Disclamer : Apa yang saya tulis ini adalah pandangan peribadi sendiri semata-mata.
Pagi jumaat yang kepenatan..smpi ofis gi baca Yaasin dulu. Habis baca masuk ofis on notebook. Biasa la mesti check email dulu. Bila buka email, salah satu email yang diterima adalah email spt gambar di atas.
Tension. Mmg la hanya email sahaja. Boleh jer delete. Tapi sebelum email ini, saya dah dapat banyak call untuk memberikan pinjaman peribadi. Masa tu gaji bulan disember pun belum dapat. Saya mmg tak berminat pun. Pinjaman tanpa tujuan atau tujuan yang menghabiskan duit..buat pe.
For business, mmg bagus la..utk approach bakal pelanggan. Mana tau untung sabut timbul.. Tapi cuba la kita semua fikir, kenapa Kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam? Paling utama utk menyeimbangkan faktor kenaikan harga, tak nak ada jurang gaji dgn kakitangan swasta yang gaji mereka lebih tinggi, memberi lebih kuasa membeli, supaya pendapatan isi rumah lebih besar dan meningkatkan tabungan.
Kalau la naik gaji..hutang pun naik...apa cerita. Bila hutang bertambah, tabungan akan berkurangan dan kuasa membeli jd makin kecil. Tahu la, bila gaji dah naik ni kelayakan pinjaman pun naik..jumlah pinjaman pun boleh byk sikit.
No hal kalo nak buat pinjaman utk beli aset, pelaburan ataupun kecemasan (spt ahli keluarga sakit yg perlu rawatan segera). Tujuan pinjaman spt ini ok dan boleh diterima. Tapi penjawat awam ini (setengah orang la)..yg buat pinjaman nak gi melancong la, nak beli perabot baru la, nak make up kereta la, nak beli gadget la..ini semua merugikan. Ni semua bukannya keperluan tapi kehendak jer. Kehendak ini boleh buat jika kita ada lebihan wang tunai...bukannya dgn berhutang.
Kat ofis ada k/tgn sy jadi bendahari koop. Kadang2 saya suka je dok kat meja dia. Atas meja dia ada la permohonan pinjaman koop. Sy tgk la curi2 (jahatnya..). Ada payslip..tgk gaji balance gaji cam tak cukup jer nak survive tuk sebulan (tu kalo saya la)..ada hati nak pinjam lagi. Potongan pinjaman sedia ada pun dah banyak..angkasa la..koop la..badan persatuan la..
Saya bukan la pakar kewangan. Saya pun tak pandai menguruskan duit sendiri pun. Tapi saya tidak seperti orang lain, sesuka hati nak buat pinjaman. Pada saya ini adalah agihan gaji yang perlu kita buat sblm kita enjoy balance duit yg kita ada :
1) 2.5% drpd pendapatan mesti utk zakat (bagi agama Islam). Ini wajib dan perkara pertama perlu dikira dulu. Supaya rezeki yang diperolehi diberkati. Dan Allah berjanji, tidak miskin hamba-Nya dengan mengeluarkan zakat.
2) 10% drpd pendapatan mesti utk simpanan. Simpanan ini mesti bentuk cair. Boleh simpan di TH, ASB, unit trust, emas dan lain2. Ini utk tujuan kecemasan. Tak la nnt, bila nak renew roadtax nak buat pinjaman, anak masuk hospital nak buat pinjaman, kereta rosak nak buat pinjaman...
3) Dalam 3-5% drpd pendapatan mesti utk insurans. Insurans ini utk diberi kepada waris kita bila kita dah mati atau insurans kesihatan. Insurans hayat ini perlu sbb bila kita mati, kita mesti ada hutang yg tidak berinsurans. Kesian kat waris bila kita meninggal kena tanggung hutang kita. Jd ada baiknya ada insurans hayat. Tak pun kita boleh insuranskan ke atas pinjaman yg kita buat.
Ini yang saya gariskan paling penting perlu ada dalam setiap orang. Mgkn ada orang lain lebihnya lagi. Itu terpulang. Tapi yang belum ada drpd 3 item ini perlu fikirkan.
So, kepada kawan2 bila nak buat pinjaman fikir panjang2..kerana bila kita dah sign offer letter, kita sudah terikat dgn pinjaman tersebut. Tak salah nak berhutang..tapi pastikan kita tidak susah kerana hutang.
Pernah baca 'ORANG YANG KAYA ADALAH ORANG YANG TIADA HUTANG'.. biarlah pendapatan kita kecil janji tidak berhutang..daripada pendapatan banyak tapi hutangnya keliling pinggang. Cuba fikir yang mana lebih baik..
Tepuk dada, tanya selera. Jgn ikut sgt selera kalau kita tak mampu...
No comments:
Post a Comment