Friday, 27 January 2012

CD 5 :: Cycle Ke-4 Slps OD :: Clomid Lagi

Baca tajuk pun pening..sbb tuan tanah sakit perut memulas lagi..parah

Kejadian 25/01/2012

Cycle ini, period datang tepat 28 hari. Ngam-ngam.. Mmg dah jangka akan period kerana cycle lepas kurang ber BD.  Badan penat dok ulang alik KJ-Denai, penat cuci rumah, penat kemas rumah, penat ofis jauh menyebabkan dua2 orang balik keje..nampak bantal jer..hehe

So, CD 1 jatuh pada 22/01/2012 iaitu hari Ahad. Sepatutnya jumpa doc pada CD2/CD3. Tetapi Isnin dan Selasa cuti CNY maka jumpa doc pada hari Rabu, hari ke 4 period. Dgn semangat waja petang tu kul 4 dah terus ke DEMC. Jalan lengang..ramai masih bercuti. Smpi Shah Alam dlm 15 minit jer. Utk CD2/CD3 saya jarang buat appointment...main datang jer. Sbbnya kalo buat appointment pun mesti penuh. Smpi DEMC terus gi kaunter pendaftaran bagi kad. Tgk dalam clinic gynae lengang jer.. Dalam hati orang cuti lagi ini. Tak sampai 5 minit, nurse panggil..

"Puan, hari ini Doc takde. Dia ada emergency. Puan tak call dulu ker?"

"Mmg saya tak call sbb biasanya doc ada jer." Saya seperti lupa yang doc tu pun manusia cam saya. Mestilah ada kecemasan.

"Puan datang esok jer."

Alamak...sok CD5 boleh ambil ubat kesuburan ker? Dalam berbincang tu..nurse doc zamri pun smpi.

"Puan period ye. Ptg ini doc tutup klinik sbb dia ada emergency. Appointment ptg ini dibawa ke hari esok. Puan datang esok." bagitau syud.

"Sok dah hari ke-5, boleh ambil ubat lagi ker?"

"Hari ke-5 boleh lagi, tapi hari ke-6 biasanya doc dah tak bagi ambil ubat kesuburan."

"Ok la. Sok boleh tak saya nak datang kul 5." Sbb dalam kepala dah fikir sok mesti ramai gila.

"Tak boleh. Nnt takde orang nak buat register. So puan datang kul 4. Paling lewat kul 4.30ptg."

"Ok la." Pastu kepala dah blank sbb masa tu baru kul 4.30 ptg. Nak balik ofis semula atau balik rumah.

Masuk kereta terus balik rumah...haha..tak thumb print. Tapi dah bagi tau boss..ok la sikit.

Kejadian 26/01/2012

Kat ofis dah tak senang duduk. Sbbnya cam mana nak bagitau bos kena gi hosp lagi hari ini. Takut... At last blah jer dari ofis kul 4..bagitau staff jer..kalo boss cari pandai2 la jawab. Tapi ada gak usaha nak bagitau..dah call ext dia..tak berangkat. Nak SMS cam tak sopan lak..

So terus ke SA. Sama cam semalam 15 minit dah sampai. Tapi kali ini berbeza dari semalam...patient sangat ramai menunggu. Bagi kad kat kaunter pendaftaran. Dapat no giliran. Ada 16 patients yang menanti sebelum saya dapat jumpa doc.

Dalam ber'TTC, part inilah paling mencabar selain daripada makan ubat. Menunggu giliran yang makan masa yang lama membuatkan kita rasa nak balik jer. Rasa putus asa. Hanya sabar sahaja yang boleh menidakan putus asa tu. Kalo tak sabar..ada jugak balik rumah..huhu.

Semalam catat sejarah menunggu paling lama...pada entry ini saya pernah menunggu 3 jam sebelum dapat berjumpa doc. Itu paling lama. Tetapi semalam catat sejarah. Sy smpi hospital pkul 4.15pm. Saya selesai semuanya jam 8.00pm. 3 jam 45 minit..(lebih kurang). Sangat lama...

Doc still ok jer..jumpa patient senyum jer. Smlm masuk jer bilik doc, dia tanya period ker? Saya pun mengiyakannya.

"Blm jadi lagi. Last month telur awak cantik." Doc spt frust (andaian saya jer). Tapi doc tak tahu yang salah kitaorg sbb kurang bersama.

"So bulan ini nak buat IUI tak?" Doc tanya.

"Boleh je." Dah mmg dalam kepala planning nak buat IUI.

"Kita tgk dulu cam mana." Doc mesti tak nak beri harapan. Ini kerana bergantung pada telur yang ada. Jika ok boleh la proceed IUI.

"Ok.."

Doc bagi ubat Clomid 100mg utk 5 hari dan ubat  Dexamethasone 0.5mg utk 14 hari. Next TVS pada 02/02/2012.

Doc tanya berkenaan ubat Metformin. Saya mengaku saya stop makan ubat itu semenjak diserang cirit birit dan sakit perut. Doc pun ckp tak boleh makan Metformin tu jika cirit birit. Lagi 1 alasan saya tak makan Metformin time tu sbb tiada selera makan. So kalo makan ubat itu dengan tiada selera makan..takut sugar drop dan boleh mengigil. Skrg dah on balik.

On the way balik, dalam kepala berfikir..kena buat sungguh2 ni..Dah plan nak buat ini :-

1. Makan ubat yang doc dah bagi ikut aturan. Makan balik semula Metformin. Tapi kalo perut tak mengizinkan stop dulu.

2. Makan asid folic spt biasa sehari sebiji.

3. Makan EPO 2 biji, 2 kali sehari sehingga Ovulation.

4. Makan Fish Oil 1 biji, 2 kali sehari.

5. Makan multivitamin 1 biji, sekali sehari.

6. Tak mau minum kopi dan seangkatan dengannya

7. Nak beli jus monavie.. Kawan dr KT yang bagitau bagus utk TTC. Kita cuba jer.

Tu yg boleh plan. Semua supplement tu masih ada lagi. Cuma kena beli monavie jer..

Kita usaha jer..yang lain biarlah Allah tentukan. Dia Maha Berkuasa ke atas semuanya.


No comments:

Post a Comment