Friday, 11 November 2011

11.11.11



Hari ini kecoh jap pasal angka 1. Di FB, di blog, di TV, di Radio dan di mana2 semua cerita pasal angka ini. Mmg tak di nafikan ia sangat unik. Dan akan berulang semula pada tahun 2111 iaitu 100 tahun akan datang.

Saya tak kisah orang nak kahwin ke nak bertunang ke nak bersanding ke nak declare ke atau apa2 event yg nak buat pada tarikh ini. Pada saya itu mmg boleh dirancang. Tapi saya sangat kisah pada orang yang nak baby dia lahir pada tarikh tertentu. Jika mmg dah ditakdirkan baby dia lahir time tu ok la. Ni baby pun belum cukup matang, mak ayah dia nak jugak suh dia lahir. Ia spt melawan fitrah kejadian Allah. Mmg doc boleh buat, tapi kesian kat baby. Lps tu baby duduk dalam incubator berhari-hari. Tak kesian ker??

Saya ingat lagi masa cik misi kerja di bhgn OT. Pada tahun 2007, ada orang nak bersalin 07.07.07 jam 07.07 am. Waktu tu kira on call time, tak pasal2..cik misi kena gi keje awal pagi nak set up OT utk operation. Sbb nak baby lahir pada tarikh dan masa yang cantik. Tdk kah ini menyusahkan semua orang? Semata2 untuk memenuhi impian mengarut mak ayah!!

Perlukah kita begitu obses dgn tarikh yang unik ini. Sehingga sanggup memperjuangkan nasib baby yang tidak faham lagi apa itu tarikh. Mgkn bila dah besar dia akan mengerti. Hari-hari yang kita lalui ini sudah semamangnya unik. Jangan di ikutkan sangat kepercayaan karut, sehingga boleh menjejaskan akidah kita sebagai orang islam.

1 comment:

  1. memang...sgt tak stuju dgn prangai org mcm tuh!! kelahiran, kematian, jodoh, semua dah tertulis kat luh mahfuz, sape kite nak tetapkan kelahiran tu semua kan? lahir ikot tarikh & waktu yg cantik pun bukan bermaksod budak tu dah besar nnt jd anak yg soleh ke bole tlg makbapak ke..

    ReplyDelete