Wednesday 30 May 2012

Peminjam gagal dalam saman terhadap PTPTN

Peminjam gagal dalam saman terhadap PTPTN


KUALA LUMPUR 30 Mei - Seorang peminjam yang disenarai hitam atas dakwaan gagal melunaskan pinjaman pengajiannya, gagal dalam samannya terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Hakim Mahkamah Sesyen, Unaizah Mohd. hari ini menolak saman pegawai bank Mandeep Singh terhadap PTPTN dengan kos.

Dalam keputusannya Unaizah berkata, selepas mendengar keterangan daripada saksi-saksi dan hujah dari kedua-dua pihak, mahkamah mendapati plaintif (Mandeep) gagal membuktikan dakwaannya terhadap PTPTN.

Pada 20 September tahun lepas, pegawai bank, Mandeep Singh memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Sivil terhadap PTPTN bagi memfitnah dan ditahan secara salah selepas beliau disenarai hitam atas dakwaan gagal melunaskan pinjaman pelajarannya.

Mandeep berkata, di bawah perjanjian pinjaman pelajaran bertarikh 9 November 2006, PTPTN telah bersetuju meminjamkan RM48,000 kepadanya.

Mandeep, 27, menuntut RM19,000 sebagai ganti rugi khas bagi tiket penerbangan dan tempahan hotel, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Beliau mendakwa telah ditahan pegawai imigresen di Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang pada 6 Julai tahun lepas semasa beliau mahu berlepas untuk bercuti di Guangzhao, China.

Katanya, beliau dimaklumkan oleh pegawai imigresen berkenaan yang namanya telah disenarai hitam dalam pangkalan data imigresen.

Bagaimanapun, beliau berkata, PTPTN gagal memadamkan namanya daripada pangkalan data itu walaupun beliau telah memaklumkan kepada PTPTN untuk berbuat demikian.

Susulan kejadian itu, beliau mendakwa dirinya telah diaibkan di depan orang ramai dan mencemarkan imejnya.

Mandeep memberitahu pemberita, beliau akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini di Mahkamah Tinggi. - BERNAMA

sumber  :: utusan

******************************************************************************

moral of the story : sebelum ke luar negara, check dulu dengan imigresen sama ada kita ni black list dan yang kedua, bayar la hutang. Sikit2 pun PTPTN terima dan tak la kena black list.

4 comments:

  1. Adui..byk duit nak bazir2 smpai nak bawak Mahkamah Tinggi. Secara prima facie pun tau kan, sblm kuar negara semak la dulu kan. Online je skang. Beli tiket boleh, takkan online ngan ptptn tak bleh. Alasan je tu. Tah pehapa hapa tah.

    ReplyDelete
  2. saya pun rasa alasan.
    Sbb isu black list bukannya baru ni..dah lama. Dan ramai dah kena. So mmg tak berapa nak masuk akal alasan dia..hehe

    ReplyDelete
  3. sabarlah...
    saya pon tgh mencuba

    follow kamu
    jom follow makneng

    ReplyDelete