Monday, 7 January 2013

Review Cycle Dec 2012

Assalam..

Happy New Year untuk sahabat-sahabat di alam maya ini. Masya Allah sudah berlalu 7 hari tahun barunya. Tapi tak kisah la. Sbb skrg ada lagi org masih blur. Time tulis tarikh, dia pakai tahun 2012 lagi..hehe.

Mmg lama benor tak buat entry pasal TTC. Masya Allah pemalas sungguh tuan badan ni.. >_< Kemalasan yang melampau. Rasanya nak jer cari gadget yg boleh scan kepala otak ni..terus jd entry dan terus publish..hohoho! Ada tak??

So, 1st entry untuk tahun 2013 nak story balik pasal cycle Dec 2012. Hari tu saya dah maklumkan bahawa bulan Dec 2012 saya telah memulakan semula treatment fertility di LPPKN. Boleh baca entry ini. Untuk cycle ini, Doc bagi ubat Clomid 100mg untuk 5 hari (setiap 24 jam) dan Suntikan Gonal-F 75 iu untuk 3 hari (setiap 48 jam). Makan Clomid mmg takde masalah. Sbb dah biasa. Tetapi suntikan Gonal-F tu mmg masalah. Kerana inilah pertama kali dalam saya ber TTC nak suntik sendiri.

Mmg menjadi kenangan terindah la buat saya hari tu. Saya dah set nak suntik pada pukul 10.15 pm. Masa nurse terangkan ok jer. Dan masa terangkan tu ada Encik B. Kebetulan hari pertama nak suntik tu, saya keseorangan di rumah. Encik B kena jaga exam dan balik lewat. Cik Misi pulak time tu balik kampung, sbb dia bercuti. Mmg menggeletar tangan2 ni.. Disebabkan gelabah sangat..penutup needle tak boleh bukak. Dah la ada 2 needle. Satu needle pun tak ok. Siap call Cik Misi kat kampung nak mintak pertolongan. Rupa-rupanya saya masukkan needle tu terlalu ketat..so susah la nak buka penutup dia. Dalam 5 minit jugak panik..akhirnya saya berjaya juga bancuh ubat..dan suntik diri sendiri seorang diri malam tu. Pada malam2 yang lain, Encik B ada..ok la sikit..hehe.

Maka appointment berikutnya pada 12.12.12 iaitu pada hari ke-10 (CD-10). Hari yang penuh dengan dugaan walaupun tak besar mana pun. Appointment pada pukul 11 pg. Spt biasa dalam kul 10 am sy kuar dari ofis. Hari tu pulak nak kena submit kertas kerja untuk Mesyuarat Jawatankuasa. Satu hapa pun tak review lagi. So saya cakap la kat penolong saya yg saya gi klinik jap. By lunch saya balik. Kebiasaannya begitu. Tetapi hari tu betul2 lain. Sehingga pukul 12 lebih tghhari sy blm buat scan lagi. Ramai sgt patient. Saya sabar jer menanti. Akhirnya saya scan dalam kul 1 pm.

Keputusannya ada 2 biji telur. Sebelah kiri 1 (21 x 23) dan sebelah kanan 1 (20 x 18). Untuk proceed IUI doc perlukan 3 biji telur. So doc suh try naturally.  Time tu sedih gak sbb berharap sgt utk IUI. Disebabkan habis scan waktu lunch hour..maka farmasi dan kaunter pembayaran tutup. Kena tunggu pukul 2.  Masa tu gelabah giler. Dan masa tu jugak, penolong call kata Bos Besar nak report kerana sok ada kelulusan paper bajet 2013. 1 lagi!! Tapi wat2 relax jer gi makan.

Kul 2 gi balik klinik ambil ubat. Kaunter pembayaran pulak takde orang. 15 minit gak tunggu. Masa tu kat luar sudah gelap gelita. Bila dah bayar semua, pergi lak kat nurse untuk bagi penerangan tentang suntikan pregnyl. Kuar dari LPPKN tu dah kul 3pm. Dah hujan pun. Masya Allah cam na nak gi lrt. Payung takde. Dengan nekad sbb tak solat lagi dan macam2 hal kat ofis..redah hujan dari LPPKN ke LRT bandaraya tanpa payung atau apa2. Dlm meredah hujan..air mata pun berjurai la sikit..huhu.

Dr LRT Bandaraya ke LRT Taman Jaya makan masa lebih kurang 50 minit la. Smpi jer kat PJ, masih hujan dan masa tu dah nak dekat kul 4 ptg. Teksi la takde time tu. Lama gak tunggu..pastu ada lak orang potong2 Q. Rasa mmg down btul time tu. Smpi ofis dah 4 lebih..apa2 gi solat dzuhur dulu. Pastu siapkan report untuk Bos Besar. Review kertas kerja sambung sok. Mujur urusetia tak marah..hahaha.. Masa kejadian tu Encik B mmg tak follow. Dia asyik call jer..tanya ok ke tak. Bila difikirkan balik..takde la teruk sgt. Mgkn sorang2 time tu..rasa down sgt.

Untuk suntikan pregnyl, kena ambil pada pukul 10am 13.12.12.  Masa jumpa Bos Besar, dia suh saya hadir bersama time meeting.  Kebetulan minggu tu bos betul saya a.k.a Ketua Jabatan saya bercuti seminggu. Kalau tak bos saya la kena gi meeting. Meeting kul 10.30am kat Shah Alam. Dari PJ ke Shah Alam tu tak jauh mana pun, tapinya jem. Tepat kul 10am saya suntik pregnyl di ofis. Kunci pintu..dok diam2 bawah meja dan inject..haha. Janji matlamat tercapai. Siap. Dah terror.. 10.05am gerak gi Shah Alam.

Pregnyl adalah ubat untuk memecah telur. Ia bertindak dalam tempoh 36 jam. So doc suh intercourse selepas 36 jam iaitu hari Jumaat jam 10 malam. Tapi kitaorg sudah langgar ckp doc. Hari Khamis mlm jumaat tu kitaorg dah bersama. Dlm kepala lantak la..doc tak tau pun..hehe. Doc kata bersama la sebanyak mgkn dlm tempoh 48 jam selepas 10 mlm hari Jumaat tu. Sabtu Ahad..kitaorg gunakan sebaik mgkn.

Maka, hari Isnin bermulalah 2ww. Doc bagi ubat duhapston untuk dihabiskan dlm masa 2 minggu. Sebiji pagi sebiji malam.  Masya Allah..yang paling saya ingat adalah rasa cramp di ari2. Seminggu lebih. Sekejap-sekejap dia datang. Tapi saya diam dan buat tak tau. Ni semua pengaruh ubat. Dalam tempoh 2ww pun saya minum sangat herbalife. Stop jap. Tapi beberapa hari seblm period saya belasah juga shake. Tea dan aleovera tak ambil sehingga saya betul2 period.

Setiap kali buat treatment mmg mengharap sangat2. Dan setiap hari saya pegang perut saya dan berdoa..kalau ada baby dalam perut ini kekallah ia selama 9 bulan di dalamnya. Minggu2 nak period tu saya dah dpt agak saya akan period. Takde sikit pun tanda preggy. Pada pagi 29.12.2012 telah kuar spotting. Saya mmg menangis la dlm bilik air. Kuar bilik air buat2 ok. Bgtau Encik B sy dah period.

Encik B yg mamai2 baru bgn tido..peluk saya. Time tu air mata pun laju jer. Encik B pun mengharap jugak tapi dia redha mgkn blm tiba masanya lagi.  Untuk next treatment ni..dia serahkan sepenuhnya kepada saya. Sbb pada dia, yg nak kena makan ubat tu saya, nak kena cucuk tu saya, nak kena scan tu saya dan byk treatment pun pada saya. So jika saya nak teruskan treatment dia akan sokong. Kalau saya nak hold pun dia tak kisah. Dia akan sokong apa jua keputusan saya. Masa tu lagi la berjurai airmata ni. 

Dan saya mengambil keputusan untuk teruskan treatment ni. Takkan la gagal sekali dah mengalah..hehe

29.12.12 dan 30.12.12 hanya spotting. 31.12.12 hari terakhir 2012 baru la period betul2. 

Walaupun Allah belum beri kami rezeki zuriat..pada hari yang sama (29.12.12) Allah beri kami rezeki yang lain yang juga sgt hebat. Subhanallah..Alhamdullilah.. Saya jadi ratu air mata pada hari tersebut..hehe

Untuk Jan 2013 klinik LPPKN tak ambil patient kerana ada kerja2 penyelenggaraan (tapi skrg sy tak tahu la). Maka rawatan saya akan bersambung pada bulan Mei 2013. Bagi siap dulu keje2 penting..nnt nak treatment pun hati tenang sikit..haha.

Sekian.

Wassalam

** entry ni takde gambar..sbb tak boleh upload.


10 comments:

  1. kagum dengan semangat awak. Semoga berjaya untuk next treatment.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atie..saya rasa saya blm cukup bersemangat lagi. Sy rasa ada orang lain lagi hebat usaha dr saya. Ini adalah usaha2 saya. moga berhasil la. Moga kita semua berjaya utk preggy..

      Delete
  2. betul kata atie tu,kagumlah dgn semangat awak...kita yg ttcian ni mmg kuat kan??..bnyak sgt pengorbanan kita demi mendpatkan zuriat sndri..InsyaAllah,semua pasti tak sia2..chayo2x...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TTC mmg kuat dan hebat. Allah lbh mengetahui kemampuan kita.

      Delete
  3. Harap harap ade rezeki kita kan... goodluck! ;)

    ReplyDelete
  4. cik tipah..sy faham..sy pun pernah rasa benda yg sama dulu buat 2x IUI dan dua2 juga gagal memang kita sgt mengharap waktu tu kan..tapi apakan daya Allah lebih Mengetahui apa yg terbaik..sgt sedih waktu tu..tp teringin nak cuba lg ni..apapun sabar ye..semoga ada rezeki buat kita semua tak lama lg..mana tahu rezeki yg tak disangka2 2013.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sgt mengharap..tapi Allah yg lebih berhak menentukannya..

      Insya Allah..rezeki kita semua akan menyusul nnt.

      Delete
  5. mcm2 usaha ttc ni kan.. insyaAllah jika Allah makbulkan nanti semua usaha tu akan jadi kenangan manis buat kita :)

    ReplyDelete
  6. Mendapatkan anak memang menjadi rahasia Allah SWT. Manusia hanya bisa berdoa dan berusaha, Allah SWT jualah yang menentukannya. Seperti saya yang menikah bulan Februari 2012 lalu, harus bersabar dulu menunggu sekitar 7 bulan untuk diberikan kepercayaan oleh Allah SWT, berupa kehamilan isteri saya. Kadang ada rasa ketakutan kalau terjadi apa-apa pada kandungan isteri saya mengingat beberapa waktu yang lalu keluar flek. Sepertinya mungkin kandungannya agak lemah. Saya hanya bisa berdoa semoga Allah SWT selalu memberikan kesehatan yang baik kepada isteri dan calon anak saya hingga nanti proses persalinan berlangsung. Amin Ya Rabbal Alamin.

    Saya hanya bisa mendoakan semoga Akak segera diberi rejeki oleh Allah SWT berupa kehamilan. Dan terntunya tetap bersabar menunggu sesuatu yang baik ini.

    Oh ya, kakak kandung saya saja sudah hampir 8 tahun menikah (tahun 2004 menikah), tapi belum juga dikarunia keturunan. Mungkin memang belum rejeki

    ReplyDelete