Monday, 2 April 2012

Selsema & Demam

Dari hari Khamis yang lepas dah start bersin2. Air hidung pun meleleh jer.
Hari Jumaat pun sama. Tapi masih mampu utk bekerja.

Hari Sabtu bertambah teruk. Mujur pagi tu kelas mengaji batal. So melepek dirumah jer. Walau cam mana pun sempat gak buat meehon sup, gi kenduri, tgk tele filem patah seribu dan mendobi.



begini la rupa meehon sup ayam. Mmg nikmat dapat hirup sup sewaktu hujan..

Hari Ahad pagi dah demam. Badan panas. Padahal dah janji ngan kakak ofis nak gi keje. Nak siap apa yang patut. Disebabkan badan dah panas..Encik B mmg tak bagi pergi la. Sepagi tu membungkus dlm selimut.  Bangunkan jugak diri sbb nak makan. Gagahkan diri memasak. Kul 11 pg makan nasi. Nak makan kat luar mmg tak lalu. Mujur ada Encik B yg byk menolong. Dah tengahari sikit, dah ok. Sempat la buat keje ofis yang dibawa balik umah. Ptg keluar jalan2 jap jumpa SIL.

Hari ni, keadaan masih lagi sama. Bersin2..air hidung meleleh jer. Nak gi klinik sgt malas. Keje byk. Mampu telan panadol jer.

Sebenarnya diri ni sudah lama tidak demam. Tak tahu bila last demam. Bila ditimpa sakit ini, baru la rasa nikmatnya sihat.  Sbb tu kena beringat seblm sakit. Bersyukur semasa sihat. Jaga kesihatan.

Moga Allah memberikan kekuatan dan segera menyembuhkan penyakit ini.

No comments:

Post a Comment