Monday 8 October 2012

Hanya Untuk 2 Kali Percubaan IUI

Salam Isnin semua,

Hari ni mood ke laut sikit. Sbbnya..hari ni sakit perut..huhu gara-gara nak habiskan kari kepala ikan.

Saje jer nak buat tajuk post gempak2 kan!! tapi ceritanya biasa jer..hehe.

Ok..last friday bersamaan 5 Oktober 2012, kami (saya + Encik B) ke LPPKN. Appoinment kul 11 pg. Ini adalah pertemuan pertama dengan Doc Ghafar. Pertemuan ini adalah untuk penerangan lanjut ujian semen, ujian darah CD2-CD5 dan ujian darah CD21 dan apa yang doc akan buat..

Keputusan ujian,

Saya (Isteri) - Hormon FSH, LH dan progestron berada di dalam lingkungan (makna ada ovulasi scr natural). Mmg ada PCOS, sbb hormon FSH tak sama dgn LH. So doc kata..ada 2 kemungkinan akan terjadi apabila sy ambil ubat hormon.. 1) ovari sy tak akan respond dan 2) ovari sy terlebih respond.

Encik B (Suami) - Bilangan sperma melebihi sepatutnya/banyak. Pergerakan sperma agak rendah. Rupa bentuk sperma yang normal ok..berada di dalam lingkungan. So doc akan monitor dari semasa ke semasa.

Kesimpulan,

Doc suggest supaya kami cuba IUI untuk 2 kali shj. Sbb sblm ni saya dah buat IUI 2 kali jugak. So total sepanjang TTC...4 kali IUI. Sekiranya tak berjaya, Doc akan move to the next step IVF.

Pada saat ini, saya dan Encik B redha. Ini adalah takdir yg Allah dah tentukan. Untuk IVF kami dah sepakat untuk mula menyimpan duit. So duit bonus 1 bulan yg akan terima..simpan utk IVF yek!! No enjoy2.. Tapi sebelum IVF, kami akan cuba sedaya upaya semasa IUI nnt. Moga saya dan suami tabah dalam mengharungi rawatan ini. Dan jika blm rezeki untuk saya..saya terima dgn hati terbuka.  Apa pun terjadi..ia sudah ditentukan. Saya mohon supaya Allah lapangkan dada saya seluasnya..besarkan hati saya sebesarnya..supaya saya tidak berkecil hati dgn ujian ini.

sumber :: fb


Sekian.






8 comments:

  1. Good luck Cik tipah, have faith in Allah, dia Maha pemberi rezeki :) insyallah ada rezeki u. but sometimes kite ni memang akan rasa mcm jalan ini je yang ditentukan oleh Allah, but the thing is, doc yang cakap mcm tu dan bukannya Allah. Memanglah kalau tak cuba mcm mana nak tahu kan, just that, please dont say Jalan ini yang ditentukan Allah. Sbenanye kite pun tattau what surprises & options Allah has prepared for us. Me too, doctor cakap mcm tu. 5 gynae ckp i could not conceive on my own and only meds/IUI/IVF can help me. but Allah is Just and maha kaya, i conceived on my own with some other 'tunings' in health Alhamdulillah. tp saya takde hak ke apa utk halang usaha cik tipah, just saying n hoping that u will not giveup, No matter what procedure u are trying, itu bukanlah Hanya Jalan yang ditentukan Allah, ada zillions of way lagi yg kita tak tahu, and if this one failed doesnt mean that u dah takde jalan kan? like gamba atas ni, if Plan A doesnt work, ada 25 more alphabets lagi.Insyallah ada rezeki u :) im praying for ur success n harap tak kecil hati dgn my opinion ehh. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks lot Jay.. kerana memberi ingatan dan kata2 semangat pada saya. Sy tak kecil hati pun. Mmg benar..tiada yang mustahil bagi Allah..kita hanya mampu utk berusaha tetapi berjaya atau tidak semua dgn izin-Nya.

      Delete
  2. Cuba sampai Plan Z ok!!! Chaiyokkkkkkk =)

    ReplyDelete
  3. apabila kita jatuh...kita bangun..x leh bangun kita merangkak..xleh merangkak kita mengengsot...xkira apa jua...kita tetap berusaha..usaha x semestinya dgn wang ringgit...doa pon satu usahakan...saya nasihatkan pada diri saya juga...:)

    ReplyDelete
  4. ASSALAMUALAIKUM....KITA SENASIB..JGN AWK PUTUS ASA...INSHALLAH DE REZEKI UTK KITA...KLU AWK MSUK FORUM RATU HATIKU...RAMAI..SENASIB..N BYK INFO N PETUA..KITA BOLEH SHARE

    ReplyDelete
  5. ASSALAMUALAIKUM....KITA SENASIB..JGN AWK PUTUS ASA...INSHALLAH DE REZEKI UTK KITA...KLU AWK MSUK FORUM RATU HATIKU...RAMAI..SENASIB..N BYK INFO N PETUA..KITA BOLEH SHARE

    ReplyDelete