Sumber :: facebook
Wednesday, 28 August 2013
Wednesday, 14 August 2013
Cerita Syawal Kami..
Assalam..
Alhamdullilah..hari ni dah masuk kerja setelah seminggu bercuti hari raya. Takde la raya blues pun. Sbb dah set dalam kepala..rabu kena kerja. Semalam baru smpi dr kampung. Perjalanan semuanya lancar. Dan yang paling syok nak dtg kerja hari ini..sbb semalam dah terapi di One Utama selama 4 jam lebih..hohoho. Baru nak shopping raya..hihi.
Syawal tahun ini biasa2 aje. Berhari raya di rumah ibu mertua. Sepatutnya giliran berhari raya dgn mak dan ayah. Last year pun raya dgn mertua sbb mak ayah berhari raya di Mekah. So saya tak kisah pun mana2 pun ok. Mak pun berhari raya di rumah ibu mertuanya aka nenek saya la..
Soalan cepu emas utk kami dah makin berkurangan. Mgkn orang pun dah malas bertanya kot. Cuma ada sorang jer bertanya..Encik B jawab begini "Insya Allah dapat masa tahun ke-5 (tahun depan la tu). Dapat 3 sekali." Saya yang ada dibelakang yang dengar terus jer mengaminkan kata2 suamiku itu. Mana tau..itu semua rezeki Allah. Tapi yang bestnya..confident jer suami saya menjawab. Orang yang bertanya tu terus diam..cerita benda lain lak..hihi.
Raya ke-4 saya dah period. Ngam 27 hari. Untuk cycle kali ini..tak jumpa doc pun sbb doc masih bercuti. Insya Allah bulan depan.
Ok la...nak sambung buat kerja ni. Semangat..semangat..semangat!!
Wassalam..

Thursday, 1 August 2013
Buka Puasa di Rumah/Bazar Ramadhan/Buffet dan Masjid..Mana Satu Pilihan Kita?
Assalam..
Hari ni dah 23 ramadhan. Lagi 6 hari sebelum menyambut hari raya. Mesti semua orang sedang sibuk membuat persiapan raya. Persiapan raya saya paling ala kadar tahun ni. Baju raya pakai jer baju masa majlis perkahwinan adik saya + ada 2 3 helai baju dibeli sebelum2 ni. Baju betul2 baru mmg tiada. Kasut dan hand bag mmg tiada dlm senarai. Cuma ada beli kuih raya yang tak sampai 5 jenis. Mood raya lum smpi lagi kot!!
Hari ni nak story pasal tempat berbuka puasa. Mgkn ini apa yang saya rasai dan semata2 dari pandangan saya saje.. jika berlainan pendapat terpulang..kerana Allah cipta manusia ini mempunyai perasaan.
1) Berbuka Di Rumah Dengan Masak Sendiri Lauk Berbuka
Ni yang sepatutnya. Isteri sediakan juadah untuk berbuka utk keluarga. Awal puasa mmg saya tak masak. Tp minggu akhir puasa ni saya masak jugak. Hanya ada lauk dan sayur jer. Bila masak sendiri mmg sedap dan terjamin kualitinya. Masalahnya bila rumah jauh dari tempat kerja..masa yang ada sgt suntuk. Kul 6.30 baru smpi rumah. Berkejar menyiapkan juadah. Mujur la sekarang maghrib lewat 7.30pm. So sempat la setakat 2 3 jenis lauk.
Yang tak bestnya masak sendiri ni..pening memikir nak masak pe. Start je zohor dah pikir nak masak pe. Kadang2 tu suh Encik B pikir nak makan pe. Saya masak jer. Bila dua2 buntu..Encik B gi kedai runcit beli la apa yang berkenan..nnt saya masak jer. Part ni mmg paling tak suka.
Bila dah masak, yg makannya berdua je. Lauk banyak..so makan banyak. Bila dah bnyk makan..perut jadi se'eh (perut penuh smpi nak gerak pun susah). Nak gi solat terawih pun malas2..jer.
Apa pun berbuka dirumah masak sendiri mmg pilihan kebanyakan orang.
2) Berbuka Di Rumah Dengan Beli Makanan Di Bazar Ramadhan/Kedai
Tahun ni sekali jer beli di bazar ramadhan. Di bazar banyak jenis makanan..smpi tak tau nak makan pe. Kalo bazar yang famous amos sure ramai orang smpi tak nampak lauk/makanan yang dijual. Penat puasa + penat beli di bazar lagi.
Sekarang ni harga makanan di bazar dah mahal. Sekali pergi mesti RM20 habis. Balik jer rumah time berbuka..rasanya..sangat tak sedap. Rasa dah la failed + belum tau lagi bersih ke tidak.
Yang mudahnya..boleh beli apa yang teringin. Tak payah bersusah payah habis masa nak masak sendiri. Jimat masa.
Jika tak beli di bazar..restoran2 / kedai makan ada jugak jual lauk. Kedai sebegini lebih baik daripada bazar ramadhan. Cuma pilihan lauk/juadah agak terhad la. Apa pun masih boleh menjimatkan masa memasak.
3) Berbuka di Buffet2 Ramadhan
Trend pada masa kini. Dulu2 masa kecik2 tak tau pun buffet2 ramadhan ni. Start keje dah makin banyak buffet ramadhan ni. Pernah 1 tahun, saya dan cik misi giler berbuka di buffet ramadhan. Cakap jer tmpt, mahal ke murah mmg kitaorg gi. Masa tu takde komitmen..duit mmg tuk enjoy je la.. Enjoy makan la.
Tapi sejak kahwin..dah makin kurang berbuffet ramadhan. Sekali dua jer dalam bulan ramadhan. Tahun ni baru 2 kali jer. Satu ada voucher percuma. Satu lagi orang belanja. Kalo tak mgkn tak gi kot.
Bestnya juadah berbuka mmg banyak. Macam2 smpi tak termakan. Dulu zaman muda2 boleh la makan tak ingat dunia. Tapi sekarang..minum air buka puasa ngan kuih jer pun dah kenyang. Kalo bayar sendiri tak berbaloi rasanya. Dan paling tak bestnya, tempat solat..nak berebut2. Ada sesetengah tempat..ruang solatnya terhad dan kurang selesa. Bila dah berbuka di luar..for sure terawih tak sempat nak gi.
Selain itu, nak gi tempat buffet pun kena mengharungi jammed. Dah la balik keje jammed. Nak gi berbuka pun jammed. Lagi lama hidup dalam kereta daripada dalam rumah sendiri.
4) Berbuka di Masjid/Surau
Pertama kali berbuka puasa di Masjid Negeri Shah Alam. Tahun tak ingat. Lepas itu mmg menjadi kesukaan la berbuka di masjid/surau ni. Dan untuk tahun ini paling banyak berbuka di surau kawasan perumahan.
Syoknya berbuka di surau ni..tak payah nak pikir2 nak makan pe. Apa yang dihidangkan di surau tu makan jer. Kalau tak lalu..makan apa yang boleh makan. Balik keje..ada masa 1 jam boleh dimanafaat untuk membaca al-quran atau berzikir. Bila makan berkongsi ni..kita akan makan setakat apa yang kita nak makan jer. Tambah2 mmg takde la. So boleh control intake makanan.
Stail masjid/surau..buka puasa ngan kurma dan kuih-muih. Solat maghrib berjemaah. Kemudian baru makan nasi. Kemudian solat isyak dan terawih berjemaah. Bila berbuka di masjid/surau sekurang-kurangnya dapat banyak pahala berjemaah. Suasana berbuka pun lebih aman dan sangat seronok berbuka ramai2.
Walaubagaimanpun, menu adalah terhad. Apa yang ada itu lah rezeki berbuka. Menjimatkan masa dan duit. Tapi bila dah berbuka free..jgn la lupa untuk bersedekah di masjid/surau..bagi balik la apa yg kita makan. Mmg ada setengah masjid/surau disponsor..tapi tak salah untuk bersedekah dengan nilai yang kita makan itu. Rezeki untuk orang lain pulak..
Ada empat tempat berbuka. Pilihan utama saya adalah no. 4. Sukar utk digambarkan keseronokan berbuka di masjid/surau. Mgkn lain orang lain pilihan. Pada yang belum pernah berbuka di masjid/surau..cuba la sekali. Rasailah.. Pilihan anda yang mana satu?
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)