Wahhh...dah bersawang blog ini. Dalam lama tak update. Tuan rumah busy + tak berapa sihat + takde mood..hehe.
Sebenarnya banyak jer story nak update tapi banyak betul kekangan. Hari ini ada banyak kerja..tapi mood cuti masih ada, bertambah lak ramai kat ofis ini bercuti.
Ini cerita last week. Sy diserang migrain utk tempoh yang lama. Dari hari Selasa sampai Sabtu. Tapi dalam byk2 hari tu..yang paling teruk hari Rabu dan Sabtu malam. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya & berdenyut2nya kepala ini. Rasa nak tanggal kepala letak kat sebelah..hehe.
Hari Selasa pagi, bangun jer tidur terus gi toilet..cirit birit. Lps tu masih cirit birit. So ingat ok la ini. Pergi ofis ok jer..tapi dalam kul 10 pg, kepala dah start berpusing, bersin2 (cam nak demam), badan panas sejuk. Tak tahu la kenapa. Apa lagi gi surau rehat. Lps lunch baru masuk ofis..sbb rasa dah ok.
Esoknya, Rabu nak kena pergi PD ada bengkel SRS sistem kat ofis. Pagi tu ok..tapi bila masuk dlm bas terus migrain. Smpi PD mmg tak boleh tahan. Dah la smpi awal dlm kul 11 lbh..pastu check in kul 3. So lepak kat dlm bilik mesyuarat jer..tidur jer smpi la bengkel start. Tak rasa enjoy pun nak gi PD (sememangnya tak nak pergi).. Habis bengkel pukul 5, terus masuk bilik terus tidur dan makan panadol. Kepala berdenyut2 sgt kuat. Rasa macam ada orang yg ramas2 kepala ini..mmg sgt tak tahan.
Hari Khamis dan Jumaat, masih di PD dengan bengkel lagi padat dan memeningkan. Kepala masih lagi sakit, tapi boleh bertahan. Boleh la gelak2.. Check out dari PD, hari Jumaat tengahari. So terus balik rumah. Petang tu rehat la sikit. Malam tu, terus ajak Encik B pergi klinik nak check sama ada BP ok ke tak. Risau gak BP high. Jumpa doc, so far ok jer. Balik dari jumpa doc, rasa sgt sejuk. Smpi rumah, terus balut badan dgn 2 helai selimut dan sehelai toto. Pastu Encik B peluk lagi. Kipas bukak no 1 jer (sbb kesian Encik B..kepanasan). Tak rasa panas pun..
Hari Sabtu, dari pagi dah kuar beli barang rumah kat puchong. Pastu gi kenduri kat Nilai. Lebuhraya PLUS sgt sesak..Balik kenduri terus balik rumah. Ptg tu ayah dtg ambil, kitaorg balik kg nak tgk nenek. Gerak dari Kelana Jaya pukul 6 ptg. Smpi kat kg kul 8 lebih. Tapi time tu dah rasa sikit2 kepala berdenyut. Lepas jer dinner bertambah teruk migrainnya. Malam tu tido makan panadol.
Esok paginya, nak solat subuh...taraaa...Sy period. Ngam2 26 hari utk cycle lepas. Pagi ahad tu ok jer smpi hari semalam..kepala ok jer.
Mmg sejarah betul migrain kali ini...sekian lama tak kena migrain...bila kena berhari2. Bila kena migrain terus tak minum kopi, nescafe, milo, teh dan sebagainya. Minum air masak jer..
Sebenarnya..masa tempoh migrain tu..dalam hati terdetik jugak..ini tanda2 orang mengandung ker?? hehe..perasannya saya. Ye la, kepala tu berdenyut2, rasa loya jer, makan pun tak lalu, kalo makan jer rasa nak muntah, badan sejuk2 jer (asyik berkelubung jer ngan pasmina). Berdoa kpd Allah bagi badan ini boleh bertahan. Akhirny bila period..hilang semua rasa loya..tapi kepala still ada rasa berdenyut2 lagi.
chinta pun kalo nak peyed tanda2 tu mestui ada...sampai muntah2...dah lama chinta x singgah cni..
ReplyDeletechinta..
ReplyDeletemuntah2 takde la..tp mmg loya. Yg paling kelakar..roti canai kedai mamak boleh tak lalu. padahal tu fav.
Tq..
dulupun saya biasa kena migrain.skrg alhamdulillah.teruk sgt kan kalau migrain+ period pain..huhu
ReplyDeleteMahu jadi ibu,
ReplyDeletebg petua nak kurangkan migrain.
Tak pernah kena migrain + period pain.. kalau boleh jgn la kena..hehe