Tajuk cerita cam budak2...tapi nak cerita jugak.
Ini kes kat surau di ofis saya. Saya rasa biasa la, kita tinggalkan telekung di surau. Mmg tak kuasa la nak mengendong setiap hari. Oleh itu, jabatan berkaitan telah menyediakan satu loker untuk menyimpan telekung2 ni.
Setiap orang diberikan beg telekung yang seragam (kan 5S). Beg itu akan dilebalkan dan diluar loker tu akan dinyatakan pemunya telekung. Oleh kerana surau ini tempat umum, penggunanya bukan sahaja kakitangan ofis ni tetapi orang awam yg berurusan di ofis, pekerja pejabat lain dan sesiapa saje. Maka ada satu ruang untuk telekung wakaf. Pada sesiapa tak bawa telekung, boleh guna telekung wakaf.
Tetapi sejak kebelakangan ini, kebanyakan tuan punya telekung mengalami kehilangan telekung. Dia ambil telekung jer, beg ada jer kat loker tu. Bila dicari tak jumpa pulak tu. Jika ada orang pinjam (kalau dia tak tahu telekung itu berpunya) diletakkan di tempat telekung wakaf, mgkn la boleh jumpa. Tapi ini mmg terus tak jumpa jejak.
Sblm ni bos dah hilang 2 kali, kak W dan Si A. Minggu ni lagi teruk Kak A, Kak M dan Si F. Itu yg saya tahu. Bila dirisik2 ramai rupanya hilang telekung. Ada sorang kak yang jaga surau pun hilang juga telekung. So sejak berleluasa kehilangan telekung ni, kitaorg bawa balik telekung ke bilik masing2.
Semalam si F tu bagitau saya "Saya pinjam telekung puan. Mmg la telekung puan tak hilang, sbb telekung simple giler. Orang tu tak berminat nak ambil."
Saya pun jawab "Yang cantik2 pakai kat rumah. Yang dah lama buat belesah kat ofis je la."
Dia pun balas "Yang saya punya tu berkerawang tapi murah jer."
Bila diteliti yang hilang2, mgkn juga dia ambil yang cantik2 jer. Sbb kak A tu telekung dia mmg lawa2 jer. Macam ada sindiket pulak.
Tapi apa boleh buat dengan telekung..kalau orang ambil untuk solat..biarkan je. Tapi kalau ada tujuan lain, mmg nanyer la.. kos nak beli baru telekung pun mahal.
So jgn tinggal telekung dimerata2. Bawa balik. Simpan elok2.
Encik B, saya nak telekung ni utk ramadhan kali ini boleh tak??
jom tgk kat sini
p/s :: mak suh beli telekung blm beli lagi..kena diusahakan sbb dia dah cakap byk kali..hehe
sy berangan lama dah tlekung SK ni..nmpk kemas kt muka..msti sgt2 selesa..tgk harga...bt piki 25 kali..cube baju...piki 2 kali je terus beli...
ReplyDeleteheeee
Mag,
DeleteBerbaloi beli telekung SK ni. Part muka tu mmg kemas. Pastikan beli betul2 ikut saiz muka.