Hari ini mgkn post terakhir utk tahun 2011. Slps ini dah byk hal. Yang paling penting, nak clearkan semua fund transfer sblm masuk detik 2012. Biasa lah...ini la tugas hakiki orang akuan.. (sape suruh jd org akaun)
Nak review kenangan utk tahun 2011 ni ::
1. Dapat menunaikan ibadat umrah dgn Encik B dan my MIL. Walaupun ada byk rintangan tapi akhirnya berjaya jugak menjejak kaki di rumah Allah. Ada kenangan yg sgt best yg tak boleh lupa pada malam slps umrah pertama. Biarlah ia menjadi kenangan di dalam kepala otak saya & Encik B sahaja...hahaha. Tapi ada jugak kenangan tak best, time hilang dgn Encik B sewaktu umrah kedua. Ohhh..time tu rasa bersalahnya pada Encik B.
2. Dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk pertama kalinya. Tak sangka bos begitu baik hati beri saya APC. Sy baru 4 tahun berkhidmat dlm sektor kerajaan ini. Saya bukanlah kakitangan yg cemerlang mana pun..tp rasanya saya mmg tiada masalah kot...(sy menurut perintah)..hahaha
3. Setelah 4 tahun menjaga akaun ini, untuk penyata kewangan 2010 dapat sijil audit dgn teguran. Hanya kerana kes hartanah yang over stated ni lebur jugak sijil audit bersih utk 6 tahun berturut2.
4. Yang paling ditunggu utk tahun 2011 adalah 'Baiti Jannati'. Ikut S&P sepatutnya siap bulan Mei. Pastu pemaju diam jer. Akhirnya pada bulan November, kitaorg dpt kunci dan pemaju kena byr LAD utk tmph yang delay tu.. So new year rumah baru. Bayar htg bank lak...takde sewa2 lagi.
5. Encik B tukar kerja lain. Mula2 saya rasa berat hati bila Encik B pergi interview kerja ini. Dalam hati berdoa biarlah dia keje kat ofis lama. Blh la nak gi Turki ke New Zealand ker..(banyak sangat ke duitnya nak gi jalan2) tapi akhirnya saya redha jika kerjaya baru ini terbaik utk dia. Ini adalah salah satu doa Encik B di hadapan kaabah. Allah dah makbulkan. Semoga Encik B lebih berjaya..
5. Isu keluarga mmg tak hbs. yang paling kenangan adalah kisah kereta bluebird idaman tauke sayur..penuh dgn drama. Pening kepala ini memikirkannya. Akhirnya, burung biru idaman hati itu tiba jua di rumah temin.
6. Gi jalan2 USS ditaja separuh oleh Cik Misi dan Encik B. Seronok sangat. Rasa nak pergi lagi. Tapi kali ini planning nak tido kat S'pore. Baru puas jalan.
7. Berjaya mengharungi laps ovarian drilling...Insya Allah adalah kesudahan yg baik.
Ini adalah impian tahun 2012 ::
1. Dikurniakan zuriat yang baik, soleh, sempurna..pelengkap hidup ini.
2. Kereta baru. Nak pakai kereta auto. Memandangkan mulai 2012 dah duduk rumah jauh dari ofis, perlu pakai kereta auto. Tak la sakit sgt kaki time jammed2.
3. Nak kurangkan hutang PTPTN...huhu..bila la nak dpt duit bergolek ini. Boleh kasi settle terus.
Ni apa yang diimpikan dlm bentuk fizikal. Dalam bentuk yang lain pun nak jugak spt kesihatan yang baik, hati yang bahagia, rumahtangga yang aman damai dan kemesraan ikatan kekeluargaan.
Goodbye 2011....Welcome 2012
Soalan Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya ... Apakah benda yang paling jauh? Jawapannya adalah masa lampau. Kerana masa yang telah berlalu tidak akan kembali lagi.
No comments:
Post a Comment