Ini adalah salah satu menu sihat untuk mereka yang ingin diet. Resepi ini saya dapat daripada Kak Aisah, ex officemate kat setapak dulu. Dia pun dapat drpd hubby dia..sbb hubby dia chef kat hotel. Ingat lagi kak aisah bagi resipi ini masa bulan puasa, sbb katanya anak2 dia nak makan makanan yg panas semasa bersahur. So dia masak spaghetti olio ini utk menu bersahur. Tempoh penyediaan yg sangat sekejap.
Ini juga menjadi fav menu cik misi. Tp part dia kena letak lala banyak2..best katanya. Yg saya sediakan ini hanya guna crab stick shj...sebenarnya boleh letak seafood yang lain spt udang, sotong, lala, kepah, ikan salmon..semuanya best.
SPAGHETTI OLIO
Bahan-bahan
- Spaghetti
- Seafood (Udang, sotong, lala, crab stick)
- bawang putih di cincang halus
- bawang besar di belah 6
- cili kecil di potong halus
- serbuk pati ayam
- garam
- serbuk lada (yg kasar2..ada dlm botol)
- daun parsley di cincang halus.
- sedikit italian herb
- minyak zaitun
Cara-cara penyediaan :-
- Jerang air dlm periuk hingga mendidih. Masukkan sikit minyak dan masukkan spaghetti. Dlm 10 minit spaghetti tu lembut..toskan. (bergantung juga pada jenis spaghetti)
- Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
- Masukkan cili kecil.
- Masukkan serbuk pati ayam dan masukkan seafood. Masak hingga seafood masak.
- Masukkan garam dan italian herb.
- Masukkan spaghetti. Kemudian masukkan daun parsley dan serbuk lada.
- Bila dah nak tutup api tu..tuangkan dlm dua sudu minyak zaitun. Bagi spaghetti tu berminyak2 sikit. Dah siap.
So inilah hasilnya....
p/s :: saya masak mmg takde sukatan. so pandai2 la anggarkan.
yang penting bawang putih kena lebih sikit. baru wangi dan sedap.
ooo sedaptu ... tuler selalu spaghettini akak buat gorengjer...
ReplyDeletetertelan telan air liur nengoknya. hehe. mntak sket ;p
ReplyDelete