Sekarang saya dilanda mood utk memasak jer. Tak kisah dok kat dapur lama. Saya masak yg simple2 jer. Ini akibat tekak saya seperti tidak boleh menerima sangat makanan luar. Entah mengapa. Apa2 yg dimakan diluar semua rasa tak sedap. Tapi bila kat rumah, masak nasi goreng sardin pun rasa sgt sedap.
Mood memasak lebih kepada baking. Kalah la cik chef lepas ni...haha. Yang bestnya..setiap kali masak, ambik gambar, pastu mms kat dia. Cik Chef spt juri dlm Masterchef jer..ada jer komen. Kek ko warna tak cantik la, roti ko kedut la..hehe. Apa pun saya sgt suka aktiviti ini.
Ini adalah sebahagian output drpd aktiviti saya..
Menu :: Kek Batik Arora
Sumber :: klik disini
Kek ini dibuat petang Ahad. Encik B sibuk cuci motor..sy sibuk memutar butter. Kek ini paling best time membakar. Wanginya sampai bau 1 rumah. Harap2 tak berbau ke rumah sebelah. Sy suka kek ini tapi Encik B kurang suka sbb tak berapa gebu. Dia nak kek yang moist cam kek coklat. Nnt isterimu ini buat yek!!
Menu :: Bun
Sumber :: klik disini
Bun ini dibuat pada hari Jumaat sempena cuti saje2. Resepi asal menggunakan wholemeal flour. Tapi bila gi kedai Bagus takde lak wholemeal flour. So beli tepung roti jer. Ini first time buat roti. Rupa mmg tak menarik dan tekstur pun agak keras (uli guna tangan loo). Cik Chef kata bun kedut2..haha. Resepi ni dpt la 5 biji bun. Bun ini jadi menu sarapan pagi Sabtu. Just letak inti sardin, timun dan tomata. Kira2 cam sandwish la tapi versi bun.
Menu :: Roti/Bun Manis
Sumber :: Klik sini
Oleh kerana tak puas hati dgn bun di atas, sekali lagi menguli roti. Kali ni cari resepi lain. Yang pasti menggunakan apa2 bahan yg ada di rumah. Hasil kali ini lebih baik. Tekstur lebih lembut. Menjadi bekalan sy dan Encik B untuk 2 hari. Rasa tak berapa manis kerana sy tak mixed dgn benda lain. Kalau cicah ngan air milo ok jer. Ni pun uli pakai tangan. Berpeluh2..hehe. Tapi tak la sampai menitik kat roti..haha. Rupa masih kedut2 sbb tak berapa pandai utk membentuk. Ini pun kira ok la utk makan sendiri.
Menu :: Ayam masak kicap
Sumber :: Ibunda
Ayam digoreng terlebih dahulu. Sy goreng tidak terlalu garing yang pasti masak. Bawang besar, halia dan bawang putih dimayang. Bila dah disiap goreng ayam, tinggalkan sedikit minyak utk menumis kuah kicap. Tumis bahan2 yg dimayang td. Bila dah naik bau masukkan sedikit air asam jawa (jgn terlalu byk..takut masam sgt) dan tambah sikit air (sukatan air ikut citarasa sendiri. Sy letak byk sbb suami sy suka kuah). Letak sedikit garam, gula, sos tiram dan kicap kemudian masak hingga kuah pekat. Nak pekat boleh letak bancuhan tepung jagung (sy tak letak pun). Boleh letak tomato, daun bawang, lada bangla, lada merah (ikut suka). Kemudian masuk ayam yang telah digoreng ke dalam kuah kicap..gaul rata. Bila dah rata boleh angkat..dan hidangkan. Mudah dan ringkas. Ini adalah sebahagian idea memasak utk mereka2 yg bz spt saya..tak sempat nak buat lauk kari kepala ikan.
Sekian.
p/s :: mood nak memasak masih tinggi tapi lately ni..bila balik rumah, aura katil lebih hebat daripada aura dapur. bagaimana tu??
sdapnyer :P terliur tgk kek rainbow tuh :( kat umah xder oven :P
ReplyDeletesedap2nyer makanan...tgok2 terus lapoo.huhu
ReplyDeleteayam masak kicap!!lapar terus=D
ReplyDeleteRos - kalo takde oven boleh buat kek kukus. Ok gak.
ReplyDeleteMahujadiibu - kalo bulan posa tak boleh post entry makan2 ni..
Noora - mai cuba ayam masak kicap..senang jer