Minggu tahun baru ini sungguh sibuk menguruskan rumah baru. Kepenatan teramat sangat hingga malam tahun baru berlalu begitu sahaja seperti hari-hari yang lain.
Seharian hari Sabtu mencari langsir utk rumah baru bersama mak ne. Sempat ke ikea dan makan steak jer. Balik rumah terus pengsan. Terkejut dari lena bila dengar dentuman bunga api. Hari Ahad dan Isnin, seharian di rumah baru mencuci dari atas sampai ke bawah. Dari depan sampai ke belakang. Bertungkus lumas saya, suami dan adik-adik. Mujur jugak ada tenaga kerja dari orang lain. Tq tie, de dan aqilah.
Hari semalam, siap mencuci rumah awal juga. Petang balik rumah KJ, menguruskan kain baju pulak. Jika dibiarkan dalam bakul, lagi sakit mata. Walaupun penat, gagahkan juga melipat dan menggosok baju.
*
Seperti biasa saya dan Encik B, akan solat berjemaah.
Usai solat, kami pun berdoa. Dan seperti biasa, selepas doa kami akan bersalam, cium dan berpeluk. Itu adalah rutin kami.
Tetapi semalam, masa berpeluk airmata saya mengalir. Rasa sangat sedih.
"Kenapa ini?" tanya Encik B
"Sedih la abg. Kita masih belum ada baby. Umur pun dah 30-an. Sempat ke kita nak ada baby."
"Ijan jgn la sedih. Syukur dengan apa yang ada. Ada kawan-kawan ijan, masih belum berkahwin pun. Usah nak fikir pasal anak, suami pun belum ada. At least ijan ada abg." kata-kata Encik B membuatkan saya lagi sayu.
Saya peluk dia.."Ijan syukur Allah beri abg pada ijan. Ijan sayang abg."
"Kita usaha selagi boleh." kata-kata semangat dari Encik B.
*
Saya cuba untuk kuatkan semangat. Dan harus lebih kuat lagi.
Bersyukur dengan apa yang dimilik sekarang adalah lebih baik. Jgn pandang ke atas tapi pandanglah ke bawah. Supaya kita rasa, kita adalah hamba Allah yang paling bertuah.
Insyallah kak mn thu taon 2012 nie akn ada rzki akk dan hubby tuk menimang chyamata..~!
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSalam perkenalan..saya faham ape yg ijan rasa sebab saya pun selalu merintih kat suami pasal zuriat. seharusnya kita bersyukur suami setia mendampingi kita dalam usaha TTC. Sya doakan awak dan suami dikurniakan cahaya mata ye. jgn pernah putus asa ye.Insyaallah dgn kun fayakun ALLAH pasti akan tiba masa nya jua
Aqsha..tq. Insya Allah jika ada rezeki.
ReplyDeleteShara..waalaikumsalam. Salam perkenalan juga. Rasa itu tiba2 je dtg. Sy rasa seblm ini saya sgt kuat. Tp ada masa tewas juga. Insya Allah ada rezeki kita nnt.
insyaAllah akan ada rezeki kita nanti.. semoga tahun 2012 bawa lebih banyak berita gembira utk kita..
ReplyDeletesalam kenal dr zana.. nice blog! keep blogging dear..
zana..
ReplyDeleteInsya Allah, semoga Allah perkenankan doa kita.
Salam perkenalan juga. Tq..sy budak baru belajar blogging..hehe.