nya.  Saya boleh gi melancong dan boleh teruskan usaha TTC (walaupun blm berjaya lagi).

Selepas taip entry tu, saya mmg decide untuk gi melancong.  Time tu air asia ada buat offer.  Saya dan kawan saya dengan senang hati kitaorg booking untuk travel waktu cuti sekolah bulan 6.  Kawan saya tu adalah roommate dan coursemate masa kat U dulu.   Yang plan kitaorg berdua.  Tetapi akhirnya yang join ada lagi sorang member U dan sorang geng ofis member tu.  So total 4 family.  Dengan 9 adults, 5 kids dan 1 infant.  

Kitaorg pergi....


Seronok sangat percutian ini.  Kawan2 sekepala. Kitaorg yang takde anak ni melayan anak2 diaorang.  Anak2 pun enjoy sbb ramai rakan sebaya.  Cam2 cerita, cam2 perangai, cam2 gaya.  Lepas pada Gold Coast ni, kitaorg plan nak gi Hong Kong lak.. Insya Allah jika ada rezeki. 

Saya mmg tak buat entry untuk ke GC ni sbb kitaorang pergi melalui ejen.  So semua telah diuruskan dan follow jer.  Kalo saya berdua, kitaorg jalan naik bas jer. Advanture sikit.  Part yang paling best dalam percutian ni adalah mandi pantai GC.  Serius itu la paling best.  Walaupun bertutup litup..belasah masuk dalam laut..dihanyut oleh ombak yang sejuk mmg best.  Pastu main dengan anak2.  Buat istana pasir la, timbus dalam pasir la..  Sesiapa plan nak gi Gold Coast, pastikan mandi pantai.  Jika tak rugi jer gi GC tu..hihi.  Ini pandangan peribadi. 

Syukur Alhamdullilah atas rezeki yang Allah berikan.  Terkadang rezeki ni datang dari sumber2 yang tidak dijangka2.  Tetiba2 jer dapat.  Boleh la nak gi berjalan2 dan nak buat mana yang patut. 

Sebelum gi Gold Coast, awal tahun masa tahun  baru cina saya dan family ke Pekan Baru Indonesia.  Balik kampung ayah.  Dan ayah ajak lagi berjalan masa deepavali.  Nak ke Medan.  Saya pulak cakap "Cukup la ayah.  Tahun ni dah 2 kali mohon gi luar negara.  Kalo mohon lagi mau kena bising ngan bos."  Ye la, bos tak kisah jer...tapi kita yang asyik mohon ni segan woo.  Cukup la untuk tahun ni.  Sambung tahun depan lak..hihi.  

Hujung tahun ni, geng2 jiran saya ada buat trip ke Korea. Winter di Korea.  Ada kot 3 - 4 family yang pergi.  Kalo tak buat IVF..harus jugak mengikut geng2 tu gi Korea.  Fuhhh mesti seronok. 

Cerita pasal jalan/melancong ni mmg tak habis.  Percutian dalam negara pun belum sempat nak pergi..sibuk ngan gi oversea.  Harap next year boleh gi Pulau perhentian (saya tak pernah smpi), Cameron Highland (Encik B tak pernah sampai) dan Sarawak (dua2 belum sampai).  

Ok. Sekian. Wassalam..

    



Wednesday 19 November 2014

#IVF/ICSIJourney :: Result

Assalam..

Serius menunggu result IVF lebih stress berbanding IUI.  Sejak 1st inject setiap saat berdoa dan bergantung harapan sepenuhnya pada Allah. Setiap saat berbaik sangka pada Allah..supaya apa jua keputusan boleh diterima dengan hati yang redha.

Keputusan IVF saya kali ini adalah GAGAL.  Start keluar brownish pada petang hari sabtu, betul2 1 minggu selepas ET.  Tetapi masa itu saya masih terus makan duphaston.  Namun keesokan harinya, browinsh tu makan banyak..segala simpton mak nenek semua dah takde.  Lagi mengukuhkan tanggapan saya yang saya akan period.  Namun browish tu hilang pada hari Isnin. Sekejap. Dan petang tu period keluar dengan jayanya dan banyaknya.

Pada hari jumaat malam, sebelum keluar brownish tu, ari-ari saya rasa seperti senggugut. Rasa yang sgt kuat dan tak tahan jugak.  Saya tanya cik misi kenapa, dia jawab normal dan simpton2 org preggy. 

Saya sedar pada waktu nak mandi dan solat maghrib.  Rasa belendir jer..ambil tisu dan lap nampak coklat2.  Masa tu dah bagitau Encik B.  Encik B mandi dan solat.  Kemudian saya mandi dan bersiap.  Dalam bilik air, airmata saya bergenang.  Dalam hati, jangan nangis, jangan nangis. Bila dah siap, saya baring atas katil..sementara Encik B solat maghrib. Saya main game..buat seperti takde apa2.  Dalam pada itu, airmata mengalir jugak.  Sedih.  Encik B selesai solat, baring sebelah saya dengan airmata yang sangat laju dan muka yang merah2.  Dia menangis sepenuh hati.  Sepanjang perkahwinan kitaorg selama 5 tahun, ini kali kedua saya tgk dia menangis yang teruk.  Pertama masa di mekah dan kedua hari ini.  Selalunya dia yang akan coolkan saya, tapi kali ini saya yang coolkan dia.

Bukan saya tak sedih.  Sedih sangat..tapi setiap hari saya akan berkata yang Allah berikan yang terbaik untuk hamba-Nya.  Mungkin dengan kata-kata itu buat saya ok.

Kitaorg bersedih 2 hari tu (Sabtu dan Ahad).  Hari Isnin, kitaorng pun meninggalkan kesedihan itu dirumah.  Dua2 kembali ke ofis dengan kerja yang menggunung.  Encik B busy dengan dateline ofis dia yang menggila tu.  Dan hari semalam, saya call nurse doctor bagitau yang saya dah period. Semalam jugak saya dah bagitau mak dan ayah saya.  Alhamdullillah, saya tenang sewaktu bagitahu diaorg tu. Sebak jer..tapi tak menangis. Dan sesiapa yang bertanya di ofis (sbb ada yang tahu saya cuti panjang) saya dengan tenang bagitahu yang saya gagal.  Diaorg semua bagi good support.

Kalo ikut hati, rasanya period kali ini dah nak buat FET (Frozen Embryo Transfer).  Tapinya doc dah bagitau kat Encik B, jika gagal dia minta saya rest untuk 3 kali cycle sebelum teruskan treatment.  Ok doc. 

Ujian Allah akan buat kita kuat.  Dan akan jadi lebih kuat apabila pergantungan kita sepenuhnya kepada Allah.

Terima kasih atas doa dan sokongan kawan2 di alam maya ini.  Terima kasih juga atas kisah, pengalaman dan cerita daripada kawan2..kerana daripada pengalaman orang lain, saya rasa apa yang saya tempoh ini tidaklah seteruk mana.  Ada orang lagi hebat dugaan dan lagi hebat cabarannya dan lagi kuat semangatnya.  Saya doakan semoga kita semua akan beroleh kebahagian di dunia dan di akhirat kelak.  Kepada TTC'ian semua, berusahalah dan jangan putus asa. 

Tamat sudah, perjalanan IVF/ICSI saya untuk kali pertama.  Pengalaman yang sangat berharga dan tidak ternilai. Lepas ni saya dan Encik B akan mulakan perjalanan yang baru.

Sekian, Wasssalam.





Tuesday 18 November 2014

#IVF/ICSIJourney :: Kos Keseluruhan IVF/ICSI/ET/FE

Assalam..

Sebenarnya saya sendiri belum kira kos keseluruhan lagi.  So sambil buat entry ni, tgk resit dan tekan calculator.  Yang saya tahu, saving yang diperuntukan untuk tujuan ini habis digunakan.
  1. #IVF/ICSIJourney :: Start cucuk & Ujian SST - RM 534.50 + RM 228.00 = RM762.50 (Kos termasuk ubat buserelin 2 botol, folic acid, ujian darah, ultrasound dan ujian survival sperm test (sst))
  2. #IVF/ICSIJourney : Appointment 2 - RM2,836.10 (kos termasuk ubat puregon 6 box, ujian darah, ultrasound) 

  3. #IVF/ICSIJourney :: Ultrasound 1 -  RM497.10 (kos termasuk ubat puregon 1 box dan ultrasound)

  4. #IVF/ICSIJourney :: Ultrasound 2 - RM83.90 (kos termasuk ubat pregnyl, urine test dan ultrasound)

  5. #IVF/ICSIJourney :: OPU & #IVF/ICSIJourney :: Fertilization / Persenyawaan - RM4,077.60 (termasuk OPU(RM1,500), ICSI (RM2,500), ubat crinone (progesterone gel))

  6.  #IVF/ICSIJourney :: Embryo Transfer & Frozen Embryo - RM1,091.80 (termasuk ET(RM500), Embryo Freezing (RM500) dan ubat Duphaston)

Maka setakat hari ini, kos keseluruhan adalah RM9,349.00.  Kos ini belum termasuk ujian darah Beta Hcg dan lain-lain kos selepas ini.  Kos ini adalah di klinik LPPKN.  Mgkn kos ini tidak boleh dibandingkan dengan kos di hospital swasta.  LPPKN adalah agensi kerajaan yang mana sebahagian kos mgkn disubsidi oleh kerajaan.  

Kos juga akan berbeza diantara pesakit bergantung kepada ubat yang digunakan.

Takde niat nak menunjuk ke apa. Cuma untuk rujukan kepada sesiapa yang ingin mencuba ivf di LPPKN.  Blh bajet wang yang perlu dibawa setiap kali berjumpa doktor.  Di LPPKN boleh guna kad kredit bagi pembayaran yang melebihi RM100.  Untuk OPU, nurse akan beritahu jumlah wang yang perlu dibawa.  Masa appointment untuk ambil ubat puregon tu mmg tiada siapa beritahu kos ubat.  Masa tu pandai2 bajet sendiri.

Sejujurnya kebanyakan pembayaran saya guna kad kredit.  Lebih selamat daripada nak membawa duit yang banyak.  Bajet untuk rawatan ini saya simpan di dalam saving account.  Bila dah caj kad kredit, beberapa hari lepas tu saya bayar.  Ini cara saya.  Mgkn ada cara yang lebih baik dari itu boleh dikongsi bersama.  

Ok. Setakat ini je la. Hari ni dah catat rekod paling byk entry.  Tak pernah terjadi sepanjang menaip blog ni..hihi.  

Wassalam.

#IVF/ICSIJourney :: Embryo Transfer & Frozen Embryo

Assalam..

Cuba nak khatam cerita-cerita pasal IVF ni sblm cerita keputusannya.  Keputusannya sudah ada ditangan saya..tunggu nak umum jer.  Cehh..cam menang anugerah jer..hihi. 

Ok, pasal ET..mmg tak mau cerita panjang.  Ada kejadian yang tak best berlaku dan rasa paling teruk.  Dalam banyak2 prosedur IVF ni, saya rasa ET la part paling sukar bagi saya.  Walaupun nurse tu kata prosedur ni takde pe..tapi itu pada dia. Pada saya lain. Cerita ngeri buat saya..huhu.

Prosedur ET pada kul 9 pagi.  Nurse suh datang sejam awal untuk persediaan.  Untuk ET, pesakit kena full bladder. Untuk tujuan scan dan nmpk embryo tu dipindahkan.  Sebelum prosedur, doc bagi tgk embryo yang akan ditransfer.  Comel kecik jer..dan 8 cell.  Gambor takde..sbb tgk dr mikroskop bilik makmal. 

Prosedur ET ni sekejap jer.  Dan sejujurnya sy tak nmpk apa pun pada screen walaupun nurse tu tunjuk.  Kepala saya mmg tak boleh fokus masa tu.  Bertambah pula dengan airmata yang laju jer keluar mengenangkan kejadian yang ntah apa2 tu.  Bila dah transfer, nurse suh rest dalam 30 minit atas katil.  Prosedur ni dibuat di dalam bilik OT.  

Lepas pada tu, tukar baju, buat bayaran dan boleh balik.  Alhamdullilah perjalanan pulang ke rumah ok..sbb hari sabtu..kenderaan tak banyak.

Doc beri ubat duphaston untuk tempoh 17 hari.  Ujian darah Beta Hcg pada 21/11/2014 dan 24/11/2014 iaitu 2 minggu selepas ET dengan syarat belum period.

Frozen Embryo

Untuk ET, doc ambil embryo dari batch no. 1.  Hanya ada 1 sahaja embryo yang ok.  Bagi batch no. 2 ada 5 yang disenyawakan.  Semalam doc bagitahu ada 2 yang ok.  Pagi sebelum ET, ada pegawai makmal bagitahu ada 3 yang ok.  Dan bila saya masuk bilik makmal untuk tgk embryo yang akan ditransfer..doc bagitahu ada 4 yang telah dibekukan.  Semua berkembang jadi 4 cell.  Mmg terkejut sgt.  

Masa tu doc bagitahu saya, awak bersalin yang ni cepat2..lepas setahun kita pindah yang dibekukan ni.  Saya pun jawab, yang ni belum tentu lagi jadi.  

Maka ada 4 frozen embryos.  Syukur sangat.  Sebelum nak dibekukan, klinik akan sediakan surat perjanjian 2 salinan yang ditandatangani oleh isteri, suami dan doktor.  1 salinan klinik simpan dan 1 lagi simpan kita.  Pegawai makmal tu kata, jika berlaku pembubaran kepada perkahwinan dan kematian kena beritahu klinik untuk lupuskan frozen embryo tu.  Embryo akan disimpan sehingga 5 tahun sebelum dilupuskan.  Dalam surat perjanjian tu, diberi pilihan sama ada untuk dilupuskan atau diberi untuk tujuan penyelidikan.  Kitaorg pilih dilupuskan dan diberikan untuk tujuan penyelidikan.

Kos untuk simpanan ini adalah RM500 setahun. Untuk hari tersebut, kitaorg dah bayar untuk setahun.

Nnt saya sambung dengan kos keseluruhan rawatan.  Ini bukan untuk tujuan apa2..cuma perkongsian untuk yang mencari info.  Kos keseluruhan tidak akan sama antara pesakit bergantung kepada jenis ubat yang diambil dan dos yang digunakan sepanjang tempoh stimulation.

Ok..wassalam.

#IVF/ICSIJourney :: Fertilization / Persenyawaan

Assalam..

Tengok tajuk entry rasa cam dalam kelas sains pulak.  Dulu belajar subjek ni masa tingkatan 3.  Pastu dalam kelas malu2.  Budak2 lelaki dok pandang budak perempuan.  Ntah kenapa la diaorang ni.  Mujur kelas tak havoc masa belajar subjek ni sbb cikgu sains time tu garang giler.

Melalui saat sebegini, begitu kagum dengan kejadian dan penciptaan manusia.  Hebatnya Allah..mencipta manusia dari benih2 yang sngt2 halus.  Lepas tu membesar dengan dilengkapi pelbagai anggota yang hebat2.  Subhanallah.

Ok, masa OPU doc bagitau ada 8 telur yang diambil.  Itu jer doc bgtau. Doc kata akan call esok hari.

06/11/2014 bersamaan hari Khamis. Adalah hari lahir sy yg ke 30an++..dah tua betul. Pagi tu mmg takde apa plan pun. Lepas breakfast bgtau kat Encik B nak blk kg nak celebrate birthday ngan mak ayah. Blk dr breakfast terus pack kain baju. Tunggu kul 10am utk insert ubat pastu balik kg. OTW balik kg tu mak, ayah dan adik2 call wish birthday. Semua tanya buat apa hari ni. Sy jawab gi jalan2. Padahal gi jalan blk kg. bila smpi kat kg semua org terkejut...surprise!!!!

Tunggu doc call rasa cam menunggu bulan jatuh ke riba. Handphone kat tgn jer. Punya la risau. Doc call kul 3 pm. Call sy tak dpt..call handphone Encik B. Berdebar giler time ni. Doc bgtau daripada 8 telur yang diambil..hanya 2 sahaja yang gred 3..yang lain tu gred lg lower. Sedih. Untuk hari semalam (05/11/2014) hanya ada 3 sahaja yang matang dan telah disenyawakan. Daripada 3 tu, hanya 1 sahaja yang ok.  Lagi 2 tak ok. Sedih jugak bila dengar berita cam ni.  Tapi hati dah redha jer.

Doc sambung lagi..yang lagi 5 tu, makmal tgk hari ni telur2 matang dan pagi tadi telah disenyawakan.  So result dia esok baru tahu.  Awak ada 2 batch telur yang disenyawakan. Doc akan call semula esok bagi tahu perkembangan terkini dan bila tarikh ET.

Bila dengar tu, hati rasa berbunga kembali.  Yang dirisaukan telah beransur kurang.  Dalam hati Alhamdullillah semua telur yang diambil disenyawakan.  Bermakna semua telur tu ada benih. Alhamdullillah syukur sangat. 

Petang tu Encik B belikan kek aiskrim dan malam tu gi makan2 ngan family meraikan hari lahir orang tua...hihi 

07/11/2014 bersamaan hari Jumaat. Doc call dalam kul 3 lebih. Masa tu kitaorg dah nak balik ke shah alam. Doc bagitahu batch 1 hanya 1 sahaja yang ok dan akan di transfer esok hari.  Manakala batch 2, setakat pagi tadi ada 2 yang ok.  Jika ada embryo yg ok dr batch 2, doc cadang untuk dibekukan.  

Prosedur ET akan dibuat pada 08/11/2014 bersamaan hari sabtu.  Transfer pada Day-3 / 8 cell. Klinik dibuka khas utk kes saya seorang.  Terharu jugak dan rasa cam menyusahkan semua orang jer..

Ok. Nnt kita sambung pasal Embryo Transfer (ET) dan Frozen Embryo. 

Wassalam..

Monday 17 November 2014

#IVF/ICSIJourney :: OPU

Assalam..

Sambung ngan OPU lak pada 05/11/2014 bersamaan hari Rabu.

Pepagi buta saya dan Encik B bgn. Lepas jer subuh nak gerak ke LPPKN.  Pagi tu kitaorg solat subuh berjemaah dan Encik B memanjangkan doa nyer.  Serius masa tu sayu sgt.  Saya rasa sesiapa yang melalui fasa ini, akan merasa apa yang saya rasa. Lepas doa, kitaorg salam dan peluk untuk memberi semangat masing2. Time tu airmata pun murah sgt. Laju jer mengalir.

Untuk OPU, saya kena puasa bermula dari jam 12 tengah malam. Kitaorg smpi di Bangunan Mara (kitaorg mmg parking disitu..murah dan dekat nak gi LPPKN) dalam kul 7 pagi. Teman Encik B breakfast. So sy tengok jer la.

Selain daripada kena puasa dr kul 12 tengah malam, untuk pesakit tak boleh memakai sebarang wangian (perfume/deodorant tidak dibenarkan), barang kemas tak boleh pakai, pakai pakaian yang longgar dan tidak memakai kasut bertumit.  Mesti datang dengan waris (of course dengan suami).  

Sesungguhnya kasut yang saya ada semua bertumit walaupun tak tinggi. Nak beli sandal baru mmg tak sempat.  Dalam hati nak pakai kasut sport jer.  Mujur keluar rumah pagi tu ternampak crocs buruk. Sarung jer la.  Lantak pakai crocs ngan jubah..bukan ada orang nak pandang pun..hihi.  Janji kasut flat.

Bila smpi klinik, nurse tanya soalan2 untuk operation. Encik B sign borang.  Bila dah selesai, nurse hantar ke bilik operation di tingkat 7. Ada day ward.  Nurse suruh salin baju dan tunggu doc datang.  Sblm doc dtg, ada pegawai makmal / embryologist datang bagi penerangan yang berkenaan IVF/ICSI.  

Untuk hari tersebut, hanya ada 1 kes OPU sahaja iaitu kes saya.  Dalam 8.45 am, sy dah masuk bilik OT. Doc anesthetic nak cucuk utk drip.  Biasa orang gemuk mmg susah nak jumpa urat. Mula2 dia cucuk sebelah kiri..tak jumpa. Cucuk pulak sebelah kanan.  Agak sakit. Tapi ok la.  Bila dah inject ubat..lalai dan terus zzzzz tak sedar dunia.

Sedar2 dah atas katil kat day ward mamai2.  Rasa sgt dahaga dan sgt sejuk jer.  Nurse dah selimutkan saya 2 lapis. Rasa time tu dalam kul 10.  Betul2 sedar dalam kul 11 lebih pagi then nurse sediakan milo  dan biskut.  Sy time tu nak air masak jer. 

Dalam kul 12, Encik B kena prepare untuk prosedur pengumpulan sperm.  Dia settle dlm kul 1.  Dia gi makan dan gi mandi sbb nak solat.  Saya rest jer dlm ward tunggu doc smpi. Nak tggu balik rumah baru mandi harus dah habis zuhur.  Bila dia dah settle, sama2 menunggu dalam ward tu. 

Doc datang dalam kul 2.45pm untuk review.  Doc bagitau ada 8 telur yang diambil.  Masa tu terkejut jugak, cam ne boleh bertambah 1 ni. Hari tu scan ada 7 je.  So doc akan call esok bagi tau status dan bila tarikh untuk transfer.  Lepas pada tu, siap2 balik. Doc bagi MC 1 minggu sahaja untuk saya dan MC 1 hari untuk Encik B.  Encik B buat bayaran dan ambil ubat, sy gi solat zuhur. Walaupun kepala miong2, solat kena buat jugak.

Balik rumah berehat.  So far, pada saya OPU tu ok jer.  Alhamdullilah saya tak perlu makan ubat tahan sakit. Selepas hari OPU, saya dengan senang hati boleh balik kg..untuk celebrate birthday saya. Cuma lepas operation ada rasa cam bloated jer. Tapi rasa itu hilang pada petang tu. 

Ok. Nnt kita sambung part fertilization/persenyawaan.   


#IVF/ICSIJourney :: Ultrasound 2

Assalam semua..

Hari ni dah masuk ofis.  Fuhh..lemau jer rasanya. 2 minggu bercuti. Seronok jer dok makan tidur kat rumah. Bila dah lemau, cuba la nak habiskan update pasal ivf ni.  Kiranya entry ni throwback cerita 2 minggu lepas..huhu.  

Saje nak buat entry ni, untuk simpanan peribadi.  Kekadang tu bila time bosan2 baca balik kisah2 perjuangan ttc ni..akan menaikan semangat sendiri.  Terkadang, kagum ngan diri sendiri..kuat jugak aku time ni..perasan sungguh. 

03/11/2014 (Isnin)

Lepas ultrasound 1, hanya ada 2 sahaja telur yang melebihi 18mm dan ada 2 telur yang berpotensi untuk besar. So doc minta untuk sambung ubat selama 3 hari lagi.  Hari isnin pagi dah pegi ke klinik.  Datang awal..ambil nombor cepat sbb nak balik cepat..hihi.  Tapi doc datang pun dalam kul 9 lbh.  Mgkn sblm tu doc ada buat prosedur kat tingkat lain. 

Ultrasound kali ni, Alhamdullilah ok.  Ketebalan rahim 11mm dan yang agak mengejutkan ada 7 biji telur yang melebihi 18mm.  Ya Allah masa tgh scan..senyum jer.  Ok la..daripada 4 sahaja yang dijangka.  Tetapi dalam pada tu ada 2 biji telur yang bersaiz 27mm.  Gila besar.  Masa tu saya tanya doc, ada kemungkinan tak sy akan ovulate sblm OPU.  Doc kata ada. Masa tu berdoa jer semua ok sehingga ke hari OPU.

Bila dah siap scan. Doc tetapkan tarikh untuk OPU iaitu pada 05/11/2014 (Rabu) jam 8.30am.  Mlm tu pada pukul 10 pm saya kena suntik pregnyl.  Dalam pada saya suka sbb bilangan telur tu banyak, doc boleh bagitau sy ada patient dia ada 20 biji telur tapi tak boleh disenyawakan sbb tiada benih.  Masa tu jugak sy berdoa moga telur sy yg sedikit ni adalah benih di dalamnya.  Kalo tak kira tak boleh nak proceed.  Lepas settle ngan doc. Beli ubat dan buat pembayaran. So lepas tu kena jumpa nurse.

So masa ni nurse akan terangkan lebih detail apa yang kena buat. Ada beberapa dokumen kena sign. Sbb prosedur OPU akan dibius sepenuhnya.  Kepada yang pernah melalui operation akan tahu ada beberapa form yang kena sign. Nurse ambil berat badan, tekanan darah dan juga air kencing. Semua tu untuk persediaan OPU.  Ada 1 form berkenaan dengan IVF, perlu disign oleh suami dan isteri.  Oleh kerana saya datang sorang, maka saya sign dulu. Encik B sign pada hari OPU.

Agak lama jugak utk urusan hari tersebut. Sy keluar dr klinik dlm 11 lbh pagi. Balik ofis sambung kerja.  Sbb hari selasa dan rabu ada conference di KLCC.  Pergi conference hari selasa jer. Rabu dah OPU dan bersambung dgn MC seminggu. Siapkan kerja yang penting2, dah tau tak akan dtg ofis 2 minggu..hihi.

Ok..sambung dengan OPU lak.

Wassalam. 

Wednesday 12 November 2014

#IVF/ICSIJourney :: Selesai..fasa 2ww

Assalam semua.

Maaf lama tak update. Masa betul2 padat. Ingat lepas ultrasound hr isnin nak update (minggu lps). Tapi balik dr klinik terus fokus ngan kerja. Selasa pergi conference. Rabu OPU. Khamis balik kg. Jumaat blk shah alam.  Sabtu hari ET. Ahad smpi selasa ada makcik datang rumah. So hari ni baru lapang sikit..

Alhamdullilah, saya selamat menjalani ET pada hari sabtu.  Walaupun berlaku kejadian yang tak best tapi sy redha jer. Kesian doc dan nurse yg datang kerja hari sabtu semata2 utk buat kes saya. Pastu cam2 hal. Tak sanggup nak story kat sini. Biarlah jadi ingatan saya da suami jer. 

Hanya 1 embryo yang di transfer ke rahim saya. Ok..itu jer rezeki sy pada cycle kali ini. Harap ia membesar menjadi zuriat yg soleh. Skrg dlm tempoh berehat. MC doc bg 7 hari dr tarikh OPU. So smlm last MC. Hari ni cuti sendiri..hihi smpi jumaat. Lantak la ofis tu..haha.

Lepas ET, sy berehat di tingkat bawah jer. Smpi skrg blm cuba naik tangga. Bergerak pun dlm rumah jer. 3 hari jugak solat duduk kat kerusi. Baru smlm solat cam biasa. Bila nak sujud kn betul2 slow. Sbb kat area ari2 rs cramping. Bila nak bangun dr sujud pun slow2. Tak nak bg tekanan pd perut.  Bed rest jugak, tapi tak 24jam. Pindah2 jugak tempat baring. Kadang2 kat bilik, kadang2 kat sofa dpn tv, kadang2 berlunjur letak bean bag kat kaki. 

Sekarang syok jer dok berehat sbb ada muhammad alif kat rumah. Umie dia nak prepare barang bawak balik arab. Muhammad alif pun akan balik dgn umie dia. Passport, visa semua dah ready. 

Ujian Beta HCG pada 21/11/2014 dan 24/11/2014. Kira2 dua mggu lepas ET. Harap semua ok...

Wassalam.

Friday 31 October 2014

#IVF/ICSIJourney :: Ultrasound 1

Assalam,

Pagi tadi gi scan untuk kali pertama selepas mengambil injection selama 11 hari. Result agak mengecewakan. Hanya ada 2 telur yang berukuran melebihi 20mm dan 2 telur lagi dalam ukuran 15mm-16mm.

Berdasarkan appointment yg lepas doc nak lebih kurang 10 - 12 telur.  Ini adalah untuk memberikan peluang berjaya tu tinggi.  Tapi dah cam ni, doc minta sambung lagi injection utk 3 hari lagi dan hari isnin datang semula untuk scan.   Doc berharap 2 telur lg itu membesar dan tidak berlaku ovulation.

Respond ubat kali ini sama jer seperti buat IUI. Doc dah pening. Sbb dos dah sekali ganda tinggi daripada last IUI tetapi result tak ok.

Masa kat klinik saya ok jer.  Tapi bila dah sampai ofis, saya gi solat dhuha..dalam solat saya dah berjurai.  Tak tahu cam ne nak describe perasaan pada masa tu dan pada saat sekarang.  Bertawakal sahaja.

Lepas solat saya whatsapp jer kat Encik B.  Mujur dia ok dan sangat memberi sokongan padu. 

Berdoa, berdoa dan terus berdoa semoga perjalanan ini dipermudahkan.  Sentiasa ingat Allah akan memberikan yang paling baik untuk hamba-Nya.

Sekian.

Wassalam


Thursday 23 October 2014

#IVF/ICSIJourney : Appointment 2

Assalam semua..

Mesti ramai yang cuti hari ni.  Cuti sambung sbb smlm dah cuti deepavali.  Saya keje seperti biasa walaupun badan tak berapa sihat. Tak tahu side effect ubat atau salah makan. 

20/10/2014 appointment dan review doc.  Seblm tu Encik B dah buat test SST. Dan pagi tu saya kena ambil darah untuk cek hormon estrogen. 

Kesimpulannya daripada perjumpaan dengan doc tu :-

  • Period saya datang pada 19/10/2014. Lewat 3 hari daripada jangkaan biasa. Masa appointment tu dianggap CD2.
  • Result SST Encik B agak kurang memberangsangkan.  Dalam report tu mmg dicadangkan utk ICSI.  Encik B agak sedih pasal perkara tu..tapi saya kata dia ok. Result tu ada kaitan dengan kegagalan IUI yang lepas2.
  • Result hormon saya, doc kata ok.
  • Bermula 20/10/2014, saya kena ambil 2 suntikan. Buserelin 0.3ml dan Puregon 200iu setiap 24 jam selama 11 hari.
  • Selain suntikan, acid folic kena ambil setiap hari.
  • Next appointment pada 31/10/2014 untuk ultrasound.  Jika semua ok..OPU pada 3/11/2014 dan ET pada 6/11/2014.

Pada 21/10/2014, maknanya baru ambil 1 dos suntikan puregon, saya demam. Suhu badan dlm 37.8 - 38.5 darjah celcius.  Agak tinggi. Nak makan panadol takut ada side effect lain. Badan cuma panas, tiada selsema dan batuk.  Hari semalam (cuti deepavali) saya mandi dengan basuh kepala dan minum banyak air.  Alhamdullilah, malam tu normal.  Cuma skrg perut mengalami ci**t-bi**t yang agak teruk.  Skrg ni agak lembik jugak sbb masalah itu.  Jap lagi nak gi klinik.

Sabtu lepas, 18/10/2014 balik kg sebab kenduri aqiqah Muhammad Alif.  Disebabkan semua anak dan menantu ayah ada, maka ayah adakan sessi taklimat aka luahan perasaan.  So dikesempatan itu, saya pun bagitau kat semua berkenaan dengan treatment IVF ni. Saya tak nak apa2..cuma doa dan support sahaja dari semua orang.  Touching pulak masa bagitau tu.  Mujur la ada cik misi yang tolong explain. Ayah ok je..Mak cam susah hati sikit.  Tapi mak mmg tak berani nak tanya saya..

Pada saat ini, saya harap saya kuat dan saya redha.  Doc ada bagitau, part paling kritikal adalah selepas ET yang mana telur yang disenyawakan itu melekat pada dinding rahim.  Doc kata, pada saat itu, tidak ada kaedah perubatan yang boleh kawal.  Bermakna itu semua ketentuan Allah.  Ada banyak kemungkinan yang akan berlaku, tetapi pergantungan hanya pada Allah untuk mempermudahkan urusan dan memakbulkan doa hamba-Nya ini.  Kerana setiap yang berlaku di dalam pengetahuan-Nya.  

Sekian. Wassalam

Tuesday 14 October 2014

#IVF/ICSIJourney :: Start cucuk & Ujian SST

Assalam semua..

Cepat sungguh masa berlalu. Hari ini sudah hampir ke pertengahan bulan Oktober. 

Hari tu dok citer pasal excited nak jadi mama long.  Dengan rasminya baby alif selamat dilahirkan pada 11 Oktober 2014 jam 10.25am.  Baby alif lahir pada hari sama kelahiran umi dia aka cik misi.  Dengan berat 4.15kg dan panjang 51cm.  Baby alif lahir secara czer kerana baby alif sgt besar dah sihat (masa scan sblm bersalin anggaran berat baby 4.5kg).  Sekarang baby alif sedang berehat di kampung.  Mama long tak dapat cuti lama2 untuk gomol2 baby alif.

Ok sekarang nak story pasal bakal sepupu baby alif...Insya Allah. Pada kul 8.00pm, 11 Oktober 2014 tu hari yang sama kelahiran baby alif, saya pun start suntikan ubat Buserelin sebanyak 0.5ml.  Sehingga malam td, dah 3 kali suntikan.  Sebenarnya saya ada masalah dengan suntikan ini, bila lepas suntik..ditempat suntik akan jadi cam gegata. Seperti kena gigit ngan ulat bulu.  Merah dan timbul.  Dalam 2 - 3 jam lepas tu dia akan surut.  Pd hari pertama suntikan, ingat ia adalah disebabkan oleh salah teknik suntik.  Hari kedua ok sikit. Timbul sikit kesan gegata tu. Tapi hari semalam akan besar kesan gegata tu.  Ingat petang ini nak call klinik tanya apsal jadi cam tu.  Ada tak sesiapa yang pernah terkena kesan sebegitu rupa?  Side effect lain masih belum terasa lagi..

Semalam, 13 Oktober 2014 adalah ujian SST dan ambil ujian darah untuk Encik B.  Dengan agak kejam saya suh dia gi klinik sorang2.  Saya bagi kad appointment saya jer.  Ye la selama ni saya gi sorang takde hal pun. Sbb appointment kali ni mmg untuk Encik B sahaja.  Apa dia buat kat klinik smlm tu takde distory detail.  Yg dibagitau, proses sama spt bagi sperm utk IUI. Pastu nurse ambik darah pastu dia gi bangunan Mara makan. Kos untuk 2 prosedur tu RM238. Next appointment adalah pada 20 Oktober 2014.  

Setakat hari ini belum rasa apa2 sgt.  Entah la mgkn tgh byk fikir benda lain.  Berharap sgt segala proses ini berjalan dengan lancar.  Dan setakat hari ni, saya belum bagitahu kat mak ayah saya lagi.  Even kat keluarga mertua.  Yg tahu cuma adik saya.  Tggu la lepas appointment 20 Okt 2014 ni baru nak bgtahu.  Bukan apa, mak saya tu jenis cepat susah hati..memikir bukan2.  Lagi cepat bagitahu lagi cepat dia runsing.  Baik diam dulu hingga doc cakap pe.

Sekian. Wassalam.

Update : Berkenaan dengan gegata lepas suntik buserlin, doc kata kulit saya alah pada alcohol swab.  Doc suh cari non alcohol swab.  Saya cuba jugak cari di farmasi tetapi tidak berjumpa.  So far, kesan gegata itu akan timbul lepas suntik tapi akan hilang dalam 2 - 3 jam lepas tu..  

Tuesday 30 September 2014

Hari Terakhir..

Assalam..

Hari ni bukan main rajin menaip.  Sebenarnya..saya tengah menunggu email dari orang nak proceed kerja yang masih tertangguh alasan.

Hari ni adalah hari terakhir sy bertugas di gred XX.  Esok, Insya Allah saya akan melapor diri utk gred YY.  Dalam istilah lain, naik pangkat.  Alhamdullilah, rezeki Allah. Bukan hanya rezeki yang bertambah, kerja dan tanggungjawab makin bertambah.

Sejujurnya, saya belum bersedia untuk kenaikan pangkat. Tak bersedia dari segi tugas/kerja. Masih belum terror mana pun.  Baru jer berkhidmat 6 tahun, 11 bulan di gred sekarang ni.  Bila naik pangkat ni, bos atau pun org sekeliling akan mengharapkan output kerja akan lebih cemerlang setanding dengan jawatan yang disandang. Itu yang paling ditakuti. Harap semua ok la..

Esok kena menghadap bos, melapor diri. Sebenarnya dah lapor diri masa dapat surat. Tapi lapor diri yang itu tak official. Sok yang sebetulnya.  Rasanya, saya akan terus menjalankan tugas yang sedia ada dan beberapa tambahan kerja baru.  Kalo ikut hati dah tak lalu nak buat penyata kewangan dan bajet ni..nak gak merasa buat benda lain. Tapi cam takde harapan jer. Ikut suka hati bos la..janji saya dapat gaji. 

Ok. Wassalam

#IVF/ICSIJourney :: Appointment 1

Assalam..

Hari terakhir bulan september. Serius rasa masa bergerak sangat la laju.  Rasa laju tu sebabnya bulan ini sibuk dengan penyediaan bajet 2015.  Tak sabar nak tunggu hari jumaat ini. Last day tuk miting bajet..lepas tu submit then boleh la fokus ivf dan sambutan hari raya haji.

21/09/2014 adalah kali pertama appoinment utk ivf.  Pada hari tersebut adalah D5. Asalnya appointmen kul 2.30pm, diawalkan ke kul 10.30am.  Nurse doc call sehari sebelum tu.  Mujur tidak bertindan dengan mana2 mesyuarat atau perbincangan. 

Bila jumpa doc, pertamanya doc flash back perjumpaan kitaorg pada bulan 5.  So doc tanya, nak buat ivf/icsi atau nak try IUI lg.  Sy jawab nak proceed dengan ivf/icsi.  Bila keputusan begitu..doc mula draf chart untuk ubat, prosedur dan next appointment.

Masa doc explain kat klinik faham jer..bila balik rumah nak explain kat Encik B..terkial2. Lama jugak nak bagi faham.
Serius, ingat datang appointment hari tu jumpa doc..doc terang apa nak buat pastu ambik ubat dah boleh balik.  Rupa2 dah ada prosedur kena buat.  Lepas doc dah terang2 apa yang akan terjadi 2 bulan ni (Okt/Nov) doc nak scan.  So prepare untuk scan.  Sblm scan doc ada buat prosedur utk ukur pjg rahim.  Saya tak pernah baca pasal ni.  Prosedur ni agak sakit..rasa spt buat HSG. Senak skit. Pastu doc scan spt biasa utk check ketebalan uterus dan ovary.

Untuk fasa pertama ini, doc bagi ubat Buserelin bermula pada 11/10/2014 sehingga next appointment pada 20/10/2014. Ubat kena inject 0.5ml setiap 24 jam.  So kalo inject kul 8pm..next day kul 8pm.  Begitulah seterusnya. 

Inilah ubatnya. 2 botol.

perkakas untuk injection.

Last part utk hari tu..kena ambil darah. Untuk HIV dan tak ingat lagi 1.  Prosedur ini adalah untuk kedua2 suami dan isteri.  Disebabkan saya gi sorang..saya buat dulu. Suami saya akan buat pada next appointment.

Appointment berikutnya pada 13/10/2014 untuk Encik B sahaja.  Selain ambil darah, dia kena bagi semen untuk ujian SST.  Saya tak sure, hospital lain ada buat ujian ini ke tidak. Appointment berikutnya, adalah pada 20/10/2014.  Pagi tu saya kena ambil darah utk ujian hormon. Then kul 2.00pm jumpa doc untuk review berkenaan step berikutnya.  

Doc dah bagi jangkaan untuk OPU iaitu pada 03/11/2014.  Tetapi perjumpaan pada 20/10/2014 penentunya tarikh sebenar. 

Setiap usaha itu pasti ada dugaan.  Dugaan pertama yang tak berapa nak besar adalah saya tak dibenarkan untuk bercuti selama 28 hari sepanjang bulan Oktober 2014.  Ini adalah kerana saya di dalam tempoh pemangkuan bermula 01/10/2014.  Pening jugak memikir appointment pada 20/10/2014.  Sbb pagi tu kena gi ambil darah. Kul 2 nak gi jumpa doc.  Ofis ngan LPPKN agak jauh gak. Nak berulang alik tu agak terbeban jugak la. Tgk la camne nnt. 

Untuk appointment hari tersebut, kos adalah RM534.50.  Ini termasuk ubat, scan dan ujian darah.

Harap semua berjalan dengan lancarnya..

Wassalam.




Friday 26 September 2014

#IVF/ICSIJourney :: Dimana??

Assalam semua..

Salam Jumaat dan salam zulhijjah untuk semua.  Dah tak lama jer lagi nak raya haji.  Tapi tahun ini raya haji hanya di rumah sendiri. Encik B ada kelas yek pada hari raya tu. Kesian kat dia..dan kesian jugak kat saya yang kena raya sorang2..huhu. Tapi tak pe..nnt saya gi la raya rumah jiran2 saya (buat muka tak malu dan sedih..hihi)

So, ini nak sambung citer pasal ivf.  Ada yang bertanya buat IVF dimana? IVF kali pertama ini saya buat di LPPKN dengan Doc Ghafar. Doc yg sama semasa prosedur IUI sebelum ini. Sebenarnya, saya dan Encik B berbelah bahagi juga pasal doc dan tempat nak buat IVF.  Ye la, duit yang ada bukan la byk sgt..duit yang akan guna banyak..nak mengumpul tu bukan la dengan sekelip mata boleh cukup dana. So pemilihan pusat IVF dan doc ni antara yg diberi perhatian.  

Ada satu hari, saya terbaca entry kat blog Dr Adilah berkenaan forum IVF di Hospital Pantai.  Forum itu diadakan pada 13 September 2014. 

sumber gambar daripada blog Dr Adilah

Lepas jer baca saya pun call, book tempat untuk datang dengar.  Tujuan datang forum tu nak dapatkan input dr doktor sendiri.  Cadang nak datang ngan Encik B. Atleast Encik B tau la apa yang akan terjadi waktu IVF nnt. 

Bila tiba hari kejadian, Encik B tak boleh ikut sebab kena gi kelas. Nak suh ponteng pun tak dapat. So saya gi la sorang2.  Forum tu dalam tempoh sejam lebih sahaja.  Doc pun cerita prosedur IVF di hospital pantai dan cerita2 pesakit ivf yang telah berjaya.  

Masa dengar forum tu saya dah berbelah bahagi antara LPPKN dan Hospital Pantai.  Kedua-dua ada pro dan cons.  Bila balik rumah cerita la kat Encik B.  Minta pandangan dia samada nak buat kat LPPKN atau Hosp Pantai.  Pada dia, mana2 pun tak kisah.  Dia suh saya tanya dulu pasal hosp pantai dan Doc Adilah.  Maka saya contact sweet tooth untuk dapatkan info yang berkaitan.

Bila dalam situasi sebegini, ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.  Macam2. Nak taip kat sini, tak terluah.  Dah dapat info skit, kami berbincang semula.  Tambah  tolak darab bahagi...akhirnya saya dan Encik B membuat keputusan untuk teruskan rawatan dan prosedur IVF di LPPKN. 

Alasan utama saya masih meneruskan rawatan IVF di LPPKN kerana doc dah tahu ubat apa yang sesuai dengan saya.  Segala rekod perubatan saya dan suami semua dah ada.  Maka lebih senang untuk teruskan di sini sahaja.  Mungkin dari segi rekod kejayaan tidak dinyatakan tetapi saya yakin ada yang terbaik untuk kami disitu.

Pelbagai cadangan dan pandangan orang bagi yang kami ambilkira.  Tetapi keputusan antara kami adalah lebih penting dan utama.  

Appointment pertama untuk IVF pada 25 September 2014.  Nnt saya story di entry yang lain. 

Untuk pengetahuan, kos ivf akan berbeza antara seseorang.  Di pantai kos prosedur IVF beharga RM11 ribu +- , tidak termasuk ubat, ujian darah, scan dan lain-lain.  So kos keseluruhan lebih kurang RM16 ribu +- tidak tidak melebihi RM20 ribu +-.  Di LPPKN juga sama, kos untuk prosedur jugak dlm RM9 ribu+- dan mungkin lebih. Kos termasuk ubat, ujian darah dan scan. Maka untuk persediaan kena sediakan lebih kurang RM20,000.  Kos ubat adalah tidak sama antara seseorang kerana keperluan ubat adalah bergantung dos yang digunakan untuk stimulate telur.

Ok smpi kat sini jer dulu..

Wassalam.



    


Monday 22 September 2014

#IVF/ICSIJourney

Assalam semua..

Dah lama betul tak citer pasal TTC. Ini baru nak buka citer semula..

Last IUI adalah pada bulan Oktober 2013. Resultnya adalah tidak berjaya. Walaupun mempunyai 4 biji telur yang agak baik. Belum rezeki.  Masa sy buat treatment di LPPKN, doc bagi sy percubaan IUI hanya 2 kali.  Sbb saya dah pernah buat IUI di DEMC sebanyak 2 kali.  Doc nasihat jika IUI kali ini tidak berjaya, doc suggest utk buat IVF.

Bulan 5 saya pergi jumpa doc, untuk review result IUI saya. So doc dah citer panjang jugak masa tu. Doc pun kata, jika saya nak buat IUI lagi pun boleh..nak buat IVF pun boleh. Dia minta saya discuss dengan Encik B sama ada nak buat IUI kali ke-3 atau IVF.

Beberapa bulan dok menengok apa yang doc tulis ni. Simpan kemas dalam beg. 

Doc kata kalo nak buat IVF jgn la lmbt sgt..hujung tahun lab dan OT akan tutup. 

Balik tu bincang ngan Encik B. Kitaorg putuskan untuk buat IVF selepas selesai keje2 kat ofis dan sebelum hujung tahun.

Saya cadang nak buat IVF pd bulan Oktober 2014.  Doc suh dtg sebulan sebelum IVF.  So start cycle September 2014 ni saya perlu jumpa doc.

Hari semalam 21 September 2014, CD1.  Maka dengan ini bermulalah perjalanan IVF saya. Moga dipermudahkan segala urusan.  Bukan mudah untuk kami membuat keputusan ini. Tetapi saya yakin setiap yang berlaku itu ada hikmah-Nya.

Untuk sahabat yg membaca, saya minta tlg share link blog2 sahabat yang sama2 menjalani IVF terutama dari Malaysia.  Yg dari oversea mmg byk pun.  Bukan tak nak follow, tetapi persekitaran dan pemakanan kita tak sama..so agak susah skit nak ikut. 

Cukup la..nnt kita sambung lagi.  Kita hanya merancang, Allah jua penentunya. 

Wassalam.



Monday 15 September 2014

Excited Nak Jadi Mama Long

Assalam semua..

Apa khabar semua? Ada lagi ke orang nak baca blog ni? Tuan punya blog ni punya la malas nak update citer..huhu. (Dah malas baik tutup jer!!). Walaupun malas nak menaip entry..tapi tuan punya blog ni hari2 akan buka blog dan akan baca entry kawan2 yang ada dlm list.  Jika rajin bagi jugak komen..jika tak rajin baca jer la (pemalas sgt dah ni!!)

Hari ni ramai orang cuti. Kalo takde keje yang penting pagi tadi..mau jugak cuti hari ini. Hari ni kena prepare barang nak pergi Sabah esok harinya untuk presentation separuh hari je (aaaaggggrrrhhhhh marahnya..membazir masa tul!!!) Kenapa nak marah sgt...sebabnya..orang yang nak dengar presentation tu semua jer dari semenanjung ni ha. Kan lebih mudah buat kat semenanjung ni jer. Tak payah la bersusah payah nak naik flight bagai nak bawa laptop dan dokumen naik flight. Penat weh!!

Ok la..citer kat atas tak de kaitan pun dengan tajuk entry ini..haha. Gini la jadinya bila baru ada idea nak menaip. Sawan taip kot..hihi.

Nak bagitau semua orang yang saya tak lama lagi jadi "MAMA LONG" (tak moh panggil mak long..cam tua ngat..hihi).  Hari Khamis ini baby dan umie akan smpi ke Malaysia.. Mama long tak sabor nak jumpa baby..

Sape lak baby ni?  Baby ni adalah anak adik saya Cik Misi yang sekarang ni berusia 36 minggu dalam perut umie dia. Insya Allah cik misi akan fly balik Malaysia dan akan bersalin di Malaysia.  Pelan asal diaorang nak bersalin di Arab Saudi..tetapi Allah telah merancangkan yang sebaliknya. Ayah suh cik misi balik malaysia..bersalin disini.  Keputusan yang dibuat beberapa minggu lepas.  Sehingga ke hari ni urusannya mudah jer.  Tiket flight ok, cik misi pun sihat. Takde masalah apa2.

Doakan mama long dapat merasakan test sebegini rupa..


Inilah permulaannya. Dalam bulan 2, cik misi bagitau yang dia tak berapa sihat dan period dia dah lewat. So sy suh dia buat urin test. Dia bertahan buat UPT sehingga dia berjumpa dengan suami dia (Cik Misi kat Riyadh. Suami dia kat Jeddah).  Hari yang dia buat UPT tu dia boleh blank. Sedangkan dia seorang nurse. Dia bagi whatsapp gambar ni tanya.."akak kalo cam ni pregnant yek?" Boleh gitu.  Sy dengan confident jer cakap pregnant. Tapi dia cam tak puas hati gi jumpa doc..nak sahkan dia mengandung.  So dah siang sikit diaorg di hospital scan..confirm pregnant.  Cik Misi pun bagi gambor waktu scan tu..itu tu dalam 6 weeks kot.

Bila dah tau..semua orang suka. Dan yang paling suka adalah mak saya aka wan.  Wan dah risau cam ne cik misi nak handle sorang2. Dan bermula la episod Mama Long ni banyak kerja. Mama long kena beli ubat dan vitamin. Kirim gi arab nu. Tak tau la kat arab tak ke vitamin utk org mengandung. Mama long kena kirim bahan makan melalui kawan2 cik misi.  Sbb cik misi tak lalu nak makan makanan arab2. Mama long kena beli baru preggy untuk cik misi. Dan yang terbaru slps raya hari tu mama long kena kirimkan gulai tempoyak ikan patin dan murtabak untuk baby dan umie.  

Tapi mama long tak kisah jer..janji baby kat dalam tu sihat jer.

Bila tau cik misi mengandung..mak saya aka wan pun dah susah hati.  Susah hati sebab mama long ni belum2 lagi mengandung.  Kesusah hati wan tu berjangkit pulak pada mak ne (mak saudara kesayangan saya. Adik mak). Dua orang ni susah hati dan kesian dengan saya.  Sehingga ke satu hari tu, diaorang berdua mencadangkan saya untuk ambil anak angkat.  Bukan saya tak nak..tapi kami berdua blm bersedia secara total.

Cik misi segala mak nenek mmg citer kat saya. Skrg ni pun rajin jer hantar gambor baby bump dia. Mak saya juga tegur dia..jgn la semua citer kat saya..nnt saya kecik hati.  Mak..sesungguhnya anak mak sorang ni sgt la tak rasa kecik hati pun. Rasa gembira ada.  Sbb lepas ni mak takde la rasa sedih lagi bila orang tanya "dah berapa orang cucu?" 

Sehingga ke hari ni mak masih susah hati pasal saya.  Malas nak dilayan sgt.  Mak2 mmg begitu..dia akan fikir pasal anak2 smpi dia meninggal.  Sok saya jadi mak..mgkn jugak begitu.

Ini antara scan yang umie share.  masa ni wan kata tak elok selalu sgt scan.  wan ko ni kan..mak zaman moden tapinya pemikiran masih dolo2.  Lepas pada tu, umie selalu share vidoe masa scan..ada yg clear ada tak nmpk apa2.

Hari Khamis ni..Mama Long cuti sbb nak ambik baby dan umie.  Tak sabar nak pegang perut umie nak rasa baby gerak2.  Umie kata baby aktif sgt bila sorang2 dengan umie.  Tapi bila ada orang lain nak pegang dia..terus dia diam.  Pemalu gitu yek!!

Mama long doa baby selamat smpi ke Malaysia ni..semua orang kat malaysia ni menanti baby dan umie.  Aki, Wan, Mama Long, Papa Long, Cik Wanis dan pakcik pie..menanti.  Mama long sedia jadi driver untuk baby nak makan apa saje sblm keluar ni. Hari tu umie dah bagi sepanjang2 senarai nak makan sebelum deliver.  Baby walaupun awak made in arab saudi..tapi rasa tetap Malaysia jugak..hihi.

Walaupun ada baby baru..yang sorang ni tetapi jadi kesayangan wan.  Kalo tanya 'wan mana, yaya?' nnt dia jawab 'wan dapur'..haha.  Sbb wan memanjang jer dok dapur kan.  Dan yang buat wan lagi sayang kat yaya, simpang jalan umah wan pun yaya dah tau..yang yaya nak balik umah wan!!
Wokeh la..cukup la untuk hari ni..nnt kita up citer bila baby dah kuar yek..

Wassalam

Friday 27 June 2014

5th Anniversary


Abang,

MAAFkanlah jika selama ini ada perbuatan, perkataan dan apa jua tindakan yang melukai hatimu abang.

TERIMA KASIH untuk semua kasih sayang, perhatian dan pengorbanan abang bagi membina rumahtangga kita yang cukup sempurna ini.

SAYA SAYANG ABANG kerana Allah Dan moga kasih sayang ini akan terus bersama hingga ke akhir hayat.

SAYA AKAN BANTU ABANG dalam setiap masa, sama ada susah atau pun senang. Dalam saat duka atau gembira. Moga kebahagian itu sentiasa milik kita..

Abang adalah diantara anugerah-anugerah yang Allah berikan yang tiada tandingannya..Subhannallah, Alhamdullilah, Allahuakbar.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

p/s :: walaupun tiada sebarang sambutan yang istimewa, ucap abang pagi tadi itu sudah tersangat istimewa.

yang dihighlite merah itu, diperolehi daripada Ustazah Norhafizah Musa. Kata beliau di dalam rumah tangga ada 4 perkataan yang mesti menjadi kelaziman suami isteri iaitu Sorry, Thank you, I Love You and Can I Help You. Ucapkan sentiasa pada pasangan kita..

Thursday 12 June 2014

Saya Masih Bernafas...

Assalamualaikum...

Fuh..fuh..fuh..(tiup sawang yang bersarang di blog ini)

Masya Allah 5 bulan tanpa sebarang entry...bukan tiada cerita nak di kongsi..banyak. Nak kata tak cukup masa mmg menipu la..Masa sentiasa ada 24 jam sehari..tetapi masa untuk update blog seperti tiada.  Kerana masa yang ada perlu diperuntukan untuk benda lain.

Nature kerja orang akaun mmg begini. Awal tahun sibuk dengan penutupan dan penyediaan penyata kewangan.  Tarikh akhir hantar seblm 30 April 2014.  Tetapi tahun ini paling mencabar.  Di dalam tempoh menyiapkan penyata kewangan, ada 2 kali audit pengurusan oleh Jabatan Audit Negara.  Mmg la audit tu buat kerja dia..tetapi kita nak sedia dokumen, nak soal jawab, nak cari maklumat, nak cari fail..habis masa 8 jam  waktu kerja buat kerja audit jer. Bila dah siap audit..datang pula pemerhatian audit. Nak menjawab tu satu hal pulak. Ada yang kita setuju dengan pemerhatian audit, takde masalah. Tapi yang kita tak setuju dgn pemerhatian audit tu..kena cari hujah2 yang fakta untuk balas balik pemerhatian tu. Kerja nmpk senang..tapi agak rumit bila melibatkan pelbagai jabatan. Yang lagi pening..kalo isu itu berkaitan dengan jabatan lain..contohnya isu di Bahagian Sumber Manusia..mmg tak boleh nak tolong jawabkan la.

Saya mmg up entry di ofis. Kat rumah mmg tak on notebook sbbnya smpi kat rumah pun dah kul 7 mlm. Solat maghrib..solat isyak..settle semua kul 9 mlm.  Lps tu, Encik B ajak gi mkn/minum..habis settle tu dah kul 10. Prepare untuk keje esok..dah kul 11 mlm. Dah time cam tu nak mengadap notebook mmg tak la. Masa tu nak berehat secukupnya. Weekend pula kalo tak kerja, balik kg..tak pun mengemas rumah. 

Bila musim sibuk..bukan setakat blog tak tgk..segala mak nenek media sosial pun mmg tak layan. Dalam kepala nak siap kerja cepat..nak balik rumah..nak rehat..

Tahun 2014, rasanya paling mencabar untuk kerjaya saya.  Konflik dengan bos makin teruk.  Kena marah kaw2.  Kerja yang diberi semua tak ok.  Terkadang tu perkara kecil jer..kena marah. Staf yang buat hal..saya yang kena hadap.  Mmg stress tahap melampau.  Rasanya bulan April saat paling genting..rasanya setiap pagi masa salam Encik B mesti menangis. Dalam kereta nak smpi ofis..dah banjir dulu dlm kereta. Masa tu tak tahu nak kata per. Belakang tengkuk..urat tegang jer..sehingga rasa nak berhenti kerja time tu juga.

Allah akan bagi kesusahan kepada orang yang mampu.  Saya mampu mengharungi dengan kekuatan daripada Allah.  Walau kena marah cam nak runtuh syiling ofis..saya hadap jugak la bos tu. Lantak la dia nak marah. Nak kata pe. Janji buat kerja smpi siap.  Hadap jugak dia..walaupun cam2 tomahan yang dapat.  Biarlah dia nak kata apa..janji saya kerja kerana Allah.

Bukan nak kata...bos perempuan mmg agak emo sikit. Sblm ni 2 bos sy lelaki..walaupun dia nak marah..masih boleh dikawal.  Bos yang ni pertama kali bos perempuan.  Part cerewet dia tu mmg tak boleh disangkal lagi. Tp paling tak best..bab pertuduhan2/tohmahan tanpa siasatan tu mmg menyakitkan.  


Ini antara luahan saya kepada Encik B selepas kuar dr bilik dia.  Dia ckp saya kerja setahun sekali..awal tahun buat akaun. Pastu bln 5 awak gi bercuti. Pastu buat bajet. Pastu bulan 11 awak gi bercuti lagi. Pastu bulan 12 baru nak tgk akaun setahun. Tu namanya buat keje setahun sekali.  Tau cuti tu hak Ketua Jabatan..tapinya..arrrrghhhh!!

Sekarang dok berkira2 nak bersara awal jer..haha.  Walaupun geram kat bos..saya masih hormat dia. Masih jumpa dia cam biasa. Bila dia ok..boleh jer borak cam biasa. Yang lepas tu malas nak diingatkan dan disimpan dalam hati.  Pandang ke depan jer la. Tak semua orang sempurna.

Sekadar luahan hari Khamis..yang bos cuti hari ni..hihi.

Wassalam






Monday 6 January 2014

Homemade Almond Milk

Assalam semua,

Last weekend saya dengan jayanya telah buat Almond Milk @ susu dr biji badam. Sebenarnya saya terjumpa sewaktu saya dok google pasal nak buat breakfast smoothie. So bila tgk cara pembuatan yang sangat senang saya terus bersemangat nak buat.

Almond milk ni mmg bagus la pada pcoser cam saya. Boleh kurangkan pengambilan susu daripada ternakan dan juga susu daripada sumber soya.

Meh kita tgk cam ne nak buat. (Korang boleh search kat youtube)

1. Rendam badam 1 cawan semalaman. Melebihi 6-8 jam.. sama cam rendam kacang soya la.

1 cawan badam

saya guna sebungkus ni tambah beberapa biji dari bungkusan ke-2. Kos dia baru RM4. Gambar badam direndam takde lak.

2. Bila dah rendam. Cuci bersih badam tu. Masukkan di dalam blender. Nisbah untuk 1 cawan badam bersamaan 4 cawan air masak (1:4). Blender rumah kecik, maka saya blander separuh. Untuk bagi sedap, saya campurkan kurma sebiji, esen vanila dan juga sedikit garam.

gini la rupanya di dalam blender yek.
3. Korang blender sampai hancur badam tu dan air tu bertukar jadi warna susu.  Bila dah blend, perlu ditapis. Jangan guna penapis biasa tu yang jarang2..nnt air susu akan ada hampas badam tu. Guna penapis kain yang orang selalu guna buat teh tarik tu. Tapi saya guna tudung bawal jer. Tudung lama..hihi. Janji misi tercapai. Perah sampai tinggal betul2 hampas shj.  Blender almond ni guna air masak sbb resepi yang saya jumpa takde yang nak kena masak susu ni. Perah jer boleh terus minum.

bawah tu jug air.
4. Tuang dalam botol untuk disimpan di dalam peti sejuk. Almond milk ni boleh bertahan 4 hari dari tarikh pembuatan. So untuk 1 cawan badam saya dapat 3/4 botol.

hari ni dah tinggal 1/3 botol dah..
So selesai. Pembuatan yang tak memakan masa banyak mana pun. Yang pemalas cam saya boleh buat.

Lepas buat tu terus buat shake guna Almond milk.

rupa nampak cam susu jer. Padahal Almond milk + oat + tembikai tu..
Ok. Moh kita sama2 buat..

Wassalam.

Friday 3 January 2014

Aktiviti Berbasikal

Assalam semua,

Sejak dok di DA, sy mmg berkobar2 nak kayuh basikal. Mengayuh di kawasan perumahan jer. Maka thn 2012 sy semangat la beli basikal. Encik B tak beli pun. Mula2 beli saya mengayuh la sorang2..serius tak best. Lepas pada tu..ada la jiran2 ajak mengayuh (geng laki bini).  Tapi asyik kena tinggal jer. Pastu geng2 suami dah start mengayuh basikal MTB dan mengayuh di jalan off road yang berbukit bukau, maka geng perempuan ditinggalkan. Maka geng perempuan pun mengayuh time malam. Pusing kawasan perumahan. Lama kelamaan, aktiviti ini semakin sunyi sebab geng perempuan banyak komitmen ngan anak2 dan sebahagian geng perempuan mengandung.

Saya pun dengan automatik telah kurang aktiviti mengayuh. Lepas tu basikal pancit dan gear tak berapa ok lagi mengurangkan aktiviti mengayuh.

basikal lama..cadang nak bagi kat anak sedara Encik B
Geng2 lelaki dok la pujuk Encik B untuk join aktiviti mengayuh dengan diaorang. Mula2 pujuk mmg tak berjaya la. Encik B pun cam kerak nasi jugak..lama2 pujuk termakan jugak.  Dalam bulan 9 thn 2013 Encik B beli basikal MTB. Kebetulan masa tu ada Sales..so dia beli la basikal. Even sales..harganya tetap riban2..

So, start la aktiviti laki bini mengayuh basikal hujung minggu. Kami training di Lebuhraya Guthrie (GCE).  Dan untuk pertama kali kami dan geng jiran2 masuk fun ride Kayuhan 1 Senyuman anjuran UiTM dan Karangkraf. Masa 1st praktis di GCE, saya mmg kena tinggal la. Biasa la basikal tak power + stamina tak berapa nak power..mmg menangis nak habiskan 20km++.  Maka saya pun merengek nak basikal baru. Nak basikal yang gear dia senang nak tukar. Encik B malas nak dengar bini dia merengek, akhirnya mengikut jugak bini dia gi cari basikal baru.

basikal ini banyak yang perlu upgrade..duit je belum ada ni.
So, first fun ride di sekitar Shah Alam, bermula daripada Padang Kawad UiTM dan berakhir di situ jugak.  Lebih kurang 25km++.  Walaupun basikal dah hebat, tapi pengayuhnya lum nak hebat sgt.  Lebih kurang 15km++ kaki dah krem, kena la naik bas..basikal naik lori. Masalahnya sekali jer training sebelum join fun ride tu.

mengayuh sibuk dok tgk orang..mana tak dibelakang..hihi
Bangga gila Encik B dapat masuk paper..cehhh..sebelah dan belakang Encik B tu jiran2 saya
Untuk next event, saya dan Encik B berserta geng2 kejiranan akan join OCBC Cycle Malaysia pada 19 Januari 2014.  Saya masuk kategori community ride jer. Tak mampu nak masuk yang challenge nyer. Maybe next year..hihi. So untuk event ini..saya dah training beberapa kali di GCE. So far dalam 30km++ dalam masa 2 jam 30 minit la. Consider tak berapa laju.  Ini kerana stamina belum betul2 power.

Harap dengan aktiviti ini boleh la turun KG yang statik tu. Basikal tu pun kena upgrade sikit untuk keselesaan semasa mengayuh. Tapi semua guna duit..huhu.

Mari kita bersukan demi kesihatan. Wassalam





Thursday 2 January 2014

Entry Pertama Tahun 2014 :: Azam Tahun 2014

Assalam semua,

sumber :: google


Selamat Tahun Baru 2014 untuk semua reader. Bagaimana sambutan tahun baru korang? Saya celebrate di rumah jer. Ada jiran sponsor bunga api 2 minit. Pegi kat padang tgk bunga api.  Pg tahun baru lak ada pot luck gathering dengan jiran2. Beginilah sambutan tahun baru di kawasan kejiranan sy. Dah 2 tahun begini. Moga aktiviti ini diteruskan untuk tahun2 akan datang. 

Bila masuk tahun baru..mesti ada azam baru. Mesti ada walaupun 1 azam. Tapi kebanyakan orang takdenya 1 azam jer..mesti lebih dari 1 azam dia..haha. Tercapai atau tidak itu tak penting. Yang penting azam kena ada..hihi.

Azam ni lebih kurang sama jer cam KPI kat ofis tu..haha (sy orang yg kena buat KPI jbtn). Ciri2 azam ni mesti perkara yang kita nak laksanakan itu di bawah kawalan kita. Jika luar kawalan kita..nnt faktor ketakberjaya tu tinggi. Selain itu, azam mesti ada sasaran/target dan boleh diukur. Jika tak boleh diukur..cam ne kita nak review hujung tahun nanti. Ni sama jer dengan sasaran kerja tahunan. Keputusan mesti boleh diukur.

So azam korang memenuhi ciri2 ni tak?..hihi. 

Untuk tahun 2014, inilah azam saya :-

1. Misi mengurangkan berat badan. Targetnya 10% dr berat 31.12.2013. Azam ini sentiasa diperbaruhi setiap tahun kerana belum tercapai2 lg..haha. Senaman dan pengambilan makanan yang sihat dan betul adalah proses bagi mendapatkan output.  Misi ini juga salah satu proses untuk azam No. 6!!

2. Misi menjimatkan perbelanjaan rumah. Targetnya belanja mesti pakai duit lebihan gaji, tak boleh kuar duit tabung haji lagi..haha dan tiada hutang kad kredit. Tahun 2013 banyak betul kuar duit tabung haji..setiap bulan mesti kuar balik duit yang dah disimpan melalui potongan gaji. Entah apa yang dibelanja pun tak tau.

3. Misi memasak di rumah. Targetnya makan malam mesti makan dirumah. Serius tahun lepas, setiap hari makan diluar. Memasak sendiri dirumah mmg paling kurang. Kadang2 lauk yang dibeli berkurun baru nak habis. So misi ini sy dah start 2 minggu yang lepas..setakat ini boleh la..ada la juga makan di luar. Misi ini juga akan membantu menjayakan azam No. 1 dan azam No.2!!

4. Misi  tiada tangguh2 kerja. Ini mmg tabiat semula jadi yang susah nak hilang. Bukan setakat kerja kat rumah ditangguh..kerja ofis pun bertangguh jugak!!. Biasa kerja yang ditangguh tu kerja yang paling tidak disukai la. Sedang mengatur masa dan kekuatan dalaman untuk perkara ini.  Targetnya, smpi hujung tahun 2014 takde kerja tertangguh!!!

5. Misi menjadi muslimah dan isteri solehah, hamba Allah yang bertaqwa dan pengikut Rasullah yang mengikut sunnah. Targetnya tak nak bagitau disini. Sy dah buat KPI untuk ini. Smlm dah start..moga setiap hari sy sentiasa beristiqamah untuk misi ini. Ukurannya biar la Allah yang tentukan..

6. Misi berusaha untuk memperolehi zuriat. Output dia - memperolehi zuriat. Tapi itu semua rezeki Allah. Yang saya nak usaha yang sentiasa berterusan dan istiqamah untuk ini. 

Setakat ini jer la azam saya..nnt hujung tahun 2014 kita tgk balik tercapai ke idak.

Selamat mengharungi 2014 dengan senyuman dan berlapang dada.

Wassalam.