Thursday, 10 November 2011

CD 2 :: Set Tarikh Utk Laparoscopy Ovarian Drilling

Hari ini adalah hari kedua period. So hari ini kena jumpa doc. Mula2 berbelah bagi nak pergi hari ini atau hari sabtu. Kalo pergi hari sabtu, saya kena pergi sorang2. Encik B kerja. Kalo gi hari ini, kena ckp ngan bos. Sbnrnya takut nak ckp ngan bos. Tapi nak pergi hari ini jugak sbb Encik B tak keje. So apa yang doc ckp, Encik B boleh dgr sama. Sepagi fikir. Fikir punya fikir, akhirnya kuatkan semangat minta izin ngan bos. Mujur dia ok hari ni. Cuma keluar ofis lambat sikit sbb kena siapkan report dulu.

Smpi hosp kul 3.30pm. Sbb walk in kena la tunggu. Dpt jumpa doc pukul 5.15pm. Bila jumpa, doc ckp dia nak buat laps. Yang paling tak tahan tu, doc leh tanya "Awak dah bersedia nak buat laps? Kerja ofis semua dah settle?" hahaha...malu jap. Mmg sebelum ini, kerja adalah alasan utk tangguhkan OD. Saya jawab "Kerja yang penting dah habis. Kerja yang tak berapa penting tu masih ada." 

Doc tetapkan 25 Nov 2011 tarikh utk OD. Saya ok jer. Atleast dah lepas mesyuarat. Encik B ada 5 hari utk jaga saya sebelum dia report duty kerja baru. 

Masalah saya sekarang cam mana nak bagi tahu mak saya mengenai perkara ini. Rasa berdosa lak, tidak memberitahu mak apa yg sdg saya lakukan. Ye la, sblm ini apa benda jer semua bagitau mak. Encik B cadang bagitau mak sehari sebelum OD. So, mak tak leh nak ckp per. Bila otw nak balik umah, fikir punya fikir, cam nak bagi tahu ayah dulu la. Atleast ayah dah tahu. 
Knp takut nak bagi tahu mak?? Sbb mak saya tak berapa percaya perubatan moden. Walaupun dia ada anak seorang jururawat, tapi dia mmg tak percaya dgn doc. Tak tahu la kenapa. Ingat lagi masa cik misi ambil keputusan buat operation utk resdung dia..mak mmg sgt tak setuju. Dia suh berubat tradisional. Cik Misi buat bodoh jer..ye la diakan misi. Ni kalo saya bagitau nak buat OD ni, harus jugak dia bangkang. Skrg ni pun dia bising suh gi berurut ngan wan kat kampung tu. Saya bagi alasan sibuk. Ye la balik kampung pun jarang sekali. Balik pun kejap2. Saya berharap saya boleh bagitau mak awal dan dia boleh terima apa yang saya akan lalui ini. Harap Allah permudahkan semuanya.

Insya Allah...







5 comments:

  1. boleh ceritakan sikit..OD tu camne..??

    ReplyDelete
  2. teringat masa chinta buat OD dulu...bonda chinta setuju..tapi bonda mertua x bg...last sekali buat jugak...;)

    ReplyDelete
  3. qaseh - nnt saya carikan info dan youtube utk qaseh. Secara generalnya, adalah satu kaedah baru dimana pesakit “polycystic ovary” akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik cautery ataupun laser cautery. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus.

    chinta - mak saya susah sikit. mak mertua tak kisah jer..huhu

    ReplyDelete
  4. dela x pernah buat pun ... tpi IUI dah 4 x x berjaya... sedih jugak... skrg berehat saja... berat badan naik mendadak..

    ReplyDelete
  5. Dalila..
    mgkn dalila bukan pcos. Ini adalah alternatif kepada penghidap pcos. Sabar ye dalila..mesti frust bila 4 kali buat iui tak berjaya. Sabar yek. Ada hikmahnya..

    ReplyDelete