Monday 21 October 2013

Update 2nd Treatment Utk Tahun 2013

Assalam..

Alhamdullilah hari ini 10dpIUI. Prosedur IUI selamat dijalankan pada 11 Oktober 2013.

9 Oktober 2013, pepagi saya jumpa doc utk tvs. Dan sangat memberansangkan ketebalan rahim 7mm..baik utk IUI. Dan masa scan tu ovari sebelah kiri ada 1 telur yg saiznya 20mm ke atas. Dan sebelah kanan ada 3 lagi yang saiznya melebihi 18 mm (Detail berkenaan ini tak dpt sbb doc tak bagi salinan).  So total telur utk IUI ni ada 4 biji. Cukup syarat nak buat IUI.  

Sebenar saya sgt terkejut dengan ransangan ovari saya terhadap ubat clomid dan puregon tu.  Seriusly semasa ambil ubat2 saya takde rasa apa. Dan pada sy mgkn takde telur yg ok. Sekali scan byk begitu.  Compare last IUI, cuma ada 3 biji telur yg ok.  Sy pun tanya doc, kenapa saya takde rasa apa. Doc kata bagus la..awak takde rasa side effect ubat.  Doc mmg nak kurangkan side effect ubat. Ok..

Maka IUI ditetapkan pada 11 Oktober 2013.  Balik dr scan mmg berdebar2 cam ne nak ckp ngan bos pasal semua ini. Sepanjang perjalanan balik ke ofis sy berdoa. Smpi ofis terus siapkan utk miting. Ingatlah Allah itu Maha Mendengar keluhan hamba-Nya, maka pada hari Khamis lebih kurang jam 11 pagi, PA tuan pengerusi call sy bagitau yang tuan pengerusi tak sihat dan nak cancel miting sok. Apa lagi bersyukur sesangat. So dlm petang tu saya gi jumpa bos bagitau pasal treatment. Dan esok (11 Oktober 2013) sy akan MC. So dia ok la..since miting dah takde.  Miting tu smpi sekarang belum buat2 lagi..haru betul.

11 Oktober 2013 saya dan encik B pepagi lagi dah ke LPPKN. Parking kat bangunan mara. Pastu gi breakfast dulu. Utk hari itu...prosedur IUI berlangsung sgt cepat. Dlm kul 9 dah settle. Yang pertama kali tu..dalam kul 10 lebih baru siap.  Dah siap awal tu..dan dua2 org MC..kitaorg gi survey sliding door. Gi lunch. Balik rumah..saya tidur tengahari tu smpi Encik B balik solat jumaat.

Utk IUI kali ini, hari sebelum tu saya dah bagitau emak saya. Sblm2 ni buat apa2 mmg tak bagitau dia. Ntah la..bukan tak suka dia tahu tapi..susah nak ckp. Hari prosedur tu..pepagi tu call lagi..suh dia doa. Lps prosedur mak call tanya..saya kata ok tak sakit pun. Then dia pesan jgn buat kerja berat.

Sepanjang 10 hari selepas IUI ni, sy cuma rasa cramp kat ari2 pada malam tu. Pulak tu kat kelas ngaji. Ya Allah sakit sgt dan tak selesa. Lepas pada tu tak rasa apa2. Dan saya sgt confuse kenapa saya tak rasa apa2. Sedangkan saya tau ubat duphaston tu akan memberikan rasa yang pelik2. Disebabkan saya tak rasa apa2..saya mula tak sabar nak buat UPT. Dan yang paling teruk..sy bgtau adik saya yang saya nak check darah Beta HcG. Biar cepat sikit tau. Marah la Cik Misi kat saya...hihi. (Saya mmg keturunan yang kurang sabar...haha!!)

2ww berbaki lagi 4 hari. Saya dah berjanji ngan diri saya tak akan buat UPT sampai hari appointment ngan doc pada 1 November 2013.  Kalo dah period sebelum tarikh tu..makna IUI kali ni failed.

Apa pun sekarang ni mampu berdoa dan bertawakal jer. Saya tak tahu apa yang Allah rancangkan utk saya. Dengan perasaan saya sama sekali berbeza dengan IUI yang pertama dulu..saya mengharapkan saya kuat utk menghadapinya.

Yang paling penting dalam hidup ini...bersyukur dengan apa yang ada.  Setiap hari hitunglah apa yang kita ada..bukan setakat duit ringgit..tapi kesenangan, kebahagian, kesihatan, keluarga, kawan2, pekerjaan dan semua yang kita ada. Terlalu banyak yang baik2 Allah telah berikan.  Andai kata Allah lambatkan lagi rezeki anak utk kita (TTC'ian) bersabarlah..kerana yang kita telah nikmati pada saat ini sudah pun berlebih2an.  Lapangkan dada..

Sekian..
Wassalam..

15 comments:

  1. Saya doakan semoga murah rezeki CPT IUI kali ini..Insha Allah..Amin...

    ReplyDelete
  2. Hai awakmm sy pun iui 11 oktober. Tp hari ni dikira 11dpiui kan? Pagi td jumpa doc.. doc suh wat blood test (beta HCG) .. Tp sy mintak jumaat ni.. sbb sy pun mcm awak, x rase ape2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sizuka,
      Hari IUI tu saya tak kira. Next day baru kira.
      Hosp swasta mmg boleh request utk buat blood test. Tp belum ada di lppkn rasanya.

      Sama la kita tak rasa apa2..susah jugak tak rasa apa2 ni. Selalu jer lupa yang baru buat IUI. Belasah jer buat kerja cam biasa..terkadang buat kerja yang luar biasa.

      Delete
  3. moga segalanya dipermudahkan oleh Nya

    ReplyDelete
  4. positif betul cik puan tipah.. insyallah all is well. kami sentiasa mendoakan..

    ReplyDelete
  5. InsyAllah moga niat yg baik bg hasil yang baik :) terharu rase bila bace. moga Alla rezkikan CPT dengan rezki yang baik dan melimpah ruah

    ReplyDelete
  6. Yani pun nak aminkan semua doa2 kawan2 kita kat atas ni......stay positive CPT!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..

      Memang kena positif..baru yang baik2 semua datang..

      Delete
  7. CPT, didoakan moga2 ada berita gembira kali ni hendaknya ye..

    ReplyDelete
  8. seronok baca...alhamduilah iui bjln lancar.
    sabar menunggu harinya ya...ada rasa ke..xde rasa ke...
    xkirala..kalo ada rezki tu...semua akan rasa tenang n lega....hehe
    amin..sy doakan awak :)

    ReplyDelete
  9. mudah-mudahan positif ye CPT...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. I can understand ttg nk bgtau ur mum tu. Mcm i, i takut my mum letak harapan yg tinggi, and when it faiked, i hancurkan harapan dia juga. But if course what i think tu silly. Hehehehe... Doa ibumakbul, inshaAllah. Semoga Allah kabulkan doa ibu CPT and doa CPT juga. Amin....

    ReplyDelete