Thursday 1 December 2011

Laps OD :: Ada lagi cerita...

Masa lepas wat OD, saya ada bagitau doc ada darah kuar. Doc ckp, mmg akan kuar darah sikit. Sbb doc inject dye untuk check tube. Saya ok la.. dan selepas tu mmg takde pun darah kuar. 

Hari ke-3 slps OD - Pg tu encik B balik dungun hntr mak. Saya duduk umah sorang2. Saya pun buat la keje rumah sikit. Time tu rasa dah sihat.  Boleh la cuci baju, kemas rumah sikit2 dan masak nasi goreng. Ptg tu mak datang dr kg nak ambil sy balik kg. Malam tu kuar makan dgn mak. balik dari itu, sy tgk panties ada darah sikit. Bagitau encik B, kena marah sbb tak reti dok diam. Itu la pasal darah kuar. Malam tu tido pakai la pantyliner. Tp sok bagi ada la, titik darah yg sikit. Saya masih anggap normal.

Hari ke-4 slps OD - Pg tu saya dan mak blk kg. saya kat pahang. Encik B dr dungun, so jumpa kat umah mak saya. Perjalanan 2 jam lebih takde pe. Takde sakit. Smpi kat umah mak, jadi tuan puteri tak buat pe. Kat umah mmg sy tak pakai panties...sbb tak selesa kena pada luka. Smpi la malam, saya rasa spt ada benda mengalir dr va**na. Sy pun lap dgn tisu, tgk2 darah. Kauntiti agak byk. Masa tu dah risau tp buat2 cool. Pakai pantyliner. Sok pagi tgk ada tompok besar darah. Mmg gelabah la masa tu.

Hari ke-5 slps OD - Sy masih solat spt biasa. Sbb fikir darah drpd operation. Mmg tak rasa sakit sikit pun. Hati mmg tak tenang. Kenapa la cam ni. Pg ini, nak balik KL semula sbb ada byk benda nak settle. Dlm kul 9, call hosp nak ckp dgn nurse doc zamri. Pastu line phone tu, transfer kepada doc.
"Doc, saya F*****n. Dr smlm smpi pg ni, keluar fresh blood. Cam mana doc?"

"Awak kat Lipis. Pergi jumpa doc sana."

"Doc, sy kat bandar J'tut." saya dah confuse.

"Awak ini keguguran." doc bagitau. Lagi la confuse.

"Doc, sy ini otw nak balik KJ. Boleh tak sy jumpa doc hari ini."

"Ok. Datang la."

Bila letak telefon tu, sy ckp kat encik B doc kata keguguran. Pe hal doc ckp cam tu. Mmg confuse gile. Sepanjang perjalanan dok memikir. Cam mana la doc boleh ckp sy preggy sedangkan saya tak pernah buat pregnancy test. Dan hari ini, baru hari ke 21 period. Tapi dlm hati tergerak mgkn doc ni salah sorang. Tp takkan la doc dah lupa, baru jer berapa hari buat laps.

Smpi R&R Lanchang tukar pad. Darah makin banyak..lg risau.  Saya pun sms cik misi, tanya pasal masalah saya. Dia tak reply2. Mgkn tido. Smpi KJ dlm kul 11 lebih, terus pegi hosp. Kat hosp. ramai sgt patient. Ye la, cuti 3 hari dan hari ini baru start keje. Dalam tunggu kerani tu buat pendaftaran, cik misi call. Dia kata tu normal la..takde pe nya. Sy ckp, sy dah kat hosp ini. Jumpa doc. Kerani kat kaunter tak nak terima saya, sbb ramai lagi yg menunggu. Sy ok jer..sy suh kerani tu tanya nurse doc, sama ada sy kena jumpa doc atau tak. Kalo nak jumpa doc, minta call saya. Tak smpi 15 minit, hosp call dan suh saya datang kul 4 ptg.

Sy masih solat zuhur spt biasa. Sbb ingat ini normal la. Dlm kul 4 smpi hosp. Sy jd patient plg last jumpa doc. 

"F*****n, sy minta maaf pasal pagi tadi. Saya dah salah dengar. Sy ingat patient IVF. Nama dia dkt nama awak. Dia mengandung. Bila awak ckp kuar darah. Sy ingat keguguran."

"Tu la doc, saya pun confuse knp la doc ckp sy keguguran."

"Bila dah letak telefon, syud bagitahu bukannya patient IVF tapi F*****n yg buat Ovarian Drilling hari Jumaat lepas." Slps pada tu kitaorg semua gelak. 

Sy pun bgtau pe masalah sy. Doc ckp "awak ini PERIOD." 

"Betul ke doc?" Dlm hati dah tergelak2.

"Ok. Skrg ini, sy bagi ubat clomid utk 5 hari. Day 15 jumpa sy utk scan."

Sgt cepat period kali ini. Baru 20 hari dah period semula. Bulan 11 ni, period dtg 2 kali..haha. Pastu kitaorg balik dgn senyum dan tak risau2 lagi.

Bila diingat, mmg nak gelak jer...dengan sy yg sgt risau, dengan Encik B yang membebel sbb sy ni tak dok diam, dengan mak yg risau, semua org tak bagi sy buat kerja..dok bagai tuan puteri...rupa2nya saya PERIOD.

P/S :: Tahniah untuk patient IVF yg doc maksudkan tu. Akhirnya dia berjaya mengandung. Pernah berborak dgn dia masa tunggu nak masuk bilik doc. Dia buat IUI 3 kali dan mohon IVF melalui TAFF. Dia menunggu 15 tahun utk mengandung. Moga dia selamat hingga bersalin dan dapat baby yg soleh.


7 comments:

  1. cik puan tipah awk buat OD tu mcm mana ek..bukan ke tebuk kat perut..chinta confuse la..huhu..

    ReplyDelete
  2. Chinta - doc sy tebuk 3 tempat. 1 betul2 bawah pusat. yg kedua atas ari2. yg ke-3 dekat perut sebelah kiri. Dlm cd yg doc bagi..doc masukkn 1 alat spt jarum, dan cucuk di beberapa tempat di ovari kanan dan kiri. Chinta dulu cam mana??

    ReplyDelete
  3. owah...sama je..cuma chinta xde lak keluar darah...dalam 10 hari selepas tu baru period datang...dr pun ada ckp gak kat chinta dia cucuk2 kat ovari tapi x pasti untuk tujuan apa..

    ReplyDelete
  4. salam..
    situasi awak sama dgn saya..
    sy pun buat od dgn dr zamri..
    lps od hr ke 19 da period..awal sgt.
    tp lepas tu da ok smp skrg..da 11 bln lps od.

    ReplyDelete
  5. Assalam Anonymous...
    Sama la kita..
    so awak masih on treatment dgn doc zamri lagi ker?? Insya Allah, 1 hari nnt kita ada baby dari perut kita sendiri.

    ReplyDelete
  6. last sy g jumpe doc bln 10 hrtu untuk 3rd IUI..tp fail.
    operate da,IUI da,skrg sy rehat la..da 3thn kawen.
    yg 3rd IUI tu sy amek injection Puregon..mmg rs x selesa ,saket kepala sgt..
    sbb tu skrg sy nk rehat dulu..
    sy bc blog awak,same ubat2 yg doc bg..
    semoga usaha awak membuahkan hasil..teruskan usaha ek..
    insya allah,kalu da rezki kita,ia akan smp juga..hasbunallahu wanikmal wakil..amin

    ReplyDelete
  7. Anonymous...

    Sedihnya story awak. Rasa betapa frust bila setiap kali treatment tak berjaya preggy. Walaupun ada tak kisah, tapi hati kecil mesti mengharap. Sy ingat lagi masa period selepas IUI failed..sedih sgt2. Penat rasa makan ubat, buat itu ini, pantang cam2..tapi tak berjaya. Sbb kita bergantung harap pada doc. Skrg sy dah hilangkan perasaan itu, doc hanya membantu..yg memberi adalah Allah. So kalo blm preggy makna nyer..blm rezeki lg. Yg penting usaha yang berterusan.

    Awak pun kena usaha juga..walaupun bukan dgn doc..tapi secara naturally. Insya Allah ada rezeki kita. Amin

    ReplyDelete