Monday 14 November 2011

Baiti Jannati :: Dah Dapat Clearance Letter

Jumaat lepas, Encik B suh saya call bank tanya bila kitaorg kena start bayar rumah. Bulan Nov & Dec ini kewangan mmg agak meruncing sikit. So pengurusan kewangan mmg perlu dititik beratkan. Tak boleh belanja sesuka hati (tapi terlajak jugak) dan agihkan mana yang paling penting. So saya pun call officer bank tersebut. Dia pun ckp 1/12/2011 dah kena bayar...Alamak..cepatnya..hehe. Saya pun tanya la, bank dah release ke final loan kitaorang. Officer tu ckp, dah pada 9/11/2011. Wah cepatnya.. tarikh surat yang dihantar oleh pemaju pada 24/10/2011. So lebih kurang 2 minggu dah settle pasal loan. Bila loan dah settle, pemaju akan keluarkan clearance letter. Officer bank tu minta saya call pemaju, tanya sama ada pemaju dah terima bayaran tersebut.

Saya pun call pemaju. Call customer service..sbb tu je no yang ada. Pastu customer service pass pada credit dept. Officer tu ckp, diaorg dah terima final payment drpd bank. Surat clearance letter telah pun dihantar ke rumah untuk buat appointment ambil kunci. Bila dah dpt info call encik B nak bagi tau. Call2 tak dapat lak. Rupa2nya Encik B telah pergi temankan kawannya ambil kunci di ofis pemaju. So dia dah ambil fotocopy surat clearance. Nak buat appointment ambil kunci tak boleh sebab officer in charge cuti.

Kitaorg berdua bersyukur sgt..sbb urusan ini dipermudahkan oleh Allah. Kebanyakan orang mempunyai masalah dengan bank. Siap kena call tiap2 hari untuk make sure bank release final payment. Ada kawan encik B siap gi centre untuk push bank buat urusan bayaran kepada pemaju dgn segera. Kitaorg tak sempat nak push...call2 dah settle. Alhamdullillah...

Sekarang ini, tgh membuat bajet untuk renovation. Rasa buat yang penting jer dulu. Grill, lampu, kabinet dapur, plaster ceiling (tak penting tapi perlu dipertimbangkan) dan langsir. Skrg ini tnggu dapat kunci jer..nak ukur2 dan nak mintak quotation. Moga jumpa kontraktor yg boleh bagi harga yg ok dan kualiti yg baik. Keinginan memang tinggi..tapi harus selari dgn kewangan. Yang penting selamat..dan boleh duduk. Nak deco2 yang lebih tu..kena tggu bajet lain la..
Kabinet dapur kayu nyatoh..idaman la.. Sumber di sini
Suka syiling ini, ada elemen kayu...Sumber gambar Google

Yang ini simple..ok gak la. Sumber gambar Google.



No comments:

Post a Comment