Assalam..
Hari ni hari kurang tanpa kata..tapi saya tetap nak berkata2 jugak. Dah lama pendam dijiwa ni..haha
Saya rasa ramai jer TTC yg kena kata-kata yg tak best sbb belum punyai anak. So far spjg 3 tahun ni sy dah kahwin ni blm ada kata-kata/cemuhan yg sy terima scr direct. Maknanya secara depan. Yang belakang2 saya tak tahu.
Tapi sepanjang 3 tahun ni..adalah beberapa pernyataan yang membuatkan saya sakit jiwa..lebih2 lagi sekarang. Bila dgr jer sakitnya hati.
Pernyataan 1 Yg Menyakit Jiwa
Isteri kwn Encik B..diaorg pun kahwin seminggu selepas kitaorg. Sy panggil isteri dia J. Diaorg ok jer. Selepas kahwin tu kitaorg adalah buat makan2 kat rumah. Ajak la kawan2 Encik B datang. Diaorg ni dtg. Salah seorang kawan Encik B (kawan lain) isteri dia mengandung. Pastu geng perempuan ni dok la sekali time makan tu. Si J tu bagitau kalau boleh dia taknak preggy lagi..nak tunggu setahun dulu. Sy ckp..sy mmg takde planning2..kalau dpt cepat lg bagus.
Beberapa bulan kemudian, kitaorg jumpa lagi dia tmpt futsal temankan suami masing2. Masa tu sy dah tau dia preggy. Perut dia time tu dah besar jugak la. Masa tu dia ckp lagi..sbnrnya dia tak nak lagi ada baby..tapi dah dpt. Time tu sy rasa kenapalah dia boleh ckp camtu. Sy yg nak sgt ni tak dpt2. Dia yg dah dpt tu tak bersyukur. Masa tu sakit betul hati. Skrg ni si J tu jiran sy. Kitaorg beli rumah dekat. Mmg jodoh jer..kahwin dekat2 rumah dekat2..So far J tu baik..cuma pernyataan dia jer yg menyakit jiwa ini...hehe
Pernyataan 2 Yg Menyakit Jiwa
Kat ofis..Ada sorang mamat ni baru kahwin. Dia kahwin ngan budak ofis jugak. Satu jabatan. Pastu dikhabarkan isteri dia mengandung. Kira cepat la. Ok! Sy takde masalah.
Time tu sy sdg makan di pantry. Diaorg tak perasan pun saya. Slh seorang staf (perempuan) yg dok berborak ngan dia ckp la "Hebat ko yek..terserlah kejantanan ko."
Ya Allah ms dengar tu..geramnya la. Ingat org takde anak ni suami dia tak jantan ke? Suami sy mmg tak jantan tapi suami saya lelaki yang sempurna ok!! Kenapa..kalau ada anak ni baru jantan? Jantan ker kalau anak pun tak reti nak jaga..hoho..marah sgt time tu. Dah siap makan blah jer. Dok dlm bilik sorang2..tanya kat diri sendiri..aku emo sgt ker?? hehe..pastu blah gi solat.
Pernyataan 3 Yg Menyakit Jiwa
Kat ofis lagi..pas sorang mengandung..sorang mengandung. Ada sorang staf tu anak dia terurut2. Ok Alhamdullilah rezeki Allah. Dah habis pantang masuk kerja sure citer pasal bersalin. Sy dengar jer. Kat pantry mmg ramai yg melepak. Dah tu citer pasal perancang la..implan la..iud la..whatever yg sy tak nak ambil tahu. Part yg sakit jiwa tu
"Kita kena berhati2. Kita ni jenis mudah sgt nak lekat. Pantang sentuh sikit mesti lekatnya." Ok!! Ayat cam takburnya. Layan jer la.
Sy tau sy mmg jenis susah lekat..main la time apa pun blm tentu dpt. So sy terus makan dan buat muka seposen..borak2..pastu blah. Dlm hati sakitnya jiwa ni.
Pernyataan 4 Yg Menyakit Jiwa
Ni kes terkini..budak ofis baru kahwin bulan Sept hari tu. Kahwin ngan staf satu ofis jugak. Skrg tengah mabuk. Saya tahu..tapi saya buat2 tak tahu. Malas nak ambil tahu. Skrg ni sy suka dok dlm bilik sorang2. Lepak kat luar dgn diaorg jarang2. Lepak pantry pun jarang sbb dah jarang makan.
Last week lepak ngan sorang kakak ni. Kakak ni sumber inspirasi sy la. Dia tabah TTC. Suka citer ngan dia pasal TTC. Anak dia dah 2 org skrg. Dia bgtau sy yg budak tu dah mengandung. Ok!! Part yg menyakit jiwa tu..
"Tu la budak2 usik D (nama suami dia)..terror ko yek..shoot tepat pada sasaran." Sy terus je ckp.. "Akak mengandung ni rezeki Allah..takde kaitan pun shoot tepat ke tak. Bila Allah kata jadi maka jadi." Akak tu pun agree ngan sy. Yang penting sy ckp penuh berhemah tau!
Dalam hati..ayat begini menyakitkan jiwa btul.
************************************
Saya yg emo kan!! Dalam hati jer. Kat luar nampak cool ok!
Selalunya bila dgr benda yg menyakit jiwa ni..sy dok diam2 beristigfar dan tgk balik apa yg saya ada. Biarlah apa yang diaorg nak kata..tp pada saya semua yg kita ada ni Allah jua pemberi-Nya. Ia tidak akan terjadi dgn sendiri tanpa izin Allah.
Saje je citer ni..nak melepas perasaan..apa pun saya REDHA dgn ketentuan-Nya.
sumber :: fb
Sekian.