Tuesday, 24 July 2012

Kenangan Terawih Masa Zaman Sekolah

Setiap kali tiba bulan ramadhan..memang teringat kisah ini. Bila difikirkan bodohnya saya & kawan saya tu. Kalau solat kan dpt pahala.

Masa tu tingkatan 2 kot. Tak pun tingkatan 1. Saya dulu sekolah agama. Maka solat terawih ni mmg aktiviti wajib bulan puasa. Ye la zaman budak2 rasa mmg terseksa kena solat banyak2 ni. Sbb tak tau pun apa fadhilatnya. Lagipun rasa ini adalah arahan. Nak tak nak kena ikut.

Kitaorg pun solat. Port kitaorg mmg tepi dinding la. Ingat lagi surau tu surau kayu. Dan spt biasa junior2 mesti dok kat depan2. Senior2 dok kat belakang. Nak memantau adik2.

Sampai satu masa tu..saya ckp kat kawan saya yang saya tak nak solat terawih. Kawan saya pun kata dia pun malas jugak nak solat. Tapi kitaorg tak boleh keluar...sebab di dalam tengah2 jemaah. Kalau keluar mesti ada sebab..batal wudhuk ker. Kalau nak duduk mesti senior nampak. Nnt kena soal.

Bila semua orang bangun..kitaorg pun bangun. Angkat takbir cam biasa. Bila dah solat..saya siku kawan saya. Kawan saya siku saya balik. Saya tanya dia solat tak? Dia jawab tak solat. So kitaorg tak solat tapi berlakon cam solat.

Habis solat tu..ada sorang geng kat saf depan..dia dgr kitaorg berckp. Dia tanya...korang berdua ni tak solat ke? Kitaorg dengan jujur kata tak solat. Tapi kitaorg ikut orang solat..hahaha

Tengok betapa bodohnya kitaorg berdua. Bila difikirkan mmg gelak besar. Tapi jauh disudut hati..pasal la tak solat jer..dapat jugak pahala. Ini penat badan jer berlakon solat tp tak dpt pahala..haha.

Mujur dua orang budak nakal ni (saya dan kawan saya) jadi orang. Syukur Alhamdullilah...

Sekian.

p/s :: ada memori tak masa bulan puasa ni??


3 comments:

  1. Hahahhahaha!! Lawak nyer.... tau takpe.. penat solat tongangg terbalik, pahala tak dapat! =p

    ReplyDelete
  2. hahaha..gelak baca entri ni..mmg manis zmn sekolah kn?

    ReplyDelete
  3. mesti lawak bila terkenang blk kan..rasa menyesal pun ada x solat betul2 masa tu

    ReplyDelete