Penat tak terkata
Masih belum la berbayar time rehatnya
Last weekend pindah rumah
Proses perpindahan itu satu hal la
Tapi time tu jugak la kontraktor KC nak siapkan kerja
Time tu jugak la kontraktor grill nak buat finishing
Time tu jugak la nak pasang langsir dan sebagai
Rumah dah bersih sebelum tu bersepah balik
Tak sempat nak bersih balik
Barang2 dah masuk
Rasa sangat tension
Habuk dan berpasir sangat banyak
2 hari cuti mengerjakan rumah jer
Isnin tak apply cuti
So keje cam biasa
Masa dok rumah KJ keluar rumah 7.15am
Kadang2 boleh je keluar 7.25am
Boleh smpi ofis sebelum kul 8.00am
Sekarang 6.45am dah kuar
Jammed kat federal highway tuk sah citer la
Kebas gak kaki2
Smpi ofis sama jer dalam 7.40 am
Sejam nak sampai ofis
Ini baru minggu pertama
Lepas ini ok kot
Alah bisa tegal biasa
Harap cuti 4 hari ini boleh la relax sikit
kaki dan pinggang masih lagi sakit
Itu la padah gemuk sgt..huhu
Harap dgn naik turun tangga ini
boleh la kurus sikit hehe
Ada banyak nak story
Tapi tak sempat la nak fikir dan taip
Internet kat rumah pun dah takde
Kalau ada pun tak kuasa nak bukak
Tilam dan bantal jer rasa sgt best
Kat ofis byk keje
Kalau buka blog
Habis semua kerja tak jalan
Nnt la bila ada kelapangan
Kita story..
No comments:
Post a Comment