Monday, 17 November 2014

#IVF/ICSIJourney :: OPU

Assalam..

Sambung ngan OPU lak pada 05/11/2014 bersamaan hari Rabu.

Pepagi buta saya dan Encik B bgn. Lepas jer subuh nak gerak ke LPPKN.  Pagi tu kitaorg solat subuh berjemaah dan Encik B memanjangkan doa nyer.  Serius masa tu sayu sgt.  Saya rasa sesiapa yang melalui fasa ini, akan merasa apa yang saya rasa. Lepas doa, kitaorg salam dan peluk untuk memberi semangat masing2. Time tu airmata pun murah sgt. Laju jer mengalir.

Untuk OPU, saya kena puasa bermula dari jam 12 tengah malam. Kitaorg smpi di Bangunan Mara (kitaorg mmg parking disitu..murah dan dekat nak gi LPPKN) dalam kul 7 pagi. Teman Encik B breakfast. So sy tengok jer la.

Selain daripada kena puasa dr kul 12 tengah malam, untuk pesakit tak boleh memakai sebarang wangian (perfume/deodorant tidak dibenarkan), barang kemas tak boleh pakai, pakai pakaian yang longgar dan tidak memakai kasut bertumit.  Mesti datang dengan waris (of course dengan suami).  

Sesungguhnya kasut yang saya ada semua bertumit walaupun tak tinggi. Nak beli sandal baru mmg tak sempat.  Dalam hati nak pakai kasut sport jer.  Mujur keluar rumah pagi tu ternampak crocs buruk. Sarung jer la.  Lantak pakai crocs ngan jubah..bukan ada orang nak pandang pun..hihi.  Janji kasut flat.

Bila smpi klinik, nurse tanya soalan2 untuk operation. Encik B sign borang.  Bila dah selesai, nurse hantar ke bilik operation di tingkat 7. Ada day ward.  Nurse suruh salin baju dan tunggu doc datang.  Sblm doc dtg, ada pegawai makmal / embryologist datang bagi penerangan yang berkenaan IVF/ICSI.  

Untuk hari tersebut, hanya ada 1 kes OPU sahaja iaitu kes saya.  Dalam 8.45 am, sy dah masuk bilik OT. Doc anesthetic nak cucuk utk drip.  Biasa orang gemuk mmg susah nak jumpa urat. Mula2 dia cucuk sebelah kiri..tak jumpa. Cucuk pulak sebelah kanan.  Agak sakit. Tapi ok la.  Bila dah inject ubat..lalai dan terus zzzzz tak sedar dunia.

Sedar2 dah atas katil kat day ward mamai2.  Rasa sgt dahaga dan sgt sejuk jer.  Nurse dah selimutkan saya 2 lapis. Rasa time tu dalam kul 10.  Betul2 sedar dalam kul 11 lebih pagi then nurse sediakan milo  dan biskut.  Sy time tu nak air masak jer. 

Dalam kul 12, Encik B kena prepare untuk prosedur pengumpulan sperm.  Dia settle dlm kul 1.  Dia gi makan dan gi mandi sbb nak solat.  Saya rest jer dlm ward tunggu doc smpi. Nak tggu balik rumah baru mandi harus dah habis zuhur.  Bila dia dah settle, sama2 menunggu dalam ward tu. 

Doc datang dalam kul 2.45pm untuk review.  Doc bagitau ada 8 telur yang diambil.  Masa tu terkejut jugak, cam ne boleh bertambah 1 ni. Hari tu scan ada 7 je.  So doc akan call esok bagi tau status dan bila tarikh untuk transfer.  Lepas pada tu, siap2 balik. Doc bagi MC 1 minggu sahaja untuk saya dan MC 1 hari untuk Encik B.  Encik B buat bayaran dan ambil ubat, sy gi solat zuhur. Walaupun kepala miong2, solat kena buat jugak.

Balik rumah berehat.  So far, pada saya OPU tu ok jer.  Alhamdullilah saya tak perlu makan ubat tahan sakit. Selepas hari OPU, saya dengan senang hati boleh balik kg..untuk celebrate birthday saya. Cuma lepas operation ada rasa cam bloated jer. Tapi rasa itu hilang pada petang tu. 

Ok. Nnt kita sambung part fertilization/persenyawaan.   


3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah nampak berjalan lancar proses OPU CPT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah atie..semua berjalan lancar..

      Delete