Monday, 4 January 2016

WELCOME 2016 :: Tahun 2015 Tanpa Sebarang Post

Assalam Semua,

Masih adakah orang lagi yang membaca blog ini setelah 1 tahun tanpa sebarang post.

Ya Allah teruk sungguh. Tiada mood nak menaip sepanjang tahun 2015.  Semua tergantung di dalam draft sahaja. Dari januari hingga ke disember sangat la busy dengan kerja pejabat dan kerja rumah. Bila ada masa tiada mood pulak. Idea pula takde..hihi. 

2015 adalah tahun yang sgt mencabar. Rasanya jika timbang..byknya duka berbanding suka. Semua itu kenangan.  Paling ketara bagi tahun 2015 adalah konflik dengan bos di pejabat.  Ya Allah tak tahu nak kata apa.  Bila ada mesyuarat jabatan rasa sgt takut.  Nak present prestasi SKT pun berdegup2.  Tak tahu kenapa jadi begitu.  Kerja makin banyak dan makin banyak juga kerja yang pending.  Harap 2016 ni adalah perubahan.

TTC bg tahun 2015 sgt hambar.  Percubaan sendiri mmg tiada rasanya. Sungguh teruk. Mana tidaknya dua-dua orang sibuk mengalah najib razak.  Cuma pada bulan november 2015 saya menjalani FET di LPPKN.  Resultnya FAILED.  Saya mmg tak story berkenaan perkara ini.  Sbb saya dan suami mengambil keputusan untuk merahsiakan daripada orang.  Setakat hari ini yang tahu saya buat FET dan Failed adalah bos saya (itu sbb minta izin keluar ofis dan EL), seorang kawan di pejabat dan juga anda yang membaca ini.  Selain daripada itu, mak ayah adik2 saya family saya semua tidak tahu sehingga ke hari ini.  Rasa inilah rahsia paling lama saya simpan daripada pengetahuan mak ayah family saya. Untuk tahun 2016, Insya Allah sudah ada strategi TTC ni..hihi.

Bulan April 2015, saya kehilangan makcik kesayangan saya.  Dia dah cam mak saya. Dia pergi waktu saya tgh kritikal di pejabat.  Time nak siapkan penyata kewangan untuk bentang dalam mesyuarat.  Semasa dia tenat saya sempat melawat dia sekali jer. Itu pun dia dah tak larat nak bercakap2.  Sebelum tu dia buat kenduri aqiqah cucu dia pun saya tak pergi.  Masa dia meninggal saya EL. Saya mandikan dia untuk kali terakhir.  Bila waktu petang jer balik kerja mesti saya sedih sbb time dalam jem la saya akan call dia berchit chat.  

Sepanjang tahun 2015 tiada pun aktiviti yang menarik.  Cuma bertambah sibuk dengan kehadiran 4 ekor kucing KUNI, COKA, TOPO dan HITTA.  Rutin jd makin banyak. Sudah jadi mama yang kuat membebel..haha.  Selain itu, join trip ke Krabi dengan jiran2 dan juga pergi ke Penang dengan family.  Dan last sekali percutian romantik di cherating sewaktu jerebu.

Walaupun stress dengan kerja, Alhamdullilah tahun 2015 saya naik gred. Adalah lebihan duit gaji.  Adalah lebihan untuk menyimpan.  Adalah lebihan untuk memberi.

Untuk azam tahun 2016 cuma recycle azam lama iaitu 

NAK FIT
NAK JADI PEKERJA YANG EFEKTIF & EFISYEN
NAK RAJIN MASAK
NAK SOLAT AWAL WAKTU
NAK KURANGKAN BELANJA TANPA PERANCANGAN

Harap tahun 2016 lebih bahagia hendak-Nya.


training for 5km.  Antara azam 2016 join running event. 

Ok la..setakat itu dulu.  Harap ini bukan post yang terakhir untuk tahun 2016..haha

Wassalam.